Tuesday, April 30, 2013

Thank you :")

Assalamu'alaikum wbt
















Pergi ke pasar menjamu mata, 
Tidak dilupa membeli beras,
Terima kasih tidak terhingga,
Hanya ALLAH bisa membalas.





Thank you, thank you and thank you.
May ALLAH bless you :")


Friday, April 26, 2013

HE knows best

Assalamu'alaikum





Pagi Jumaat yang indah. Menghadiri usrah di rumah Kak Nik, naqibah baru saya. Alhamdulillah, dengan bantuan Mak Cik Hasanah dan Dr Habsah (saya dengan selamba mesej dia membahasakan mak cik). Aduh! Akhirnya menyambung usrah di Kelantan. Semoga berterusan. Insha-ALLAH :")

Usrah kali ni lain sedikit. Naqibah saya sudah berumah tangga dan mereka suami isteri merupakan orang kuat IKRAM. Begitu juga sebahagian ahli usrah yang saya dah jumpa (ada lagi yang tak jumpa) semuanya hebat-hebat dan sudah berkerjaya. Cikgu dan doktor.

Saya dalam diam mengagumi mereka. Lima hari seminggu di tempat bekerja, hari Jumaat berusrah (plus handle aktiviti anak-anak) dan sekarang sibuk dengan PRU. ALLAH, saya tabik! 

Hari ni kami berziarah orang baru. Ahli usrah yang baru mendapat cahaya mata sulung. Arisa Safiyya nama diberi. Rambutnya hitam pekat dan lebat. Kalau orang tak tanya mesti ingat dia lelaki. Hehehe.
Sambil meriba baby, ibu-ibu membuka cerita pengalaman mereka, tambah pulak ada Dr. Hazlina. Ayah baby pun doktor tapi beliau tak ada tadi.

Gambar Arisa tak amik la pulak. Nanti Arisa Safiyya boleh la teman mama pergi usrah deh :")




Isnin lepas saya mendapat panggilan telefon untuk menghadiri interview keesokkan harinya di KL oleh sebuah bank. Tak perlu la bagitau bank apa. So, saya mintak postpone and she said yes, you can. Tapi keputusannya ALLAH yang tentukan. Hari ni saya dapat e-mail my permission rejected. Saya menangis. Ye tak tipu. Terkilan!

Entah lah tawaran interview kali ini agak meyakinkan saya kerana mendapat panggilan terus daripada HR nya melalui telefon. Position pulak berkaitan dengan Mathematics. Berbeza daripada sebelum ni yang nak interview saya melalui telefon dan salah satunya information melalui e-mail.

Clueless, speechless, I don't even know how to say. Hunting for a job is really painful. 
Sampai rasa nak give up la :(

Jika ini yang terbaik saya redha. Mungkin akan ada yang lagi lagi baik di hadapan sana. Positive thinking is the best way. Dah berusaha mintak tangguh kan, tapi tak ada rezeki jugak. Jangan mudah berputus asa dan teruskan memohon kepada-NYA.





“We cannot change the cards we are dealt, just how we play the hand.”
—Randy Pausch






Nota 1 : Terkilan jugak sebenarnya tak ke KLIBF '13 tahun ni :(

Thursday, April 18, 2013

16 April

Salam 'Alaik







16.4.1989 - 16. 4.2013 :


Alhamdulillah, Alhamdulillah Thummalhamdulillah :")
Masih diberi peluang untuk bernafas di Bumi ALLAH ini.
Dua dan empat disatukan menjadi 24. 
Terima kasih atas ucapan dan doa dari semua. 
Tak mampu untuk listkan semua nya.
 
Semoga ALLAH memberkati dan melindungi kita semua. 
Insha-ALLAH :")

 Semoga diberi kekuatan untuk terus mengislahkan diri.
Semoga pertambahan umur ini sejajar
dengan pertambahan amal ibadah kepada-NYA.

 
 


"diantara tanda-tanda ciptaan-NYA ialah DIA menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram terhadapnya, dan dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang , pada demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kekuasaan ALLAH bagi kaum yang berfikir"
[surah Ar-Rum:21]
 






Nota 1 : Ucapan paling famous. Semoga cepat kawin. Hehehe. Insha-ALLAH, semoga ALLAH makbulkan :")

Nota 2 : being 24 as a new voter. Kekal Kelantan Tukar Putrajaya. Insha-ALLAH :")







Friday, April 12, 2013

Special post;PRU 13

Salam 'Alaik





Nah, rentetan PRU di Malaysia :")



  • 19 OGOS 1959-PRU 1
  • 25 APRIL 1964-PRU 2
  • 10 MEI 1969- PRU 3
  • 24 OGOS 1974- PRU 4
  • 8 JULAI 1978- PRU 5
  • 22 APRIL 1982- PRU 6
  • 3 OGOS 1986- PRU 7
  • 21 OKTOBER 1990- PRU 8 (Setahun selepas kelahiran)
  • 25 APRIL 1995-PRU 9
  • 29 NOVEMBER 1999- PRU 10
  • 21 MAC 2004- PRU 11
  • 8 MAC 2008- PRU 12
2004- saya masa tu form 3. Sebut pasal PRU, ye tau hari mengundi. Tapi sebenarnya tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. 2008, tahun kedua di UIA PJ. Pun begitu, ambil tahu sikit-sikit. Yang pasti, suasana PRU di kampung saya hebat. Hahaha. Both of the parties i meant. Yang muda-muda ni siap berarak lagi sambil kibar bendera. Markas-markaz parti 'hangat' di waktu malam. Ye la siang hari orang bekerja :") 
Bendera-bendera gagah berkibar. Tak lupa juga poster, banner malah bunting sekalipun.

  • 5 MEI 2013- PRU 13 (Insha-ALLAH )
Tahun ni, Insha-ALLAH saya sebagai pengundi baru. Hehehe. Semangat ni :D
Semalam masa dalam perjalanan dari Kuantan, sepanjang perjalanan bendera-bendera gagah berkibar  di Terengganu. Besar, kecil, sederhana semua ada.
Di Kelantan saya tengok bendera 'tak lebat' lagi. Mungkin dalam proses. Hehehe.Tapi kat depan rumah saya dah banyak bendera.

Kalaulah arwah ayah masih ada, confirm kena marah siapa yang letak bendera "b**u" depan rumah. Hahaha. 


Bila baca comment di FB mahupun di blog-blog mengenai PRU, memang betul kalau tidak ditangani dengan betul boleh menimbulkan perbalahan. Setiap individu mempunyai hujah-hujah yang tersendiri yang mana boleh jadi betul atau tak betul. Tapi bagi saya, untuk tidak memihak kepada mana-mana parti, jangan terlalu obses

Kita ada sumber yang boleh dipercayai. Rujuk mana-mana sumber yang boleh dipercayai. Jangan hanya tahu komen sahaja walhal kita tak tahu betul ataupun salah. 


"Bertanyalah kepada orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahuinya."
[Surah An-Nahl:43]


Semoga ALLAH memudahkan urusan PRU yang akan datang. Insha-ALLAH. Sebagai rakyat yang marhaen, kita berhak dan perlu bijak memilih apa yang terbaik untuk kita dan juga bumi Malaysia. 




Biarlah undi itu menjadi rahsia kita dan ALLAH :")

Selamat mengundi. 
Tepuk dada tanya iman. Fikir dulu sebelum memangkah. Anda bijak dalam membuat keputusan.





"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.  
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu),
 dan lebih elok pula kesudahannya."
[An-Nisa'59]





 

Tuesday, April 2, 2013

Medan Di Hatiku (Finale)

Assalamu'alaikum wbt




Masih berkisar mengenai Kota Medan. N3 terakhir saya kira. Biasalah, si 'jakun' yang baru menjejakkan kaki ke Kota Medan :P


#  Kali pertama menjejakkan kaki di sana, saya terbayang sinetron yang saya tonton. Ehem, saya ni suka tengok sinetron. Hahaha :D
Memang macam tu la keadaannya. Persis!

# Makanan. Sepanjang 5 hari di sana, memang berselera makan. Eheh! Kami sebenarnya bawak bekal roti dari Malaysia, kononnya tekak tak boleh terima makanan di sana. Hmm, salah sama sekali. Enak sekali makanannya.
Cuma, saya terkilan sebab termakan mutton instead of chicken. Hehehe. Saya ingatkan chicken. Dengan yakinnya cakap, sedap ayam ni. Huh, rupa-rupanya mutton. Jadi bohonglah kalau saya cakap saya tak pernah makan mutton.
Bila dah terperasan, terus letak tepi, tak jadi makan. Apalah nasib picky eater like me :(

*(Dan sebenarnya saya risau untuk ke 'sana' bulan 6 ni)*

Lagi satu, mee Acheh. sebenarnya mee kuning je. Nampak Sahril makan macam sedap, sebenarnya tak pon. 

Bakso Amat enak sekali. Memang pure.
Teh mandi (manis dingin) memang manis. Tapi gula di Indonesia mahal! Dan terbukti milo di sana memang tak sedap. Sebab tu lah Sahril tak minum mili Indonesia. Milo Malaysia lagi enak!

Kakak saya mintak jus carrot. Memang dia tak paham sebabnya jus carrot dipanggil 'jus wartel' di sana. 

# Orang-orang Indonesia pandu kereta ganas-ganas. Saya rasa kalau saya test JPJ di sana memang tak akan lulus. Hehehe. Serious!
Nak cross jalan pon rasa macam tak yakin je. Mana taknya, lampu merah tak semestinya berhenti dan lampu hijau tak semestinya bergerak. Ikut suka hati. Walau sudah terpampang "Orang beriman tidak melanggar lampu merah." Ada kau kesah!

# Kijang Innova dan Avanja sangat famous di sana. Kaya jugak mereka ya!

# Tipping money. Angkat beg kasi duit. Banyak ke sikit lain kira. Saya perhatikan semasa Mas Joko nak parking van atau nak keluar mesti akan ada orang yang tolong tengokkan, kemudian diberikan Rp 1000-2000.

# Danau Toba memang cantik. Sumpah! Tak tipu, rasa macam tak nak balik je.

# Seram jugak membeli-belah di sana. Semua orang ajak masuk kedai masing-masing. Tak promise pon dia kata promise!

# Tandas di mall nya tidak ditulis untuk pria atau wanita. Hanya lukisan yang membedakan. Nasib tak tersalah masuk! Tapi toilet di kedai makan bersih sangat. Kalah kita di Malaysia. Nak masuk punyalah bayar, tapi toilet tak bersih pon.

# Ambon dan kek lapis Rika memang sedap. 4 kotak tau kami bawak balik plus 1 kotak yang Pak Ibrahim kasi.

#  TV di Indonesia persis TV3. Banyak iklan. Hahaha.

# Masjid yang kami pergi tiada penghadang lelaki dan perempuan. Saya tak pasti semua masjid atau tak

# Kelilawar (kelawar) dijual untuk buat ubat lelah

# BPK (B2 panggang) sangat famous. Setiap kedai ada.

# Surat khabar di sana, kalau boleh semua benda nak dilaporkan. Agak kelakar kalau baca.

# Acronym banyak digunakan, bukan sahaja dalam bahasa perbualan. Gaptek (gagal pakai teknologi). Dan yang paling saya ingat sampai ke hari ini jablai (jarang dibelai)

# Pak Ibrahim dan mas Joko memang terbaik. Berpuas hati sepanjang kami di sana. Dulu kami risau, sebab semuanya perempuan. Tapi Alhamdulillah, dapat tourist guide yang baik macam Sahril. Otai yang mengepalai rombongan kecil kami.





# Dan sebenarnya Medan ialah ibu negeri SUMAT, Sumatera Utara.

# Kalau boleh nak pergi Medan lagi. Pergi 1 troli untuk 6 orang hari tu, balik 2 troli. Tak tahulah beli apa. Hehehe :")

# Ulang dengar lagu Judika sepanjang dalam van ke Danau Toba. Mas, lagu Judika ada tak? Rasanya Sahril tau tau lagu sapa dari Malaysia. Siti nurhaliza barangkali. Hehehe.

# Saya rindu suasana di sana. Rasa macam taknak balik hari tu. Rasa sayu je :(

# Walau terkilan tak dapat pergi pasar ikan, tapi at least saya dah sampai Danau Toba. Dah kenal Kota Medan. Alhamdulillah :)





Medan Di Hatiku, always and indeed!










p/s: Dear you, Kat sana boleh request Pak Ibrahim dengan Mas Joko dop? Hehehe. See you ya. insha-ALLAH :")







Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH