Wednesday, December 21, 2011

merenung titisan hujan;bukti sebuah penciptaan

assalamu'laikum wbt




"winter Malaysia" mangambil tempat di hujung tahun ini. Alhamdulillah, hujan rahmat daripada DIA untuk hamba-hamba-NYA di muka bumi ini.

kedatangan hujan yang tak ada sesiapa pun dapat menduga bila dan berapa lama melainkan ALLAH yang maha mengetahui setiap penciptaan.

kalau kita perhatikan titisan hujan, pandang atas, dongakkan kepala betul2, nampak tak dari mana titisan ini bermula? tak terfikir di akal kita.
Subhanallah, hebatkan?
ALLAHU AKBAR!



"Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa kabar gembira, mendahului kedatangan rahmatNYA(hujan), sehingga
apabila angin membawa awan mendung, Kami halau ke satu daerah yang tandus, lalu kami turunkan hujan kedaerah itu.
Kemudian kami tumbuhkan dengan hujan itu pelbagai macam buah-buahan.Seperti itu kami bangkitkan orang yang telah
mati, mudah-mudah kamu mengambil pelajaran"
(surah Al-A`raf ayat 57)


dan tiba2 titisan itu berhenti, turun kembali, berhenti, turun dan seterusnya. tidak kah kita fikir ada sesuatu yang menjadikannya sedemikian.

merenung titisan hujan; salah satu cara kita nak melihat kebesaran ALLAH yang tak mampu dibuat oleh makhluk lain. tanda-tanda kebesaran ALLAH yang hanya bernilai untuk orang yang berakal. berakal yang macam mana tu?

seperti yang difirmankan oleh ALLAH dalam Surah Ali-'Imran ayat 191 iaitu orang yang mengingati ALLAH sambil berdiri, duduk atau berbaring sambil fikir tentang ciptaan langit dan bumi.
sambil mengatakan yang tidak ALLAH jadikannya sia-sia.

itulah kekuasaan, kehebatan ALLAH yang tiada tandingan. hebat mana pun orang tu di muka bumi, jangan bongkak, ingat ALLAH lagi hebat! tak ada siapa pun boleh lawan kehebatan ALLAH.


Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorangpun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorang pun yang sanggup melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
(Fathir: 2)




Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(Luqman: 34)





merenung titisan hujan,
sebagai bukti sebuah penciptaan,
sebagai bukti satu kebesaran,
tuhan yang menciptakan semua kejadian.

kebesaran ALLAH tiada tandingan,
buat hamba-NYA yang sentiasa berfikir,
penciptaan langit dan bumi bukan gurauan,
sebagai nikmat buat yang bersyukur.

merenung titisan hujan ciptaan-MU,
subhanallah tersemat di hati,
YA ALLAH, indahnya ciptaan-MU,
untuk sekalian makhluk di bumi.





nota:
semester kali ni study week di tengah2 "winter Malaysia".

tatkala hujan lebat,
tidur menjadi nikmat,
nasib baik kelas dah tamat,
tapi study tak tamat-tamat, ;D

doakan kejayaan saya ^_*



~jom merenung titisan hujan =)

No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH