Thursday, January 27, 2011

hari ini...~

salam a'laik....



Dah lama tangan ini tak "melompat-lompat" atas keyboard. Ditambah tak tau nak update ape. Plus, minggu ni minggu shiken. Mid term exam. Apa yang harus saya buat? Multiplication dalam melakukan senaman tangan dan otak di meja study. Tangan menari-nari di atas kalkulator. Satu demi satu kertas di tarik. Satu demi satu soalan di buat. Satu demi satu cerita ini direka. Hahaha.

Dan, jadual hari ni.

2.00-3.30pm :- Advanced Mathematical Methods (AMM) punya class.
3.30- 5.30 pm :- I suppose to have Theory of Probability (TOP) punya mid term.

Dan

^
*
*
^
*
*
^

Setengah jam class AMM bermula, kedengaran pintu di ketuk. Padahal tak dengar pon. Hahaha. Tiba- tiba muncul lah Dr Jesni (Lecturer TOP), beliau pakai baju batik hari ni. Nampak smart. Hehehe. Okey, selingan.

"Excuse me. May i have your attention. You'll have a mid term this evening, right? Can we postpone it.?

"HAH!" buat-buat terkejut. Eheh.

"We'll do it after the break. Maybe 2 weeks after the break."

Itu dialognya. Lebih kurang la. Hehehe. Aduih, bertambah satu beban kerja masa " cuti sekolah" ni. Huhuhu. Sebenarnya happy sakan exam postpone hari ni. tapi tak tunjuk je, hahaha. Sebenarnya terfikir, kenapa Dr Jesni postpone exam hari ni. Huhuhu.

Apa pun yang terjadi, bukan hak kita untuk menidakkan. Bukan kita yang pinta benda tu. semua tu Allah dah tetapkan. Walaupun kita rasa dah ready, sebab exam hari ni, tapi Allah nak suruh kita semua usaha lagi. Sebab tu exam hari ni postpone. Everything happens is because of a reason.
Jadi jangan sedih ye kawan-kawan semua! Hehehe. Happy la. Kan nak cuti ni. Bukan senang nak cuti. Hehehe.

Nak cuti seminggu, punyalah kena lalu macam2. Isnin hari tu exam RKUD, semalam MA, dan kalau ikit hari ni pun exam, tapi postpone. Huhuhu.
Jadi, hargailah cuti kita. Hehehe. Jangan sia-siakannya. (^-*)


p/s :- selamat "berpulang" buat semua. jangan lupa ulangkaji AMM, buat assignment RKUD ye kawan-kawan dan cik penulis.

Anda mampu membuatnya. Yakinlah kepada diri kerana di situ letaknya kekuatan diri kita. Kita tidak kuat untuk orang lain, tetapi kita kuat untuk diri kita sendiri. Kita tidak berubah untuk orang lain, tetapi kita berubah untuk diri kita sendiri. Yakinlah Allah itu sentiasa bersama-sama kita dalam apa jua keadaan pun.

Allah tak tengok berapa yang kita dapat, tapi dia tengok usaha kita. "Man Jadda Wa Jada."
Yakin dengan kelebihan diri sendiri yang Allah berikan kepada setiap hamba-hamba-Nya yang mungkin tidak dipunyai oleh orang lain.




wassalam....

No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH