Friday, April 26, 2013

HE knows best

Assalamu'alaikum





Pagi Jumaat yang indah. Menghadiri usrah di rumah Kak Nik, naqibah baru saya. Alhamdulillah, dengan bantuan Mak Cik Hasanah dan Dr Habsah (saya dengan selamba mesej dia membahasakan mak cik). Aduh! Akhirnya menyambung usrah di Kelantan. Semoga berterusan. Insha-ALLAH :")

Usrah kali ni lain sedikit. Naqibah saya sudah berumah tangga dan mereka suami isteri merupakan orang kuat IKRAM. Begitu juga sebahagian ahli usrah yang saya dah jumpa (ada lagi yang tak jumpa) semuanya hebat-hebat dan sudah berkerjaya. Cikgu dan doktor.

Saya dalam diam mengagumi mereka. Lima hari seminggu di tempat bekerja, hari Jumaat berusrah (plus handle aktiviti anak-anak) dan sekarang sibuk dengan PRU. ALLAH, saya tabik! 

Hari ni kami berziarah orang baru. Ahli usrah yang baru mendapat cahaya mata sulung. Arisa Safiyya nama diberi. Rambutnya hitam pekat dan lebat. Kalau orang tak tanya mesti ingat dia lelaki. Hehehe.
Sambil meriba baby, ibu-ibu membuka cerita pengalaman mereka, tambah pulak ada Dr. Hazlina. Ayah baby pun doktor tapi beliau tak ada tadi.

Gambar Arisa tak amik la pulak. Nanti Arisa Safiyya boleh la teman mama pergi usrah deh :")




Isnin lepas saya mendapat panggilan telefon untuk menghadiri interview keesokkan harinya di KL oleh sebuah bank. Tak perlu la bagitau bank apa. So, saya mintak postpone and she said yes, you can. Tapi keputusannya ALLAH yang tentukan. Hari ni saya dapat e-mail my permission rejected. Saya menangis. Ye tak tipu. Terkilan!

Entah lah tawaran interview kali ini agak meyakinkan saya kerana mendapat panggilan terus daripada HR nya melalui telefon. Position pulak berkaitan dengan Mathematics. Berbeza daripada sebelum ni yang nak interview saya melalui telefon dan salah satunya information melalui e-mail.

Clueless, speechless, I don't even know how to say. Hunting for a job is really painful. 
Sampai rasa nak give up la :(

Jika ini yang terbaik saya redha. Mungkin akan ada yang lagi lagi baik di hadapan sana. Positive thinking is the best way. Dah berusaha mintak tangguh kan, tapi tak ada rezeki jugak. Jangan mudah berputus asa dan teruskan memohon kepada-NYA.





“We cannot change the cards we are dealt, just how we play the hand.”
—Randy Pausch






Nota 1 : Terkilan jugak sebenarnya tak ke KLIBF '13 tahun ni :(

No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH