Salam ‘alaik
Cuti saya Berjaya dihabiskan dengan cemerlangnya. Hehehe. Cemerlang yang macam mana biarlah ia menjadi sejarah. Hahaha.
Okey, back to the story, cuti raya haji hari tu jumpa semua orang kecuali abang di sungai buluh. Yang lain semua balik, kerana kami adakan kenduri tahlil raya ke-2. Kerjasama daripada semua diperlukan di situ.
Dan si kecil semakin membesar. Yang baru nak dapat mulut (nak belajar bercakap) dah dapat tangkap maksudnya walaupun setelah ditranslatekan oleh ibu atau ayah masing2. Tahniah semua. ^^
Dan yang dah besar dengan hal masing2. Dah boleh harap untuk tolong tengokkkan sepupu2 mereka yang masih kecil. Kalau yang lelaki tingginya mengalahkan saya ;( Dan yang perempuan boleh dibuat kawan. Hee ^^
Dan balik kali ni “Kluang Boy” menjadi hero untuk sepupunya. Begitu juga “Hero Jalan Kebun” yang kadang2 tewas dengan “Hero Damansara Damai.” “Hero Damansara Damai” bangkit setelah sering ditewaskan semasa cuti yang lalu. Bagaimana pula “Heroin Bukit Subang” dan “Heroin Taman Seri Bayu”? Nantikan seketika. Eceh, macam pengulas sukan pulak.Hehehe.
Ridhwan stay rileks macam dulu. Ke sana ke mari tak kisah sorang2. Kalau dia jatuh dia bangun, kalau sakit, menangis, tapi kejap je la. Duduk kejap, then sambung balik. Hehehe. Sebelum nak balik tu, dia ditinggalkan ummi ayahnya. Maka, bila tengah kemas2 nak nak angkat beg masuk dalam kereta, Ridhwan cepat2 ikut ayah dia masuk kereta. Sampai sudah tak keluar. Takut kena tinggal lagi.^^
Harith dah boleh bilang 1-10. Walaupun pelat. Hehehe.
Satu jadi atu, ua, ga dan seterusnya. Dan yang paling seronok bila dia sebut “kita satu Negara”. Maka terbuktilah dia sangat menyukai lagu “Kita Satu Malaysia” siap lambai2 tangan lagi. Hehehe. Dan memanggil semua orang dengan “Mimi”. Oh ya, mimi adalah anak kepada pengasuhnya. ^^
Naim stay selamba macam dulu. Ni lah Kluang boy yang saya maksudkan. Dia kacau Aziz sampai Aziz menangis. Hebat bukan? Naim bercakap versi kartun. Kalau dengar memang tergelak, sebab bunyi macam ayat skema. Sebagai contoh
“hei, tunggu saya.”
“ibu, saya lapar."
ni sapa? "cekila"
misi Imani mencari mama. pantang tak ada depan mata mesti dia menangis. see, the mother and child bond. masa tu saya tengah solat, dan kakak ipar (mama Imani) masa tu kat dapur. bila tahu mama dia tak ada, Imani terus menangis dan meluru ke arah saya yang tengah solat. hehehe. dia dok jenguk2,
nasib baik Sukila tak terberhenti solat. ^^
ada nampak macam seorang ibu ke saya? :)
Maisarah macam biasa. dia suka tengok kartun Upin dan Ipin. sampai gelarkan diri dia "Yah Upin". hehehe. sebab nama panjang Maisarah sebut nama dia pun yah je. msa tengok siri Upin ke Ipin yang patah kaki, dia pun sibuk buat jalan terhinjut-hinjut sebab sakit kaki.
okey, stay cute sayang!
ini perbualan saya dengan Aziz, masa tu tengah dukung Harith yang dok leka tengok kereta lalu lalang. dan masa tu kat tangan dia ada bulldozer mainan. biasa la boys kan.
Aziz : Aziz ade benda ni. (sambil tunjuk bulldozer), abah beli.
saya:pastu mananya?
Aziz: kat rumah, tapi takde dah. Ismail (abang dia) wat rosak.
saya:lepas tu?abah tak marah ke?
Aziz: marah. abah marah dia. merajuk.
saya: berapa hari.
Aziz:4 hari
merajuk 4 hari hehehe. sebut kat mulut je tu. mana mungkin dia tahu apa itu merajuk. Aziz ni 4 tahun. dia cakap tak pelat, so seronoklah "berbual" dengan dia.
anakanda Bukit Subang ni makin cun la. hehehe. mula membahasakan dirinya sebagai kakak. sebabnya? hehehe.
hello.... it's me Yaya in the house ;)
baby mana? "baby dalam perut mama la."
kids and cartoon. yes, they love cartoon so much.
suatu hari saya kata kat ma, unsubscribe la channel kartun. dan mak saya jawab. mesti la cucunya menjadi priority pada masa soalan itu diajukan. hehehe. biarlah,kalau tukar, nanti diaorang balik nak tengok apa. hee. yes, mummy, agreed!
mereka tengok kartun sungguh2. siap sembunyikan remote lagi tak bagi orang tukar channel. ish2. bila nampak saya pegang, trus menjerit "jangan la tukar". eh, tak tukar la, nak tengok info je. tapi bila saya saja tekan nak tukar, terus "ala". saje je nak test. hehehe.
tapi bila bab tengok berita mereka mengalah, sebab ayah2 mereka nak tengok. hee!
nota 1 : tak sabar menunggu orang baru. ^^
nota 2: selasa hari tu kakak saya accident. saat2 dapat mesej daripada abang. ALLAH, rasa nak rebah kat kaunter pembayaran tu. masa tu keluar beli barang. Alhamdulillah, sekarang dah keluar wad, cuti berehat saja.
get well soon my dear. semoga ALLAH mengurniakan kamu kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi musibah ini.
nota 3: oh ya, kalau rasa 1st degree pon tak habis lagi, jangan dok tunjuk "hidung tinggi" depan saya. menyampah! jalan sampai tak nampak orang apa kes. hello, saya pun masuk u jugak la. oh lupa, saya uia je.
rasa nak baling dengan high heel je masa tu. huh!
nota 4: "i'm rock, i'm ok." sharing bersama Sham kamikaze semalam ;)
subhanallah! dengar dia cakap rasa tenang dan menusuk kalbu. mulut tanpa kaku mengeluarkan ayat al-quran dan hadis. hebat.
benarkan, hidayah itu milik ALLAH. dalam sekelip mata sahaja DIA mengubah "mat rock" menjadi alim. Alhamdulillah.
"dulu saya kawan dengan geng2 rock, sekarang kawan saya ustaz2. Alhamdulillah." (Sham Kamikaze)
nota 5: rumate saya nak kahwin minggu depan. saya?;P. insya-ALLAH, akan tiba walaupun tak tahu bila. ^^
hari tu jumpa, mak mertua adik ipar kakak saya. bukan mak mertua saya ye. dia kata " ni ke yang aku tengok hari tu, yang nak amik jadi menantu. lain pulak muka, tak cam."eheh. tergelak je dengar.kwang2.....:P
(^_*)
selingan
i got new name. huhuhu. sampai hati :(