.... Dunia ini satu persinggahan. Setiap yang ada akan diambil kembali apabila tiba waktunya ....
Thursday, March 29, 2012
kenapa tak boleh couple
Selasa lepas saya ke tempat belajar memandu, sehari sebelum test JPJ. sampai sana jam 10 pagi dah. dan turn saya adalah jam 2.30 petang. ALLAH, masa menunggu saja dah lama.
sementara tu, saya mengambil tempat disebelah adik ni. perempuan ye ^^
"test esok ke?" dia memulakan perbualan.
"aah. sementara cuti ni boleh buat." saya menjawab pendek.
"belajar lagi ke?" soalan seterusnya ditanya.
"ye"
"kat mana?"
"UIA Kuantan. belajar lagi? lepas SPM?" saya kembali menyoalnya.
"aah. owh, kakak la ni. tapi umur tak macam 23." katanya senyum.
"dah tu umur berapa?"
"muda lagi."
saya tergelak kecil. boleh tahan budak ni. talkative. i like^^
sementara tu saya kami berbual, tanya itu dan ini. tambahan dia pulak sedang bercuti panjang, baru lepas dapat result SPM. semakin banyak soalan yang saya tanya.
sampailah soalan ini timbul.
"kakak, betul ke kawan kata , budak perempuan ni kalau masuk u nanti mesti couple?"
adus, soalan dia. memang mencabat untuk saya. couple? tak pernah dalam hidup. marka pun tak pernah ada.
"ye ke. saya tak pun." saya membalas pendek.
"kawan kata gitu."
dan dia menceritakan perihal dirinya dan kawan, yang dikatakan kawan sahaja. saya hanya mendengar.
"kakak tak couple?" dia bertanya.
ALLAH soalan. memang ganas!
"tak. kenapa nak couple. tak boleh."
"ye ke. bagusnya kakak. kenapa tak boleh coupel?" dia bertanya
"sebab tak boleh la. haram. kalau awak keluar dengan dia, ada perasaan." saya menjawab
"takde pon. setakat keluar je la. kenapa tak boleh cuople. kakak bagitau je. saya okey"
"benda2 couple ni la yang mendorong untuk ke arah zina." nampaknya dia seronok untuk tahu, dan banyak juga yang tidak tahu, kalau couple itu haram!
"tak payah couple la. membazir. masa, kredit."
"kakak ni bagus la. cerita la lagi. saya suka dengar." katanya bersahaja.
ops, macam naqibah la pulak. hehehe.
sampaila ke satu tahap, dia bertanya saya kawan dia ajak keluar, patut ke tak dia ikut. siap tunjuk mesej tu lagi kat saya.
"kalau nak keluar, pandai2 la jaga diri. jangan sampai over." kata saya.
"maksudnya."
"jangan terlampau gembira (baca= galok) sangat. jangan balik lambat sangat. dan jangan la keluar berdua-duaan."
bukan bermaksud untuk menggalakkan dia keluar berdua-duaan. tapi inisiatifnya begitu. sekurang-kurangnya berteman, jangan dibiarkan diri berdua-duaan bersama bukan mahram.
banyak lagi yang kami bualkan. yang pastinya dia begitu teruja untuk tahu kenapa couple tu tak boleh. dan berkali-kali saya pesan jangan couple. buat apa nak couple. dan macam2 lagi. dan daripada penceritaannya juga, dia mengaku, dia tak banyak tahu pasal2 ni. maksud saya istilah couple itu boleh ke tak dan macam2 lagi.
sesuai dengan namanya juga saya mencadangkan dia memcari dan membaca buku sirah berkenaan Siti Hajar. Bila saya kata nama awak ni cantik, kena jadi macam siti hajar jugak la.
"siapa tu. kakak cerita la."
mungkin dia akan lebih sedar bila berada di alam universiti nanti. Insha-ALLAH.
semoga namamu seindah pekertimu jua. Ameen.
nak jumpa balik dengan dia saya tak jamin bila. tapi dia minta nombor telefon saya. katanya banyak benda nak tanya. kalau nak tau, Insha-ALLAH saya boleh kongsi apa yang saya tahu. setakat mana yang mampu.
sejujurnya tak pernah lagi saya bersituasi sebegini. disoal mengenai perkara yang berkaitan hukum. diri ini pun masih lagi digerakkan, belum bersedia untuk menjadi penggerak.
semoga dengan secebis ini, menjawab sedikit soalan "apa yang dah kamu buat untuk agamamu." tidak banyak, hanya sedikit. paling sedikit.
wallahu a'lam
at random
mid break kali ni saya ber"jaulah" ke KL. berjumpa abang2 dan kakak2 tak lupa juga anak2 buah tersayang, dan yang teristimewa jumpa orang baru, Wan Muhammad Yusuf. kesilapan untuk n3 lepas yang dikatakan Yusuf tak ada wan, sebenarnya ada wan. hehehe.
** 2 3 hari bersama anak2 kecil, hati terdetik, sukarnya menajdi seorang ibu. eh, tetiba.hehehe. betul. macam mana ma dulu jaga kami adik beradik yang ramai ni. dan sememangnya seorang ibu itu hebat! maka betul la kata bijak pandai "the gentle hands that swing the cradle". yang mana anak dalam buaian itu mampu menggoncang dunia. ALLAHU AKBAR! besarnya pengorbanan seorang ibu.
untuk ibu saya, terima kasih tidak terhingga^^
konklusinya, nak kawin fikir 2 3 kali dulu ni. hahaha :P
ingat seminggu cuti di KL, rupa2nya ALLAH merancang yang terbaik untuk saya. hari Ahad hari tu Kak Engku call cakap saya boleh buat test JPJ hari Rabu yakni semalam. dan saya balik Kelantan untuk urusan itu.
sehari sebelum test saya ke sana, try2 pegang stereng. bersama cikgu lama. told you, beliau masih ingat nama. hihihi. aiseh, malu la plak. semalam test JPJ. i'm done. yes! eh, bukan. Alhamdulillah, saya lulus. ^^
dan hari ni kembali ke UIA. banyak kerja yang terbengkalai. nak exam lagi lepas ni.
doakan kejayaan saya ^^
nota 1 : tak sempat jumpa Azzahra T___T
nota 2 : untuk awak, terima kasih kata2 itu. long time no see (di alam maya)
Saturday, March 24, 2012
untitled
Thursday, March 22, 2012
presenting the 40th legacy- Yusof^^
Muhamad yusof, the 40th legacy.
Alhamdulillah, dah ada nama.
Muhamad Yusof without "wan".
takpe, cumel jugak ^^
kalau dikira, Yusof cucunda ke-40, the youngest one for the time being. hee.
cucu ke-5 selepas Tokwan tak ada.
it's okay, you will be known your Tokwan. pasti!
muhamad Yusof,
seindah namamu,
semoga seindah pekerti Nabi Yusof a.s,
semoga sentiasa dalam rahmat dan redha ALLAH.
Azzahra dan Yusof, kita jumpa esok deh.
Insha-ALLAH!
nota 1 : 1st half of the semester sudah berakhir. the break will take place just for one week.
i will be in KL, as my mother has been there since last week. ^^
*jadilah orang KL celup buat sementara ni* ehehe :P
nota 2 : ehem, orang tu dah jadi kolumnis majalah! hebatkan. tahniah^^
terkenallah nanti :)
Tuesday, March 20, 2012
hari keputusan
esok result SPM bakal keluar untuk adik2 yang exam tahun lepas
teringat saya punya turn 5 tahun yang lepas, pergi sekolah amik result SPM yang hanya "cukup2 makan".^^
rasa macam baru je. ececece :P
jadi cuba bayangkan atau imbas kembali macam mana perasaan sebelum hari kejadian. aduh, ALLAH je tahu betapa takutnya nak tunggu hari kejadian. masuk je pagar sekolah, jantung rasa macam nak tercabut.
bila tahu result tak dapat ambil lagi lega kejap, tapi bila betul2 nak amik terketar-ketar tangan, amik result. peluk ma dan menangis. i don't know what to say.
sampai sekarang nak cek result masih berdebar tahap tak ingat. nak tunggu loading MASYA-ALLAH, lamanya. tambah2 lagi kalau tak leh nak lo gin pun, lagi lah bertambah debaran tu. bila tengok result terpampang dekat screen komputer, senyum, lega, Alhamdulillah. ^^
itu dunia. kalau tak cantik sekali pun keputusan tu, perjalanan masih jauh, INSHA-ALLAH kalau dipanjangkan umur. SPM itu hanya permulaan untuk terus ke peringkat lebih tinggi. masih banyak cara lain. dan tak semesti hebat keputusan SPM nya , dia hebat di peringkat pengajian tinggi, siapa dapat jaminan itu.
pada saya semua sama sahaja, yang penting usaha dan tawakkal kita kepada ALLAH.
cuba kita fikir tentang hari keputusan yang sebetul-betulnya untuk kita. kalau result tak cantik bolehkah kita kembali ke dunia semula dan "repair ibadah (usaha)" kita. ALLAH.
untuk semua dan banyak untuk diri sendiri, keputusan hebat di dunia bukan jaminan kesejahteraan di akhirat sana. apalah ada di dunia yang hanya sementara cuma ini. apalah nak dibandingkan hari keputusan di dunia dengan hari keutusan di akhirat kelak.
sama-sama kita top-up balik iman kita yang kadangkala naik, banyak kali turun ni.
[Surah Ali-Imran:160]
nota 1: selamat untuk esok ye ^^
nota 2 : mid term exam semuanya lepas mid break yang seminggu lebih kurangnya. so, apa makna cuti saya?
nota 3: tak sabar nak peluk sahabat pulang dari Jepun^^
satu lagi tak sabar nak peluk baby baru. hehehe.
Saturday, March 17, 2012
Wan Omar’s legacies^^
1. Wan Mohd Firdaus
2. Wan Mohd Fadzli
3. Anis Afifah
4. Amirah Adilah
5. Wan Sahzwan Nazmi
6. Wan Farah Adlina
7. Wan Khairul Hafiz
8. Wan Sahanaya
9. Wan Nur Sakinah
10. Wan Khairul Iman
11. Wan Khairul Hazwan
12. Wan Muhammad Rafiq
13. Wan Zafran Haziq Adya
14. Wan Zarif Fakri Haqif
15. Wan Nur Syuhadah Natasha
16. Wan Nurazan Hayati
17. Wan Muhammad
18. Wan Suhairi Nazmi
19. Wan Muhamad Faiz
20. Wan Nur Dalila
21. Wan Khairul Hamizan
22. Wan Lukman
23. Wan Khairul Hakim
24. Wan Nur Aisyah Athirah
25. Wan Sarah Zahirah
26. Wan Nur Zahirah Adriana
27. Wan Ismail
28. Wan Ahmad
29. Wan Aziz
30. Wan Muhammad Amir
31. Wan Nur Zalilah Wahidah
32. Wan Nur Maisarah Nabilah
33. Wan Muhammad naim
34. Wan Khairul Husaini
35. Wan Zalifah Imani
36. Wan Muhammad Harith
37. Wan Nur Haseena Azzalea
38. Wan Muhammad Ridhwan
39. Wan Nur Hasyiema Azzahra
40. Baby baru ..(Wan Muhammad…..)
[17 MAC 2012]
41. Coming soon …INSYA-ALLAH ^^
[agak2 sama hari lahir Sukila tak ]
tadda, name list of my beloved nieces and nephews
Alhamdulillah, I'm able to remember their names at the time being ^^
40 grandchildren, a big number to Tokma
a big number to aunties and uncles too :)
baby baru ke-40 cerita spesel di lain n3 ye^^
uhibbukum fillah
semoga sentiasa di bawah rahmat dan redha ALLAH!
jumpa wajah2 ceria kalian di FD 2012. Insha-ALLAH
tahniah untuk Kak Na dan Abe Ja ^^
p/s : agak2 "anak" saya nanti ranking ke berapa ye :P
-image-
Wednesday, March 14, 2012
Puteri Islam
assalamu'laikum wbt
Puteri bertudung bersih, bak mawar putih
Taat pada Ilahi, kasihkan nabi
Senyum mekar di bibir, basah dengan berfikir
Iman penuh di dada, akhlak mulia
Suaranya di jaga, rendah sahaja
Cukup budi bahasa bila bertanya
Tiada hilai ketawa, hanya senyuman mesra
Siapa yang melihatnya pasti bertanya
Diri ibarat bunga, wangi harum bercahaya
Solatnya tiap hari, amal tak henti
Jika tiada bersopan, lenggang lenggok berjalan
Suka jadi tontonan, hilang rupawan
Ingatlah puteri dunia, harga dirimu
Engkau akan dewasa, menjadi ibu
Asiah, Aisyah, Khadijah jadi teladan
Berbakti pada Allah itu tujuan
** bait-bait lagu yang buat saya menangis **
merindui MK, seakan-akan hati tertinggal di sana
[19:96]
THABBIT QULUBANA 'ALA DI NIK
WA'ALA THO'ATIK
Tuesday, March 13, 2012
karamel choc moist pertama saya ^^
pulang ke rumah weekend hari tu boleh makan kuih hijau macam kak Nadiah buat tu, buatan bunda tercinta. hehehe. sedap, jauh beza dengan yang beli kat kedai tu.
tangan tetiba menjadi "gatal" untuk mencuba resepi yang saya jumpa di blog Ummu Hafiz.
nak tau apa yang dibuat. first try is not half bad. ^^
dan dah pun mendapat request untuk buat lagi. hehehe :)
banyak resepi yang saya cari berunsurkan chocolate. hee~
caramel di bahagian atas, puding di tengah dan choc cake di lapisan bawah.
yummy!
Tuesday, March 6, 2012
menuju perubahan
Fathul Jihad
tanpa mengenal rasa takut
bergerak berjalan tanpa ragu
dengan menyebut asma ALLAH
bersama berjuang untuk berubah
membuat perubahan di alam kezaliman
untuk menuju tegaknya izzah Islam
dan dengarlah hai mujahid muda
angkat pena, pedang dan AL-quran
dan dengarlah hai pejuang ALLAH
kuatkan hati untuk berubah
tegakkan panji-panji Islam
untuk hancurkan kezaliman
bersama capai kemenangan
bebaskan dari penindasan
satukan langkah rapatkan barisan
menyongsong kejayaan islam
berbekal iman yang utama
dan semangat jihad yang membara
hancurkan kezaliman
untuk wujudkan tujuan
menjadi syuhada' dijalannya
kalau dengar tu seakan-akan macam Bingkai Kehidupan la.
rasa semangat. ^^
Insha-ALLAH punya masa saya kongsi MK 2012 baru2 ni. suara mak cik mampu buat saya menangis, dengan bait2 lagu yang penuh makna untuk seorang akhawat bernama wanita. Subhanallah!
wassalam
Sunday, March 4, 2012
my name is....
kebuntuan otak untuk menyelesaikan masalah advanced analysis, saya mengambil keputusan untuk on9 :P
during my OR class last Thursday , We were given a piece of paper since my beloved lecturer was hardly to remember our names.
I've attended Decision Science class with him for the last semester. Since I’m not an excellent student,so, it's hard for him to remember my name. even not my name, but the others too. the conclusion is I'm one of the excellent one right? hahaha.
Hasni is the special name for me since no body call me Hasni except some of my friends. in fact, i haven't be known as Hasni during my school days. hehehe. when i was in PJ, some of my new friends called me Hasni until today even though my close friends used to ask them why they call me Hasni, since they just call me Kila or Syak. hahaha.
one of my friends during school days said, Hasni is not suit for me. buat saya jadi terlalu ayu katanya. Oh..so,I've to change my name. hee~
so, i have my right to write my name either Hasni or Syakila or Wan Hasni Syakila. see, i didn't know exactly why my parents gave that beautiful kind of name*. they've said because of one song "mimpi syakila."
*tapi saya macam tak percaya ;P*
so, i wrote "Hasni" on the given paper, fold it and put it on my table. so, my lecturer can see all names and he can call anybody to answer his questions. oh saya tidak gemar begini.
he continued the lecture and started to ask question. when came to my name he can't read my writing. then, he chose the other. selamat. hahaha.
I've tried to answer his question in a slow voice. hehehe.
before the class ended, he said "lain kali tulis kecil lagi ye Hasni." hehehe. (tau nama sebab sir belek attendance list) kena. tapi okey je. saya gelak je. owh, sir, nak perli saya ye. saya okey je. lepas kelas tu siap borak2 lagi. hehehe.
i tried to show to the others, and they said, "nampak je". so, saya tak salah ^_*
I'll try to change the font size before the next class ^^
oh ya, Kak Ila is my another special name...*WINK*
nota: Pak Cik kata dia jumpa Mak Cik masa join2 program tarbiyah masa dulu. dan sekarang mereka satu kelaurga aktif dalam tarbiyah NGO. masa Mak Cik nyanyi lagu "Puteri Islam", saya menangis. maksud yang begitu mendalam.
i wish to have that type of family ^^
eh, awak jugak kan. ^_*