Assalamu'alaikum wbt
11.11.12, 26 Zulhijjah 14433H. Beberapa hari sahaja lagi kita bakal melangkah ke tahun baru Hijrah. Sekejap je masa berlalu. Pejam celik pejam celik masuk pulak 2013 :")
Semalam tarikhnya cantikkan?
10.11.12. Nak buat
tarikh walimah memang dah 'wassalam'. Semalam jugak senior saya sekolah dulu kahwin. Pandai mereka pilih tarikh. Senang suami isteri nak ingat, senang anak-anak nak ingat nanti. Semalam jugak
si dia yang jauh ulang tahun. Hmm, dah 22. Mungkin sudah boleh mengorak langkah ke arah 'yang itu'. Dan saya yakin semalam ada bayi yang baru dilahirkan. Tahniah. Barakallah :")
Khamis yang lepas saya habis
mid term exam. tetapi bukanlah sebagai
"tiket" untuk saya berseronok dan bersukaria bagai degan sedikit masa yang ada ini. Banyak lagi yang perlu disiapkan sebelum
final exam nanti. semoga dipermudahkan. Insha-ALLAH :)
Jumaat, 2 hari lepas, berlangsung
opening ceremony sempena
Career Week, salah satu program yang
tak pernah miss diadakan.
Sesuai untuk sesiapa yang
bakal nak grad tu. Saya kira pada kali ini agak
'take note' sedikit mengenai Career Week ini. Hehehe. Kalau yang dulu-dulu punya saya biasa-biasa sahaja. Dan sem ni jugak dah
bersara daripada
'menjoin' apa jua program
sebagai committee. Hanya menjadi
peserta sahaja. ;D
Opening ceremony pada malam itu disertai dengan talk oleh
Ustaz Pahrol. Ustaz kesukaan saya jugak. hehe. Membaca tulisan beliau dan mendengar beliau bercakap, seolah-olah sudah tahu, beliau
seorang yang begitu puitis sekali. Kata-kata puitis yang menjadi dekat untuk si pendengar. Kalau boleh saya nak dengar je setiap masa.
"PROFESION UNTUK AKHIRAT; PENGHAYATAN KERJA SEBAGAI IBADAH"
Begitu tepat sekali tajuk yang dipilih.
Profesion yang baik. Bagaimana tu? Masihkah kita ingat
kisah Nabi Musa dan anak Nabi Syuib, Shafura? Boleh rujuk
Surah Al-Qasas ayat 23 hingga 28. Itulah
contoh mukmin profesional. Yakni mukmin yang
Al-Qowi (integrity) dan juga
Al-Amin (competence).
Competence itu merangkumi effective, efficient and etiquette.
"Sesungguhnya orang yang paling baik untuk kau berikan kerja adalah orang yang kuat lagi amanah"
[Al-Qasas:26]
Ustaz juga ada sentuh mengenai
high touch (Habluminallah) dan juga
high tech (Habluminannas). Imagine
paksi X dan Y yang dilukis
empat quadrant.
Paksi X (
horizontal) merujuk kepada
pekerjaan manakala
paksi Y (
vertical) merujuk kepada
kelakuan. Kedua-duanya
low, high and positive, negative respectively. Jadi, dimanakah dia
quadrant of excellence yang mana merangkumi
pekerjaan yang baik berserta kelakuan yang baik? Mesti lah
quadrant yang ke-empat kan?
Seterusnya
kecemerlangan yang bersepadu iaitu
seimbang antara dunia dan akhirat.
Dunia adalah jangka panjang yang pendek. Ada
dua perkara yang penting untuk dunia iaitu
kesenangan dan kemudahan hidup (halaalan thoyyiba) dan ketenangan dan kebahagiaan (qolbun saliim). Manakala untuk
akhirat adalah redha ALLAH dan syurga.
Keyakinan pada hari akhirat adalah yang paling penting di dunia, kerana keyakinan itu yang mendorong kita tuntuk membuat kebaikan. Kerana itulah untuk cemerlang di akhirat kita mesti cemerlang di dunia. Itulah yang dikatakan
dunia sebagai indicator kepada hari akhirat.
Kata ustaz;
"dunia ini tempat menyemai, akhirat nanti tempat menuai". Semailah dengan sebaik mungkin untuk dapat hasil yang terbaik kelak.
"Pay now, play later". Bayar sekarang bermain kemudian.
Bersusah-susah di dunia, dan berpuaslah di sana.
Misi hidup. Kalau ditanya apa misi dan visi hidup kamu. Hmm, susah nak jawab. Susah untuk di'trenslate'kan dalam perkataan.
"Tidak ALLAH ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah keadan-NYA"
[Az-Zariyaat:56]
Ustaz menerangkan
pembahagian ibadah yakni
ibadah asas (Ta'abbudi-rukun iman, rukun islam), ibadah sunat (Taqarrubi-cinta dan kasih sayang) dan juga ibadah umum iaitu profession. Syarat ibadah umum merangkumi; niat yang betul, aktiviti yang sah di sisi syarak, perlaksanaan yang baik, dibuat dengan terbaik, tidak meninggalkan ibadah asas dan natijah yang baik.
NIAT YANG BAIK; niat
kerana ALLAH. Tahu VS sedar.
Tahu menimbulkan pengetahuan manakala sedar (berkaitan hati) menimbulkan kemahuan. Sebagai contoh;bekerja untuk mencari rezeki iaitu rezeki yang halal. Rezeki yang halal itu dituntut oleh ALLAH. Jadi, apa sahaja yang kita laksanakan ingat
ALLAH adalah tujuan kita.
"begin with the end in mind".
Ustaz juga menjelaskan
tujuan hdup (ibadah) VS keperluan hidup (fizikal dan material).
Jangan memburu keperluan hidup tanpa tujuan hidup dan jangan memburu tujuan hidup tanpa keperluan hidup. Kedua-duanya mesti balance.
Dengan keperluan hidup kita mendapat kesenangan (kerja, duit, rumah, kereta, dll) manakala dengan tujuan hidup kita mendapat ketenangan (qolbun saliim). Kebenaran dan ketenangan itu hanyalah milik ALLAH yang mutlak. Banyak analogi yang uztaz keluarkan sampai pening pulak. Hehehe.
Dengan keperluan hidup kita bina 'home', dengan tujuan hidup kita bina 'house'.
Keperluan hidup itu umpama galah dan tujuan hidup itu umpama buah. Tujuan kita nak makan buah bukan galah. Galah itu perlu untuk ambil buah :)
Bawa keperluan hidup untuk tujuan hidup.
"We make a living by what we get, we make a life by what we give. Hukum kasih sayang. Apabila kita memberi kasih sayang, kita akan dapat kasih sayang.
What you give, you get back. Bekerja untuk memberi. Kenapa masakan ibu adalah masakan yang terbaik? Kerana seorang ibu bekerja untuk memberi. Subhanallah! Gunakan
idiom ini dengan sebaiknya;
"killing two birds with one stone".
Bekerja untuk dunia dan akhirat.
"ALLAH menyukai seseorang itu apaBila dia melakukan kerja dengan itqan (bersungguh-sungguh)".
"Beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok, dan bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup selamanya".
Satu
soalan yang ditanya audience, yang saya rasa begitu dekat dengan situasi seorang pelajar.
Kita dah berusaha tapi tak dapat apa yang kita nak, orang lain usaha ala kadar tapi dapat lebih baik daripada kita. Itulah lebih kurang maksud soalan yang ditanya.
Konsep tawakkal.
Effort dan effect.
Effort adalah usaha kita, kerja kita yang dilakukan untuk mecapai apa sahaja hasrat kita.
Effect adalah hak ALLAH.
Dia yang berhak untuk memberi apa sahaja untuk hamba-hamba-NYA dan DIA tahu apa yang terbaik untuk mereka. Kalau ALLAH tak bagi sepErti apa yang kita harapkan,
yakinlah DIA ada sesuatu yang 'surprise' untuk kita nanti. Yakinlah, berlapang dada, DIA sentiasa memberi yang terbaik untuk kita :D
Talk yang ringkas dan padat deNgan input-input yang berguna.Kalau boleh nak suruh ustaz sambung je lagi. Hehehe. Semoga bermanfaat, terutamanya untuk diri sendiri yang sudah hampir ke penghujung pengajian. Sudah hampir masa untuk bersua muka dengan masyarakat di luar sana.
Semalam
10.11.12 saya menghadiri
"CAREER PREPARATION WORKSHOP" bersama Puan Maryyani
. See, kan saya dah kata saya gunakan sebaik-bainya Career Week kali ini. Hehehe :D
Beliau memberi
pendedahan kepada kami bagaimana preparation sebelum interview, dan cara yang betul untuk menulis resume.
Last session diadakan
mock interview, iaitu r
ole play la lebih kurang.
Walaupun hanya satu hari, banyak input yang saya dapat untuk persediaan kelak.
Bagaimana pemakaian untuk menghadiri
interview, contoh soalan yang sering ditanya, teknik menjawab soalan
interviewer dengan betul dan sebagainya. Saya rasa dah boleh
start tulis resume ni. Hehehe. Dah boleh start buka
Jobstreet dan sebagainya lah. Ouch, sedikit cuak di situ. Rasa macam
belum ready untuk berada di luar sana. Sekarang ni masih lagi berada di
'zon selamat dan selesa'. Nak pergi usrah, takde komitmen lain. Nak pergi ke program lain pun tak ada pengahalang lagi. Bila dah kerja esok tak tau la macam mana. Itu yang buat saya risau.
Umpama kata kakanda saya Gee,
takut nak balik Malaysia, bila dengar macam-macam kes jenayah. Kat sana (Jepun)
naik basikal malam-malam its a norm dan tak akan ada sesiapa yang kacau. Insha-ALLAH.
Kalau di Malaysia anda lakukan begitu, sahlah dikatakan kurang siuman
atau dengan cara senang nak cari pasal la tu. Berbeza bukan.
Are you ready to start an amazing career?
oh, i dont know how to say. am i ready for it .......?
Miss Mary. kelakar sungguh dia. hope to see you again :)
Weekend yang begitu bermanfaat sekali. Alhamdulillah.
ini untuk malam ini. jom!
kain batik kain pelikat,
saya cantik awak smart,
kita sama-sama terpikat,
kalau berjodoh semoga hingga ke akhir hayat :)
Nota: Selamat menyambut MAAL HIJRAH 1434H. Hari Khamis ni Insha-ALLAH. Jangan lupa doa akhir tahun dan awal tahun. Semoga segala amalan dan perbuatan kita pada tahun ini diberkati dan diterima oleh-NYA. Semoga juga pada tahun baru yang bakal tiba ini, kita berusaha juga untuk menjadi insan yang baru dari setiap sudut. "Nasib sesuatu kaum itu tidak berubah melainkan mereka sendiri yang mengubahnya."
Semoga hari ini lebih baik daripada semalam, dan semoga hari esok bertambah baik daripada hari ini dan semalam. Maafkan segalah salah silap. Taqaballahu minna waminkum taqabbal ya karim. Semoga ALLAH redha. Ameen. Insha-ALLAH :')