I'll have special guest next week. berkunjung untuk memetik bunga di taman. Eh, tidaklah sedemikian rupa. hahaha. bahagian itu kena tunggu dulu.
okeh, back to the true story, the FE's family will come to see me next week. Oh,i can't wait to see them. I'd really want to see them. Oh, please, come and see me now. But, they already arranged their schedule for having a meeting with me.
Wow, i love their style. Very systematic,very well prepared. Hehehe. Congratulation to all of you.
But, me myself is not ready yet to see them. I need a lot of preparation before they arrive at my place. huhuhu. Ya Allah, please help me.
FE's family have already sent me their schedule for next week. I'll summarize it below (^-*)
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
1st April 2011 - Mathematical Analysis
2nd April 2011- Marketing Principle
4th April 2011- Theory of Probability
6th April 2011- Advanced Mathematical Methods
8th April 2011- Philosophy of Science
9th April 2011- Organizational Behavior
You got what i meant? hahaha. sorry to say. I'll spend my precious time with them for the whole week. its the last meeting with them for my second year study.
oh, FINAL EXAMINATION (FE)....I can't wait to see you and and leave you for somehow.
that's all about my special guest. they always come and see me for every semester. I'd really appreciate it. hehehe. they encourage me to put a lot of effort for seeing them, they lead me to spend my time in a good way and they teach me the concept of Tawakkal, work hard and then turn to HIM.
to all dearest friends,
good luck and all the best for you final examination. Have a good day with FE's family. it's the last time for us for this semester.
~berusaha berjaya~
Bersama-sama kita membina
Masa depan yang lebih gemilang
Kita tanamkan tekad di hati Berusaha menuju wawasan
Rajin bekerja terus berusaha Bagai hidup selama-lamanya
Beramal ibadah kepada Allah
Bagai esok sudah tiada lagi
Bersama ini kita semai cita Bersama-sama kita mengejarnya Dan bersama-sama kitapun berdoa Agar semua usaha kita diberkati
Hindarkan kemalasan Jauhilah rasa rendah diri Pohon takkan berbuah
Jika tak dibajai
Begitulah hidup kita
Perlu bekerja dan berusaha Bulat takkan bergolek Pipih tak datang melayang
Ya Allah, Yaa 'Alim, Yaa Hakim, Yaa Rashid, Kau permudahkanlah kami semua untuk menjawab exam. Ilmu-Mu tidak terbatas . KAU mengetahui segala-galanya. Kau berilah kekuatan kepada kami untuk terus berusaha. Jangan kau jadikan kami orang yang malas berusaha dan mudah berputus asa. Jangan Kau jadikan kami hanya untuk bersandarkan hanya kepada lecturer kami tanpa mengingati -Mu, yang memberi ilmu untuk diajar. Ameen!
weekend yang lepas berjaya membalikkan diri ke rumah. hehehe. seronok. sangat! balik jumpa ma, kakak, abang and not too forget my nieces and nephews kat rumah tu, kan cuti sekolah masa tu. sayangnya tak sempat jumpa Maisarah. huhuhu.
balik untuk me"refresh"kan diri setelah lama tak balik. kat rumah dah tak ada orang. Mak saya sekarang di Damansara Damai, Bangi, Bukit Subang,Kota Kemuning, Putrajaya dan Kuala Selangor. hehehe. banyak rumah.
beliau dah tak sabar nak tunggu saya cuti, boleh duduk di rumah sendiri. i like!
balik untuk menaikkan semangat yang dah ada. hehehe. final exam is around the corner. but, i don't know what to do. please, don't be a liar. hahaha. you are supposed to finish all your exercises. hehehe.
We had such a great dinner last Friday night. New horizon is not half bad. but, i like Sara Thai more. hahahaha. some of photos on that night! eh, silap xda gambar lah. hehehe. ni pon aci guna laptop orang. huhuhu. i'm waiting 4 pink kaler Dell . hahahahahaha.*wink*
talking about film, Merong Mahawangsa is not bad. i give 4.5 over 5. hahahaha. Merong is a great man. oho, the same goes to Marcus, the Romance prince. hehehe. bila tengok saya terbayangkan mungkin macam ni la Sultan Muhammad Al-Fateh berperang nak takluk kota Konstantinople, Salahuddin Al-Ayyubi semasa nak menakluk Jurusalem dan peperangan lain.
kelas dah habis untuk 2nd semester 2nd year. wah, dah nak masuk tahun 3. heheheh.
n3 ni sepatutnya untuk semalam. Sebabnya birthday Imani semalam. Hehehe.
Okeh, Selamat hari lahir Imani. Semoga sentiasa dalam rahmat dan redha Allah. Semoga jadi anak yang solehah ye sayang.
Dah lama Sukila tak jumpa Imani. Mesti Imani dah besar. Eh mesti la. Kan dah setahun. Hehehe. Xpe, nanti kat Gombak, Sukila g "terjah" rumah Imani. Hehehe. Tak sabar nak dengar Kak Cik Imani cakap.
presenting WAN NUR ZALIFAH IMANI WAN ZAILAN Selamat ulang tahun ye, sayang. setakat ni, Imani is the youngest granddaughter of Tok Wan and Tok Ma. Hehehe.
PARENTING AND FAMILY MANAGEMENT
ASSIGNMENT
SECTION 6
Bagaimana untuk menjadi anak, isteri dan ibu yang bertanggungjawab
Tanggungjawab mengikut kamus dewan bermaksud kewajipan yang dipikul oleh seseorang atau dengan maksud lain segala yang wajib ditanggung.Setiap manusia di muka bumi ini mempunyai tanggungjawab berbeza yang harus dilaksanakan terhadap diri sendiri atau terhadap orang lain. Sebagai contoh, seorang pekerja mempunyai tangunggjwab terhadap kerjayanya. Begitu juga situasi dalam sebuah keluarga iaitu, seorang anak wajib menunaikan tanggungjwab terhadap ibu bapa, manakala suami dan isteri saling menunaikan hak dan tanggungjawab masing-masing.
Seorang anak wajib menghormati kedua ibubapa dengan mengeluarkan kata-kata yang baik. Berbuat baik kepada kedua ibubapa merupakan ibadat yang wajib selain dari menyembah Allah swt. Seperti yang terkandung dalam surah Al-Isra’ ayat dua puluh tiga, Allah berfirman bahawa seorang anak hendaklah berbuat baik kepada ibubapanya, tidak mengeluarkan perkataan walaupun sepatah perkataan ‘ah’ dan tidak membentak mereka tetapi dengan mengucapkan perkataan yang baik.
Selain itu, seorang anak yang bertanggungjwab juga tidak lupa untuk bertanya khabar kedua ibubapa dan menjaga mereka terutamanya apabila sudah menjangkau usia yang sudah lanjut. Jikalau ibubapa mampu menjaga anak-anak mereka sehingga dewasa, seorang anak tidak lagi dapat menjamin untuk memelihara ibubapa di hari tua kelak. Anak yang betanggungjwab tidak akan merasakan ianya adalah suatu beban yang terpaksa dilaksanakan, bahkan ianya akan mendapat ganjaran yang diberikan oleh Allah dan dijauhkan daripada kesempitan hidup.
Tidak sekadar tanggungjawab ketika hidup, tanggungjawab seorang anak juga perlu dilaksanakan walaupun setelah kematian kedua ibubapa. Anak sewajarnya menerima berita kematian ibu atau bapa dengan reda dan sabar di atas qada dan qadar serta ketentuan Allah dan tidak meratap kematian berkenaan. Seorang anak mestilah bertanggungjwab terhadap pengurusan jenazah apabila salah seorang atau kedua-dua ibubapa meninggal dunia. Tanggungjawab lain perlu dilakukan ialah menyelesaikan hutang piutang ibu bapa dan membahagikan harta peninggalan mengikut hukum faraid yang ditetapkan supaya tidak timbul sebarang perbalahan di kalangan mereka yang berhak menerimanya.
Seorang Anak juga boleh mengqada puasa untuk ibu bapa mereka sekiranya ibadat itu tertangguh ketika hayatnya, disamping mendoakan kesejahteraan mereka di sana dan juga menyedekahkan bacaan al-fatihah untuk mereka. Selain itu, seorang anak bertanggungjawab untuk menjalinkanhubungan silaturrahim dan berbuat baik kepada sesiapa sahaja yang dicintai atau menjadi sahabat karib mereka semasa hidup.
Selain tanggungjwab seorang anak terhadap ibubapa, Seorang isteri juga memainkan peranan yang penting dalam menguruskan rumah tangga. Isteri yang bertanggungjawab perlu bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri.
Selain itu, seorang isteri perlu bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin. Isteri juga wajib mentaati perintah suaminya selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak Islam. Suami mempunyai hak ke atas seorang isteri apabila termeterainya sebuah perkahwinan yang sah. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah selain daripada isteri yang solehah.
Pengurusan rumahtangga juga adalah tanggungjawab seorang isteri. Isteri adalah insan yang bertanggungjawab untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Rumah tangga yang harmoni datang daripada pemantauan seorang isteri yang menginginkan keadaan yang terbaik untuk suami dan anak-anaknya. Jika suami sebagai ketua dalam keluarga maka isteri pula adalah sebagai penolong. Justeru itu, seorang isteri mestilah bertanggungjawab untuk memastikan rumah tangga dan keluarga menuju arah yang ditetapkan oleh suami serta mendapat keberkatan Allah.
Tambahan pula, seorang isteri hendaklah berperanan sebagai pendorong dan pemberi motivasi terhadap suami. Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabat dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-cita dan keluarganya, maka seorang isteri berperanan dalam memberi motivasi kepada suami disamping menghiburkan hatinya. Kata-kata semangat daripada seorang isteri mampu memberi kekuatan dan kecekalan kepada suami untuk meneruskan perjuangan di samping memohon pertolongan dari Allah. Jika diimbas kembali kehidupan Rasulullah SAW dengan Saidatina Aisyah r.a, Saidatina Aisyah sering memberi semangat kepada baginda dan sentiasa menggembirakan hati baginda nabi.
Syariat juga meminta isteri supaya sering menerangkan kehebatan dan kebaikan seorang ayah kepada anak-anaknya. Oleh itu, seorang isteri terlebih dahulu mestilah merasakan kehebatan dan kebaikan suaminya tanpa rasa ragu-ragu. Di sini kepercayaan itu harus ada pada diri seorang isteri terhadap suaminya. Isteri yang bertanggungjawab tidak meragui kehebatan dan kebaikan yang diberikan oleh seorang insan yang bernama suami.
Disamping menjalankan tugas sebagai isteri, seorang isteri juga memainkan peranan sebagai seorang ibu terhadap anak-anak. Sesebuah keluarga lebih bahagia dengan kehadiran cahaya mata yang dinanti-nantikan oleh pasangan suami isteri. Justeru itu, seorang ibu yang bertanggungjawab akan mendidik anak-anaknya didikan yang sempurna termasuk didikan agama. Seorang ibu senantiasa menanamkan rasa bertuhan dalam diri anak-anak, seperti Allah itu Maha Melihat, Allah itu Maha Adil, Allah itu Maha Pemurah dan lain-lain sifat kesempurnaan Tuhan. Seorang ibu juga meStilah senantiasa menanamkan rasa kehambaan dalam diri anak-anak, melatih anak-anak berakhlak mulia, mendirikan solat, menghormai rang tua dan lain-lain didikan yang mampu mencerminkan sakhsiah seorang anak.
Selain mendidik, seorang ibu boleh menasihati dan menghukum anak-anak sekiranya ia perlu. Namun demikian, Hukuman yang dikenakan biarlah sesuai dengan umur dan kesalahan anak anak serta dengan niat mendidik, bukan kerana marah. Hukuman yang diberikan haruslah mendatang keinsafan buat anak-anak untuk tidak mengulanginya lagi di masa akan datang. Hukuman yang bersesuaian dengan kesalahan anak-anak boleh member pengajaran kepada mereka untuk tidak melakukan perkara-perkara yang tidak baik.
Seorang ibu juga mampu menjadi seorang pakar motivasi terhadap anak-anak. Ibu adalah insan yang paling hampir dengan anak-anak disamping seorang ayah. Kata-kata nasihat dan dorongan mampu melembutkan hati seorang anak yang sering mendambakan perhatian daripada seorang ibu. Seorang ibu yang bertanggungjwab tidak lokek untuk berkongsi pengalaman hidup yang boleh memberi semangat terhadap anak-anak untuk menempuh cabaran dan dugaan hidup. Dorongan dan semangat yang tidak pernah padam daripada seorang ibu akan meningkatkan lagi usaha anak-anak untuk terus berjaya di masa hadapan.
Tanggungjawab lain yang mesti dilaksanak oleh seorang ibu terhadap anak-anaknya ialah memberi kasih sayang sepenuhnya tanpa membezakan antara satu sama lain. Kasih sayang seorang ibu memberi inspirasi buat anak-anak untuk tidak menghampakan harapan dan kasih sayang yang diberikan. Kasih sayang seorang ibu tida pernah luntur walaupun seorang anak seringkali menyakiti hati seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anak tercinta.
Keamanan dan kesejahteraan dunia bermula daripada keharmonian sebuah rumah tangga, yakni hasil peranan seorang suami, isteri dan anak-anak yang bertanggungjawab. Tanpa sifat bertanggungjawab dalam diri masing-masing, nescaya keharmonian itu tidak timbul. Tanggungjawab serang anak terhadap kedua ibubapa tidak pernah terhenti walaupun sudah bergelar seorang isteri mahupun seorang ibu. Begitu juga dengan tanggungjawab seorang isteri dan juga ibu yang disburkan dalam sesebuah keluarga untuk mencipta syurga rumah tangga.
Okeh, itu tajuk assignment saya. Pertama kali dalam hidup buat assignment dalam bahasa melayu lepas buat assignment untuk subjek bahasa melayu 2 semester lepas. Hehehe. Tapi, maaflah, BM saya tak hebat. Hahaha.
Maka.berakhirlah kelas parenting saya semalam. ini kelas pertama .Huhuhu. The most enjoyed class that I've ever had. Hehehe. Enjoy kenapa, ha kena joinlah. Saya tak akan lupa watak-watak ayah, abi, papa, bapak,mak, ummi, mama yang dilakonkan. Saya tak akan lupa watak anak-anak, watak keluarga bahagia yang dilakonkan. Ohh,sangat seronok. Hehehe.
Belajar secara theory macam mana pengurusan sebuah keluarga, pada hakikatnya tak pernah rasa pengalaman pun, kecuali instructor kami. Kami bakal menyusul kemudian. Hehehe.
Tidak mudah untuk menjadi seorang isteri dan juga ibu. Tidak mudah untuk membentuk keluarga yang harmoni yang berteraskan islam. Tidak mudah untuk mewujudkan syurga di dalam rumah tangga. Semua itu memerlukan pengorbanan yang tinggi.
Wah, gaya macam dah ada pengalaman. Hahaha. Eh betul, kena lah tahu sikit2, kan bakal menyusul kemudian. IA. Semoga apa yang dah dipelajari boleh dipraktikkan kelak. Hehehe.
Sekadar perkongsian dengan anda semua. Dekat UIA ada kelas keibubapaan dan pengurusan keluarga. Dekat universiti lain saya tak tau. Mungkin ada mungkin tak ada.
A week without laptop on my desk, apa awak rasa. Hehehe. Saya rasa tak boleh la. Mungkin orang lain boleh. Orang yang alah dengan internet gini la. A week without hearing my favorite songs. Aduh. Nyanyi sendiri tu. Sedap jugak. Hahaha.
Pandai je time awak amik laptop saya.Okeh, i use "saya" instead of "aku" hari ni. Saya kena hantar assignment awak tau tak. Eh, mestilah tak tau.
Okeh ni "aku" sikit. Eh, apasal kau campak balik purse aku? Kenapa tak bagi kat aku terus. Haaa, tau takut. Dengan ALLAH, tak takut??? Kenapa kau tak amik buat harta. Tapi kau cerdik, duit aku habis kau rembat. Eh, lupa, aku kan cop duit.Nak lagi tak????
Dan sekarang, nak guna laptop kena tebalkan muka.
"Kak Hawa, nak on9 boleh?"
Aduih, malu seyh. Huhuhu.
Takpe, boleh focus study sket. Kalau tak banyak ngadap laptop pada buku. Hehehe. Boleh habiskan "the book of tomorrow" before final ni. Hehehe
"Di mana ada kemahuan, di disitu ada highway". Kata Nan.
Kata saya, "di mana ada kemahuan disitu ada Dean's List." Boleh???? INYSA-ALLAH!
P/S:
Sekarang dalam perancangan untuk memohon dana daripada "Yayasan Bonda dan Kekanda2 Tersayang". Hahaha. Tolonglah saya, wahai semua.
Saya dah pernah kehilangan orang tersayang. Luluhnya hati Allah saja yang tahu. Kali ni saya berhadapan dengan kehilangan lagi. Sakitnya hati tak dapat dibayangkan. Maaf dipinta sekiranya n3 ini sedikit panas. Dan maafkan juga jika saya ada menggunakan aku sebagai ganti diri.
Bangun tidur, tengok meja study, "jiwa" saya tak ada atas meja tu. Hati tertanya-tanya dimanakah ia. Tengok2 purse aku pun kau rembat jugak. Aduh! Mantap punya orang. Sangat2 tabik!
Bila masa kau masuk, memang tak perasan, tapi yang pasti kau memang hebat. Rembat barang orang ikut suka. Heh, tak takut mati ke? Kau ingat kau hebat, boleh tongkat langit?
Okeh, kau masuk bilik orang sesuka kaki kau je, rembat barang orang ikut suka tangan kau yang "cantik" tu? Kau rembat laptop, kau amik purse aku. Rasanya laptop aku biasa je. Acer je pun. Bukan Dell kaler pink beb! Kau ingat bapak aku beli laptop tu pakai air liur ke? Pakai daun kering ke?
Laptop, sapa tak sayang. Kalau laptop kau kena humban, marah tak. Eh mesti la. Bukan dua belas hinggit tu. Kau nak buat ape ngan laptop "cap itik" tu. Tak paham. Sungguh, tak paham. Nak tengok gambar family aku yang ramai? Anak2 sedare aku yang cumel2 tu? Nak tEngok slides ?Kalau macam tu, tak payah amik,datang bilik, aku tunjukkan.
Purse aku pun "cap itik" je. Kat pasar malam berlambak. Takda menarik pun. Tapi isi dalam memang menarik. Branded habis. Mungkin tu kau suka. Kau buat gitu, mesti kau ingAt family aku keje cop duit. Ye la, aku kan anak dato'.Duit berguni-guni kat rumah tu tak tau nak buat ape dah. So, nanti aku boleh beli berbelas-belas laptop lagi. Nanti datang lah bilik amik laptop eh!
Kalau kau nak tahu, semalam aku tak g kelas langsung, dok setel benda ni. Harta benda aku dalam purse semua hilang. Dok terkejar-kejar ke sana ke mari. Tapi tq jugak kat kau, sebab aku ade pengalaman masuk balai polis beb. Aku rasa kau pun dok berdebar-debar jugak tu. Sapa tak takut.
Memang kerja kau ni menyusahkan semua orang. Menyusahkan diri sendiri jugak. Confirm tak tenang hidup. Family aku, kawan2 aku semua dok tanya2. Aku sEndiri jadi blur jap. Dengan quiznye pagi tadi. CONFIUS, betul ke kena amik, ke orang pinjam. Huhuhu.
If i know who you are, i don't know how to do. If i know who are you, i don't have any idea to talk to you. But, it is better for me without knowing you for good. Siapa tahu saya sakit hati dengan anda! Allah knows you. HE knows what you did . HE knows everything.
Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. Seorang PENCURI TIDAK AKAN MENCURI JIKA BERADA DLM KEADAAN IMAN YG SEMPURNA!!!. Begitu juga seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. inilah iman umat2 akhir zmn skrg ni...
Mohon maaf sekali lagi. Saya sendiri merasakan n3 ini panas. Ber"kau" dan "aku".
"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....
Blogger news
peringatan...~
sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH
sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH
sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH
sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH