Monday, July 9, 2012

kutip kesabaran untuk diri ^^

salam 'alaik



sehingga hari ini sudah mendapat 2 jemputan ke majlis perkahwinan. dan yang ke-3 bakal muncul . semuanya lepas raya. insya-ALLAH kalau berkesempatan kita pergi. ambik berkat sikit :)

hari ni masih merayau-rayau di klinik dan lobi hospital. mencari "mangsa" untuk menjawab questionnaire saya. ternyata begitu sukar sekali. kalau ada air mata mengalir, itu tidak pelik :(

dan hari ini juga saya terpandang nurse sedang menolak katil seorang pak cik ke arah ward. baru admit mungkin. maka terjadi lah sesi "ingat-mengingati Wad Panglima". 7/7/2012,2 hari lepas bermula kesedihan saya. hari terakhir saya berjumpa dengan arwah ayah saya. balik lepas tu, beliau dah pun sakir tenat sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir di malam pertama terawikh Ramadhan 2009 :(

tak bersebab saya sebak tengok pak cik tadi. biasa 2 3 hari ni pergi hospital saya tengok dari jauh je. tapi tadi lalu sebelah. itu jugaklah yang saya ingat masa bersama-sama dengan ma dan kakak mengiringi nurse tolak katil arwah ayah dari HDW ke Wad Panglima. sampai mati pun saya tak akan lupa Wad Panglima :(

lepas tu je terus balik, tak jadi nak distribute questionnaire.

bila fikir pasal respondent yang perlu saya cari beratus-ratus, terus jadi serabut. nak ke tak nak ke memang kena cari. yang paling nak marah kalau orang tu taknak jawab. tapi saya tahu hak menjawab itu hak individu. tiada siapa yang boleh memaksa.

kalau pakcik makcik yang faham, senang je mereka jawab.
"takpe nak tanya gapo pun, pakcik jawab. anak pakcik pun gini la jugak masa belajar"
saya: tapi ada hak tokse jawab pakcik.
pakcik: dia tak paham la tu.

Alhamdulillah ada yang senang didekati malah siap bercerita lagi :)



rabbi yassir wala tu'assir
semoga ALLAH memudahkan kerja saya


bersemangat untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan minta tolong dengan ALLAH.
JANGAN LEMAH!

"setiap kesusahan disusuli dengan kemudahan" :)





hanan dan toksu dia..^^



doakan saya :)



1 comment:

hawowan2 said...

tak pelik org tolak untuk jadi respondent, ceo perlu diemel 1478juta kali baru respon inikan pula pesakit yang sedang berehat, lagi la...kenapa sampai beratus2? projek phd apa?

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH