Saturday, June 11, 2011

ceritera di gombak (season 2 ; part 4 ); foreigner

salam 'alaik




Owh ya, semester pendek sudah hamper di penghujung. Eheh, semester pendek? Kelakar plak. Hahaha. Short sem sudah. Hehehe. Final examination mungkin 29hb ni. Tak lama dah kan. Aduih, cuak2. Huhuhu.

Pertama kali sekelas dengan students Econs di Gombak. Memang betul2 fresh dari Gombak, bukan macam kami yang menjadi "tukun tiruan" di bumi Gombak. Hahaha. Owh, merindui suasana di Kuantan.

CTS sebenarnya takde student foreigner, kalau nak dibandingkan dengan Biomedic dan Biotech. tapi kalau lecturer ramai je. Memang tak boleh nak dinafikan yang foreigner memang ramai di Gombak. Masakan tidak ramai, sampaikan café masakan Mediterranean pun ada. Jangan main2. Memang kalah habis dengan orang Kuantan. Hahaha.

Short sem yang sudah tidak sama kelas dengan budak Gombak, sebab kod subjek kami ada K dibelakang stands for Kuantan.tapi sem ni satu kelas pulak dengan diorang dan termasuk foreigner. Agak la cuak sebab kami dah jadi golongan minority dalam kelas. Hohoho.

Seronok jugak satu kelas ngan foreigner ni, sebab mereka excited nak belajar. Dan saya kira mungkin begini jugak student Malaysia di Negara orang kan? Hehehe.

Dalam Financial management (FM)class, ramai la jugak student foreigner. mereka begitu teruja masa belajar. Seronok jugak, kelas jadi tak sunyi. Lepas tu bila bab2 tekan kalkulator, laju je, kalah kami yang memang hari2 kerje dok tekan kalkulator ni, especially Bro Atiq ni. Hehehe. Beliau sangat bersemangat masa kelas FM.

Dan semalam saya ada usrah kat masjid, sejurus lepas habis mid term exam. Sampai kat sana mereka dah tunggu. Kemudian sesi berta’aruf. Usrah saya di Kuantan. Dan berusaha jugak untuk ada usrah sementara di Gombak ni. Insya-Allah. Masa tengan usrah, tetiba datang seorang wanita foreigner, datang bersalam dengan kami sambil mendoakan kebaikan untuk kami.

Subhanallah. Semoga Allah merahmatimu jua. Kata naqibah saya, mereka ni memang begitu. Nak duduk satu bulatan dengan orang yang sedang berusrah dengan niat nak mendapat berkat.

Kan menghadiri majlis ilmu, malaikat akan mendoakan kebaikan untuk kita. Kata Kak Sarimah (naqibah) lagi, Ada sekali tu masa beliau ada usrah, datanglah foreigner duduk sekali. Kak sarimah cakap, kami discuss in malay, nanti kalau dia join tak paham pulak. Apa dia kata “ its okey, I just want to feel the barakah.”

Subahanallah, sayangnya mereka kepada ilmu. Sehinggakan Nampak kelompok dalam masjid, datang bersalam dan berdoa untuk kebaikan orang yang duduk di dalam masjid ilmu.

Ya allah, saya sangat2 terharu. Tak pernah lagi rasa macam ni.

Ya Allah, aku bersyukur atas segala nikmat yang Kau berikan.

Berilah kekuatan ke atas diriku untuk terus mendalami ilmuMu.

Kurniakan aku kesabaran dalam berusaha untuk lebih mendekatkan diri kepadaMu.

Wahai tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang.

wassalam

No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH