Tuesday, October 25, 2011

takutkan ALLAH? belajar bersungguh-sungguh

salam 'alaik



suka saya untuk berkongsi ini dengan sahabat-sahabat sekalian. saya ambil daripada perkonsian sahabat di FB group batch kami. bila baca je terasa macam makan bertan-tan cili yang paling pedas di abad ini. kena atas batang hidung sendiri.

dan anda pula bagaimana. kalau baca tu terasa macam di langgar bulldozer yang dimuatkan dengan berbuah-buah lori kayu balak kat atasnya, jangan risau, kerana itu tandanya anda tahu apa yang berlaku ke atas diri anda.



A story to ponder

Sekadar teringat akan bicara Ibrahim Jawarneh.

Satu hari, semasa keputusan imtihan awwal (peperiksaan pertama) bagi maddah (pelajaran) Fiqh Ibadat 2 keluar, ramai pelajar mendapat markah yang rendah. Oh, pembetulan. Ramai pelajar yang mendapat markah yang teramat-amat rendah.

Maka pensyarah yang mengajar, Sheikh Dr Ibrahim Jawarneh melenting di dalam kelas.

Satu ayat dia yang paling tidak boleh saya lupa adalah:

“Antum allaziina la yakhafuunallah!”

Atau dalam bahasa melayunya: “Kamu adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah!”

Ayat itu keluar, atas sebab markah peperiksaan kami yang rendah pada hari itu.

Apa kaitan tidak takutkan Allah, dengan markah rendah dalam peperiksaan?

Ada pelajar arab marah dengan ‘tuduhan’ itu. Apa kaitan markah peperiksaan, dengan keimanan kepada Allah? Tidak takutkan Allah adalah tuduhan yang berat sebenarnya.

Tetapi Dr Ibrahim Jawarneh tetap dengan kata-katanya.

“Pelajaran kamu semua adalah amanah. Kamu bermain-main dalam pelajaran kamu. Sebab itu kamu dapat markah yang rendah!”

Maka ada pelajar arab yang lain berkata: “Soalan kau yang susah sangat!”

Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Soalan yang mana? Tunjukkan pada aku!”

Bila pelajar arab itu menunjuk, maka Dr Ibrahim Jawarneh membuka kitab dan menunjukkan jawapan. “Bukankah jawapannya di sini? Apa yang susahnya? Apakah kamu tidak membaca buku dengan baik?” Pelajar itu diam.

Seorang pelajar lagi berkata: “Kau ajar, kami tak faham. Uslub kau susah!”

Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Apakah kau pernah datang ke bilik aku dan suruh aku terangkan semula apa yang kau tidak faham? Tidak pernah bukan?” Pelajar itu diam.

Ada pelajar berkata: “Yang soalan ini kau tidak ajar pun!”

Dr Ibrahim Jawarneh menjawab: “Benarkah? Atau kau yang ponteng kelas pada hari itu?”

Pelajar itu diam.

Akhirnya Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Kamu semua, bermain-main dalam pelajaran kamu. Kamu tidak menuntut ilmu dengan serius. Ini adalah amanah! Kamu semua adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah!”

Dan tiada siapa lagi yang bersuara.

Penutup: Kalau kamu takutkan Allah, kamu studi sungguh-sungguh.



ALLAH, ALLAH, ALLAH, terasa. memang terasa. sangat. teruknya saya. semua yang disebutkan oleh guru dalam kisah di atas ada benarnya. sama macam situasi yang saya hadapi sekarang, yang kalau boleh nak teriak kuat2 bahawasanya saya tak paham. ALLAH!

ye belajar juga adalah satu amanah. amanah yang sangat besar nilainya. amanah yang sangat bernilai untuk kita sebagai khalifah di muka bumi ini. kalau tanpa agama manusia akan binasa, dan kalau tanpa ilmu manusia akan buta. buta yang macam mana tu? buta ilmu pengetahuan. kalau tanpa ilmu macam mana kita nak beramal? macam mana kita nak berdakwah? macam mana kita nak menjadi da'ie madu' sekalipun.

susah macam mana pun tak ada orang di dunia ni tak fikir pasal belajar. tak kisah belajar ilmu apa sekalipun yang tak bertentangan dengan agama dan bermanfaat untuk diri sendiri dan orang sekeliling.

Rasulullah SAW pernah bersabda "tuntutlah ilmu dari buaian sehinggalah ke liang lahad."



jadi sahabat-sahabat sekkalian, bersama-sama kita muhasabah diri sebagai seorang pelajar dan seorang hamba-NYA. sebanyak mana kita mengingati ALLAH sebagai mana kita mengingati formula. cukupkah ibadah kita kepada DIA sebagaimana kita hantar assigment on the dateline. sebanyak mana kita berjaga malam untuk study jika dibandingkan dengan berjaga malam untuk tahajud.

ALLAH. kerasnya hati hamba-MU ini. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.



nota 1 : hari ni, air mata saya tumpah bila tengok markah quiz. ALLAH. apa yang DIA nak tunjukkan pada saya. saya redha jika itu yang terbaik untuk saya.

"dan sesungguhnya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An-Najm:43)

nota 2: mid term examination sudah hampir. semoga ALLAH permudahkan. saya tak tau mana nak score semester ni. ALLAH!

"dan bahawasanya manusia hanya memperoleh apa yang diusahakannya dan usahanya itu akan diperlihatkan kepdanya kelak." (An-Najm:39-40)

nota 3: ALLAH pencipta kita. DIA lah yang menciptakan setiap yang ada di muka bumi ini. ilmu itu hak ALLAH, kepandaian itu hak DIA, kefahaman itu milik ALLAH.

takutkan ALLAH, maka belajarlah bersungguh-sungguh kerana DIA, kerana setiap ilmu yang kita pelajari milikNYA ynag mutlak. bila-bila masa sahaja ALLAH boleh tarik balik ilmu pengetahun kita, bila-bila masa sahaja ALLAH mengembalikan kita kefahaman dalam menuntut ilmu.


berdoalah, moga-moga DIA menetapkan hati kita, untuk memohon ilmu yang bermanfaat. Berdoalah semoga DIA mengeluarkan kita daripada kegelapan waham dan memuliakan kita dengan cahaya kefahaman dan membukakan hati kita dengan ilmu pengetahuan serta mempermudahkan kita untuk mermujahadah di medan menuntut ilmu ini. INSYA-ALLAH!


ALLAH is the only one who knows the best for me. YOU created me. YOU are the best mastermind. SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHU AKBAR.
please forgive all my bad deeds, oh ALLAH you are the most forgiven.

"ya tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku."



wallhua'lam

Friday, October 21, 2011

manusia dan bangau

salam 'alaik



pernah dengar lirik ini



bangau oh bangau
kenapa tak makan ikan?
macam mana aku nak makan,
ikan tidak timbul.

ikan oh ikan,
kenapa kau tak timbul?
macam mana aku nak timbul,
rumput panjang sangat.

rumput oh rumput,
kenapa panjang sangat?
macam mana aku tak panjang,
kerbau tak makan aku.

kerbau oh kerbau
kenapa tak makan rumput?
macam mana aku nak makan,
perut aku sakit

perut oh perut,
kenapa engkau sakit?
macam mana aku tak sakit,
makan nasi mentah

nasi oh nasi,
kenapa engkau mentah?
macam mana aku tak mentah,
kayu api basah

kayu oh kayu,
kenapa engkau basah?
macam mana aku tak basah,
hujan timpa aku

hujan oh hujan
kenapa timpa kayu?
macam mana aku tak timpa,
katak panggil aku

katak oh katak,
kenapa panggil hujan?
macam mana aku tak panggil
ular nak makan aku.

ular oh ular
kenapa nak makan katak?
macam mana aku tak makan
..........................................

boleh nyanyi ikut rentak sendiri, tapi jangan sampai roommate anda tersedar akan "kelunakan" suara anda. ;-P

lihat balik lagu kat atas tu, adakah kita begitu? suka menunding jari ke arah orang lain daripada menunding jari ke arah diri kita sendiri. atau pun dengan kata lain menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku kepada dirinya. that's the human beings. the same goes to "bangau".


saya bukan nak kata manusia itu bangau. is not that point. tetapi saya nak katakan di sini manusia itu boleh diibaratkan seperti perangai bangau tadi. terus menyalahkan ikan tidak timbul sampai ia tak dapat makan ikan. dan ikan pulak menyalahkan rumput sebab panjang, jadi ia tak dapat timbul. bersambungan dengan yang lain pulak. menyalahkah orang lain, jadi diri sendiri tidak salah?



kenapa dengan mudah kita menyalahkan orang lain tanpa sedikit pun menunding jari ke arah diri kita.

sebagai contoh situasi saudari A yang kehilangan dompetnya di masjid. "sapa la yang amik purse aku ni? bukannya murah pun. kat pasar malam berlambak-lambak. kalau duit banyak takpe jugak dalam tu. nak jugak dia amik. takde duit agaknya."

bertubi-tubi persoalan dan kemusykilan diungkitkan. kenapa tidak kepada diri sendiri. kenapa perlu salahkan orang lain. kenapa tidak bermuhasabah, berbaik sangka dengan Allah. apa yang aku dah buat, sampai Allah jadikan aku macam ni? everything is happens because of thousands of reason.


atau pun situasi saudara B ini. "susahnya soalan quiz, kalah mid term. dah la masa kejap je. jalan kira panjang. nak check balik pun tak sempat. ei, geram aku lecturer ni."

Allah, kuatnya salahkan penyebab lain.

jarang sekali kita katakan "memang aku tak study, memang aku study last minute, aku memang malas usaha" dan perkataan2 lain yang menyalahkan diri sendiri. kelemahan diri sendiri pun jarang dilihat apatah lagi untuk mengakuinya. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

confession is a hard thing to do. cuba orang suruh confess sebab mencuri. takda nya kita dengan baik hati cakap " saya curi barang dia" kalau hati tu dah keras. atau cuba confess yang ini, "i love you". senang ke susah ;-P


itulah manusia, walaupun tak semua begitu, tetapi ada yang begitu, atau mungkin majority yang begitu. sikit2 salah orang sikit2 salah orang, then, mana salah kita?

hati tersentak bila dengar "people is like bangau kan?" kata seorang fellow. tersentak bukan sebab marah tetapi tersentak kerana people itu adalah saya juga. teruknya perangai, sangat tidak bersyukur. ALLAH, ALLAH, ALLAH!

mari sama-sama kita bermuhasabah, bersihkan hati kita, dekatkan diri pada ALLAH,
bersangka baik dengan semua orang, jangan mudah menyalahkan orang lain. kita kaji balik diri kita, betulkah apa yang kita buat. dan semoga allah menjaga hati-hati kita. semoga Allah kurniakan kita kesabaran untuk tidak mudah menyalahkan sesiapa pun dalam setiap perkara.



"boleh jadi apa yang tidak engkau sukai adalah yang terbaik bagimu, dan yang sesuatu yang engkau sukai padahal tidak baik bagimu. Allah maha mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah:216)

'Jika ada orang yang berkata, banyak orang (sekarang ini) sudah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak diantara mereka.' (HR. Muslim).


nota 1 ; jangan jadikan diri kita ibarat bangau yang tidak pernah menyalahkan diri sendiri, tetapi berusaha mencari kesalahan orang lain yang memberi impak kepada kita.

nota 2 : stop pointing others. point at yours first before judging others. ibaratnya satu jari ditunjuk ke arah orang lain, 4 lagi tertunjuk kepada kita.

nota 3 : bangau yang "cerdik dan bijak" akan berusaha mencari solusi lain seandainya ikan tidak timbul tanpa menyalahkan penyebab lain.

nota 4: "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya."( 13:11)
mencari kesalahan orang bukan solusi kepada masalah kita. kalau tidak bermula dengan diri sendiri dari mana kita nak bermula?

Tuesday, October 11, 2011

hakikat bahagia II

assalamu'alaikum wbt



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, segala assignment saya dah hantar hari ni. Alhamdulillah, “hari tensen” saya end today, at least for today I can say. I may have another one or two for tomorrow.and yes again, I'll have my first quiz this Friday. see, there no free hours for students. right?

Minggu lepas, assignment beratur tanpa disuruh. Minta dihantar pada hari yang sama yakni hari ni berserta presentation soalan. Benganngnya. Allahu akbar. Astaghfirullah.

Detik2 maths method semester satu tahun 2 kembali di fikiran. Allah, serta merta saya jadi takut. Assignment banyak yang nak kena buat, buat punya buat, bila sangkut satu soalan, memang tak tau nak cakap apa dah. geram ada, nak marah ada, dan macam2 lagi. Allah, Allah, Allah.

Dan dengan itu saya menyedari masa sibuk ni la kita make useful of our time precisely. Subhanallah. 24 jam tu rasa macam tak cukup dan sememangnya kita ada 24 jam je satu hari. Baik atau tidak pengurusan masa kita bergantung pada diri sendiri. Dan saya bukanlah orang yang hebat mengatur masa. Bila free bukan nak study or revise yang tak paham dalam kelas, tapi buat benda lain.

Bila dah jadi gini, assignment dapat “gedebuk” sekaligus, rasa macam tak berdiri atas tanah. Rasa macam kat atas kepala tu ada batu. Sentuh ini tak jadi, sentuh itu tak jadi, last sekali saya jadi ketensenan yang tidak begitu melampau. Tapi cukuplah merisaukan diri sendiri. Owh, begini rupanya hari2 di tahun 3. Assignment setiap minggu. Saya tidak merasakan ini di sem2 yang lepas. Cukuplah kelas hari Jumaat untuk sem ni, pertama kali dalam hidup kelas Jumaat. Huhuhu.

and i can feel this is the hectic semester for me. i haven't faced this situation before. and i realized that, third year is the hectic year.

Tangan jadi laju menaipkan bait2 “curhat”. Alhamdulillah, Allah kurniakan awak untuk membalas email2 saya dengan kata2 yang mampu menaikkan semangat saya. Alhamdulillah, wa syukurillah. Dan tidak lupa juga bait2 doa mengadu pada DIA yang maha esa.

DIA tidak jadikan ini untuk saya hanya sia-sia. DIA tidak bebankan saya dengan tugasan ini tanpa bersebab. DIA tidak bebankan ini jika saya tidak mampu menanggungnya. DIA yang mengetahui saya mampu untuk ini, mentally and physically. DIA yang menyusun detik-detik hidup saya, dan DIA yang merancang apa untuk saya. Dan hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk saya.

Ya Allah, sedikit sekali aku mengingatimu. Astghfirullah. Astaghfirullah, Astaghfirullah.

saya jadi teringat 10 perkara ini. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan Hidup sebelum mati.

Memang benar, lapang sebelum sempit. Tapi masa lapang kita kita tak pergunakan dengan sebaiknya. Dan bila tibanya waktu sempit seribu 1 perasaan menghadirkan diri mereka dalam jiwa kita.

“maka nikmat tuhanmu yang manakah kamu dustakan.”

Tiada nikmat Allah untuk didustakan, yang semuanya adalah benar belaka. Yang dijadikan terbaik untuk khalifah-khalifahnya berfikir tentang kehebatan ciptaan Allah yang tiada tandingannya dengan sesiapan pun.

tetapi hakihatnya manusia hanya gah dengan masa lapangnya yang ada. bila menjelma masa sempit, barulah dia sedar, apa yang dah dia buat semasa waktu lapangnya. ingat sahabat2 sekalian, sesaat sekalipun jarum jam tidak kembali berundur ke belakang. counter clockwise is never happen in reality. dan sesaat sekalipun masa yang dah berlalu tak akan kembali semula.

sesaat sekalipun ajal kita tidak akan ditunda oleh-NYA jika waktu itu kita menemui pencipta kita.

"demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. kecuali orang beriman dan mengerjakan kebajikan serat saling menasihati untuk kebenaran dan menasihati untuk kesabara."
(Al-Asr;1-3)

akhir kalam untuk semua, terutama diri sendiri yang masih lagi kabur tentang masa,hargailah setiap saat yang ada yang telah dikurniakan oleh-NYA. sehebat mana pun kita, sekurang mana pun kita, everybody has 24/7 in his/her life.
time has never change, but the people who managed it properly and wisely will change.


i'll say "time is more precious than the most expensive diamond in the world"



nota 1 : hargai setiap detik yang kita ada. jangan pernah menyesal dengan setiap masa yang telah kita habiskan. siapa yang mengatur masa kita? ALLAH. tetapi siapa yang melaluinya setiap detik dan ketika. tepuk dada tanya iman. bagaiman masa kita yang dah lepas.

nota 2 : jangan333 suka buat kerja last minute. jangan fikir masa akan datang akan cukup untuk kita. siapa kita untuk mengetahui itu?

nota 3: sayangi masa yang anda ada. sayangi masa seperti anda menyayangi diri sendiri. jangan buat macam sayang pakwe/makwe. please! macam sayang makayah takpe.

nota 4 : hakikat bahagia yang sebenar-benarnya adakah dengan setiap saat dan ketika hanya mengingati Allah.

"iaitu orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi." (Ali-Imran:191)

"dengan mengingati Allah hatika menjadi tenang." (Ar-Ra'd;28)

nota 5 : hakikat bahagia saya hari ini. Alhamdulillah.


doakan kejayaan saya. ;)

Moga menjadi kuat dan tabah seperti layang-layang ini.

Biarpun terliuk-lintuk ditiup angin kencang,

Ia tetap teguh melayang..

Ia tetap utuh bertahan..

Hanya pada ALLAH disandarkan harapan dan keluhan

Semoga ujian yang menimpa mampu dilalui dengan jayanya

Ketahuilah, DIA Maha Mendengar..

DIA Maha Mengetahui..

Setiap bait doamu tidak sia-sia

Setiap lafaz ratapanmu tidak berlalu begitu sahaja

Pasti ada kesudahan yang gembira di hujungnya

Pasti ada bahagia di akhirnya...

Usah risau..

Usah ragu..

ALLAH ada bersamamu..

Diri ini juga sentiasa mendoakan dirimu..

Rabbana yusahhil..

Rabban yu'assir wa la tu'assir...






Sunday, October 9, 2011

Hakikat Bahagia

salam 'alaik




Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang


Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki




nota kaki: mencari kebahagian adalah satu impian untuk setiap yang ada di muka bumi ini. dan saya mencari "hakikat bahagia" untuk menyiapkan tugasan yang ada. sehingga saat ini tidaklah terlalu bahagia :(









Monday, October 3, 2011

10 muwasafat tarbiyyah

assalamu'laikum wbt



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur dipanjatkan kerana masih lagi diberi peluang untuk berada di atas muka bumi Allah di saat ini. Alhamdulillah, Wa Syukurillah.

Insya- Allah kali ni sama-sama saya nak berkongsi 10 muwasafat tarbiyyah. sebenarnya classmate saya yang "buka" kan tajuk ni di FB group batch kami. Alhamdulillah. Biiznillah. syukran ya Shukri. may Allah bless you.

cukup ke kita semua dengan 10 sifat ni. mari sama-sama kita tengok:)


1. Aqidah yang sejahtera

kita semestinya redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai agama dan nabi muhammad SAW sebagai nabi dan rasul yang terakhir yang telah diutuskan oleh Allah kepada umat manusia sekalian.
selain itu, sentiasalah kita mendekatkan diri kepada Allah dengan sentiasa mengingati akhirat, perbanyakkan zikir dan amalan2 lain selagi ia tidak bertentangan dengan akidah kita.

"sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah bagi Allah tuhan semesta alam."


2. Ibadah yang shahih

ataupun ibadah yang betul. sejauh mana kesahihan ibadah kita selama ni. adakah berlandaskan Qur'an dan hadis. ibadah kita kerana Allah, bukan sebab ikut je apa yang orang lain buat. nak tahu kena belajar. quran dan sunnah yang mejadi ikutan kita, bukan dengan melihat manusia lain.
ingat, ibadah kerana Allah bukan main hentam je. ibadah bukan kerana Allah itu bukan ibadah.


3. Akhlak yang mantap

siapa yang menjadi teladan untuk kita dengan mempunyai akhlak yang terpuji melainkan Rasulullah SAW. akhlaK baginda tiada tandingannya. kalaulah dibandingkan dengan kita jauh sekali untuk dibuat perbandingan. akhlah Rasulullah itu " super duper triple dan banyak" lebih mantap daripada kita.

jadi sama-sama kita memantapkan akhlak kita dengan mengikut jejak langkah junjungan besar nabi Muhammad SAW dalm menjaga akhlak baginda. bagaimana baginda dengan perbuatan dan perkataannya, bagaimana baginda dengan sahabat2 baginda, bagaimana baginda melayan orang2 yang pernah menyakiti hati baginda dan banyak lagi kalau nak sebut satu persatu.

"sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlah mulia." (Riwayat Ahmad)


4. Luas pengetahuan

orang yang berpengetahuan adalah orang yang sangat beruntung di sisi Allah. menuntut ilmu adalah sangat-sangat dituntut dalam Islam. kehidupan kita bermula dengan ilmu. Allah berfirman dalam surah Al-'Alaq yang bermaksud " bacalah, dengan nama tuhanmu." iqra' adalah perkataan pertama Allah kepad Nabi Muhammad SAW.

luas pengetahuan tidak merugikan kita walau sedikit pun. orang yang luas pengetahuan tidak akan berasa rendah diri malah itu adalah satu bonus untuk mereka untuk menghadapi dunia luar, dan juga mampu mengeluarkan hujah2 yang bernas,

seperti dalam sebuah hadis yang bermaksud " tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad."



5. Sihat tubuh badan

Rasulullah bersabda yang bermaksud "mukmin yang kuat itu lebih baik dan dikasihi oleh Allah berbanding mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan."

kalau kita fikir ikut logik pun, orang yang lemah ni selalunya tidak bersemangat, berbanding orang yang kuat, yang mana mereka ni lebih bersemangat dan mepunyai keyakinan diri yang tinggi.




6. Mampu berdikari

orang yang mampu berdikari tidak terlalu bergantung harap kepada orang lain melainkan kepada DIA yang tidak pernah tidak adil untuk hamba-hamba-NYA. orang yang mampu berdikari akan yakin apa yang dia akan lakukan disamping pertolongan Allah yang tidak pernah putus untuk hamba-NYA.



7. Melawan nafsu

mujahadah melawan nafsu adalah yang terpayah untuk umat manusia. memerangi hawa nafsu adalah salah satu jihad.
sebagai contoh, nak bangun solat malam. masya-Allah punyalah susah. macam2 dugaan. tapi kalau kita dapat buat, Subhanallah indahnya hidup. berjaya melawan nafsu tidur semata-mata untuk bangun tahajjud. itu yang kita nak.

kita nak Allah bermegah dengan kita hamba yang bangun di tengah malam yang berjaya melawan nafsu untuk tidur dan yang tiada orang pun melihatnya, semata-mata untuk beribadah kepada Allah.

jom sama-sama bermujahadah melawan nafsu. nafsu malas study sekalipun.


8. Sangat menjaga masa

orang yang menjaga masa ni adalah orang yang beruntung. masa tidak disia-siakan dengan begitu sahaja melainkan dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.

Allah berfirman dalam surah al-asr ayat 1-3 ; " demi masa, sesugguhnya manusia itu dalam kerugian. melainkan mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling nasihat dan menasihati untuk kebenaran dan untuk kesabaran."


9. Tersusun urusannya

orang yang memanfaatkan masa dengan baik selalunya terbaik dalam penyusunan kerjanya. mana yang penting diduhulukan mana yang boleh kemudian dikemudiankan. penyusunan urusan yang baik boleh mengelakkan kita daripada tergopoh gapah melakukan sesuatu. al-hasilnya kita berpuas hati dengan apa yang kita dah buat.


10.Bermanfaat pada orang lain

setakat mana kita bermanfaat untuk orang lain.

"sampaikanlan daripadaku walaupun satu ayat dan ceritakanlah mengena bani Israel. tiada kesempitan dan dosa." (Riwayat Al-Bukhari)

semoga apa yang kita sampaikan, apa yang kita kongsi, apa yang yang kita tahu mampu memberi manfaat kepada orang lain, sekaligus kredit untuk kita juga.


bagaimana? adakah kita dah cukup dengan 10 sifat di atas? mari sama-sama kita bermuhasabah terhadap diri kita sendiri, bagaimana hubungan kita dengan Allah, bagaimana ibadah kita selama ini. kita tanya diri kita ada tak 10 muwasafat tarbbiyyah dalam diri kita ni. sejauh mana kita boleh menerapkan 10 muwasafat tarbiyah itu dalam diri kita.

untuk melakukan "u-turn" bukan sesuatu yang mudah, tetapi bukan mustahil untuk kita lakukan. kita berubah untuk siapa? untuk mendapat keredhaan Allah. dan sudah tentu berubah untuk diri kita, untuk orang sekeliling kita, untuk keluarga kita, mungkin untuk bakal suami/isteri kelak. insya-Allah.^_*



&


ini kan idaman kita akhawat sekalian? :-)
sama-sama ke arah kebaikan
dan sama-sama mendapat yang baik. amin!






jom sama-sama masuk uni ni. ^^
pendaftaran dibuka setiap masa, setiap saat, tanpa dikenakan bayaran.
pengajiannya pula sepanjang masa tanpa ada cuti.
yang pasti persiapkan diri kalau betul2 nak masuk uni ini...(^_*)


Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH