Thursday, June 23, 2011

ceritera di gombak (season 2 ; part 4); EXAM

salam 'alaik



lecture class sudah sampai di penghujung. assignment dan segala bagai yang berkaitan harus dihantar untuk memudahkan pensyarah mengira Penyata kira-kira carry mark student2 kesayangannya. hehehe. skema agak ayatnya.

bila dah habis lecture, hape yang kita buat? eh, jangan buat2 tanya. mestilah EXAM! hehehe. dan insya-Allah, saya exam final untuk short semester yang terakhir di Gombak (saya kira) pada 29hb 6 dan 2hb 7 2011. 2 subjek je. eheh.

maka, selepas 2hb, bermulalah "penyambungan cuti" saya yang terbengkalai dalam sebulan lebih ni di bumi Gombak yang indah permai di hati sebagai seorang seorang saya. hahaha. dan siapakah bisa menjawab soalan ni "boleh tak nak suasana belajar kat Kuantan, tapi suasana makan2 kat Gombak?". pertanyaan seorang rakan. hehehe. nak cakap camane ye. owh, tempat sendiri lagi kan dikenanag walau tempat baru best tersangat. saya tetap cakap UIA KUANTAN is the best!

penyambungan cuti kali ini sehinggalah lepas raya baru masuk balik. sounds good, right? hehehe. berpuasa di rumah, insya-Allah. menyambung kembali liku2 kehidupan di rumah dan menyambung misi yang tak sempat untuk dilaksanakan. hahaha. apa ya?

banyak nye nak bercerita.
okeylah, dikesempatan ini selamat menempuh exam untuk sahabat2 sekalian juga tak lupa juga yang tengah buat short semester kat Kuantan nuh, yang dengar khabarnya bangunan admin dan library sudah siap. cantik katanya. hehehe. tak sabar nak masuk bulan 9 ni.
alamatnya bakal sunyi dah la KOM nanti. ^^


all the best and turn to him.
yakinlah, setiap kesusahan disusuli dengan kemudahan,
Allah tidak akan melupakan hamba-NYA yang sentiasa mengingati-NYA,
Faiza 'Azamta Fatawakkal 'Alallah,
Rabbi Yassir Wala Tu'assir.
Allah tak akan tengok dengan apa yang kita dapat, tetapi DIA memberi kepada sesiapa yang banyak berusaha.
insya-Allah.




good luck and all the best!




mari bermuhasabah :

ayuh, sama2 kita menjadi mukminah yang solehah yang menjaga pandangannya, memelihara ikhtilatnya. memang betul susah untuk kita capai tetapi berusahalah ke arah itu. sama2 mentadabbur surah An-Nur ayat 28-31. dan sama2 menghayati maksud yang yang ke- 31 untuk kita wahai muslimah solehah!
"seindah perhiasan adalah wanita solehah"

aduhai puteriku sayang
kau bunga kebanggaan
aduhai puteriku sayang
kau bunga idaman (^_*)




selingan:

selamat berjalan2 untuk mak saya. beliau bakal ke pulau. hehehe. pulau ape, Pulau Langkawi. bestkan. huhuhu. rasa cam nak ikut je. dan jangan lupa beli ole2 untuk anakmu ini. hehehe.

KL > PENANG > KL > JOHOR > KUANTAN > HOME SWEET HOME (^_^)
rancangan perjalanan kami. insya-Allah, moga dipermudahkan.




bakal merindui suasana di Gombak ini. tadi cakap lain, ni dah lain pulak. hehehe. dan betul lah, nak belajar suasana di Kuantan, tapi nak suasana lain seperti di Gombak (makanan dan pengangkutan), maka seharusnya UIA KUANTAN DAN GOMBAK disatukan. tak pun jadikan UIA KUANTAN sebagai main admin. hahaha. banyak la cadangan. takdenya Prof Syed Arabi Idid tu nak buat.

dan doakan saya untuk final examination kali ini. insya-Allah.





wassalam





2 comments:

Nadzipah said...

Selamat menghadapi peperiksaan akhir~
ahaks! awat skema benor ayat ni..hoho

gudluck and wish u all da best!

moga dipermudahkan segala urusannya ye~^^

hasnisyakila said...

thank you sayang ^^

tak sabar nak habis...hehehhe....

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH