Monday, February 28, 2011

maher zain live in concert



salam a'laik....



Saya rasa sekarang, sebut Maher Zain, everybody knows him, especially kanak2 kan. Hehehe. Sampai Naim pun boleh nyanyi lagu Insya-Allah. Sesiapa yang masih mencari siapakah gerangannya boleh la baca kat sini dan sini. Satu lagi kat sini.

Alhamdulillah, i was able to go to his concert last Saturday. Subhanallah, ramai rupanya peminat Maher Zain ni. Penuh Stadium Malawati. Tak kira tua muda kanak2 semua ada. Syukur ramai yang menyokong Maher Zain kat sini.


Gaya santai Maher dengan hanya bertopi mampu membuat orang ramai terpaku dengan lagu yang dinyanyikan. Nak nyanyi lagu nasyeed tak semesti berkopiah berjubah, tapi kita tengok mesej yang disampaikan melalui lagu yang dinyanyikan.


Malam tu, stadium penuh. Kekosongan yang ada hanya tiket berharga RM297. Yang lain full! Semua tak sabar nak tengok Maher Zain disamping Mesut Kurtis dan Irfan Makki. Adik di belakang saya tu siap ikut Maher Zain nyanyi lagi. Semangat betul. Nanti adik hafal la lagu Hijjaz dan Inteam pulak eh. Hehehe.
Sampaikan family ini susah payah dari Ipoh semata-mata anaknya nak tengok Maher Zain.

Sekumpulan remaja kat depan saya nak tunggu lagu "Barakallah". Siap hafal2 lagi. Hahaha. Memang semangat. Mesti Maher Zain gelak kalau dengar. Hehehe. See, Maher Zain's adoring fans. Everybody loves his songs.

Nothing much to say, everybody had a great time that night. Maher Zain really performed well that night even he's bit tired. Berpeluh2 kat stage tu. Hehehe. I love Mesut Kurtis too. He's just amazing. Tengok Mesut Kurtis yang ala2 Adam Sandler. Hahaha. Cumil je. Bayangkan Adam Sandler yang tengah nyanyi kat stage tu. Not too forget Irfan Makki, i love your songs. Please come again all of you. We are always welcome you.

Kalau ada lagi, saya dah ready untuk tempah tiket. Hahaha. Ni baru betul2 semangat. Disamping dok dengar Daughtry, Simple Plan tu, ada baiknya kita dengar jugak lagu2 untuk rohani kita, Hehehe. Pesanan dari penaja.

That's all i can say. I enjoyed the concert. I loved their show, especially Maher Zain and Mesut Kurtis. Memang la, datang tu sebab nak tengok Maher Zain kan? Hehehe. Hope you will come to your second home again, Mr Maher.
All the best for you!



Ticket. Sila abaikan harganya. Hahaha. Yang penting saya dah pernah pergi Maher Zain live in concert. Hahaha.




wassalam....

Sunday, February 20, 2011

sayonara Kak Long!



Salam A'laik....



Cuti kamu dah habis. Insya-Allah akan fly kembali ke sana tengah hari nanti. Bila pulak kamu balik saya tak tau. Atau mungkin for good kat sana, who knows. You have to go because your holiday is over. Hehehe. Masa hurey2 kamu di rumah dah habis. Sila sambung study :DD

Saya seronok sebab dapat jumpa kamu balik kali ni. Walaupun in a short time, but it was great.

Dear you, have a save journey. Enjoy your travel. All the best for your second year study.
Nak tau result last sem. Hehehe.
Jangan sedih2, nnti tahun depan balik pulak. Hehehe.
Enjoy your day.(^-*)




Nanti apa2 Kak Ila bagitau ye. *wink*


p/s :- Y!M tak leh guna. Skype boleh kut. Hehehe. Sebab lama dah tak sign in. Huhuhu.




Bye bye Kak Long. See you again. Raya tahun depan deh. Insya-Allah. T__________T



wassalam

Saturday, February 19, 2011

it takes.........................

in the name of Allah the most gracious the most merciful




It takes 7 days to complete a week

It takes 30 or 31 days to compete a month

It takes 12 months to complete a year

It takes 24 hours to complete a day

It takes 60 minutes to complete one hour

It takes 3600 seconds to complete only one hour


Can we ask even for one second to complete our life?

Did we have time to complete all? Even though one second after our precious time.
Ask ourselves, ask our Iman.

" By time through the age. Verily man is loses. Except such as have faith, and do righteous deeds and join in mutual teaching of truth, and of patience and constancy ." (103:1-3)

" it is not permitted to the sun to catch up the moon, nor can the night outstrip the day : each swims along in its own orbit according to law." (36:40)



~TIME IS MORE PRECIOUS THAN A DIAMOND~


Love time as you love yourselves. There's no return!



wassalam

Tuesday, February 15, 2011

kecuaian = kerugian

assalamua'laikum wbt....



Siapa cuai, dia rugi. Ore Klate kate "tebulah". Orang kampung saya panggil "careless". Hahaha. Sapa banyak makan "tebu" dialah yang rugi walaupun "tebu" itu manis. Tapi hasilnya pahit. Wahahaha. Apa neh.

Orang yang jalan langgar tiang dia lah yang sakit. Hehehe. Jalan tak tengok kiri kanan. Siapa yang bawak keta yang boleh tersalah tengok kiri kanan dialah yang kena. Dan. Siapa yang banyak makan "tebu" masa exam pun, dia lah yang rugi. Sapa yang bersalah, kalau bukan kamu. Huhuhu.

Okeh, saya amik maths. Salah satu habis semua salah. Huhuhu. Itu sebab 1-1 pun bantai kalkulator. Hahaha. Kalau 1-(-1) lagi lah. Silap2 boleh jadi 0. Itu belum square, cubic or whatever. 3^2 pun boleh jadi 6. Hahaha. Exam punya pasal. Ade ke (0)(1)= 1. Haduish, sabar je la. Tak pasal2 salah. Geram pada diri sendiri. Hehehe. y^2= 4. y=+- 4. Ape kes. Ini sudah lebih. Huhuhu. Terjun tingkap sekarang! Hehehe. Baik Dr. Huhuhu.

Kalau dah salah mana boleh jadi betulnya. Dah natural law (0)(1)=0 bukan 1. Mana boleh suka2 nak ubah (0)(1)=1.
Mugkin kamu boleh prove (0)(1)=1 bila dah jadi mathematician nanti. hahaha. Memang tak akan terbukti dah la. Tu la, jangan main2 ngan 0 (zero) ni. Bahaya! Nanti dia buat semua jadi kosong. Hehehe.

Markah hilang disebabkan kecuaian diri sendiri. Sapa yang bersalah? Mereka dan keluarga mereka. Eh tak, mereka yang cuai itu la, termasuk saya. Hehehe. Keluarga mereka tak jawab exam. Keluarga mereka doa supaya mereka tak cuai dalam exam. okeh? :DD

Kita merancang Allah juga merancang. DIA dah rancang yang terbaik untuk kita. Soalan senang macam mana pun, kalau DIA tak izinkan kita nampak macam mana nak solve soalan tu, tak dapat jugak kan? Lecturer tu tak kedekut markah macam mana pun, kalau DIA takdirkan lecturer tersebut mark kita punya paper dalam keadaan tensen, tak dapat jugak.

Jadi, the best mastermind is ALLAH almighty. Hebat mana pun rancangan kita, hebat mana pun preparation kita, kalau DIA tak izinkan, tak merasa la dean's list, tak merasa la full mark dan sebagainya.

Apa yang penting, KERJASAMA. Hehehe. Bukan, apa yang penting kita dah usaha sehabis yang mampu dan bertawakkal kepada-NYA. Allah suka orang yang berusaha dan kemudiannya bertawakkal. Jangan hanya tahu bertawakkal tapi dengan zer0 effort. Kita nak jadi zero= hero, bukan zero=zero.

usaha + tawakkal= kepuasan




wassalam...

Dia kekasih ALLAH

salam a'laik


Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW,keluarga dan sahabat2 baginda. Alhamdulillah, hari ni 12 Rabiu'l awal 1432H, hari kita mengingati tarikh kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, pesuruh Allah.

Kelahiran Rasulullah SAW tanpa kehadiran seorang ayah, menjadi yatim semenjak lahir dan juga kehilangan ibu tercinta di usia yang masih muda. Ketabahan baginda dalam melayari kehidupan dan sehinggalah dilamar oleh Siti Khadijah r.a sebagai suami.

Bagaimana kedaaan baginda selepas menerima wahyu Allah yang pertama. Bagaimana Siti Khadijah menenagkan hati baginda tatkala baginda dalam keadaan takut sewaktu itu. Bagaimana malaikat Jibril menyampaikan wahyu kepada baginda. Bagaimana baginda menyampaikan utusan Allah kepada umat2 terdahulu.

Bagaimana saat2 sakaratulmaut Rasulullah SAW yang risau akan keadaan umat-umatnya. Sampaikan baginda mneyebut ummati, ummati semasa ajalnya bertamu. Tetapi adakah kita senantiasa mengingati kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad SAW. Adakah kita mengikuti sunnah2 baginda.?

Semoga kita tidak lupa untuk berselawat ke atas baginda walaupun bukan semasa hari kelahiran baginda. Rasulullah SAW yang sentiasa menjadi role model kita untuk selama-lamanya. Akhlak baginda tak mampu untuk kita tewas. Terlalu sempurna sebagai seorang pesuruh Allah. Semoga juga kita tak pernah lupa sejarah hidup baginda. Semoga kita beroleh syafaat di sana nanti. INSYA-ALLAH.


Dia Kekasih Allah

Artist: Hijjaz
Song Category: Nasyid

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

Monday, February 14, 2011

bercerita tentang jodoh

salam a'laik.....




selamat membaca buat semua. diambil dari blog USTAZ PAHROL.

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.

Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.

“Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya,” kata seorang abang yang sangat saya hormati.

“Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?”

“Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya,” jawabnya pendek.

“Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?” gurau saya.

“Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain…”

Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.

“Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi,” jelasnya dengan tenang.

“Habis mengapa putus?”

“Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta.”

Wah, ini kisah cinta yang dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.

Isteri Amanah

“Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?” kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.

“Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta.”

“Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?”

“Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa.”

“Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?”

“Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya.”

Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, “Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga.”

Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.

“Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi…”

Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, “Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua.”

Cantik Itu Relatif dan Subjektif

“Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er… er… kita masih manusia bukan?” saya menduga hatinya.

Dia ketawa tiba-tiba.

“Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya.”

“Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?”

“Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?”

“Bukan yang cantik?” jolok saya lagi.

“Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya,” balasnya dengan yakin.

“Maksud abang?”

Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.

“Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual.”

Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, “Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami.”

“Oh, betul juga tu!” kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, “Sedap di mata tetapi sakit di hati…”

Wasilah Memilih Jodoh

“Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?” ujar saya dengan soalan nakal.

“Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja.”

“Maksudnya yang dulu lebih cantik?”

“Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?”

Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.

“Apa kaitannya dengan hati?” layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.

“Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!”

‘Ah, tentu dia bahagia kini!’ bisik hati saya sendiri.

“Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?”

“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”

Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik

“Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik.”

“Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik.”

“Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum.”

Abang tersenyum lantas berkata, “Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?”

Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.

“Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!”

Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.

“Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?”

“Kerana mereka bukan orang baik,” jawabnya pendek.

“Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?”

“Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w.”

“Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?”

“Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?”

Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.

Jodoh Urusan Allah

“Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat.”

“Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?” tanya saya inginkan penjelasan muktamad.

“Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan ‘orang baik’ lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!”

Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!

“Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah.”

“Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?”

“Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi.”

“Hikmah untuk kita?”

“Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya pasangan kita bermasalah… bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah.”

Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak “abang bayangan” saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?

Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: “Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”




~jangan takut, jangan gentar, keran Allah dah tetapkan jodoh buat kita.~



wallahua'lam


wassalam....

Sunday, February 13, 2011

Contest & Giveaway Special From Denmark


salam a'laik....

Contest & Giveaway Special From Denmark



Anda boring???? Meh la isi masa lapang kat sini.




Anak Kelantan keluar merantau,
Menjadi perantau di bumi Copenhagen,

Jauh perjalanan demi secebis ilmu,

Semoga kejayaan menjadi milik kalian.




itu sahaja....(^-*)

classes and weekend...~

salam a'laik....



having a class on Saturday and Sunday (weekend), apa perasaan anda? Seronok kan? Eh, of course, it's very exciting class. Hahaha. Satu "penipuan" sedang berlaku di sini. :D
weekend classes = macam tak best je. Kan? Dah tak boleh nak hurey2 bagai la. Hehehe. Alasan. Huh!

Apabila mempunyai kelas masa weekend, sudah tentu anda tidak boleh pulang masa weekend. Tak boleh keluar jalan2, makan2. Hehehe. Eh, itu penting. Jangan study saja. :DD. Tiket saya untu ke concert Mr Maher juga terpaksa diganti oleh orang lain. Aduss, Rugi bangat. Baru ingat nak g KL next week. My mother was there right now.

Okeh, briefly. This semester was started on 12th December 2010. Dan semester ni, saya amik 2 subject minor, Organizational Behavior and Marketing Principle. Both of the classes should be started 2nd week of the semester. Tapi takde pun sebenarnya. Hampir sebulan saya takda kelas minor. Boleh bayang semua? My first class was on 15th January 2011 and yesterday was my second class. Huhuhu.

Oleh yang sedemikian, dengan 7 miggu berbaki ini, saya kena pulun habis2 semata-mata untuk minor subjek. Wargh!!!!! Bukan sikit kak oiii. Banyak sangat. Business biasa la. Semua kena baca2. Bab2 baca ni, kamu paham2 la, saya kurang sikit. But, i have to. Only, today, we just covered only 2 chapters. What about others. Itulah sebab kena buat kelas Sabtu dan Ahad. Dan juga akan ditambah kelas malam. Ayak!

Weekend dah "tak bermakna " buat saya. Ngee! Ayat. Hahaha.

Final exam, sapa tak takut. Tak kan nak masuk exam gitu2 je. Huhuhu.


Ya aAllah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Bantu saya Ya Allah. Saya nak naikkan GPA dan CG PA sem ni. Saya nak score untuk semua subject termasuk minor jugak.
Bantu saya Ya Allah, untuk habis kan 14 dan 22 chapter untuk subjek minor.
Tenangkan hati, saya tak nak belajar dalam keadaan tensen.
Permudahkan urusan hamba-Mu ini. Ameen!


"setiap kesulitan ada kemudahan."



wassalam

Saturday, February 12, 2011

Hukum Rai Valentine & Jual Bunga

salam 'alaik....



article ni diambil dari blog Ustaz Zaharuddin .....
semoga bermanfaat buat semua.


"sampaikanlah walaupun satu ayat."

Asal-usul Valentine

Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.

Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahwa dengan itu mereka akan dikarunia kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah. (http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine)


Selain itu, sejarahnya juga berkait dengan fakta di bawah :-

Saint Valentine is a name which is given to two of the ancient "martyrs" of the Christian Church. It was said that there were two of them, or that there was only one, who died in Rome as the result of the persecution of the Gothic leader Claudius, c. 296 CE. In 350 CE, a church was built in Rome on the site of the place where he died, to perpetuate his memory.

When the Romans embraced Christianity, they continued to celebrate the Feast of Love mentioned above, but they changed it from the pagan concept of "spiritual love" to another concept known as the "martyrs of love", represented by Saint Valentine who had advocated love and peace, for which cause he was martyred, according to their claims. It was also called the Feast of Lovers, and Saint Valentine was considered to be the patron saint of lovers.

One of their false beliefs connected with this festival was that the names of girls who had reached marriageable age would be written on small rolls of paper and placed in a dish on a table. Then the young men who wanted to get married would be called, and each of them would pick a piece of paper. He would put himself at the service of the girl whose name he had drawn for one year, so that they could find out about one another. Then they would get married, or they would repeat the same process again on the day of the festival in the following year.

The Christian clergy reacted against this tradition, which they considered to have a corrupting influence on the morals of young men and women. It was abolished in Italy, where it had been well-known, then it was revived in the eighteenth and nineteenth centuries, when in some western countries there appeared shops which sold small books called "Valentine's books", which contained love poems, from which the one who wanted to send a greeting to his sweetheart could choose. They also contained suggestions for writing love letters.

(The above quotation is excerpted, with slight modifications, from www.Islam-qa.com)

Justeru, secara ringkasan saya boleh simpulkan seperti berikut :-

1) Kita hanya boleh merayakan perayaan yang diiktiraf oleh Islam iaitu Idil Fitroi dan Idil Adha. Nabi SAW bersabda :

(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)

Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)

Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.

Bagaimanapun, jika sesuatu majlis, keraian dan sambutan itu dianjurkan bukan atas asas atau nama agama serta tiada kaitan dengannya bahkan dibuat atas dasar adat semata-mata. Ianya boleh dan harus diraikan dengan syarat sambutannya tidak diserapi apa jua unsur maksiat dan syirik. Sebagai contoh sambutan kemerdekaan Negara, sambutan ulangtahun penubuhan sesebuah syarikat dan sebagainya. Cuma ia bukanlah disambut sebagai hari raya ketiga atau keempat, tetapi hanya sebagai majlis keraian setaraf dengan majlis perkahwinan dan sepertinya sahaja.

Ini bermakna, setiap tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak. Maka jika disemak perayaan Valentine ini. Ternyata ia berasal dari cerita dongeng, karut dan syirik berakitan dewa dan sebagainya. Selain dari asalusul, cara dan kaedah implementasnya juga mesti dilihat, jika secara adatnya ia disambut dengan dosa dan maksiat. Ia sekali lagi dilarang di atas dasar tersebut pula.

2) Tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma' (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)

3) Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi waktu dan tempat dan tidak dibatasi oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan hadis :

"Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari).

Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan arti kasih sayang terhadap umat manusia.

Rasulullah saw. bersabda : "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari" (Muslim)

Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturahmi, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah dari perbuatan mungkar

4) Sambutan hari Valentine hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara' kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan' dan dengan perlakaun seks bebas yang kononnya bagi membuktikan 'ketulenan' cinta seseorang kepada kekasihnya..

5) Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini dari firman Allah yang bererti :

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا

"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam" ( An-Nisa : 140 )

Diriwayatkan dari Umar r.a. bahwa dia pernah mendengar Rasulullah s,a.w. bersabda:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak." (Riwayat Ahmad)

Maka majlis arak yang haram itu adalah sama hukumnya dengan majlis Valentine yang mana sumber, asal usul dan cara pelaksanaannya yang terdedah kepada pelbagai jenis maksiat. Tidak harus sama sekali untuk menghadiri majlis sempena Valentine di mana-mana jua.

"Jadi adakah pergi shopping sempena 'sale' hari Valentine juga salah?

Jawabnya, sekadar membeli belah ia tidak salah, namun TIDAK DIBENARKAN menyertai seseuatu PERHIMPUNAN, SAMBUTAN KHAS kerana Valentine seperti majlis Konsert, Nyanyian dan sepertinya.

6) Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram berdasarkan kaedah dari firman Allah : "Janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan"

Bagaimanapun hukum menjual bunga sahaja, ia tidak kurang dari kategori jualan yang syubhah, makruh atau haram khas di hari Valentine.

Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu bekas arak kepada Nabi s.a.w., kemudian Nabi memberitahu bahwa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya:

Lelaki: Bolehkah saya jual?

Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya.

Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan raja kepada orang Yahudi?

Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.

Lelaki: Habis, apa yang harus saya perbuat?

Nabi: Tuang saja di dalam parit air. (Al-Humaidi dalam musnadnya)

Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli khas untuk mearikan Valentine yang haram. Seperti juga hukum menjual anggur kepada tukang buat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan dalam Islam menurut pendapat yang terkuat.

7) Para ulama juga menyatakan LARANGAN untuk saling mengirim ucapan Valentine, cinta dan kasih bersempena hari itu. Perlu dianggapkan hari Vlentine itu tidak wujud dan ia adalah sebuah hari biasa sahaja.



wallahua'lam


wassalam.....

Wednesday, February 9, 2011

Awak dan saya

salam a'laik....


Masih kah kau ingat sewaktu dulu,

Kita dok main sama2. Hehehe. Ye la tu.


Awak ingat tak, masa darjah 5 awak suka pinjam komik “kawan” dari saya. Masa tu la kita mula rapatkan? Walaupun sebelum ni memang dah kenal. Hehehe. Awak pergi rumah saya sama ada nak baca buku atau pun pinjam buku. Masa tu saya darjah 6.

Bila saya masuk form 1, kita dah jarang jumpa. Saya masuk asrama, balik sebulan sekali. Tapi bila saya balik saya mesti pergi rumah awak, masa tu awak duduk dekat surau. Dok borak2 kat tangga tu kan. Kadang2 awak ikut Ma dan We pergi melawat saya kat sekolah. Dan sekarang awak pergi melawat adik pulak dekat sekolah yang sama. Hehehe.

Bila awak dah pindah rumah datuk, saya dah jarang ke pergi rumah awak. Malu la. Hehehe. Masa tu saya form 3. Kalau balik pun, jarang juMpa awak. Awak pun sama kan?

Bila saya dah masuk UIA PJ, lagi jarang jumpa awak. Masa tu pun awak busy dengan SPM. Kelas tambahan setiap masa. Maklumlah, anak didik kesayangan Sir Loo. Hehehe. Best student kat sekolah. Dapat result pun bagus. Malu saya nak jumpa awak. Huhuhu.

Dapat pulak offer ke oversea. Laagi lah saya malu nak bersua muka dengan awak. Lepas tu kita jarang jumpa. Masa saya cuti awak tak cuti dan sebaliknya. Kita mesej2 saja. Sempatlah kita keluar berdua kan before awak fly? First keluar jumpa kat KL Sentral, pastu kita g Sunway Pyramid, dan last sekali saya bawak awak jalan2 ke rumah kakak saya.

Tapi sebelum awak fly, kita tak sempat jumpa. Busynye awak. Agak terkilan. Hari awak fly, saya tak g hantar pun, masa tu tengah final. Tapi saya pun malu nak jumpa awak. Huhuhu.

Akhirnya “tembok segan, malu” saya pecah jua. Kenapa perlu malu. Saya pun student jugak. Cuma belajar kat Malaysia. Saya pun masuk university jugak.

Saya rasa jauh itu yang mendekatkan kita. Walaup jauh, kita tetap contact. Tak Y!M, skype. Tak pon webcam. Hehehe. Seronok kan? Kali pertama awak balik Malaysia, saya sangat excited. Tak sabar nak jumpa. Kebetulan masa tu saya pun tengah cuti. Tapi awak pulak sibuk dengan aktiviti lain. Kita tak keluar kan masa tu?

Dan tahun ni kali kedua awak balik Malaysia, tapi sikit pun tak bagitau saya. Huhuhu. Tapi takpe, saya tak ambik hati. Mungkin awak lupa nak inform. Kalau awak rasa cuti awak kali ni sangat bermakna, begitu juga saya. Dari dulu lagi saya dah plan nak “dating secara halal” dengan awak. Kali ni baru berjaya. Syabas untuk kita berdua. Heheeh.

Kita keluar dari pagi hingga ke petang. Borak macam2 perkara. I’ve noticed one thing about you. You have successfully become a talkative one. Hehehe. Kalau dekat Y!M kita boleh cakap macam2, kenapa bila dok depan mata perlu jadi awkward kan? Hehehe. I’m trying myself to make a conversation with you. We talked a lot, right? But, we missed something on that day. Huhuhu. Why don’t we snap one or two photos of us? But it’s okay, you photo is always be in my mind.

That is the most exciting moment that I’ve ever had. We made our day. One day out with the person that really closes to me after my family. It’s more than a friendship. We’re just like a sibling. That’s I can say.

<

<

<






Dear you, thanks for spending your great time with me. Sorry for any inconvenience. That’s all I can do. Huhuhu. I hope that you are really enjoyed on that day. The same goes to me. I wish to have a day with you again. Till we meet again...

INSYA-ALLAH. (^-*)




wassalam.....

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH