Alhamdulillah, Alhamdulillah, Thumaalhamdulillah.
Tak terkira gembiranya hati. Semalam result untuk sem
lepas (final semester) dah keluar. Alhamdulillah, more than expected. Boleh
sambung cuti dengan amannya. Kalau sebelum ni macam-macam yang saya fikir,
sampai boleh mimpi lagi. Huhu. Dan Alhamdulillah everything is okay.
Dengan keluarnya result semalam, maka saya dengan lafaz
Bismillah saya mengumumkan penghabisan degree saya. Alhamdulillah. Unofficially la.
Nak official tunggu grad bulan 10 nanti. Insha-ALLAH:”)
Hampir 6 tahun saya di UIA. 2 tahun di PJ dan tiga tahun
setengah di Kuantan. Ramai orang cakap lamanya saya belajar, tak habis-habis. Orang lain dah buat masters hampir nak habis. Tapi saya degree baru habis. Apa
pun saya tak kisah. Memang tak dinafikan belajar kat UIA lama. Foundation saja
dah dua tahun. Degree pulak at least 4 tahun. Banyak yang nak kena cover sepanjang belajar
kat sana. Insha-ALLAH akan berbaloi masa jumpa orang luar nanti:”)
Hampir 4 tahun saya di Kuantan. Tak kisah lah orang cakap
dekat je, sekangkang kera je. Tak kisah lah walau ada lagi orang yang tak
pernah tahu kewujudan UIA Kuantan. Tapi saya kisah sebabnya hampir 4 tahun saya
di sana. Suka dan duka, masam pahit manis semua ada. Kalau dicampur semua buat
air mata ini luruh.
Hampir 4 tahun saya di sana, saya kenal sahabat-sahabat
bermacam-macam, walau mungkin mereka tak kenal saya. Sebabnya saya jarang
bercakap melainkan dengan orang yang
betul-betul rapat. Hampir 4 tahun saya di sana, ALLAH pertemukan saya dengan Kak
Fizah, Kak Aini dan Ain, murabbi yang osem yang berjaya menarik saya untuk
bergembira dalam bulatan. Alhamdulillah.
Hampir 4 tahun saya di sana, ALLAH juga
mempertemukan saya dengan roommate yang saya kira sangat beruntungnya saya
sebab satu bilik dengan An dan Kak Hawa. Hampir 2 tahun kami satu bilik. Tak
lupa juga sahabat-sahabat saya yang saya mulai rapat masa 2nd sem 1st
year. ALLAH, terima kasih kerana pertemukan dengan mereka.
Kalau nak diceritakan semua, mungkin tak akan habis. Biarlah
ianya menjadi kenangan untuk diabadikan dan diingati kelak :”)
Peneman diwaktu suka dan duka.
Jazakummullahu khairan kathira. Semoga ALLAH melindungi kalian di mana sahaja berada.
Panjang umur kita jumpa lagi. Insha-ALLAH :")
Sahabatku,
Walaupun hanya sebentar kita bersua,
Walaupun hanya seketika kita berjumpa,
Walaupun hanya sekejap kita bersama,
Memori itu,
Ukhuwah itu,
Kata-kata semangatmu itu,
Tetap teguh dihatiku,
Sebagai peneman di kala hati merindui,
Sebagai penegur di kala hati sedang sakit,
Sebagai penguat di kala jasad sedang lesu.
Sahabatku,
Semoga kita terus kekal dalam ukhuwah ini,
Semoga ALLAH teguhkan hati ini,
Semoga ALLAH perkuatkan diri ini,
Semoga ALLAH meredhai diri ini,
Semoga engkau dan aku tetap di sini,
Dalam dakapan ukhuwah ini,
Untuk menyusul menuju ke syurga abadi.
Semoga kita terus kekal dalam ukhuwah ini,
Semoga ALLAH teguhkan hati ini,
Semoga ALLAH perkuatkan diri ini,
Semoga ALLAH meredhai diri ini,
Semoga engkau dan aku tetap di sini,
Dalam dakapan ukhuwah ini,
Untuk menyusul menuju ke syurga abadi.
Apa-apa pun saya
merindui waktu itu, yang tak mungkin akan berulang kembali. Cukuplah
kenangan itu sebagai ganti andai diri ini merindui waktu itu.
Nota 1 : Jutaan terima kasih saya ucapkan untuk semua lecturer yang mengajar saya. Untuk result sem lepas, nak je rasa peluk Prof Nasir, Mdam Nik, Madam Mona dan Bro. Zaihan. Hampir 3 sem belajar ngan Bro. Zaihan sampai dia pun ingat nama saya. Semoga doa sir untuk saya makbul :")
Nota 2: Jutaan terima kasih juga untuk keluarga saya, terutamanya bonda tercinta yang tanpa jemu mahukan terbaik untuk si anak. Juga kepada kakak-kakak saya yang kadang-kadang fed up bila saya keluarkan 'aura' sulking atau 'tantrum'. Terima kasih atas doa kalian :")
Nota 3: Untuk sahabat-sahabat saya. Thank you for everything. Tak mampu untuk dilistkan disini.
Nota 4: Untuk si dia yang bertanyakan soalan yang sampai nak tembus hati saya malam tu, sorry from the bottom of my heart. Semoga ALLAH pertemukan yang terbaik untuk kamu.
Nota 5: Mungkin saya boleh buat n3 10 things that you missed a lot :D
Nota Penting:
Namun perjuangan saya masih jauh.Gembira dah habis walaupun hanya degree, tapi masih banyak yang saya perlu lalui pada masa akan datang. Semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan. Ameen. Insha-ALLAH!