Friday, January 29, 2010

Kelahiran dan kematian

salam 'alaik....syukur kepada Allah kerana diberikan kekuatan dan panjang umur untuk meneruskan kehidupan di bumi Allah ini..Alhamdulillah...

Sebut pasal kelahiran semua teruja…..”tahniah dapat baby baru”,”tahniah dapat adik baru”,”tahniah dapat anak penakan baru” dan macam2 tahniah lagi la…..anugerah Allah yang tidak ternilai kepada kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ni…Allah dah ciptakan kita dengan sebaik2 kejadian….Alhamdulillah..

Tapi bila sebut pasal kematian,perkataan yang tidak suka diungkit2 oleh sesetengah orang…..perkataan yang membuat seseorang itu sedih dan takut….yang membuatkan seseorang mengimbas kembali saat2 manis bersama orang yang telah tiada….yang membuatkan seseorang itu lemah dan tidak terdaya…tetapi detik kematian itulah yang semestinya dilalui oleh semua ciptaan Allah….lambat atau cepat sahaja penentunya…

Semua yang berlaku atas kehendak Allah….”Kun Fayakuun”….Allah mengatakan jadi maka jadilah..seperti kelahiran dan kematian……kematian yang tak mangira tua atau muda kecil atau besar..tak semua orang muda mati lambat….teringat Almarhum Ukasyah anak kepada senior saya di UIA (Abang Hafiz dan Kak Mawaddah) kembali ke rahmatullah dalam usia 3 bulan…walaupon tak kenal sangat,hanya melalui blog mereka berdua (Buatmu Ukasyah) yang menceritakan detik2 bersama almarhum anakanda tercinta…sungguh kecil usia itu untuk melalui sakaratulmaut.….namun sudah ditakdirkan Allah…tiada siapa yang dapat menidakkannya…

Dan semalam mesej dengan kawan sekolah dulu,dia bagitau ayahnya juga barU kembali ke rahmatullah pd 10hb hari tu..Al-fatihah…hilang kasih,hilang cinta seorang ayah…namun tak mungkin hilangnya memori bersama yang sentiasa terpahat di sanubari…beberapa bulan selepas pemergian ayahanda tercinta….saya kira arwah ayahnya agak muda dari arwah ayahanda…..ketentuan Allah adalah segala2nya…kita sebagai hambaNya kenalah menerimanya dengan sabar dan redha…

Kematian juga yang membuat seseorang itu rasa Lebih insaf dan lebih dekat dengan Allah…indahnya hidup jika kita sentiasa mengingati kematian yang akan dilalui oleh semua yang bernyawa….tidak ada seorang pun yang kekal selama2 nya melainkan Allah Ta'ala….kelahiran dan kematian…yang sudah tertulis dalam Luh Mahfuz Nya….dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali….
Firman Allah S.W.T:

Bermaksud: Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari
kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.(Surah Ali-Imran:184)

Wassalam...

CINTA ALLAH…

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...

IBN QAYYIM mengibaratkan cinta kepada allah seperti sepohon pokok…yang mana:-

Akarnya adalah symbol ketundukan kepada allah..
Batangnya adalah pengenalan mendalam tentang allah.
Rantingnya adalah perasaan takut kepadanya.
Daunnya adalah rasa malu kepadanya.
Buahnya adalah ketaatan kepadanya.
Unsur lain seperti matahari,air dan tanah adalah ingat kepadanya.

Andai salah satu daripada elemen ini hilang atau tiada,maka berkuranglah kadar cinta tersebut…semoga dalam diri kita masing2 padat dengan elemen2 sperti yang digambarlan untuk sepohon pokok...InsyaAllah...Renung2 kan…

dipetik dari SOLUSI isu 15…

wassalam

Friday, January 22, 2010

SEMERBAK IMAN MASYITA

assalamualaikum wbt....buat renungan kita semua...mengimbau kembali kisah masyitah yang teguh mempertahankan imannya...

Masyita,ialah tukang sisir rambut anak Firaun. Firaun menjadi sombong dan angkuh kerana kebesaran empayarnya dan kehebatan pengaruhnya di kalangan rakyat Mesir. Dia mengaku sebagai tuhan yang agung dan memusuhi sesiapa saja yang bertuhankan selain dirinya. Dia juga akan membunuh mereka yang tidak mengaku Firaun sebagai tuhan.

Masyita walaupun bekerja di istana Firaun, namun di dalam hati kecilnya tetap bertuhankan Allah yang Maha Berkuasa dan Dialah juga yang menjadikan segala makhluk di muka bumi ini termasuk Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Kepercayaan ini dirahsiakannya supaya tidak diketahui oleh Firaun dan sekutunya.

Pada suatu hari, semasa dia menyisir rambut anak Firaun, sikat di tangannya terjatuh. Masyita terlatah dan berkata "Mampus Firaun! " Apabila anak Firaun mendengar kata-kata penghinaan terhadap bapanya, dia berkata, "Kenapa kau berkata begitu terhadap bapaku? Adakah tuhan lain selain bapaku?" "Memang benar! Tuhanku dan tuhan bapamu ialah Allah." Mendengar kata-kata itu, anak Firaun menjadi marah. "Baik kamu bertaubat, kalau tidak aku akan beritahu bapaku." Masyita bertegas dan mengatakan, "Pergilah kau beritahu bapa kau. Aku tetap dengan pendirianku bahawa tuhan yang sebenarnya ialah Allah."

Sebaik saja Firaun diberitahu oleh anaknya tentang Masyita, dia menjadi murka dan memanggil Masyita. Dia bertanya sama ada benar apa yang dikatakan oleh anaknya itu. Masyita tetap mengatakan Tuhannya ialah Allah. Firaun mengugut untuk membunuh Masyita dan keluarganya sekiranya dia tidak mengubah pendiriannya.

Keesokannya keluarga Masyita dibawa ke satu tempat lapang, berhadapan dengan sebuah kawah besar yang berisi dengan minyak yang sangat panas. Firaun hendak memasukkan kesemua keluarga Masyita termasuk anaknya yang masih kecil ke dalam minyak panas sekiranya Masyita tidak mengaku Firaun sebagai tuhan.

Keimanan Masyita tidak luntur meskipun berhadapan dengan ancaman maut. Melihatkan iman Masyita yang tidak berganjak, Firaun menyuruh askarnya mencampakkan keluarga Masyita seorang demi seorang ke dalam kawah yang besar itu. Apabila sampai giliran anaknya yang kecil, perasaan Masyita menjadi belas dan sebak. Hati siapa tidak sedih melihatkan anak yang disayangi akan dilontar ke dalam kawah yang membuak-buak dengan minyak panas. Masyita meminta supaya dia dicampakkan dulu sebagai ganti kepada anaknya. Tiba-tiba dengan kuasa Tuhan, anaknya yang kecil itu membuka mulut dan berkata, "Ibu, jangan bersedih. Teruskan! Biarkan saya dicampak ke dalam kawah itu."

Masyita dan orang-orang di sekeliling terperanjat melihat seorang bayi boleh berkata-kata. Mendengar kata-kata anaknya itu, Masyita menjadi semakin yakin dan tabah. Dia menghulurkan anaknya untuk dicampakkan ke dalam kawah. Tanpa belas kesihan askar Firaun terus melontarkan anak Masyita ke dalam minyak panas. Selepas itu barulah Masyita dibawa ke tepi kawah yang panas itu lalu dicampakkan ke dalamnya.

Demikianlah hebatnya Masyita mempertahankan kebenaran aqidah sehingga dia dan keluarganya terkorban dibunuh oleh Firaun. Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia. Dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi sampai di satu tempat yang sangat harum. Malaikat Jibril menerangkan bahawa tempat itu ialah tempat bersemadinya Masyita dan keluarganya.

wassalam....

Albaiti al-jannati…

Salam a’laik….Alhamdulillah dah lepas exam algebra…blh jawab ke tak????tak leh nak kate la tu..huhu….hopefully I’ll pass it…scary subject for me….oh Algebra…

Dan…malam karang ….BALIK………………hehe….tak sabar nak balik rumah….padahal baru je balik tahun lepas….hihi….rindu kt ma…dan juga kakakku yang setia berada di rumah setakat ni…rindu hbo,rindu hallmark,rindu hitz,miss my books..….rindu segala-galanya….tapi tak leh nak lagha sangat la…I still have 2 more papers to go 2 after mid break…ouch…kena stadi sambil tengok tv la ni…..boleh ke?????takut2nya dah habis dua cite satu topic LA pon tak habis…

Semoga selamat sampai rumah..Insyaallah…..illalliqak..

Wassalam….

Saturday, January 16, 2010

Masih kuingat (1)

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang....saat2 rindunyaku kepada arwah ayahku...


MASIH KU INGAT,
Kenangan kita bersama,
Sewaktu dulu…
MASIHKU INGAT,
Saat-saat ku dimarahimu…
MASIHKU INGAT,
Detik-detik mendapat pujian dari mu…
Yang sentiasa di ingatanku…

MASIHKU INGAT,
Kenangan kita berpuasa bersama,
Persoalan yang sering timbul di bibir mu,
“hari ni nak makan apa”,
MASIHKU INGAT,
Kita bersama-sama solat berjemaah,
Bersama-sama menikmati juadah kegemaran,
YA ALLAH,indahnya pada waktu itu,

MASIHKU INGAT,
Puasa terakhir kita bersama,
Ramadhan 1430h,
NAMUN,tiada lagi saat-saat yang indah begitu,
Ramadhan 1431h tanpamu disisi,
Buat selama-lamanya….
Sesungguhnya aku merindui detik itu..

MASIHKU INGAT,
Sewaktu sambutan lebaran,
saban tahun kita bersama,
Bermaaf-maafan antara satu sama lain,
MASIHKU INGAT,
Duit raya yang dinanti-nantikan oleh kami,
Tak pernah lupa tanganmu untuk memberi,

MASIHKU INGAT,
Ciuman terakhirku buatmu di pagi raya 1430 h,
Lebaran terakhir kita bersama,
Yang menjadi ingatan sepanjang masa…
Tumpah juga air mataku mengenangkan waktu itu…
MASIHKU INGAT,
Suasana lebaran 2009…
Bagaikan satu kehilangan besar buatku…
Teresak2 ku menahan tangis di pusaramu….
Rindunya untuk terus bersamamu wahai ayah.

MASIHKU INGAT,
Destinasi kau yang terakhir,
kita bersama-sama,
Bersiar-siar di jeram linang,
MASIHKU INGAT,

Di hari pendaftaranku sebagai mahasiswi di IIUM KUANTAN,
Berair matamu melepaskan anakmu,
Dengan harapan membawa pulang satu kejayaan,
Akan kukotakan harapanmu itu wahai ayah…


i'll always remember all the time with you...miss you so much...

MASIHKU INGAT,
Pertama kali pulang untuk melihat keadaanmu,
Semasa dimasukkan ke hospital,
MASIHKU INGAT,
Pertama kali kulihat dirimu letih tak bermaya,
Terbaring lesu di katil ,
Tangan disalami dan dicium,
Namun tiada respon darimu,

MASIHKU INGAT,
Keadaan mu yang lemah,
Tanpa sebarang kata-kata yang keluar dari bibirmu,
Sesekali terdengar keluhanmu menahan sakit.
MASIHKU INGAT,
suasana yang serba senyap dan suram,
Hanya terdengar sayu tangisan kami,
Yang tak sanggup melihat kesakitanmu..

MASIHKU INGAT,
Pesanan sms yang memberitahu keadaanmu
Pada hari terakhir kau di dunia,
Hatiku resah tak terkira,
MASIHKU INGAT,
Panggilan telefon yang mengkhabarkan ketiadaanmu,
Teresak-esak diriku menahan tangis,
Perginya seorang ayah,
selepas 3 minggu kau bergelut menahan sakit..

MASIHKU INGAT,
Kami meredah malam untuk balik melihatmu,
Di malam 1 ramadhan yang penuh berkat,
Tangisan dan kesedihan mengiringi perjalanan kami,
Terasa Bagaikan semalam kau bersama kami…

MASIHKU INGAT,
Seakan tidak percaya melihat sekujur tubuh yang tak bernyawa,
Diselimuti kain hingga ke kepala,
Kedengaran sayu alunan suci al-quran,
Tak lupa juga tangisan2 orang yang ditinggalkan…
ALHAMDULILLAH,dapat kami melihat wajah terakhir orang yang tersayang..

MASIHKU INGAT,
Saat-saat kau dikafankan,
Menunggu kucupan terakhir dari sanak saudara,
Mengalir jua air mata perpisahan,
Bagaikan tak sanggup untuk melepaskan kau pergi,
MASIHKU INGAT,
Kucupan terakhir buat yang tersayang,
Sejuk dahimu,
Tenang wajahmu,
Yang membolehkan ketenangan buat semua…

MASIHKU INGAT,
Jasadmu diangkat untuk dikebumikan,
Meninggalkan rumah yang banyak memberi kenangan buat kami semua,
Meninggalkan dunia yang hanya pinjaman dari allah,
Meninggalkan segala keperluan hidup,
Meninggalkan isteri anak dan cucu,
Meninggalkan segala-galanya,
Pergi mu dengan membawa bekal amalan-amalan di dunia..
Semoga ditempatkan di kalangan orang2 beriman,

MASIHKU INGAT,
21 ogos 2009 bersamaan 1 ramadhan 1430h,
Tarikh yang mengingatkanku kepadamu,
Rindunya kami untuk terus bersamamu,
Namun allah yang menentukan segala-galanya…
Kau pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya…

Terima kasih Ya Allah,
Kau telah mengurniakan ku seorang ayah yang bertanggungjawab, penyayang….yang telah memberi yang terbaik untukku…..
Semoga Kau sentiasa merahmatinya..




Terima kasih ayahku,
Kau telah menjadikanku insan yang berguna,
Jasamu tak mungkin mampu aku balas,
Hanya allah yang membalasnya,
Kenangan kita bersama akan terpahat di sanubariku sepanjang masa dan ketika…akanku teruskan perjuangan di medan belajar sebagai bekal buatku di hari kelaK….insyaallah…

p/s: la rase kak mesti bce...bila la bce pon sampai jerit2..huhu....saya rindu ayah saya...

Tuesday, January 12, 2010

ulang tahun 5terz..~

dengan nama Allah yang maah pemurah lagi maha penyayang...hari ni 12 Januari 2010 hari ulang tahun kami(5terz 0206) as ex-students of sek men sains pasir puteh....pada 12th January 2002,kami menjadi sebahagian warga SMSPP....di sanalah kami diajar,kami belajar,berkawan dan menjadi kawan dan macam2 lagi lah kenangan pahit manis sepanjang 5 tahun kat sane...memang menyeronokkan...

i'll always miss that time...is missing my teachers,and all my friends...and also my juniors....


gambar mase 1 balqis dulu...cikgu jonet as class teacher...cam budak2 lagi...hehe..


mase form 4...ngan ustaz fadhil...gambar form 2 n 3 tak masukkan ye...


last day we were there....


5 hajar 2006...rindunya anda semua....bila la boleh jumpa plak..huhu...


a moment to remember.....5terz 0206 in memory...


graduation day....hari terakhir kita bersua...huhu...


fterz 0206...


kawan saya...hehe..

tu la sedikit sebanyak gambar2 kenangan kat smspp..all the experiences there will be reminded in every single day...a big thank you to all my teachers and my friends...uhibbukum fillah...

"Sahabat,kita sering berbicara menganai persahabatan.kadangkala dalam persahabatan timbul perselisihan faham dan perkara yang tidak disangkalkan.namun segalanya dapat diatasi dengan ketabahan.semoga allah merahmati persahabatan dan perpisahan.begitu jua dalam menentukan liku2 kehidupan kita tabah dalam mengharunginya.akhirnya membuahkan satu kejayaan di dunia dan akhirat.insyaallah..encari seorang sahabat ibarat mencari sebiji benih pokok dalam semak berduri.bersedialah dilihat.jangan mengalah untuk terus mencari andai sudah kau temui.sayangilah ia sepenuh hati.."


wassalam...

Thursday, January 7, 2010

Luahan…~

~Pemberian tanpa penghargaan…~

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang…
Semoga kita semua sentiasa mendapat kerahmatan dari Allah…InsyaAllah…pemberian yang tak ternilai dariNya..kan???
bila sebut pasal pemberian,apa yang kita semua fikir?mesti la suka ..dapat pemberian dari seseorang…tak kisah lah pape pon…dari segi kewangan ke,barang2 ke…asalkan pemberian…senyum pun satu pemberian juga kan?

pada pendapat anda sekalian perlukah kita sebagai pemberi nak dengar kata2 terima kasih daripada penerima…?tapi rasa2nya memang dah lumrah manusia,dapat sesuatu keluarlah kata2 “terima kasih” tu…ada tu siap “terima kasih daun keladi,kalau boleh nak lagi”…ok fine..It’s not a big deal...at least ada perkataan tq tu….

Seorang kawan tu die ade tanya…”kita bagi sesuatu kat orang tapi orang tak hargai….idiotkan anda”???dia ada bagi something kat junior dia….then that guy(he or she) kate tak ingat la…huhu…maknnya tak ada penghargaan la bagi pihak dia…so,saya pon bagi la pendapat yang tak seberapa ni…..kenapa boleh dia kata gitu…kecik hati si pemberi ni…mungkin dia tak sengaja kut…tapi boleh ke tak sengaja…nonsense….

dan saya kata kat kawan…takpe la…sabar…nak buat camane…kita memang dah niat nak bagi tapi dia tak terima…kira ada lagi sifat kepedulian kita kat dia….tanda kita ingat….bukan niat kita nak menunjuk-nunjuk kan…..tapi sekurang-kurangnya dapat merapatkan lagi ukhuwah yang telah sedia terjalin…yang dapat memberi kepuasan pada kita….bila kita bagi sesuatu mesti lah rasa puas hati..betol tak?

Dalam quran pon ada sebut “manusia memang memerlukan antara satu sama lain”….saya pon pernah mengalami situasi sedemikian…tapi I just considered it was typing error from the receiver….’takpe la’ kakak saya cakap…ok, fine sis…I love your words…thanks a lot dear…

“mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta sabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka lebih baik dari mukmin yang tidak bergaul dengan orang lain serta tidak sabar atas kesakitan akibar pergaulan”=(al-hadith)

“memberi lebih menyeronok dari menerima”…

Wassalam..

Sunday, January 3, 2010

A Way Of Life~

in the name of Allah the most Gracious most Merciful....My first post for year 2010...happy new year to all of you...hopefully it's not too late...new year,new life,new age,new goal..insyaallah...

Album : A Way Of Life
Munsyid : Iman
http://liriknasyid.com

Do you know what islam is?
It's a way of life for all
It is taught in the Quran
For big and small..
A way of life.. A way of life..A way of life..A way of life..
Islam is a way of life
A complete way..
Do you know what islam says?
It says that life
A big big test
It says that life's a borrowed space
Return upon rest..
A way of life.. A way of life.. A way of life.. A way of life..
Islam is a way of life
A complete way..
Islam is a way of life
A complete way..
A complete way..

Alhamdulillah...thank you Allah for being us as a muslim in this world...
that's all...

wassalam...

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH