Friday, June 17, 2011

wanita solehah~

salam 'alaik


Puteriku Sayang


Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya




Bukan mudah untuk menjadi seorang srikandi seperti Siti Khadijah,

Qudwah hasanah yang menjadi tauladan ummah,

Bukan mudah menjadi Seperti Saidatina Aisyah Humaira,

Setia berjuang bersama suami tercinta,

Bukan mudah untuk menjadi seperti Siti Hajar,

Mencari setitis air untuk Ismail di tengah-tengah padang pasir,

Bukan mudah untuk menjadi seperti Sarah,

Yang rela melamar seorang wanita untuk suami tercinta,

Bukan mudah untuk menjadi seperti Asiah,

Yang menghalang Musa daripada menjadi bunuhan firaun,

Bukan mudah untuk menjadi seperti Sumayah,

Tikaman di dada sedikitpun tidak menggoyah keimanan,

Bukan mudah untuk menjadi seprti Fatimah Az-Zahra,

Puteri Rasulullah yang indah pekertinya,

Bukan mudah untuk menjadi seperti Maryam,

Yang tidak pernah memikirkan cinta seorang lelaki.


Bukan mudah untuk menjadi seperti mereka,

Srikandi-srikandi Islam yang tiada gantinya,

Mempertahankan akidah walaupun tergadai nyawa,

Demi mempertahankan Islam agama yang nyata.

Subhanallah.


Ya Allah,

Jadikanlah kami sekuat mereka,

Seindah budi pekerti mereka,

Seteguh akidah mereka,

Yang tidak pernah goyah,

Yang tetap mempertahankan keimanan,

yang tidak pernah melupai-MU walau sekejap,

yang menjadikan hidup mereka hanya kerana-MU.





wanita solehah sekalian, jadilah seperti sekuntum bunga yang segar yang memerlukan kekuatan untuk dipetik, bukan menjadi sekuntum bunga yang layu yang mudah dipijak dan dipersia-siakan.

istimewanya wanita :

  • terdapat satu surah khas untuk wanita Surah An-Nisa
  • salah satu nama Allah, adalah salah satu bahagian tubuh wanita, Rahim.
  • mengandung dan melahirkan zuriat, jika meninggal dikira syahid.
  • mendapat harta pusaka yang "solid" (tidak boleh dibahagi dengan suami).
  • balasan syurga jika mentaati Allah dan menghormati suami.
  • seorang wanita dianggung oleh 4 orang lelaki di padang mahsyar kelak; suami, ayah, anak lelaki dan adik beradik lelaki.


Subhanallah, seindah perhiasan adalah wanita solehah!







wassalam

No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH