Sunday, July 28, 2013

Travelog Korea; A Moment To Remember (Part 3)





29 Jun 2013: Itaewon



Hari ni pegi Itaewon. Foreigner center in Korea. Baru jumpa orang pakai tudung kat sini. Kalau tak diaorang tengok pelik. Apalah yang kita pakai atas kepala, dah la sekarang panas. It's our obligations not a fashion. Ada jugak yang tanya. Makanan pun banyak yang halal. Daripada SKKU nak ke Itaewon jauh la jugak. Tukar subway. Saya nak explain pon kurang pandai. Kami dari line 1 ke line 6 nak ke Itaewon. Untuk ke masjid Itaewon kena jalan kaki, jalan plak berbukit. Fuh memang mencabar. Sampai dah masuk waktu Zohor. Amik gambar dekat masjid.

Kami lunch dekat Murree Muslim restaurant. Makan nasi arab la lebih kurang lauk chicken handi.




























 Berselera makan, rasa macam kat Malaysia plak. Heheh :D




Dari Itaewon pergi Namsan tower. Naik bukit, fuh mencabar kut. Tapi kan ramai je orang-orang tua yang naik bukit jugak nak ke Namsan tower. Gagah weh. Naik kat atas boleh tengok seluruh bandar Seoul. Macam menara KL la boleh tengok seluruh KL. Hehehe.

Kat Namsan tower ada teddy bear museum tapi kami tak masuk sebab nak g trick eye museum dekat Hongik university. So dekat Namsan tower tu amik gambar je la dekat gugusan kunci yang banyak tu. Kononnya orang yang couple ke sana dan tinggalkan kan kunci berserta mangga dengan kata-kata sweet mereka lah. Katanya cerita the boy over flower tinggal kunci cinta kat sinilah. Hee. Entah tak tengok plak cerita Korea sekarang :D













































Lepas Asar kami ke trick eye museum. Takde apa pon just amik gambar yang trick tu. kalau tengok macm real la. Padahal gambar je. hik2. Darr sana terus balik SKKU. Dekat kol 10 malam baru sampai bilik.































30 Jun 2013; Busan


Pergi Busan naik Mugunghwa macam kereta api la. Mugunghwa ni nama bunga kebangsaan Korea.  Naik mugungjwa dalam 4 jam lebih baru sampai Busan. Busan bandar ke dua terbesar selepas Seoul. Busan ni terkenal deagan makanan laut. Hujung dunia jugak la. Katanya orang Busan comey-comey, tapi tak tau la. Saya tengok sama je comey semua. Hahaha. Putih-putih pulak tu. Sampai di Busan pegi Haeundae beach . Perghh ramai kot orang. Semua dok berjemur tengah panas. Nak jalan pon tak selesa.

Pastu kami ke Haeundae market. tengok pasar. Tengok mak cik tu peram kubis untuk buat kimchi. Try bun Korea. Emm biasa je. Hahaha. 1000 won sebiji. Pastu kami ke Mokja street. Mokja means let's eat. Memang orang Korea g makan je kot situ. Macam-macam jenis makanan yang dijual. Tengok macam sedap je. Hahaha. Lepas tu kami ke Jagalchi market. Jagal tu small rock and chi is seaside village. Jagalchi ni tempat jual segala jenis hidupan laut yang fresh. Tepi market ni ada pelabuhan. So ikan yang baru sampai terus jual. Pastu kat Busan ni terkenal dengan makan ikan mentah. Oh yeah. I cant imagine it. Makan ikan goreng pon aku nak yang garing inikan pula ikan mentah. Oh no.

Ke Yongdusan park Busan tower. Semalam naik Namsan tower hari ni Busan tower plak. Eh KL tower ko dah penah jejak ke? Mmm tak lagi. Hahaha.Penat kot panjat bukit. Tapi Busan tower ni naik escalator je. Hahaha. Kat ruang bawah ada jual souvenir. Pastu ada pagoda. Kat atas boleh tengok seluruh Busan. Kat atas tu jugak ada kunci macam kt Namsan tower. Tapi tak banyak la.
Balik Suwon malam tu dan sampai pagi. Tu je la pegi Busan. Balik hari la kiranya :D

Sampai di Suwon Station dalam  1.41 pagi ikut waktu dalam tiket. Memang tepat. Itu yang saya kagum public transportation di Korea. Naik taxi ke SKKU. Taxi di Korea sangat sistematik saya kira. Kalau di Malaysia, nak naik taxi kita tanya driver dulu boleh pergi ke tak. Kalau diaorang taknak pergi memang tak boleh naik la. Kecuali taxi di airport. 

Di Korea, driver boleh pergi ke, tak tau jalan ke, dia akan bawak jugak penumpang ke tempat yang dituju. Tak perlu tanya lagi. Terus je naik dan cakap nak pergi mana. Lagipun semua taxi ada GPS. 




 Tiket. Paham nombor je. Hik2





 Kubis jeruk







































 Pondok tilik nasib. banyak kot!




 



 

 Nota: Pergi Busan 1 hari makan bun je. Malam nak balik tu baru kami masuk coffee house, tu pun order air.









.....bersambung...........

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH