Friday, October 15, 2010

DIA lah segalanya....

salam a'laik.....



***************

“Buat yang terbaik. Baca soalan betul-betul.Mak sentiasa doakan kakak.”Puan Hanim menamatkan perbualan telefon dengan puteri sulungnya,Balqis.

“Terima kasih mak”.

********************

“Kakak dah dapat keputusan exam. Tapi ada yang belum dapat lagi.”Perbualan dimulakan dengan perasaan resah gelisah.

“So,macam mana?”Bertanya si ibu dengan senang.

“Tak tahu la mak. Kenapa semua yang kita nak tak pernah dapat. Kenapa orang lain semuanya dapat.”

“Kenapa kawan-kawan Kakak dapat markah yang baik. Kadang-kadang Kakak rasa study banyak-banyak tapi tak dapat markah yang tinggi pun.Bila jadi macam ni,Kakak rasa macam nak give up je.”

Panjang lebar huraian yang berupa luahan Balqis.

“Astaghfirullah,apa yang Kakak cakap ni.ALLAH tak pernah membenci hamba-hamba-Nya,malah sentiasa menyayangi hamba-hamba-Nya. Tapi kita kadang tersalah tafsir. Apa yang kita nak tak dapat ,itu bukan tandanya ALLAH tak sayang kita. Kakak tak boleh cakap macam tu."

“ALLAH dah menetapkan semua apa yang terjadi ke atas diri kita. Perancangan ALLAH itu lagi tepat buat kita. ALLAH dah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-NYA. Kita sebagai hamba kenalah selalu bersyukur atas nikmat yang dikurniakan.”

“Kakak sepatutnya bersyukur dengan markah yang Kakak dapat. Kalau tidak kerana ALLAH,Kakak tak akan dapat semua tu. Mungkin ada lagi orang yang dapat kurang sikit daripada kakak.”

“Tapi mak,Kakak tak pernah lupa nak doa pada ALLAH. Kenapa mak?ALLAH tak sayang kakak?”

“Kakak, ALLAH tak pernah tidak memakbulkn doa kita. Bahkan ALLAH sendiri yang berfirman, berdoalah akanku perkenankan doamu. Kakak ingatkan? Dah banyak kali mak pesan,jangan serik untuk berdoa pada ALLAH waktu kita senang mahupun susah. Hanya ALLAH yang mendengar luahan hati hamba-hamba-NYA. “

“Mesti ada sebab kenapa ALLAH kurniakan Kakak keadaan macam ni. Itu semua hanya DIA yang tahu. Mana tahu ALLAH nak suruh Kakak lebih berusaha pada masa akan datang. Mungkin ALLAH nak uji sejauh mana kesabaran dan kekuatan Kakak. Mungkin juga ALLAH nak kurniakan Kakak kecemerlangan dalam final exam nanti. Kita semua tak tahu benda yang bakal terjadi. Minta doa pada ALLAH semoga dikuatkan hati kita. Mak yakin Kakak kuat.”

“Kakak sedih mak. Bila jadi macam ni Kakak rasa dah tak yakin pada diri Kakak.” Suara itu terus meminta simpati.

"Kakak, setiap orang mempunyai potensi masing-masing. Lihat, betapa uniknya ciptaan ALLAH. Kita lemah dalam kes A tapi kita hebat dalam kes B. Percayalah,kita lebih kuat dari apa yang kita sangkakan. Umat Islam ni umat yang berkeyakinan tinggi. Kita percaya ALLAH itu wujud, dan kita yakin ALLAH sentiasa bersama hamba-hamba-NYA."

“ALLAH ada sebut dalam surah Ali’Imran ,”jangan kamu merasa lemah dan berdukacita, sebaliknya kamulah orang yang tinggi jika kamu beriman.”Lemah rendah dan rendah diri tak akan membantu kita,malah menakutkan kita untuk menghadapi cabaran2 hidup.”

“Mak,Kakak rasa macam tak mampu untuk lalui semua ni. Bila fikir benda ni,Kakak jadi sedih.Kenapa kakak yang kena lalui semua ni?”

"Kakak, Kakak kena redha dengan semua yang telah terjadi. Semuanya bukan kehendak kita. ALLAH yang menentukan segala-galanya. Dia maha mengetahui hamba-NYA yang mampu untuk menghadapi sesuatu cabaran. ALLAH tak pernah membebankan kita sesuatu yang kita tak mampu. Kakak salah seorang hamba-NYA yang terpilih,sudah tentu ALLAH kurniakan Kakak kekeuatan dan kesabaran untuk Kakak tempuh semua ni.”

“Kan ALLAH ada menyebut dalam surah Al-Insyirah, setiap kesusahan ada kesenangan. ALLAH tak akan biarkan hamba-hamba-NYA sentisa dalam keadaan susah. Dia nak yang terbaik untuk hamba-hamba-NYA. Pepatah pun ada menyebut, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. Tak mungkin seseorang tu hidup dalam kesenangan sepanjang hidup dia."

“ALLAH tidak akan memarahi hamba-NYA yang gagal jika jika hamba-NYA telah berusaha dengan gigih. ALLAH terus membuka pintu kemaafan-NYA dan terus mendorong hamba-NYA berusaha lagi.Dan mak yakin Kakak dah buat yang terbaik dan akan buat yang lebih baik pada masa akan datang.”

“Terima kasih mak. Lega Kakak dengar. Mak dan ayah dah banyak berkorban untuk Kakak. Kakak takut Kakak tak mampu berikan yang terbaik untuk mak dan ayah.”

“Walau apa jua pun, kami tetap bangga dengan Kakak. Jadi, Kakak jangan mudah mengaku kalah, jangan pandang rendah terhadap kekuatan diri. Kan mak dah kata tadi kita sebenarnya lebih kuat dari apa yang kita sangkakan. Sebaliknya, katakan kepada diri sendiri, “wahai diri, kau telah mencuba, tapi masih belum berjaya. Aku akan mencuba lagi untuk menunaikan janji. Insya-allah aku akan Berjaya.”

“Jangan pulak usaha saja, doa kepada ALLAH itu yang penting. Usaha dan berdoa adalah yang terbaik. Selebihnya kita serahkan pada ALLAH setelah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh. Kakak kena kuat dan sentiasa yakin dengan kebolehan diri. Mak tak pernah lupa untuk doakan kejayaan Kakak.”

“Dah la, jangan fikir lagi yang dah lepas. Yang pasti kena buat yang terbaik untuk final nanti. Tekadkan azam untuk terus berusaha dan bersedia untuk hal-hal yang mendatang. Kakak kena sentiasa berfikiran positif dengan diri sendiri. ALLAH sentiasa ada di samping kita. Mak dan ayah tak akan pernah biarkan Kakak keseorangan. Kami sentiasa ada bersama-sama Kakak.”

“Terima kasih mak. InsyaALLAH Kakak akan buat yang terbaik. Tak nak fikir lagi yang dah lepas. Mungkin ni memberi pengajaran kepada Kakak untuk berusaha lagi pada masa akan datang. Kakak janji, Kakak tak akan hampakan mak dan ayah. Terima kasih mak. Kakak bangga dan bersyukur Kakak dikurniakan seorang wanita yang bergelar ibu macam mak. Sayang mak.”

“Insya-ALLAH,mak akan berikan yang terbaik untuk anak-anak mak. Semoga kamu sentiasa kuat puteri hatiku. Semoga kamu berjaya di dunia dan di akhirat kelak anakku sayang.”

*****************

kasih ibu sentiasa di hati dan sanubari....

tiada seorang ibu yang sanggup melihat anaknya bersedih...

tiada seorang ibu yang tak pernah berkorban untuk anaknya...

satu sahaja, seorang ibu inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya....

terima kasih ibu.....



wallahua'lam...


wassalam.....

No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH