Thursday, December 15, 2011

AKMAL 2011

assalamu'alaikum wbt






**** "adegan" di bawah banyak menggambarkan kehebatan, awesome, dahsyat, great, amazing dll. minta untuk tidak merasa pelik kerana kalau saudara-saudari di tempat saya semasa program berlangsung , anda memang rasa seperti yang disebut****


ALHAMDULILLAH, Akademi Kepimpinan Mahasiswa Al-Fateh(AKMAL) 2011 successfully ended. Subhanallah, it was a great moment. Awesome! It amazed me a lot.(mohon maaf, hari baru dapat update. programnya 3-4hb hari tu)

Sepanjang video dipertontonkan diselusuri explanation daripada Ustaz Syaari, dalam hati tak henti Subahallah, Allahu Akbar, Masya Allah. kenapa?

kerana Sultan Muhammad Al-Fateh adalah seorang pemimpin yang benar2 seorang pemimpin. pemimpin yang mengotakan apa yang dikatakan, bukan hanya cakap kosong. seorang pemimpin yang bekerja bersama-sama rakyat.

dan yang paling saya mengagumi Sultan Muhammad adalah, beliau adalah hamba ALLAH yang tidak pernah sekalipun meninggalkan solat tahajjud, solat lima waktu dan solat2 sunat yang lain setalah akil baligh. ALLAHU AKBAR! kerdilnya rasa diri.

Hebat sultan Muhammad Al-Fateh. Kebijaksanaan, keberanian, ketaqwaan, keimanan yang tinggi kepada ALLAH, semangat juang yang kental. Yang saya kira tak mungkin ada pada semua pemimpin pada hari ini. Jika anda imbas kembali sejarah bagaimana sultan Muhammad merampas Constantinople. Memang sangat2 tak expectation. Seorang pemuda yang hebat. ALLAH, hebat!

Baginda yang dilatih menjadi Sultan Uthmaniyyah pada umur 12 tahun. Kalau kita lihat sekarang kanak2 umur 12 tahun apa yang mereka boleh buat. Dan yang paling hebat baginda Berjaya menawan kota Constantinople pada usia 21 tahun ,yang mana sebuah kota yang dikelilingi menara kawalan 60m dan 400 batalion 24 jam. ALLAH. Seumur saya ini pun memang tak mampu untuk itu. Memang hebat.

Setelah 12 kali percubaan untuk meruntuhkan benteng untuk masuk ke Constantinople yang kesemuanya menemui kegagalan, namun sultan Muhammad Berjaya menawan Constantinople pada percubaan yang ke-13 dengan hanya 53 hari pada 29 May 1453. ALLAH, saya terkedu. Memang hebat.

Maka benarlah hadis yang diucapkan oleh Rasulullah SAW semasa Perang Khandak:

“Constantinople akan hanya dibuka oleh pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, dan tenteranya yang sebaik-baik tentera.”

Akhirnya setelah 800 tahun ,hadis itu menemui kebenaran.

ALLAH, ALLAH, ALLAH.

Kalau kita lihat macam mana strategy yang disusun oleh Sultan Muhammad, anda akan rasa begitu awesome. Strategy yang tak mungkin orang boleh fikir. Bagaimana baginda menukarkan daratan menjadi lautan dengan memindahkan 70 kapal dalam masa 1 malam. ALLAH. Hebat222!


berbalik kepada AKMAL 2011, ia diadakan pada 3-4 December 2011 baru2 ini bersempena CAMPRO 2011. di"handle" penuh oleh Ustaz Syaari yang merupakan perunding motivasi di Ibrah Paradigm and Consultancy.




Slot pertama tidak sempat saya hadiri kerana perlu attend briefing Industrial Training. Ruginya. Saya masuk bermula slot kedua yang memang awesome. “Mengembara” ke Constantinople." Video 3D yang mampu membuat seseorang menjadi teruja. ALLAH. Melihat video bagaimana sultan Muhammad Berjaya menawan Constantinople dan strategy yang disusunnya. Masya-Allah, memang terhebat!

Slot ketiga pada hari pertama iaitu kawad kaki. Hehe. Oh ya, kami dilatih macam tentera la lebih kurang. Batalion2 yang menghadiri akademi Al-Fateh. Bergerak dalam kumpulan, buat logo, motto berdasarkan 7 sifat Al-Fateh ; be positive, be proactive, clear vision, synergy, out of the box, integrity, tawakkal.


semacam ada saya je. cecari cecari. hahaha :D


Satu slot kami pada hari pertama, menolak kereta. Simbolik nak tahu macam mana susahnya mereka menolak kapal yang beratnya bertan-tan itu. We did well. Ustaz expected us doing in 15 minutes, but we finished in 2 minutes lebih2. Subhanallah. Team work makes job easily. Itu baru sedikit.

cuba kita bayangkan bagaimana sultan Muhammad yang telah menukarkan daratan menjadi lautan hanyan untuk memindahkan 70 kapal dalam masa satu malam. ALLAH. 21hb April hingga ke 22hb April. sAya dah semakin jatuh hati dengan bulan APRIL. ;) tak lupa juga bulan May.

Kapal-kapal ini diluncurkan diatas batang-batang kayu yang telah dilumur dengan darah dan lemak haiwan. Ia dilakukan pada waktu malam, dan ketika angin bertiup kencang. Ini memudahkan lagi proses-proses pemindahan kapal melalui daratan.

Malam tu jugak kami adakan aktiviti yang begini: setiap orang pusing ke belakang, dan dikepilkan penyepit baju yang berbeza warna. Tanpa mengeluarkan suara bergerak mengikut warna penyepit baju. Kami dibolehkan membuat tiga kali percubaan.

Rekod sekarang dipegang oleh adik2 di khalifah school dalam masa 43 saat. Dan kami? Percubaan pertama memang mengecewakan. Tapi kami bangkit, berusaha dengan percubaan ke-3 selama 44 saat. ALLAHU AKBAR.

Itu lah dia, simboliknya. Kalau kita focus apa yang kita nak, we’ll get it. What you give you get back.



andalah Al-Fateh di Malaysia;))


Oh ya, lagu tema untuk setiap slot. Hamba-Mu, lagu tema imam muda. ALLAH, memang bersemangat.^^

Aktiviti yang lain pada hari kedua. Kami diminta membuat bangunan yang tinggi dan kukuh daripada duit kertas yang dikumpul oleh ahli2 kumpulan. Dan pic akan kacau bangunan tu sampai roboh. Untuk mengelakkan dirobohkaan oleh “pengganas” itu, kami usaha sedaya upaya untuk melindungi bangunan tersebut. ALLAH, baru tahu betapa susahnya.



Dan begitu jugalah umat Islam di Negara yang sedang bergolak sekarang, tak akan pernah nak merasa aman. Hidup yang sentiasa dalam ketakutan dan berwaspada. Cuba kita banding dengan kehidupan kita di Malaysia yang jauh berbeza daripada mereka semua. ALHAMDULILLAH. Jadi setakat mana usaha kita untuk membantu mereka di Palestine dan negara2 Islam yang lain.

Dan video terakhir yang ditayangkan sebelum penutup, video pergolakan pre- world war 3. ALLAH, nak menitis air mata tengok. Jahatnya yahudi laknatullah. Yang tidak punya perasaan belas kasihan untuk mereka yang tidak bersalah. Pembunuhan demi pembunuhan insan2 yang tidak berdosa, merampas hak milik sesaiap sahaja.

Dan semoga ALLAH memberi kejayaan untuk Palestine, Turki dan negara2 Islam yang lain yang terus mempertahan hak mereka. Dan yakinlah Islam akan mencapai kejayaan. ALLAHU AKBAR!


Utusan tuhan bersabda,

Benarkan, suatu ketika,

Derapan kudakan tiba,

Bebaskan kota di roma,

Tentera fateh pun datang, hadis nabi kuatkan iman,

Layar kapal rentas lautan, tanduk emas dibantu tuhan,

Tujuh puluh kapal pun tiba, Byzantium gegak gempita,

Dua ratus tentera tiba, mimpi buruk sudah pun tiba,

Lapan ratus tahun penantian, Konstantin akhir ditawan,

Panji islam dikibar Hasan**, tubuh syahid jiwa terkorban,

Itulah si anak muda, beraksi mengeggar dunia,

Itulah sebaik raja, itulah sebaik tentera,


(nak dengar lagu ni boleh Google di halaman you tube)


** Hasan mati syahid semasa nak pacakkan panji islam di kemuncak konstantinople. beliau diserang 5 anak panah.

Abu Ayyub Al-Ansari juga salah seorang yang mati syahid semasa penawanan kota konstantinople. tiada apa yang dipinta melainkan disemadikan di bawah benteng kota konstatinople dengan harapan beliau dapat mendengar derapan kaki kuda yang ditunggangi sultan muhammad. ALLAH!


Rasulullah SAW dan sultan Muhammad Al-Fateh:


Visionary: vision untuk menang.

Informative:bertindak mencari maklumat yang tepat. Sultan Muhammad sendiri yang turun ke Constantinople dan cari maklumat. Begitu juga Rasulullah SAW, yang bertidak berdasarkan maklumat yang tepat.

Qudwah: Rasulullah SAW sendiri yang menggali parit masa Perang Khandak. Begitu juga dengan sultan Muhammad yang turut bekerja bersama2 rakyat2nya. Mereka lah yang dikatakan “the man who walk the talk.”

Baginda pernah bersama-sama dengan rakyat dan tentera Baginda untuk membina benteng Rumeli Hissari.

Out of the box: staretgy yang di luar dugaan. Cuba kita kaitkan daratan dan kapal. Sangat tidak masuk akal kan? Tetapi tidak untuk sultan Muhammad yang berajaya dengan strateginya mengubah daratan menjadi lautan.

semasa peristiwa Hijrah. kalau kita fikir kenapa baginda Rasulullah SAW keluar ikut pintu belakang dan menggantikan Ali Bin Abi Talib di tempat tidur baginda. pada masa tu musuh sedang mengepung pintu depan rumah baginda. hebatkan Rasulullah SAW punya perancangan.;)

itulah yang diilhamkan oleh ALLAH untuk mereka berdua yang sehingga kini menjadi sebutan. Subhanallah!

Muda: memerintah dalam usia yang muda.




kalau anda yang membaca kisah sultan muhammad boleh terpikat dengan kehebatan beliau, apatah lagi kalau anda mendengar apa yang dibicarakan oleh ustaz Syaari di Akademi Al-Fateh. mengembara bersama ke Constantinople melalui video 3D yang memang me"real"kan keadaan.

jadi saranan saya , joinlah Akademi Al-Fateh jika diberi peluang dan kekuatan. pengalaman yang tak akan anda lupakan. tak rugi walaupun bayar. seriously, you'll learn a lot of things, that's people can't even know some of them^^


sesuatu yang mampu mengajar kita untuk menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam dan sebelum-sebelumnya.



bersama ini saya sertakan kenangan AKMAL 2011 yang tak akan saya lupakan. ;)
gambar saya dengan ustaz bersama buku beliau tak tau dalam kamera sapa hari tu.;(




cumel pulak nama Muhammad Al-Fateh kan? hehehe


p/s: selamat berpulang "Al-Fateh Korea". hehehe. see you soon^^


semoga bermanfaat.

allahumma ameen!





wallhua'lam

Wednesday, December 14, 2011

love letters # 3

"ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu
melainkan mereka sendiri yang mengubahnya."

(13;11)



kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

ALLAH dah state dengan dengan ayat yang begitu terus terang, "tak bersembunyi", cun, cumel, impressive, awesome, amazing dll, kalau kamu tak ubah, kamu tak akan dapat ubah diri kamu.

ye , betul, nak jadi kaya macam mana pun, kalau tak kerja, mana nak dapat duit. tak akan mungkin jatuh daripada langit.
begitu juga, nak anugerah dekan macam mana pun, kalau dok tidur bangun macam mana nak score.

telur dan tepung tak mungkin bersalut kalau tak ada tangan yang mengubah kedudukannya. begitulah simboliknya.
sama lah juga, kalau mug kesayangan Mazlan tidak dilanggar oleh Rozaid, tak mungkin pecah , bukan?

diri kita tak akan berubah kalau bukan kita sendiri yang mengubahnya. ibubapa, kakak, abang, saudara2 tak akan dapat mengubah diri kita kalau kita sendiri yang tak ubah.

ayuh sahabat-sahabat sekalian, sama2 tadabbur ayat di atas, tepuk dada tanya iman, sejauh mana aku ubah diri aku setakat ni.

hero tak akan terjadi kalau tidak dimulakan dengan zero.

semoga ALLAH memberkati usaha2 kita. Allahumma Ameen!


p/s: doakan saya untuk quiz Vector Analysis esok hari.;)

p/s/s: have you made the decision yet???????

Saturday, December 10, 2011

memilih itu sesuatu yang sukar

assalamu'laikum wbt




sebut pasal memilih, ia pasti sesuatu yang sukar bukan? bukan senang untuk memilih sesuatu yang belum tentu macam mana di hadapan kelak. bukan senang untuk memilih sesuatu yang kita tidak tahu perihal sesebuah perkara itu.

lihat sahaja "memilih jenis ikan yang segar" di pasar ibaratnya, tidak senang kan?begitu juga "memilih pakaian" untuk kaum wanita misalnya, tidak mudah kan? kaum Adam juga yang pastinya. apatah lagi memilih calon isteri mahupun suami. lagilah super duper darjah kesukarannya.

kerana itu kembalilah kepada fitrah. Islam is the way of life. setiap apa yang terjadi ALLAH dah gariskan apa tindakan kita yang seterusnya. kerana hanya DIA yang tahu apa yang bakal terjadi kepada kita dan apa yang terbaik untuk kehidupan kita. ALLAHU AKBAR!

bagaimana panduan untuk memilih? gunalah kaedah orang tengah.heee^^




oh, tidak, bukan itu maksud saya. yang itu pun betul juga.
maksud saya yang sebenarnya adalah beristikharah lah untuk memilih sesuatu kalau itu yang terpenting untuk kita.

saya kira kalau nak beli baju tu tak perlulah kot nak beristikharah. begitu juga masa nak jwab exam. nak pilih jawapan untuk saolan MCQ. untuk yang itu cukuplah revision anda sahaja.^^
tapi kalau pilih jodoh, mesti, wajib! beristikharah!


"Tidaklah rugi sesiapa yang beristikharah ( meminta petunjuk) dan tidak menyesal mereka yang bermesyuarat"



"berdoalah, nescaya akanKU perkenankan."


minta pada DIA semoga dikurniakan hati yang lapang untuk membuat keputusan. dan semoga keputusan itu adalah yang terbaik tak tidak membuat kita menyesal di kemudian hari.

Memadailah kita berusaha dengan strategi dan perancangan, dan selebihnya urusanNYA yg menentukan terbaik untuk kita, kerana "Ada hal-hal yang harus difikirkan manusia, tetapi ada juga hal-hal yg BUKAN HAK manusia utk memikirkannya.."

dan bagi saya, tidak mampu untuk saya fikir di mana yang terbaik untuk saya. semoga ALLAH memberi petunjuk untuk saya membuat keputusan. seboleh-bolehnya sebelum minggu depan. ALLAH sukarnya.

YA ALLAH, jika itu yang terbaik untukku aku redha. hanya ENGKAU yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-MU ini. hanya ENGKAU YA ALLAH yang sebenar-benar perancang yang terbaik. dan hanya ENGKAU yang dapat membri keputusan yang terbaik.


bersabarlah.DIA tahu apa yang terbaik untukmu.
senyumlah, kalau itu mampu membahagiakan hatimu.
carilah hakikat bahagia dalam jiwamu,
insya-ALLAH DIA sentiasa di sisimu.;)






nota 1:

Jangan salah faham semua ya. saya bukan nak memilih untuk calon bakal suami. hehe. tapi nak memilih tempat Selepas kahwin . nanti akan diberitahu kemudian. doa kan saya:)

nota 2 :

short film;tomato memang terbaik. sebak bila tengok. susah nak cari kawan macam tu. yang tahu bila dan kenapa nak mintak maaf.
mabruk untuk Mazlan dan Rozaid. you did well!

tapi kalau yang suka baca kesalahan orang lain, dia je betul yang tu ramai.



memilih seorang sahabat juga sesuatu yang sukar.

Thursday, December 8, 2011

love letters # 2




Bold


"there must be a certain distance between cars for safety
as such
there must be a distance between male and female for safety."



"ustaz boleh kata couple tu harus kalau ikut tiga perkara ni."

semua berdebar-debar. dup dap dup dap.....
orang kata couple haram. tup2 hari ni Ustaz Ridha kata harus.

"yang pertama:-no skyp-ing, no facebooking, no "sms'ing, yang kedua:-tak rindu merindui dan yang ketiga:-tak boleh keluar bersama. kalau sapa dapat ikut yang 3 perkara ni , couple tu jadi harus."



moral of the story:-
tak payah couple terus. couple lepas kahwin kan laaaaaagiiiiiii sweeeeeet ;)
dah halal, tak payah ragu2. ;))



"maha suci ALLAH yang menciptakan semuanya berpasangan baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka sendiri, mahupun dari apa yang mereka tidak ketahui."

(SURAH YASIN : 36)



ALLAH dah sediakan yang terbaik untuk semua. usah gundah gulana. DIA tahu apa yang terbaik untukmu. Hawa dicipta untuk melengkapkan Adam.
begitu jua disebaliknya.
akan tiba saatnya dirimu disunting oleh
seorang insan yang bernama lelaki
;)

Tuesday, December 6, 2011

Kembara Johor-Negeri Sembilan

salam 'alaik
Bold



Moga2 cerita ni masih tak basi. Hehehe.

26hb 11 hari tu kami berkonvoi ke Johor, atau to be more specific ke Pontian, menghadiri walimah abang kepada sahabat. Musim cuti sekolah, biasa la kan. Maka banyaklah majlis kahwin yang dilangsungkan pada musim cuti sekolah ni. Hee.

Keluarga sahabat saya ini berketurunan Bugis. Dengar mak ayah dia cakap pun guna bahasa Bugis. Memang kawasan tu ramai yang berketurunan Bugis.

Ye, menghadiri walimah itu wajib kan, kalau dijemput. At least dapat menggembirakan tuan rumah. Kami konvoi dua kereta. Alhamdulillah, perjalanan lancar dan selamat, dan sempat singgah Segamat, rumah kepada sahabat jugak.


singgah Segamat


Sampai kat sana pengantin dah sampai. Sahabat saya ni pun dok tertunggu2 mana la tak sampai lagi. Hee. Kalau ke Johor tidak sah lah tanpa nasi briyani. Maka menu pada majlis tersebut adalah nasi briyani dan beberapa makanan tambahan. Dan pertama kali saya makan “purasak” makanan orang Johor. Sedap jugak makan dengan rendang ;)


sementara pengantin dok sibuk layan tetamu, kami posing habis kt pelamin. hee.^^





Kalau kita kat Kelantan macam ketupat la. Cuma purasak ni dibuat dengan beras nasi dan santan dibalut dengan daun pisang macam “pulu dakap” kuih orang Kelantan. Kenal dok Kak Long.?atau mungkin Kak Nadiah pernah makan..;) hahaha.

Oh ya, doa akhir tahun kami diketuai oleh pengantin lelaki. Alhamdulillah. Ciri2 calon suami soleh^^

Ciri2 idaman bakal suami semua orang jugak. Ahaks.

Hari kedua di Johor, of course la pegi jalan2. Saya biasa ke JB dan Kluang sahaja kalau berkunjung ke Johor. Maka kali ni meronda-ronda di Pontian, Batu Pahat dan Segamat. Hehee. Ronda-ronda Malaysia je la saya, nak g oversea bila tak tau lagi. Betul tak akak? Hee

Kami tak ke mana pun sebenarnya sebab kesuntukan masa. Hanya naik bot ke Pulau Kukup pergi Taman Negara Pulau Kukup, naik jambatan gantung yang buat saya pucat.











*hahah. Kantoi, gayat rupanya.*tak lupa juga tengok2 pokok bakau.

Dan bertolak ke Segamat kerana esoknya kami perlu ke walimah di Seremban pulak. Roommate saya kawin. Of course kena pergi amik berkat. Hahaha. Nak tunggu turn tak tau bila. Lampu hijau pun tak dapat lagi ni. Hoho. Macam la awak tu dah ada calon. Hee.


tahniah. barakallahu lakuma^^


tinggal kami ber-3 ;)


Berkata Bonda saya kepada Pak Cik sorang tu yang berkunjung ke rumah. Katanya “nanti saya pulak takde”(maksudnya kalau kawin takda kat rumah). Terus mak saya balas “eh, belajar lagi ni, kita tak bagi, tunggu habis belajar dulu” ouch!. Saya gelak sorang kat belakang tu. Hahaha. Takpe, don’t you worry mummy, you daughter is still single; P

Walimah di Seremban sekejap je. Pergi makan2, amik gambar dan pulang semula ke Kuantan. Tak pergi mana2 pun. Penat dah berjalan.



Owh, n3 saya kali ni banyak pasal nikah kahwin ye. Biasa lah cuti sekolah. Pulak tu, bukak fb je gambar orang2 kawin. Tensen! Eh, awak pulak tensen. Hehe.

Betul la, kan Rasulullah kata siapa yang tak nak kahwin bukan daripada ummatku. Siapa yang taknak bercinta secara halal by having a marriage kan? Bak kata Ustaz Ridha, “nak kawin buat apa? Hanya saja2 untuk dapatkan output atau apa? Kita nak bercinta sampai ke syurga. Bukan nak bercinta sehari dua”

Satu yang saya suka. “isteri meninggal, suami redha, syurga tempatnya.” Subhanallah.

Nak yang soleh, kena solehahkan diri terlebih dahulu.

serve the husband you become the king ;)

leaving you is an honor, leaving with you is a gift ;)

taat ALLAH, taat suami, solat, syurga tempat seorang isteri.



nota;

"why men can't listen and why women can't read maps"

ALLAH seronok talk semalam.

"why? because we are men." ustaz Ridha. heheeh^^

"kami bukan tak nak dengar, tapi kami tak mendengar dengan mata." kalau perasan tengok cerita ke ape, bila isteri tengah dok bercerita suami hanya em, ye ke? gitu la lebih kurang. kalau bagi respond lagi la suka. ;)

because kami lelaki. banyak kali ustaz ulang dengan nada bergurau. hehe.

dan banyak lagi adegan2 yang manarik. hehehe.

Mu'az tak sihat semalam, mungkin jauh perjalanan.

semoga ALLAH merahmati ustaz dan keluarga. ada masa jemput datang lagi,;)


isteri: cantiknye habib jewel tu

suami: ape yang?

isteri: takde pape la.

ustaz Ridha: konfem esok sampai kat rumah. kami mendengar di hati bukan di mata.

heee^^


nota :

perkongsian Akademi Kepimpinan Mahasiswa Al-Fateh (AKMAL)2011 dilain n3 ye.semoga ALLAH beri waktu dan masa yang terluang^^


ALLAHUMMA AMIIN..

Friday, December 2, 2011

i'm sick of "you"

salam 'alaik



ALHAMDULILLAH, just finished my exam. after postponing for several time. mid term paper actually. lambat kan?hehehe.

eh, eh, saya exam apa ye tadi?
open book, open laptop. ^-*

tapi I'm sick of it?

kenapa? tak boleh jawab ke?

entah la, ye la kot.
boleh lulus pon ok la.

itu kata saya yang memang amat tidak suka kepada segala macam programming. i hate programming. kata orang lain tidak diketahui. :)

there you go. tadi exam C++ (dibaca C plus-plus) salah satu subjek programming untuk semester ni, and it might be the last programming subject for me. cukup la! i hope so.

kali kedua saya membawa dell berdarah untuk C++, walaupun sebenarnya tidaklah membantu sangat. hee. masa selebihnya hanya menggunakan pc di computer lab yang seakan-akan bersifat seperti "penternak virus" , sampai Mr dell saya nak "pitam". hahaha.
please Mr dell, don't get sick. i need you .:D

talking about C++, eh, saya tak minat la benda alah tu? kenapa ye saya kena belajar?

pernah sekali mengadu kat abang yang sulung:
"susah la C++, tak larat rasa nak bawak."
"eh, budak maths lagi senang nak buat benda tu."

and, the rest is history.
itulah sebenarnya jawapan seorang lecturer kepada palajarnya. huhu.

buka laptop buat benda lain boleh,asal jangan programming.
ALLAH, sampai gitu sekali.

okey, cukuplah cakap pasal C++. malu kat bebudak engineering. T___T



finally, penangan C++ untuk awak. hee. ^_*


#include

using namespace std;

int main()

{

cout << " untuk awak \n"

" GOOD LUCK FOR FINAL EXAM \n"

"may ALLAH gives you the easiness \n"

"cumel dok coding saya. hahaha. :P " << endl;

system ("PAUSE");

return 0;

}


see you soon. balik dengan proposal paper untuk "kembara cinta" ye. hahaha. LOL



dear C++, I'm sorry, i can't be friend with you. you make me sick, I'm sick of you. mintak2 ade ubat dia. hahaha.




nota 1 :Alhamdulillah, venue untuk srikandi talk dah selesai.
jom pakai mai ramai2 dengaq ceramah ustaz ridha. hehehe.

nota 2 : " nak jadi orang hebat, orang berjaya, jaga hubungan dengan ALLAH. sempurnkan habluminallah dulu."
joooom sama2 jadi orang hebat! :)

nota 3: eh, rumate saya dah jadi isteri orang. muka tu berseri2. hehehe.

Thursday, December 1, 2011

love letters # 1






"sesungguhnya ALLAH sedikit pun tidak menzalimi manusia ,
tetapi manusia itu yang menzalimi dirinya sendiri."

[Surah Yunus: 44]


ALLAH sediakan yang terbaik untuk kita, tetapi adakah kita menyedarinya.
tepuk dada tanya iman:)

ALLAH dah janjikan ganjaran yang terbaik untuk setiap kebaikan,
tetapi kita "menzalimi" diri kita untuk tidak melakukan semua kebaikan itu.
zalim kan kita?
Astagfirullah!









Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH