Saturday, June 25, 2011

>>>>> exam mode >>>>>>





ATTENTION, NEW N3 FOR THIS BLOG WILL BE STOPPED FOR A WHILE DUE TO THE COMING OF FE'S FAMILY.
THE WRITER IS IN HER EXAM MODE ^^



SHE'S STUDYING LIKE CRAZY!
TO BE INFORMED, THE LOWER LEVEL OF CRAZY ;P

SEE YOU ON 3RD JULY; INSHA-ALLAH.
DO PRAY FOR HER (^_*)


Siapa kata kita tidak boleh

Kita ada ALLAH Maha Kuasa

Kita punya kuasa tenaga

Do’a sebagai senjata

Umat Islam sentiasa boleh!



Thursday, June 23, 2011

ceritera di gombak (season 2 ; part 4); EXAM

salam 'alaik



lecture class sudah sampai di penghujung. assignment dan segala bagai yang berkaitan harus dihantar untuk memudahkan pensyarah mengira Penyata kira-kira carry mark student2 kesayangannya. hehehe. skema agak ayatnya.

bila dah habis lecture, hape yang kita buat? eh, jangan buat2 tanya. mestilah EXAM! hehehe. dan insya-Allah, saya exam final untuk short semester yang terakhir di Gombak (saya kira) pada 29hb 6 dan 2hb 7 2011. 2 subjek je. eheh.

maka, selepas 2hb, bermulalah "penyambungan cuti" saya yang terbengkalai dalam sebulan lebih ni di bumi Gombak yang indah permai di hati sebagai seorang seorang saya. hahaha. dan siapakah bisa menjawab soalan ni "boleh tak nak suasana belajar kat Kuantan, tapi suasana makan2 kat Gombak?". pertanyaan seorang rakan. hehehe. nak cakap camane ye. owh, tempat sendiri lagi kan dikenanag walau tempat baru best tersangat. saya tetap cakap UIA KUANTAN is the best!

penyambungan cuti kali ini sehinggalah lepas raya baru masuk balik. sounds good, right? hehehe. berpuasa di rumah, insya-Allah. menyambung kembali liku2 kehidupan di rumah dan menyambung misi yang tak sempat untuk dilaksanakan. hahaha. apa ya?

banyak nye nak bercerita.
okeylah, dikesempatan ini selamat menempuh exam untuk sahabat2 sekalian juga tak lupa juga yang tengah buat short semester kat Kuantan nuh, yang dengar khabarnya bangunan admin dan library sudah siap. cantik katanya. hehehe. tak sabar nak masuk bulan 9 ni.
alamatnya bakal sunyi dah la KOM nanti. ^^


all the best and turn to him.
yakinlah, setiap kesusahan disusuli dengan kemudahan,
Allah tidak akan melupakan hamba-NYA yang sentiasa mengingati-NYA,
Faiza 'Azamta Fatawakkal 'Alallah,
Rabbi Yassir Wala Tu'assir.
Allah tak akan tengok dengan apa yang kita dapat, tetapi DIA memberi kepada sesiapa yang banyak berusaha.
insya-Allah.




good luck and all the best!




mari bermuhasabah :

ayuh, sama2 kita menjadi mukminah yang solehah yang menjaga pandangannya, memelihara ikhtilatnya. memang betul susah untuk kita capai tetapi berusahalah ke arah itu. sama2 mentadabbur surah An-Nur ayat 28-31. dan sama2 menghayati maksud yang yang ke- 31 untuk kita wahai muslimah solehah!
"seindah perhiasan adalah wanita solehah"

aduhai puteriku sayang
kau bunga kebanggaan
aduhai puteriku sayang
kau bunga idaman (^_*)




selingan:

selamat berjalan2 untuk mak saya. beliau bakal ke pulau. hehehe. pulau ape, Pulau Langkawi. bestkan. huhuhu. rasa cam nak ikut je. dan jangan lupa beli ole2 untuk anakmu ini. hehehe.

KL > PENANG > KL > JOHOR > KUANTAN > HOME SWEET HOME (^_^)
rancangan perjalanan kami. insya-Allah, moga dipermudahkan.




bakal merindui suasana di Gombak ini. tadi cakap lain, ni dah lain pulak. hehehe. dan betul lah, nak belajar suasana di Kuantan, tapi nak suasana lain seperti di Gombak (makanan dan pengangkutan), maka seharusnya UIA KUANTAN DAN GOMBAK disatukan. tak pun jadikan UIA KUANTAN sebagai main admin. hahaha. banyak la cadangan. takdenya Prof Syed Arabi Idid tu nak buat.

dan doakan saya untuk final examination kali ini. insya-Allah.





wassalam





Sunday, June 19, 2011

selamat hari ayah :)





salam 'alaik



sebenarnya saya dah post n3 hari ayah, tapi terlalu awal la pulak. hehehe. tapi takpe, everyday is hari ayah, kan? hari ni barulah sebenarnya hari ayah ye. maaflah ayah2 sekalian. hehehe. yang penting you are always be a hero.



saya mempunyai seorang ayah yang penyayang walaupun garang. tapi garang2 ayah saya, saya tak penah lagi kena pukul ngan hanger. hehehe. sweet tak? kena marah tu selalu lah, sebab anak dia yang sorang ni berperwatakan yang agak aneh. mungkin kah?

yang penting ayah saya tak pernah tak bagi apa yang saya mintak. semua bagi tak pernah miss, walau saya takut2 nak mintak, ataupun mintak melalui orang tengah. mak saya lah. hehehe. tapai kadang2 beliau suruh saya bagitau sendiri. biar ada keyakinan sikit.
eheh!


dan saya mintak, dapatlah acer sebijik, walaupun dah ada kat tangan manusia mana ntah, yang memang tak berpekerti yang mulia. sedih bila ingat balik. sayang tu harta ayah saya okey.


tapi yang pasti kenangan dengan arwah ayah tetap di sanubari saya. tiada siapa yang bisa menggantikan beliau. kalau tak ada ayah saya, tidak saya sampai ke tahap ini. mengambil berat terutama pasal agama. mengaji Quran sangat penting. tak g mengaji dulu kena piat tau. khatam jugak akhirnya. Alhamdulillah. terima kasih ayahku sayang.


kenangan terakhir, masa ayah hantar saya masuk UIA kuantan, sebabnya saya balik lepas tu arwah dah tak boleh buat apa dah. wayar berselirat sana sini. yang tengok ni pun tak tega. sehinggalah saya mendapat panggilan telefon mengkhabarkan pemergian arwah di malam pertama Ramadhan tahun 2009.
kami dah siap sedia untuk berpuasa si hospital tahun itu, tapi DIA yang mengetahui segala-galanya.

walaupun arwah ayah sudah pergi, tapi saya masih ada abang2 yang penyayang walaupun tak seperti arwah ayah. semestinya seorang ibu yang tabah dan sabar. itu kekuatan saya.


HAPPY FATHERS' DAY to all daddies in the world

istimewa untuk abang2 dan abang2 ipar (Abah Firdaus, Abah Kakak, Abah Muhammad, Ayah Along Zafran, Abah Along, Ayah Abang Long Rafiq, Abah Maisarah, Ayah Amir, Papa Alea, Papa Harith, Papa Farah dan Abah Sahzwan) sweet kan mereka. eh, mesti . ayah-ayah kasanova kelas pertama, jangan main. untung anak2 sedare saya dan isteri mereka. hehehe.

may your life be blessed forever and ever.

some of gorgeous daddies in the family. from left: Abah Maisarah, Papa Harith, Ayah Along Zafran, Papa Alea dan Ayah Amir) (^_*)



see, best daddies ever had (^_^)



and we are a happy family forever. Insya-Allah.



p/s : daddy2 sekalian buleh lah bagi cadangan untuk next family day tahun depan. kertas2 kerja bakal dibuat. harap maklum!




wassalam


Saturday, June 18, 2011

Kau Sahabat Kau Teman



salam 'alaik


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati


saat mendengar berita kematiannya, sungguh hati mengatakan bagai tak percaya.
kenal atau tidak, rapat atau tidak, saya tahu arwah seorang sahabat yang baik, tak pernah lokek dengan senyuman, komitmen yang tinggi terhadap sesuatu perkara.
dan kehilangannya memberi kejutan untuk semua.


semasa Science Integrated Challenge (ISC).arwah tengah (dari kiri dan kanan) berbaju merah :(


al-fatihah, sahabat.
semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.





wassalam

Friday, June 17, 2011

wanita solehah~

salam 'alaik


Puteriku Sayang


Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya




Bukan mudah untuk menjadi seorang srikandi seperti Siti Khadijah,

Qudwah hasanah yang menjadi tauladan ummah,

Bukan mudah menjadi Seperti Saidatina Aisyah Humaira,

Setia berjuang bersama suami tercinta,

Bukan mudah untuk menjadi seperti Siti Hajar,

Mencari setitis air untuk Ismail di tengah-tengah padang pasir,

Bukan mudah untuk menjadi seperti Sarah,

Yang rela melamar seorang wanita untuk suami tercinta,

Bukan mudah untuk menjadi seperti Asiah,

Yang menghalang Musa daripada menjadi bunuhan firaun,

Bukan mudah untuk menjadi seperti Sumayah,

Tikaman di dada sedikitpun tidak menggoyah keimanan,

Bukan mudah untuk menjadi seprti Fatimah Az-Zahra,

Puteri Rasulullah yang indah pekertinya,

Bukan mudah untuk menjadi seperti Maryam,

Yang tidak pernah memikirkan cinta seorang lelaki.


Bukan mudah untuk menjadi seperti mereka,

Srikandi-srikandi Islam yang tiada gantinya,

Mempertahankan akidah walaupun tergadai nyawa,

Demi mempertahankan Islam agama yang nyata.

Subhanallah.


Ya Allah,

Jadikanlah kami sekuat mereka,

Seindah budi pekerti mereka,

Seteguh akidah mereka,

Yang tidak pernah goyah,

Yang tetap mempertahankan keimanan,

yang tidak pernah melupai-MU walau sekejap,

yang menjadikan hidup mereka hanya kerana-MU.





wanita solehah sekalian, jadilah seperti sekuntum bunga yang segar yang memerlukan kekuatan untuk dipetik, bukan menjadi sekuntum bunga yang layu yang mudah dipijak dan dipersia-siakan.

istimewanya wanita :

  • terdapat satu surah khas untuk wanita Surah An-Nisa
  • salah satu nama Allah, adalah salah satu bahagian tubuh wanita, Rahim.
  • mengandung dan melahirkan zuriat, jika meninggal dikira syahid.
  • mendapat harta pusaka yang "solid" (tidak boleh dibahagi dengan suami).
  • balasan syurga jika mentaati Allah dan menghormati suami.
  • seorang wanita dianggung oleh 4 orang lelaki di padang mahsyar kelak; suami, ayah, anak lelaki dan adik beradik lelaki.


Subhanallah, seindah perhiasan adalah wanita solehah!







wassalam

Wednesday, June 15, 2011

Al-Fatihah

salam a'laik


Jika semalam saya gembira menerima berita sahabat yang baru menimang cahaya mata. Alhamdulillah bertambah rezeki si sahabat dan suami.

Dan hari ini saya menerima sebuah berita kematian. Kematian seorang sahabat yang bila difikirkan seakan-akan tidak percaya dengan pemergian arwah.


“Ade budak batch kita meninggal.” Alan bagitau masa habis kelas tengah hari tadi.

“Hah, sape?” Saya terkejut.

“Amer.”

“Hah, ye ke? Adha eh? Kenapa? Macam tak percaya je. Bila?” Bertalu2 soalan ditanya.


Innalillahi wainna ilaihi raji’un. Dari Allah kita datang dan kepada jualah Allah kita kembali. Perginya seorang hamba Allah mengadap penciptanya di usia 22 tahun, masih bergelar seorang undergraduate di UIA. Tahun ke-2 jurusan biotechnology.

Facebook di buka. Ternyata penuh wall post dari sahabat2 lain yang mengkhabarkan berita ini. Semuanya seakan2 tidak percaya. Jikalah hari ini ajalnya, siapa kita untuk tidak menidakkannya. Hanya DIA yang maha mengetahui segala-galanya.

Kalau nak cakap kenal, saya tidaklah begitu mengenali arwah, tapi adalah sikit2. Kami pernah bersama-sama join program. Pernah je terserempak dekat KOS. Sama2 gotong royong kat wackos, sekali sekala terserempak kat café. Tapi tak kan sikit pun tak terasa pemergiannya. Bohong la.


“Dan Allah tidak akan menunda kematian seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.”(Surah Al-Mu’minuun:11)


Dan memang benar, kematian sebenarnya mengajar kita untuk mengingati mati. Dengan persoalan cukupkah amalan aku selama ini. Kematian tidak menunggu kita. Bila-bila sahaja malaikat Izrail bertamu untuk mengambil nyawa manusia.


Al-Fatihah buat Allahyarham Adhameruddin. Semoga rohmu ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin!

Jangan bersedih sahabat-sahabat. Allah lebih menyayanginya. Setiap yang ada pasti akan pergi. Hanya DIA yang tahu jika ini yang terbaik untuknya. Sama2 kita sedekahkah Al-Fatihah untuk arwah.



boleh baca kat sini..




wassalam

Tuesday, June 14, 2011

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang



Wahai diri,

Kenapa mudahnya kau melupai DIA,

Kenapa hanya diwaktu susah kau mencari-NYA,

Kepada siapa kau bersandarkan,

Diwaktu senangmu.


Wahai diri,

Sukarnya untuk beristiqamah dalam setiap perkara,

Susahnya untuk melakukan perubahan,

Payahnya untuk mendinamikakan kehidupan,

Sukarnya untuk bermujahadah,

Sampai bila untuk tidak bermuhasabah?


Wahai diri,

Tenanglah sentiasa,

Basahkan lidahmu dengan menyebut nama Allah,

Ringankanlah anggotamu untuk beribadah kepada-NYA,

Renunglah kembali dirimu,

Yang semakin hari bertambah usia.

Bagaimana amalan-amalanmu selama ini,

Solatmu, puasamu, zakatmu, sedekahmu.


Wahai diri,

Bersyukurlah dengan apa yang dimiliki,

DIA mengetahui yang terbaik untukmu,

Ikhlaskan hati terhadap segala-galanya,

Jangan gundah gulana memikirkan sesuatu yang tidak pasti,

Yakinlah sesuatu yang berlaku ada hikmahnya,

Mungkin yang buruk bagimu adalah yang terbaik untukmu,

Mungkin yang baik bagimu adalah yang kurang baik untukmu,

Hanya DIA yang mengetahui.


Wahai diri,

Jangan mudah mengaku kalah,

Yakinlah DIA sentiasa bersama,

Yakin lah, setiap kesusahan akan ada kemudahan,

Yakinlah, ALLAH tidak kurniakan sesuatu yang tidak mampu untuk ditanggung,

Dan yakinlah, dengan mengingati Allah hatikan menajdi tenang,

Salam bermujahadah wahai diri,

Semoga Allah mejaga hatimu.



" Ya Allah, jadikanlah aku ini rela dengan apa yang Engkau tentukan. Berikanlah berkat untukku dalam segala yang sudah ditakdirkan kepadaku sehingga aku tidak menginginkan cepatnya sesuatu yang tuhan perlambatkan atau perlambatkan sesuatu yang tuhan percepatkan."


"jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-doasamu."(Surah Ali -Imran:31)



"sungguh beruntung orang yang menyucikan jiwa dan sungguh rugi orang yang mengotorinya."(Surah As-Syams:9-10)



salam bermujahadah untuk semua(^_*)
wassalam

Sunday, June 12, 2011

masih kuingat (14): ayahku

salam a'laik




Ayahku,

Sudah hampir dua tahun kita tidak bersama,

Namun seperti kurasakan baru semalam kau tiada,

Bagaikan semalam pergi untuk selama-lamanya,

Kenangan kita bersama tidak pernah kulupa,

Yang sentiasa bermain di minda.

Ayahku,

Tiada siapa yang setanding denganmu,

Tiada siapa yang dapat menggantikanmu,

Kau yang teristimewa buat anak-anakmu,

Yang sering mengundang rasa rindu,

Rindu untuk terus bersamamu, ayahku.

Ayahku,

Doaku sentiasa mengiringimu di sana,

Ziarah pusaramu tidak pernah kulupa,

Semoga kau sentiasa tenang di sana.

Pengorbananmu tidak akan pernah kulupa,

Mendidikku dari kecil sehingga dewasa,

Jasamu tidak mampu untukku balas sampai bila-bila.

Terima kasih ya Allah,

Mengurniakan aku seorang ayah,

Seorang ayah yang tidak pernah kenal erti penat lelah.


terima kasih ayahku,

menjadi seorang ayah buat anak-anakmu,

kasih sayangku tidak pernah padam untukmu,

duhai ayahku.



p/s:

HAPPY FATHER'S DAY to all gorgeous daddies in the universe.(^_*)

especially to my nephews and nieces' fathers.

you are the best fathers in the world.

you are the best fathers to your beloved children.


pesanan penaja: sentiasa menyayangi ayah anda sampai bila-bila. doa tak untuk ayah kita hari ni? jangan lupa, doa untuk dia.

Al-Fatihah untuk arwah ayah saya yang tercinta!




wassalam






Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH