Wednesday, May 1, 2013

'Raya' yang 4 tahun sekali

Salam 'Alaik









Hmm, 'raya' dah nak dekat. Persiapan dah buat ke? Nak pakai baju apa nanti. Nak 'pangkah' sapa nanti. Eh!

Saya ke ceramah baru-baru ni, dimulakan dengan takbir raya. Nak menangis rasa. Cayalah!

Cerita saya. Sepanjang daripada rumah saya untuk ke pekan Selising, boleh dikatakan penuh dengan bendera. Even depan rumah pun banyak bendera. Kau pasang, aku pasang dan begitulah. Markas-markas juga meriah di malam hari. Ada makan-makan, borak-borak. Tapi, saya baru 2 3 kali pergi. Semua veteren je, segan lah nak tunjuk muka. Eheh.

Suatu hari;
"cabut deh tali bendera nih?" 
Ma kata "jangan lah."

Sebenarnya saja je. Hehehe :D

Dan sebenarnya saya baru realized kenapa Ma tak nak ke Medan dulu kalau PRU jatuh masa tu. Burn tiket pon takpe la. Katanya. Owh, ini rupanya penangan PRU. Ye la saya tak pernah mengundi sebelum ni. Betapa pentingnya satu undi.

Si pengomen yang membuta tuli menulis. Oh, ini sangat memalukan. Bila baca komen di FB, komen yang saya kira ditulis bukan menggunakan akal tetapi emosi memang geram.

Someone had made a phone call and use my brother's name to claim transportation fee for the election from the opponent party. Eh, my mum shocked. She thinks my brother betrays the party.
Hmm, saya pon agak hot jugak. Bila post dekat group semua senyap. Nampak sangat orang-orang dekat je yang buat. Biarlah dia! Jika nak komen mohon guna akal bukan emosi. Itu yang saya tulis. Huh!

Seorang makcik ditegur bapa mertua calon the opponent party di tempat saya yang mengatakan mak cik tersebut begitu excited dengan bulan mengambang. Oh, geram jugak dengar. Takpo la makcik duit tu rezeki ALLAH bukan demo bagi (dalam hati saja). Her vote her right!

Berpolitik lah secara bersih. Jangan dipaksa-paksa, diugut-ugut dengan duit. Kesian makcik-makcik di kampung.
Duit weh, siapa tak cair!

Ye, iklan pilihan raya yang bermaharajalela di kaca TV. Sampai boleh ada lagu bagai. Setiap masa ada. Hmm boring lah jugak! Tapi yang paling saya suka iklan di TV Al-Hijrah :")

2 3 hari berbaki ini, marilah bersama-sama memeriahkan hari 'raya' yang hanya 4 tahun sekali ni. Hahaha.

Semoga ALLAH kurniakan kemenangan kepada pemimpin yang menjalankan pemerintahan berlandaskan Islam.Insha-ALLAH.




Kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang terususun.

[Saidina Ali]





My vote my right!
Ini kalilah!






Sekian.
Selamat Hari Pekerja dan Selamat Mengundi :")
Fi Amanillah!




No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH