Thursday, May 9, 2013

Selepas PRU 13

Salam 'Alaik








5 Mei 2013, PRU yang ke -13. Tahun pertama saya memulakan tugas sebagai pengundi. Agak excited sebenarnya. Ditambah pula dengan kebangkitan anak muda mahasiswa-mahasiswa yang turut turun padang. 

Walaupun saya  berada di rumah, tapi boleh rasa kemeriahan mereka berada di jalanan untuk berkempen. Tak lupa juga flash mob di tepi jalan raya. Bunyi kan hon atau naikkan lampu jika sokong. ALLAH! Meriahnya. Kalah suasana hari raya setiap tahun. 

Semasa tempoh berkempen, markas-markas dibuka. Bendera-bendera, poster calon dah naik. Waktu malam begitu meriah. Itulah dia raya yang setiap 4 tahun. 

Sebagai pengundi baru, saya rasa tahun ni banyak update pasal PRU dari internet dan juga akhbar. Usahakan diri untuk cari Harakah dan sebagainya. Sungguh teruja. Menonton klip video orang hebat berkempen, tanpa sedar air mata mengalir. ALLAH, kuatkan hati mereka semua.

Saya mengundi di Sekolah lama dulu di saluran 3 untuk Dun Selising dan Parlimen Pasir Puteh. Saluran yang saya kira saluran golongan muda-mudi. Alhamdulillah, saya rasa dah pilih calon dan undi yang betul. Tak lupa juga meluangkan sedikit masa di pondok sementara PAS tolong isi resit tambang anak perantau. Hehehe :”)

Malam tu semua berdebar nak tahu result mengundi. Tapi yang saya hairan lagi menghairankan result di TV tersangatlah lambat. Semacam dirancang je. Saya dan kakak ulang alik atas bawah tengok result melalui internet yang lagi cepat. Kat TV  di pong pang pong pang bercakap itu ini dan macam-macam. Result masih tak update. Abang-abang tunggu sampai pukul 2 lebih malam tu.

Sebenarnya saya terkilan Calon DUN yang dipilih tidak menang. Juga terkilan Datuk Husam yang bertanding di P-125 Putrajaya tewas dengan Ku Nan. Gembira sebab Rafizi menang. Sorang lagi generasi hebat yang berfakta.

Kekal Kelantan Ubah Putrajaya. Hanya Kelantan yang KEKAL. ALLAH tak izin kan lagi untuk Ubah Putrajaya. Saya ingatkan boleh PM baru tapi dapat MB baru :”)

Tapi penawanan di Putrajaya tidak mustahil untuk PRU akan datang. Kebangkitan pemuda-pemuda masa kini dan golongan intelektual masih tidak kuat untuk menawan Putrajaya kali ni. Takpe, jangan bimbang. ALLAH tengok kepada usaha kita bukan natijahnya. Usaha yang saya kira cukup haibat untuk PRU 13. 

Apa sahaja yang berlaku semasa PRU 13 hari tu ada hikmahnya. Saya juga sampai ke hari ni ‘kenapa Putrajaya tak dapat kat PR?’. Kalah dan menang itu sudah menjadi adat pertandingan. Kalah bukan sebarang kalah, tetapi ia kalah yang bermaruah. Kalah yang menang. Apa gunanya menang kalau bukan daripada jalan yang betul kan. 

Yang pasti, ALLAH Maha Mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Cuba imbas kembali semasa pembukaan Kota Mekah oleh baginda Rasulullah SAW, penawanan Konstantinople oleh Muhammad Al-Fateh . Kesemuanya bukan sesuatu yang mudah. Mereka semua berjuang harta dan nyawa untuk menegakkan kebenaran.

Yakinlah Al-Haq pasti akan mendapat tempatnya suatu hari nanti dan kebatilan itu akan lenyap dimamah bumi. 


"Tetapi bileh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, walhal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, walhal itu tidak baik bagimu."
[Al-Baqarah:216]
 
Titipkan doa kita untuk pemimpin-pemimpin di Malaysia supaya menjalankan pemerintahan dengan adil dan saksama serta meletakkan kepimpinan di bawah landasan Islam. Amanah yang tidak patut untuk disia-siakan oleh seorang pemimpin. 

Semoga bumi Malaysia senantiasa aman dan damai dibawah perlindungan ALLAH. Jangan sebab politik kita berpecah belah yang tidak dianjurkan oleh Islam. Seorang muslim ialah cermin untuk muslim yang lain. 



 "Bilakah datangnya pertolongan Allah..? 
Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat!"
[Al-Baqarah:214]



Kalau bukan PRU 13 mungkin PRU 14, 15 dan ke atas. Yakinlah ALLAH sentiasa bersama kita. Dan DIA maha tahu apa yang terbaik untuk kita :")

Senyum sampai telinga





 Si pegundi kecil yang teman Daddy balik mengundi. 
Lena di bawah cerahan bulan :")


Hari mengundi. Atas: Bersama Muslimah perayu Undi PAS
                        Bawah: saya, abang dan kakak berserta Ceksu sebelum membuang undi ;")






















Nota 1: Habis sudah PRU. Jom sama-sama update untuk madrasah Ramadhan pulak. Dah tak lama dah.

"Ya Allah, berkatilah kami bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan kepada bulan Ramadhan"



No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH