Thursday, March 1, 2012

mari bergembira dalam bulatan^^

salam 'alaik





Alhamdulillah, hari ni dah masuk 1 Mac 2012 (8 Rabiul Akhir 1433H). sekejap je masa pantas berlalu. dan saya pun dah masuk minggu ke-4 semester ke-2 tahun 3. lagi satu sem. semangat! Insha-ALLAH.

dan Alhamdulillah juga ALLAH masih beri saya peluang untuk terus berbulatan gembira. atau dengan kata lain DIA membuka hati saya untuk berusrah. dan semoga ianya berkekalan. Insha-ALLAH.

sebut pasal usrah, sebenarnya masa sekolah dulu pun dan ada. tapi biasa2 je. sekadar mengisi ruang antara waktu solat Magrib dan Isyak pada setiap minggu Jumaat. saya pun berkesempatan jadi naqibah. hehehe. malu la plak.

semasa di UIA PJ, study circle atau nama lain bagi usrah adalah wajib untuk semua. jadi, mahu tidak mahu semua orang kena ikut. ketika itu, perasaan untuk join usrah adalah biasa2 saja bagi saya.

tahun pertama di UIA Kuantan, saya menerima mesej daripada senior menyatakan mahu berjumpa. juga beberapa orang sahabat saya. jadi kami pun pergi. dan dinyatakan untuk berusrah. Alhamdulillah. saya suka. dan kakak naqibah saya yang ni baru saja melangsungkan perkahwinan. mabrook akak! ^^

setahun kami berusrah bersama. tak di dalam UIA, pergi pantai, pergi taman, pergi makan sama2. dan sungguh, ukhuwah itu tersangat manis, semanis madu.

semasa di UIA Gombak saya juga berpeluang berusrah sementara dengan bantuan kakak naqibah di Kuantan. Kak Aini contact sahabat beliau di sana untuk ajak saya join usrah. Subhanallah, seronok sekali. berusrah di masjid. tenang dan selesa. Al-maklum la dulu UIA Kuantan tak ada masjid lagi :)

masuk di tahun 3 pengajian, yang hanya berbaki sedikit lagi, ALLAH masih beri saya peluang untuk merasai indahnya berusrah, saling ingat mengingati, mengecapi manisnya ukhuwah itu di kala pipi bertemu pipi. Subhanallah. indahnya!
saya risau macam mana nanti, sem depan Kak Aini dah takde. saya harus kuat untuk terus di jalan tarbiyah ini. semoga ALLAH permudahkan.

semoga ALLAH kekalkan hati saya untuk mencintai usrah walaupun dah habis belajar nanti. Insha-ALLAH.

dan sungguh saya tak tipu, bila lama tak berusrah, rasa macam...em, tak tau nak cakap macam mana. rasa lain skit. peringatan tu kurang. rasa macam "iman" tu ada turun. dan sesungguhnya usrah itu buat rasa dekat dengan ALLAH, dengan peringatan yang silih berganti. bertanya khabar mutaba'ah ibadat.Alhamdulillah, sedikit sebanyak membantu.
bukan kah itu semua mampu buat kita lagi semangat untuk beribadah kepada ALLAH.

siapa yang tak nak jadi baik. semua orang nak jadi baik kan? cumanya atas diri masing2 macam mana kita nak berubah ke arah kebaikan. dan semoga thabat di jalan-NYA.



"susungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwanya dan rugilah orang yang mengotorinya."
[surah As-Syam:9-10]


"dan di antara tanda2 kebesaran ALLAH adalah DIA menciptakab pasangan2 untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram terhadapnya. dan DIA menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. sungguh, pada yang demikian terdapat tanda2 kebesaran ALLAH bagi kaum yang berfikir."
[surah Ar-Rum:21]


"dan DIA lah yang mempersatukan orang2 beriman."
[surah Al-Anfal:63]


"sungguh, orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak ALLAH yang maha pengasih menanamkan rasa kasih sayang dalam hati mereka."
[surah Maryam:96]



semoga ALLAH menetapkan hati kita untuk terus berada di atas jalan-NYA. semoga ALLAH memberi kita kekuatan dan kesabaran untuk beribadah kepada-NYA tanpa rasa malas dan jemu. dan semoga ketenangan hati dan jiwa itu menjadi milik kita seadanya :)





nota : tengok safiyyah dan shakir ber"mukhayyam" dalam rumah :D
"kakak" or should i use aunty (hehehe) pun nak pergi mukhayyam khaariji weekend ni bersama akhawat2. semoga beroleh manfaat untuk lebih mendekatkan diri kepada-NYA. ameen!









semoga sentiasa gembira dalam bulatan masing-masing.
jom berusrah
bagus bulatan gembira ni,
saya mesti join. *ibu jari diangkat* :P








wassalam.

No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH