Alhamdulillah, Khamis lepas saya dan
register untuk internship. tapi disebalik tu ada kisahnya. biasalah kat tempat
baru, sememangnya buah ‘langsat’ begitu
murah. hehehe.
hari pertama sesat itu sudah normal, jangans esat selama-lamanya.
"tunjukkan kami jalan yang lurus" :)
hari pertama sapatutnya mendaftar di
kompleks pendaftar. cari punya cari, akhirnya jumpa. jauh berjalan. tugas
seterusnya. kami ke department Biostatistik dan Metodologi Penyelidikan di USM Kubang Kerian untuk
berjumpa dengan HOD iaitu Prof Dr Syed Hatim.
kami tunggu prof, semangat la kan. biasalah first day. tapi prof tak masuk. beliau tersangat busy. kami hany mendengar cerita daripada students kat sana sahaja yang katanya prof syed ni baik. saya dalam haati "alhamdulillah kalau gitu"
"Prof orang Burma. so kena speaking la ngan dia. dia buleh ja cakap melayu, tapi tak expert sangat."
dush!
takpe, practice. menyedapkan hati. hehehe. practice makes perfect ;)
maka kami pulang dengan hampa dihari pertama intern. :(
dan semalam Alhamdulillah prof masuk. dapat jugak jumpa prof saya. hehehe. told you,prof memang baik. cakap punya la laju. tapi explanation beliau so goooood. dibaginya pinjam buku untuk dibaca. buku apa?
mestilah buku statistic.
maka bermula tugasan pertama kami.
"you find the topic for research. how many day you want? okay, you tell me on Wednesday"
"baik profku" :")
disebabkan kami dibawah pusat pengajian kesihatan, maka research juga kena berkaitan medical jugak. data yang harus diambil daripada medical data ataupun questionnaire daripada patients.
bermula tugasan pertama. semoga ALLAH memudahkan :)
senyum dan berlapang dada, Insha-ALLAH, ALLAH sentiasa ada untuk membantu.
USM vs UIA:
besar jugak USM ni. sampai boleh sesat :)
sememangnya terus lain daripada UIA. kat USM kami jumpa pelajar Cina. kat UIA semua muslim. lecturer sahaja mungkin ada yang non-muslim.
papan tanda di USM banyak in Malay.
kami masuk library, tempat duduk tidak diasingkan. agak la pelik. tapi okey je.
lain belalang lain padangnya.
dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung :)
senyum :))))
nota 1 : my daddy that always be my hero forever :)
Al-Fatihah untukmu.semoga sentiasa tenang di sana :)
to all daddies with love, happy father's day.
kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah membawa bahagia. :)
nota 2 :
PR mesir dimenangi oleh calon ikhwanul muslimin. senyum lebar:)
bak kata kawan saya yang dengar talk dr hafidzi, dr kata "doalah biar ikhwanul muslimin menang. mana tau nantt ada air-asia boleh terus masuk Palestine :)