Assalamua'laikum wbt
Sudahkan anda menonton vedio pendek Tomato 2.0,
sambungan Tomato 1.0?
Kalau sudah apa reaksi anda? Menusuk di kalbu bukan?Sememangnya
itu video osem yang patut anda saksi kan.
official poster;terbaik daripada ikhwah China :)
Yang jelasnya di sini, hidayah itu milik ALLAH yang mutlak.
Tanpa hidayah ALLAH, manusia itu masih lagi terumbang-ambing dengan keseronokan
dan keasyikan. Kalau kita lihat, kematian Nabil membuatkan Mazlan berubah 360
darjah. Jadi benarlah, kematian sentiasa mengekori kita di mana sahaja kita
berada. Jadi apa tunggu lagi. Be ready to be called!
Masih ingat ayat-ayat cinta yang diucapkan Mazlan?
Kesudahan
golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di
antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup
semula di dunia) -
"Supaya
aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku
tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah
kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada
alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka
dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
[Surah
Al-Mu'minuun : 99-100]
Masa yang telah lalu tidak akan kembali walupun
sesaat. Sama lah juga dengan janji ALLAH untuk tidak mengembalikan hamba-NYA semula
ke dunia untuk menggantikan amalan-amalan yang telah lalu. Time is more precious
than a million ringgit of diamond. Begitu juga dengan janji ALLAH kepada kita
untuk tidak melewatkan atau mempercepatkan ajal walaupun sesaat.
" Dan bagi tiap-tiap umat ada
tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat
mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."
[Al-A'raf:34]
Manusia itu mampu untuk berubah bukan? Tiada siapa
yang mampu untuk merubah diri mereka sendiri melainkan diri sendiri yang
melakukan anjakan paradigm itu. Itu lah yang disebut ALLAH dalam surah Ar-Ra’d ayat 11
yang bermaksud nasib sesuatu kaum itu tidak akan berubah melainkan mereka
sendiri yang mengubahnya.
ALLAH ALLAH!
Kerana itulah maratib amal kita bermula dengan
individu muslim. Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang membentuk
peribadi-peribadi yang bakal mendokong dakwah Islam yang panjang dan
berliku-liku ini. Berapa tahun diambil baginda untuk membentuk keimanan dalam
diri sahabat supaya yang boleh membentuk kekuatan dan pengorbanan yang tinggi.
Subhanallah!
Maratib amal? Ketertiban amal yang menjelaskan
kepada kita akan keutamaan dalam melaksanakan amal.
Individu muslim. Satu tugas yang sangat berat untuk
dipikul. Kerana segala-galanya bermula daripada seorang individu lalu berkembang
dengan terbinanya baitul muslim dengan bertunjangkan sakinah, mawaddah dan
rahmah. Dengan terbinanya baitul muslim, maka lahirlah masyarakat muslim yang
terus berkembang menjadi kerajaan Islam, seterusnya negara Islam, khalifah Islam dan yang terakhir membentuk ustaziatul alam (yang mangamalkan Islam
keseluruhan) untuk terus memimpin dengan Sistem Islam ke arah mendapatkan
Syurga dan keredhaan Allah.
Itulah dia 7 maratib amal yang sangat penting untuk kita
semua. Apa yang dapat saya simpulkan di sini adalah tarbiyah (didikan) itu
sendiri. Tarbiyah bukan segala-galanya, tapi segalanya bermula dengan tarbyah.
Dengan tarbiyah manusia itu mampu untuk berubah .Dengan tarbiyah manusia itu mampu
untuk mentarbiyah. Dengan tarbiyah manusia itu mampu untuk ditarbiyahkan, dengan
tarbiyah juga manusia itu mampu untuk menimbulkan rasa yang mendorong
untuk melakukan sesuatu kebaikan.
Akhir
kata, untuk diri sendiri dan semua, ayuh semak kembali tarbiyah dzatiyyah (self
tarbiyah) dalam diri kita. Bersama-sama kita bermuhasabah dan bermujahadah di university
tarbiyah ini yang memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi.
Berkata Ibrahim bin Abi Ablah:
"Kita pulang dari jihad yang kecil (menghadapi musuh lahir) untuk menuju jihad yang besar (menghadapi musuh batin)"
akhir kata : bermujahadah itu pahit kerana yakinlah syurga itu manis :)
Apabila seseorang dikehendaki ALLAH untuk menjadi baik, ALLAH akan memberi rezeki kepadanya berupa sahabat yang baik. Jika ia lupa, maka sahabat itu akan mengingatkan, dan jika ia ingat, maka sahabat itu akan menolongnya
Kehidupan ini adalah suatu perjuangan,
yang
tidak mungkin berpeluang walau sesaat untuk berpangku tangan
kerana
'semaian' yang sempurna
mampu membuahkan 'hasil' yang lumayan :)
Hanya kanak-kanak sahaja yang cuba menepis tangan kita yang membantunya, sedang dia masih bertatih. Tepuk dada tanya Iman :)
Nota 1: Habis satu paper hari ni.Alhamdulillah. Esok menyusul lagi satu, kemudian Khamis minggu depan pula. Insya-ALLAH. Doakan saya ;)
Nota 2: Selamat menonton Tomato 2.0 bagi yang belum menonntonnya. Tomato 2.0, buat pertama kalinya saya menyentuh mengenai maratib amal, walaupun sering "diulang siar" dalam usrah :)
Wallahua'lam