Friday, April 27, 2012

international book fair 2012 ^^

salam 'alaik





kaki dah melompat-lompat nak pergi,
tapi apa kan daya,
besoknya BERSIH 3.0,
so pergi BERSIH la esok,


takpe,
book fair tak akan meriah tanpa saya
hee~







kerana kurangnya seorang pengunjung tetap tahunan. hoho (^_*)







nota : akhirnya boleh riba dan cium Dhiya. hehehe ^^

Thursday, April 26, 2012

image II

 dirimu tersergam indah,
mengagumkan bagi yang melihat,
dirimu bergelar rumah ALLAH,
setiap saat penuh berkat.

melangkah mendekatimu,
hati selangkah mendekati ALLAH,
melangkah medekatimu,
hati tenang tidak gundah:)






ehem, dah bernama,
nama dia Masjid Sultan Ahmad Shah ^^

bakal di"cemar"kan
oleh duli yang maha mulia
sultan Pahang. 
insya-ALLAH 
sapa nama sultan Pahang?
disebabkan saya di Pahang sudah hampir 3 tahun lebih,
maka haruslah mengetahuinya ^^
Sultan Ahmad Shah
daulat tuanku ^^




tanda ALLAH sayang kita. bagaimana ye?

tandanya, ALLAH menyibukkan kita dengan perkara2 yang tidak lagha. atau dengan kata lain  ALLAH menjauhkan kita untuk mendekati perkara2 lagha.

tepuk dada tanya iman ^^

hati kita ALLAH yang pegang

ya muqollibal qulub, thabbit qulu bana 'ala dinikwa'ala tho'atik




nota 1: semester 2 tahun 3 dah nak sampai ke penghujung. final exam pun dah tak lama. rasa macam semalam baru register T___T
lama tak lama, insya-ALLAH dah nak habis belajar. tahun depan berkonvoi ke UIA Gombak plak ye ^^

nota 2 : counting hours to meet little gegirl ^^




Monday, April 23, 2012

sehari bersama seabad terasa ^^

assalamu'laikum wbt



Alhamdulillah, program yang dirancang dah pun terlaksana. Alhamdulillah, ALLAH memudahkan perjalanan kami semua walaupun permulaannya ada sedikit masalah berkaitan bajet dan proposal. sama ada the budget will be approved by students development atau tidak.



pagi Sabtu 21 April program kami berlangsung.

oh ya, sebelum tu. sebenarnya saya dan kawan-kawan mengambil subjek ko-ko iaitu community serivice 2 ber"credit hour" the only and only 0.5 hours. sedikit bukan? untuk skill ke 2 ini kami diminta untuk melaksanakan program dimana budget untuk comm. serv memang disediakan. maka kami memilh untuk melaksanakan program bersama penduduk kampung.

kampung yang terpilih adalah Kg Gong Limau di Kemaman Terengganu. 1 jam lebih dariada UIA.

pertama kalinya saya join program luar bersama penduduk kampung. kalau orang kampung sendiri biasa saja, naik motor pun boleh senyum sambil ditanya "nak g mana tu?" hehehe


nak kata kat sini, orang2 sana memang sporting habis. walaupun lagi tadi kebanyakan mereka bekerja/bersekolah ganti, tapi masih ramai yang datang nak join program. warga ibu2 dan ayah2 berserta anak2 kecil sekali. ^^

masa pendaftaran untuk games, cepat mereka datang ke depan. memang sempoi habis. i like.

dan saya sejujurnya lama dah tak involve dalam program kat kg sendiri. masa ada program saya pulak tak cuti. dan tidak bersebab untuk mengatakan saya sebagai seorang "antisocial". eheh~











jadi, apa yang kami lakukan sebenarnya kt sana? sebenarnya kami main masak-masak. hehehe.
ye, kami memasak untuk penduduk kampung kat sana. disamping dok memasak tu, ada la jugak aktiviti untuk mereka. start dengan colouring contest untuk si kecil.



dan jugak aktiviti2 untuk orang2 dewasa. seriously, makcik2 dan pakcik memang sporting habis. semangat depa semua ni. hehehe.





tengok, semangat bukan mereka. hehehe.


 tukang masak. untung sapa dapat dia. eheh :D










tok ngulu. ^^ isteri pak cik ni ketua kumpulan berzanji tau. hehehe.



 sehari bersama seabad terasa ^^



the programme manager. untungla jadik PM :P



lepas habis makan2 semua bersurai. maka sesi kami pulak untuk mengemas dan basuh pinggan.

rasa macam kenduri betul plak. hehehe. biasanya jadik tukang menyibuk je. :)





okey, itu sahaja updatenya. dengarnya dah ada berkenan nak buat menantu. eheh. kita tunggu la ^^





Friday, April 20, 2012

from Seoul with love ^^

salam 'alaik



#this n3 is special for you. yes for sure, you'll read it ^^



20 April 2012, 11.50 am,
pergi ke Mahallah office,
buka log book, cari nama.
owh, takde T___T

buka muka surat sebelah,
eh, ade ^^
sampainya 12 hb,
before birthday lagi. ^^

saya amik 20hb.
sorry :[


ohoho,
patutla,
"Kak Ila dok mahallah Maimunah kan"
[9 April 2012]

rupanya,
from Seoul with love :)
sweet la ^_*



dear you,
thank you very much,
for the present that you sent,
really appreciate it^^

may ALLAH bless you always,
for every minutes, for every seconds,
for every step you make,
for all moments of your life.


from Seoul with love ^^

thank you,
arigatou,
syukran,
jazakillah,
kamsahamnida ^^



tak tau nak cakap ape. for sure, I'm excited. hehehe. dari jauh hantar.
ALLAH, tak tau nak express macam mana,
terharu, gembira,
baca bingkisan kamu, buat saya tergelak keseorangan,
tergelak kegembiraan.
eh, macam mana tu ?

rindunya nak jumpa awok ^^
terima kasih banyak2.
Alhamdulillah,
Mabrook dapat practical di Malaysia,
boleh la jumpa sokmo ^^



I'll wait for you. hee~ :)

last but not least,
thank you so much Kak Long sayang ^^
semoga ALLAH memperkukuhkan tautan ukhuwah antara kita




T.H.A.N.K Y.O.U
M.Y D.E.A.R
Y.O.U M.A.K.E M.E S.M.I.L.E
A.L.O.N.G M.Y W.A.Y
T.O M.Y R.O.O.M
W.I.T.H T.H.E
S.P.E.C.I.AL. P.A.R.C.E.L
F.R.OM S.E.O.U.L W.I.T.H L.O.V.E
:))

Tuesday, April 17, 2012

i am an APRIL lover ^^

salam 'alaik




16/4/1989- 16/4 2012
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
masih dipanjangkan umur oleh ALLAH,
untuk terus mengislahkan diri,
untuk terus menjadi yang lebih baik,

dah bertambah umur,
apa yang dah dilakukan,
untuk Islam terutamanya,
ALLAH, malu untuk diri sendiri T__T

untuk n3 ini,
saya menangis saat membacanya,
thank you very much dear writer,
I appreciate it a lot,

untuk sesiapa sahaja yang digerakkan tangannya,
diingatkan mindanya oleh ALLAH
untuk menulis mesej, atau comment di FB
selamat hari lahir, HB, dan segala doanya,
terima kasih, syukran,
semoga ALLAH membalasnya ^^


untuk 1st wisher,
tqvm,
masih di ingatan. walau sekian lama tidak berjumpa. hehehe^^
*jangan ditanya siapakah gerangannya :P*


untuk bonda tercinta
terima kasih kerana
melahirkan dan mendidik saya^^

untuk yang telah pergi
tetapi sentiasa di hati
dan dalam tadahan doa
2 tahun, 7 bulan, 3 minggu 6 hari,
terima kasih kerana menjadi
seorang hero untuk saya ^^

untuk kakak2 dan abang2 saya (yang ingat atau tidak)
thank you very much,
may ALLAH bless^^


untuk sahabat2 saya semalam,
bersama cake coklat, hadiah2 dan makanan-makanan lain,
terima kasih daun keladi,
kalau sempat tahun depan nak lagi^^
semoga ALLAH membalas budi baik kalian.





Ema, An, Qilah, Sue, Diba, Kak Hawa, Kak Syima,
Cinad, Wawa dan Zakiah,
terima kasih
terima kasih
terima kasih
semoga tautan ukhuwah itu berkekalan
sampai habis belajar,
sampai kahwin nanti,
saya tau semua tersebut di atas tu tunggu masa nak grad je tahun depan
pastu on..hehe^^

sedar tak sedar lagi 1 sem kita akan bersama T__T


untuk ucapan yang jauhnya beribu-ribu batu :-

from Seoul with love,
thank you very much^^

from Nebraska with love,
daripada ummi comey ni,
terima kasih Kak Nadiah^^


kakak Naqibah tersayang Kak Aini
syukran,
terima kasih ajak saya untuk menjadi "teman rapat" saudari "tarbiyah" ^^


untuk kenalan pertama saya di UIA PJ,
merangkap rumate selama 2 tahun berturut-turut
terima kasih,
rindu kamu jugak T___T


dan untuk semua yang mendoakan saya.
terima kasih,
syukran
may ALLAH showers HIS blessing upon you^^



"diantara tanda-tanda ciptaan-NYA ialah DIA menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram terhadapnya, dan dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang , pada demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kekuasaan ALLAH bagi kaum yang berfikir"
[surah Ar-Rum:21]




Friday, April 13, 2012

dhiya ; "sinaran" namamu

salam 'alaik




bercerita mengenai little gegirl yang saya pun belum tengok wajah suci bersih ini, little gegirl dah bernama.

Wan Nur Dhia. pilihan ayahanda untuk si puteri bongsu ini.

terus saya mencelah *sibuk sungguh*. hahaha. tukar la jadi Wan Nur Dhiya.

maka diterima. suka la. ^^

berkata bundanya, nak letak Nur Amal, tetapi ditolak oleh ayah little gegirl. okeh, setakat hari tersebut (sebelum ke JPN) Wan Nur Dhiya is selected.

terus orang JPN kata sebab ayah takda wan, maka anak pun tak boleh letak wan. pelik jugak. Yusuf ada wan. rupa-rupanya untuk anak perempuan tak boleh. saya pun tidak pasti apakah sebab musababnya.

maka, wan tidak ada untuk Dhiya. jadi Dhiya boleh jadi geng Kakak dan Kak Mirah (sepupu Dhiya). hehehe.

jadi si ayah membuat keputusan, dengan mem"buang" Wan, dimasukkan kembali Amal pilihan si ibu tadi.
dan Nur Amal Dhiya, menjadi pilihan untuk si puteri ini.




terus jadi teringat ayat ni, As-shamsuddhiya' (matahari bersinar)


seindah namamu si puteri kecil, semoga dikau menjadi sinaran untuk diri sendiri, keluarga, dan yang penting menjadi sinaran untuk agama.





counting days to meet you little gegirl, walaupun tak pasti lagi bila nak pergi T___T

Thursday, April 12, 2012

cafe cinta ^^

salam 'alaik




apa khabar semua? Alhamdulillah, kita diberi peluang untuk bernafas hari ni.
untuk ukhti, takziah atas pemergian Ummimu. semga terus tabah. walaupun tak kenal, dan hanya melalui blognya sahaja, saya yakin dia mampu untuk kuat. kan ukhti? :)

Selasa lepas ade Cafe Cinta bersama Dr Farhan hadi dan isteri tersayang. siapa ye? siapa lagi kalau bukan Ustazah Fatimah Syarha, di Banquet Hall, OCD, UIA Kuantan dengan tema "baju melayu meet baju kurung".

tapi yang ni saya amik daripada perkongsian sahabat pasal Cafe Cinta ni. saya pulak laju2 nak balik untuk ke usrah pulak lepas tu. dengar dalam 2 round je, round ke-3 tak sempat.T___T

tapi nak bagitaunya dengarnya suara ustazah, ALLAH, Subhanallah, meremang bulu roma. lembut. sangat lembut. patutlah Dr Farhan terpikat :)

"terima kasih tuan moderator yang unik kopiahnya, tapi cantik lagi kopiah cik abang sayang, kan abang kan?" ayat pertama ustazah.



1) Dr. Farhan, Apakah hukum bercinta sebelum berkahwin?

Kata Prof Syeikh Yusof Al-Qardawi - saya tidak memuji cinta sebelum berkahwin, kerana ia bahaya dan boleh mengundang syahwat..
...
Syeikh Muhd Sani - Perbuatan cinta sebelum berahwin tidak dibenarkan dalam Islam.

2) Ustazah... apakah kekuatan yg perlu ada kepada Muslimah utk menghalang cinta sebelum berkahwin @ mendinding diri dari godaan lelaki?

a) KEKUATAN FAHAM = faham tentang makna cinta sebenar dalam ISLAM. Rujuk kepada para ULAMA' tentang definisi cinta.. bukan rujuk filem, lagu2, drama korea..
Bertanya sesuatu kepada ajnabi (perkara yg sia2) hanyalah ALASAN utk memulakan hubungan.

Hadis : ALLAH lebih sayangkan hambaNya melebihi seorang ibu yang menyayangi anak kecilnya.

b) KEKUATAN IKHLAS = ikhlas niat kerana Allah s.w.t. dalam semua perkara yang dibuat..
Simple formula :Jika sesuatu perkara tidak dilakukan dengan ikhlas >> maka kita akan buat sesuatu kerja dengan X focus >> then, kita tak ada kekuatan utk mengingati perkara itu.

c) KEKUATAN MUJAHADAH
Mujahadah melawan nafsu, dengan membaca Al-Quran setiap hari, rajin bangun solat MALAM.

3) Dr. Farhan..... Apakah kesan bercinta sebelum kahwin?

Tak bercinta sebelum kahwin >> tiada maksiat hati, perbuatan >> dapat menjaga KEBERKATAN selepas perkahwinan.
Melahirkan perasaan Mawardah, Sakinah dan Kasih Sayang sesama pasangan.

4) Ustazah....... bagaimana seorang muslimah nak menilai calon pasangan yg terbaik utk dirinya?

Dalam Islam, perlu jaga batasan sebelum berkahwin. Dalam ISLAM juga ada konsep merisik. Jadi, tempoh merisik adalah tempoh yg terbaik utk mengenali pasangan. X PERLU COUPLE...
InsyaALLAH setiap orang akan dikurniakan pasangan yg SEKUFU dengannya. Jikadia seorang yg menjaga batas2 syariah sepanjang zaman bujangnya, maka akan dikurniakan juga pasangan yang sama2 menjaga Syariah. :)

5) Dr. Farhan ...... bilakah masa yang sesuai utk seseorng mencari pasangan@ perlukah dia hanya menunggu jodoh?

Jodoh @ pasangan perlu dicari, langkahnya.>>

a) Perlu siapkan diri menjadi seorang yang soleh/solehah..
b) bentuk jati diri menjadi Muslim yang terbaik.
c) masa utk bertindak = berbeza mengikut kondisi setiap orang..


"nak yang soleh, kena jadi solehah dulu" Dr Farhan Hadi.


audience tersangatlah ramai. memang. unexpected. maka benarlah analogi Ustaz Ridha, talk pasal cinta memang orang suka. perkataan "cinta" tu naikkan lagi orang nak pergi. walau perkatan "cint" sekalipun. hehehe.









nota 1: mid term dah habis. tapi tak pun, 1 lagi next week, postpone gara2 nak exam Advanced Analysis :(

nota 2: pertengahan semester dah berlalu. nak dekat final dah. sekejap je masa berlalu. nanti practical, lepas tu dah final year, lepas tu dotdot...hoyeeh!

nota 3: minggu ni berkampung di mega-mall sempena IIUM FEST ^^

nota 4 : Nur Amal Dhiya, bilakah tante mahu jump kamo? :(

Sunday, April 1, 2012

April & little gegirl ^^



salam 'alaik



1st April 2012/ 9 Jamadilawal 1433H,
begitu pantas masa berlalu,
seakan-akan jarum jam berlari-lari pergi :)


dan semalam,
31 Mac 2012, hari terakhir di bulan 3,
lahir susah legasi ke-41 Keluarga Wan omar
Alhamdulillah, Thummalhamdulillah ^^

ye, little gegirl ini sepatutnya due April,
tapi tak sabar nak jumpa abang2, little gegirl dah keluar semalam. hee~

Maksu dia ingatkan little gegirl ni sama tarikh dengan dia,
tapi bukan sama sekali,
keciwa T__T





introducing little gegirl
welcome little niece,
selamat datang little gegirl,
Ahlan Wasahlan bidadari kecil^^

nama little gegirl nanti ye ^^


tahniah untuk Cumi dan Abe Din for the cute little gegirl
untuk Abang Amir dan "Abang" Naim, jaga adik molek ye^^




raya tahun ni Tokma ade 3 cucu baru. yeay!
eh, tetiba mode raya :)




nota : Selasa ni 1st mid term exam. mode cuti dah bertukar. walhal masih takde mood nak belajar. huhu..

Nota 2 : bulan ni agak pack, bila nak g tengok little gegirl ni ?

nota 3 : welcome bulan April, yang sentiasa penuh dengan kasih sayang :P

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH