Saturday, January 16, 2010

Masih kuingat (1)

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang....saat2 rindunyaku kepada arwah ayahku...


MASIH KU INGAT,
Kenangan kita bersama,
Sewaktu dulu…
MASIHKU INGAT,
Saat-saat ku dimarahimu…
MASIHKU INGAT,
Detik-detik mendapat pujian dari mu…
Yang sentiasa di ingatanku…

MASIHKU INGAT,
Kenangan kita berpuasa bersama,
Persoalan yang sering timbul di bibir mu,
“hari ni nak makan apa”,
MASIHKU INGAT,
Kita bersama-sama solat berjemaah,
Bersama-sama menikmati juadah kegemaran,
YA ALLAH,indahnya pada waktu itu,

MASIHKU INGAT,
Puasa terakhir kita bersama,
Ramadhan 1430h,
NAMUN,tiada lagi saat-saat yang indah begitu,
Ramadhan 1431h tanpamu disisi,
Buat selama-lamanya….
Sesungguhnya aku merindui detik itu..

MASIHKU INGAT,
Sewaktu sambutan lebaran,
saban tahun kita bersama,
Bermaaf-maafan antara satu sama lain,
MASIHKU INGAT,
Duit raya yang dinanti-nantikan oleh kami,
Tak pernah lupa tanganmu untuk memberi,

MASIHKU INGAT,
Ciuman terakhirku buatmu di pagi raya 1430 h,
Lebaran terakhir kita bersama,
Yang menjadi ingatan sepanjang masa…
Tumpah juga air mataku mengenangkan waktu itu…
MASIHKU INGAT,
Suasana lebaran 2009…
Bagaikan satu kehilangan besar buatku…
Teresak2 ku menahan tangis di pusaramu….
Rindunya untuk terus bersamamu wahai ayah.

MASIHKU INGAT,
Destinasi kau yang terakhir,
kita bersama-sama,
Bersiar-siar di jeram linang,
MASIHKU INGAT,

Di hari pendaftaranku sebagai mahasiswi di IIUM KUANTAN,
Berair matamu melepaskan anakmu,
Dengan harapan membawa pulang satu kejayaan,
Akan kukotakan harapanmu itu wahai ayah…


i'll always remember all the time with you...miss you so much...

MASIHKU INGAT,
Pertama kali pulang untuk melihat keadaanmu,
Semasa dimasukkan ke hospital,
MASIHKU INGAT,
Pertama kali kulihat dirimu letih tak bermaya,
Terbaring lesu di katil ,
Tangan disalami dan dicium,
Namun tiada respon darimu,

MASIHKU INGAT,
Keadaan mu yang lemah,
Tanpa sebarang kata-kata yang keluar dari bibirmu,
Sesekali terdengar keluhanmu menahan sakit.
MASIHKU INGAT,
suasana yang serba senyap dan suram,
Hanya terdengar sayu tangisan kami,
Yang tak sanggup melihat kesakitanmu..

MASIHKU INGAT,
Pesanan sms yang memberitahu keadaanmu
Pada hari terakhir kau di dunia,
Hatiku resah tak terkira,
MASIHKU INGAT,
Panggilan telefon yang mengkhabarkan ketiadaanmu,
Teresak-esak diriku menahan tangis,
Perginya seorang ayah,
selepas 3 minggu kau bergelut menahan sakit..

MASIHKU INGAT,
Kami meredah malam untuk balik melihatmu,
Di malam 1 ramadhan yang penuh berkat,
Tangisan dan kesedihan mengiringi perjalanan kami,
Terasa Bagaikan semalam kau bersama kami…

MASIHKU INGAT,
Seakan tidak percaya melihat sekujur tubuh yang tak bernyawa,
Diselimuti kain hingga ke kepala,
Kedengaran sayu alunan suci al-quran,
Tak lupa juga tangisan2 orang yang ditinggalkan…
ALHAMDULILLAH,dapat kami melihat wajah terakhir orang yang tersayang..

MASIHKU INGAT,
Saat-saat kau dikafankan,
Menunggu kucupan terakhir dari sanak saudara,
Mengalir jua air mata perpisahan,
Bagaikan tak sanggup untuk melepaskan kau pergi,
MASIHKU INGAT,
Kucupan terakhir buat yang tersayang,
Sejuk dahimu,
Tenang wajahmu,
Yang membolehkan ketenangan buat semua…

MASIHKU INGAT,
Jasadmu diangkat untuk dikebumikan,
Meninggalkan rumah yang banyak memberi kenangan buat kami semua,
Meninggalkan dunia yang hanya pinjaman dari allah,
Meninggalkan segala keperluan hidup,
Meninggalkan isteri anak dan cucu,
Meninggalkan segala-galanya,
Pergi mu dengan membawa bekal amalan-amalan di dunia..
Semoga ditempatkan di kalangan orang2 beriman,

MASIHKU INGAT,
21 ogos 2009 bersamaan 1 ramadhan 1430h,
Tarikh yang mengingatkanku kepadamu,
Rindunya kami untuk terus bersamamu,
Namun allah yang menentukan segala-galanya…
Kau pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya…

Terima kasih Ya Allah,
Kau telah mengurniakan ku seorang ayah yang bertanggungjawab, penyayang….yang telah memberi yang terbaik untukku…..
Semoga Kau sentiasa merahmatinya..




Terima kasih ayahku,
Kau telah menjadikanku insan yang berguna,
Jasamu tak mungkin mampu aku balas,
Hanya allah yang membalasnya,
Kenangan kita bersama akan terpahat di sanubariku sepanjang masa dan ketika…akanku teruskan perjuangan di medan belajar sebagai bekal buatku di hari kelaK….insyaallah…

p/s: la rase kak mesti bce...bila la bce pon sampai jerit2..huhu....saya rindu ayah saya...

2 comments:

munirah said...

la... sedihnyer..
ingat ko we..
ari tu tgk video la wat pun jerit gak...
alfatihah tuk ayahnanda tercinta..

aku mahu jadi insan said...

la. u made me cry in the middle of cc
waaaaa

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH