Wednesday, November 23, 2011

love november = LOVEmber

salam 'alaik



Ada orang tu kata bulan November ni bulan penuh dengan love. Sebab tu boleh jadi Lovember. Ye ke? mungkin betul sebab bulan November bulan cuti sekolah, so, kenduri kahwin banyak dilangsungkan. Tak pon, untuk tahun ni, tarikhnya yang cantik 11.11.11 atau 20.11.2011. maka jadi la ia bulan yang penuh dengan cinta. semua pakat dok cop tarikh tu. Hehehe.

Tapi saya rasa bulan APRIL bulan cinta jugak , boleh jadi Aprilove. Hahaha. :P

Tak ada kaitan pun sebenarnya, hanya suka2. Sebenarnya setiap bulan tu adalah bulan cinta. Cinta kepada siapa? Bukan boyfriend, bukan girlfriend, tapi cinta kepada DIA yang tidak putus2 memberi rezeki untuk kita semua.

Sempurna habluminallah, maka sempurnalah habluminannas, dan seterusnya menjadi insan yang itqan pada setiap masa, bukan bulan Lovember je.

Okey, tanpa membuang masa, saya sebenarnya men”create” n3 ini adalah untuk ditujukan kepada gorgeous November tahun ni.^^

Dan sebelum tu saya mintak maaf banyak kepada orang yang saya tujukan n3 ni, lupa nak wish birthday. ALLAH, lupa, langsung tak ingat. Bukan sengaja dilupakan. Maaf2.

Memang weekend lepas saya busy. Lepas exam Jumaat malam yang rasa nak hantuk kepala kat dinding lepas exam tu,banyak lagi benda yang nak kena setel rupanya. Sabtu pagi saya jadi committee untuk seminar, malam tu ada opening ceremony campus dakwah project CAMPRO 2011, Ahad semalam ade inter-batch game sampai petang. Dan malam tu, sodakollahula’zhim. Tumbang juga akhirnya. Fuh ,nikmat, heaven, thumbs up!



&&&&&&&&&&&

cakap pasal inter-batch, batch kami CTS 091 menjuarai keseluruhan, dapat piala pusingan, walaupun team netball tak banyak membantu. team netball hanya sampai quarter sahaja. huhuhu. hampir seharian di bawah sinaran matahari di sport complex UIA Kuantan. baru buka semester ni. so, apa2 hal pasal sport kena g sport complex. swimming skill pun baru ditubuhkan semester ni. setakat hari ni saya masih tak ke swimming pool tersebut. tapi hajat nak belajar swimming tu ada. ngee!

netball match adalah diluar sport complex. maka muka2 semua habis "dikenakan" sunburn. hehehe. tapi bagi saya yang dah memang tak putih tak gelap ni relaks je. hahaha. mana nak nampak merah2 ni. :D

************



Semalam 20 dan 21hb 11 2011. Hari lahir 2 kakak (Kak Ti dan Kak) saya. Dan saya lupa untuk wish. Huhuhu.


Selamat hari lahir ummu Maisarah dan Kak Rah . Semoga kalian dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Juga sentiasa di bawah rahmat dan redha ALLAH sepanjang masa dan ketika. Dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus beribadah kepada-NYA. Dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi musibah2 yang melanda. Tak lupa juga moga dikurniakan jodoh yang soleh :)

"You made my childhood special. And although the times have gone, the sweet memories shall never fade. May you have a great life ahead. Wish you a very happy and warm birthday. Love you my sweet sisters."



Tak lupa juga untuk 2 anak saudara saya yang juga tarikh lahir bulan ni, Zarif dan Syuhada. Semoga kalian menjadi anak yang soleh dan solehah bukan sahaja untuk ummiayahmu , abahmamamu. Tetapi untuk seluruh ummat di dunia ini. Insya-ALLAH. Jaga solat, insya-Allah hidup kalian tenang dan tenteram. Doaku sentiasa untuk kalian. ^_^

"I wish you a happy and joyful life ahead. May all your dreams come true. Happy birthday."


Untuk kalian berempat, I don’t say this often, but I love all of you. Mmmuahhhh!



Tak lupa juga untuk si dia yang jauh di mata dekat dihati yang juga berhari lahir di bulan November, 10.11 hari tu . ^^

"You are my support, my strength, my friend and my guide. Thanks for everything. May God bless you with all his love, luck and care. Happy Birthday and enjoy. missing you." x0x0

Dengar khabarnya nak balik, time bila yang tu saya tak tau. Tak sempat untuk bertanya.hoping to spend time with you again. ganti "kembara cinta ke brunei". ^_*




akhir kalam, jom sama2 menadah tangan dan mengucap syukur atas segala nikmat ALLAH yang tidak terhigga untuk kita semua. ALHAMDULILLAH, ALLAHU AKBAR!

"dan ingatlah ketika tuhanmu memaklumkan "sesungguhnya jika kamu bersyukur akan aku menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmatku, pasti azabku sangat berat."

(surah Ibrahim:7)




nota 1 : kenapa saya rasa akhir2 ni macam nak jadi pasif je. kenapa sejak akhir2 ni malas nak buat itu buat ini. kurang bermuhasabh diri. Astaghfirullah. mintak kata2 semangat sikit ;-)

lawan syaitan, jangan bagi dia kuasai diri.

macam kata kak naqibah saya semalam "syaitan ni jahat, benci!"



nota 2: nak jadi orang baik ni susahkan.

"jangan hiraukan orang lain, yang penting apa niat kita dengan ALLAH." ----Sham Kamikaze, tatkala disoal "bagaimana abg sham hadapi perubahan ni, kalau org kata hipokrit.?" gitu la soalannya lebih kurang.

"hidup dengan penilaian orang ni susah. apa yang penting , kita dah buat yang terbaik dan bukan menyalahi peraturan ALLAH."






1 comment:

Nadzipah said...

TQVM! <3<3<3

Banyak kali baca pun banyak kali terharu. huhu...

November gonna leave us soon, but lovember still remain deep down my heart.

Miss you too. Insya-ALLAH, nanti kita 'date' and hang-out together ye^^

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH