Tuesday, December 29, 2009

Tiga tahap hati

Assalamualaikum wbt...post kali ni kita berbicara mengenai hati...

Imam al-Ghazali ada membuat perincian SOAL HATI dengan tiga pembahagian iaitu mengikut tahap ketetapan dan kemantapan, kebaikan dan kejahatan atau peralihan kepada satu daripadanya.ada tiga tahap ahti mengikut beliau...:-

1- Hati yang dibangunkan dengan binaan takwa, dibersihkan daripada akhlak yang keji dan tercela, lalu terisilah di dalam hati ini lintasan dan saranan kebaikan daripada khazanah alam ghaib atau simpanan alam malaikat.

Dengan daya penglihatan terbukalah kepada daya akal mengenai sudut kebaikannya, yang memutuskan ia adalah sesuatu mesti dilakukan. Begitulah daya akal (syarie) ini menggalak, mendorong dan menyerunya supaya melakukannya.

Malaikat akan meninjau ke dalam hati ini, didapatinya baik dan subur, bersih dengan sifat ketakwaan dan bersinar dengan cahaya ilmu. Malaikat mendapati hati ini layak untuk tempat penurunan.

Ketika itu, hati dibantu dengan tentera yang tidak dapat dilihat oleh mata dan sentiasa ditunjuk ke arah kebaikan dan sentiasa tertarik dari satu kepada kebaikan yang berterusan dan saling bersambungan.

Bantuan ini tidak terputus sama ada dalam bentuk saranan, galakan dan dorongan kepada kebaikan atau dirintiskan kepadanya laluan, lorong atau jalan kemudahan dan kelapangan. Allah mengisyaratkan dalam surah al-Lail, maksudnya:

"Apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa. Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga)." (al-Lail:5-7)

Hati sedemikian adalah hati yang pelitanya menyinarkan cahaya dari 'misykat rububiyah' sehingga tidak ada suatu terlindung padanya dan tidak terpengaruh oleh tipu daya syaitan, bahkan tidak akan mempedulikannya.

Selepas bersih daripada sifat tercela membinasakan, hati ini segera terhias indah dengan sifat terpuji yang menyelamatkan seperti syukur, sabar, takut dan pengharapan, zuhud, mahabbah, reda, rindu, tawakal, tafakkur dan muhasabah.

Hati inilah diterima dan dihadapkan Allah ke atasnya iaitu hati muthmainnah yang dimaksudkan oleh firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia." (ar-Ra'd)

2- Hati yang kecewa dan terbuang, dipenuhi hawa nafsu, dikotori dengan akhlak buruk dan tercela, terdedah dan terbuka luas kepada pintu syaitan dan tertutup dari pintu malaikat.

Punca kejahatannya ialah bermula daripada lintasan hawa nafsu ke dalam hati dan membisikkan dengan kejahatan, lalu hati merujuk kepada hakim akal untuk mendapatkan nasihatnya.

Tetapi akal sudah biasa menjadi khadam yang sentiasa patuh kepada hawa nafsu, sentiasa mencari helah dan tipu muslihat bagi membantu hawa nafsu, sehingga akal dikuasai nafsu, lalu hati menerima setiap kemahuan hawa nafsu yang menjadikan kekotoran semakin tebal, karat dan kegelapannya kerana semakin lemah daya akal dari mengawal dan mempertahankan.

Ketika itu, syaitan mengambil peranan untuk memperkuatkan penguasaan hawa nafsu ke atas hati melalui tugasnya.

Dengan sebab itu, semakin lemahlah daya imannya dengan janji Allah yang baik dan jahat, semakin malap cahaya keyakinannya kepada hakikat hidup akhirat, kerana asap debu gelap daripada hawa nafsu menutupi hati sehingga menutup sinar cahayanya.

Sementara akal sudah menjadi seperti mata yang terkena asap, tidak mampu lagi untuk melihat dengan baik.

Demikianlah kesan penguasaan keinginan hawa nafsu kepada hati, sehingga hati tidak lagi berdaya untuk menggunakan fikiran dan membuat pertimbangan.

Jika cuba disedarkan oleh seorang yang ikhlas atau diterangkan jalan yang benar, ia sudah menjadi buta dan tuli. Yang bergelora adalah keinginan hawa nafsunya, lalu lahirlah pelbagai maksiat.

Hati yang demikian diisyaratkan Allah dalam firman-Nya bermaksud: "Adakah engkau nampakkah orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya?

Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami, Mereka hanya seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi." (al-Furqaan: 43-44)

3- Hati yang didatangi lintasan hawa nafsu dan membisikkan perlakuan kejahatan tetapi segera dipintas lintasan iman dan mengajaknya supaya melakukan kebaikan.

Ketika itu dengan keinginannya cuba menolong lintasan kejahatan sehingga semakin kuat tarikan hawa nafsu.

Oleh itu, akal segera menyedarkan kepada kebaikan dan mempertahankan diri daripada serangan hawa nafsu serta menjelaskan sudut keburukannya sehingga diri nafsu itu cenderung kepada nasihat akalnya.

Tetapi syaitan tidak melepaskan peluang untuk memberikan bantuan terakhir menentang akal, sehingga lintasan dan saranan hawa menjadi semakin kuat.

Demikian hati menjadi rebutan berterusan antara dua daya tarikan iaitu tarikan hawa nafsu dengan bantuan syaitan serta tarikan akal dan ketakwaan dengan bantuan malaikat.

Sekiranya sifat yang ada pada hati lebih kepada sifat bahimiyah, sabu'iyah dan syaitaniyah, hati akan dikuasai syaitan, malah cenderung kepada golongan dan puak syaitan yang akan melahirkan pelbagai bentuk maksiat.

Tetapi jika yang ada pada hati itu lebih kepada sifat malaikat, hati tidak akan mendengar rayuan syaitan, bahkan tidak terpengaruh kepada janji syaitan, sebaliknya akan cenderung kepada golongan Allah dan dengan itu akan lahirlah pelbagai ketaatan.

so,kita berada dalam golongan tahap hati yang mana???tepuk dada tanya hati.....wallau a'lamu bissowab...

wassalam....

New little caliph…

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang…syukur kepada Allah bertambah lagi keturunan Wan…dapat nephew baru..ehee…yang ni kalau tak silap yang ke-37 selepas Wan junior(Ridhwan)…dan first grandson selepas kematian arwah we(ayah)…congratulation to new mom and dad ,Abe Ja dan Kak Aton…..(dah jadi daddy,ni kena mature sket deh)..haha...25 disember baru2 ni lahirlah seorang lagi cucu ma dan arwah we…dapat baby boy(Christmas baby)…Alhamdulillah…

Baby boy ni dah ada nama pon…papa dia nak letak nama Harith…cadangannya nak suruh tambah Umar…Wan Muhammad Harith Umar….tapi tak diterima…ehehe..panjang sangat…nanti panggilnya sket je…takpe la..simpan untuk anak sedare lain plak….dan the latest one letak nama Wan Muhammad Harith…mendapat persetujuan ramai….


wan muhammad harith....


little harith...

"setiap kelahiran ibarat kain putih...ibubapalah yang mencorakkannya...sama ada menjadi Yahudi,Nasrani atau Majusi"....

Insyaallah weekend ni nak pergi lawat Harith...

Ilalliqak Ma'as Salamah....

Thursday, December 24, 2009

amalan membina peribadi muslim....

assalamualaikum wbt....dah lame rase tak update blog ni...kebelakangan ni agak sibuk...nak kata jadual pack tak juga....tapi sebab subjek sem ni yang buat saya rasa sibuk....huhu...subjek sem ni semuanya tough...kena banyak prepare la...3 subjek membaca dan juga tiga subjek tengok number...a bit scary for me...ouch...

InsyaAllah kali ni nak share amalan membina peribadi muslim...ada 15 semuanya....mudah-mudahan menjadi panduan buat kita semua untyk menjadi muslim yang bukan sahaja cemerlang di dunia bahkan mendapat kebahagiaan di akhirat kelak...InsyaAllah...

15 AMALAN MEMBINA PERIBADI MUSLIM...

1. Sedapat-dapatnya berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis

2. Solat 5 waktu tepat pada masanya dan berusaha solat tahajjud serta solat sunat yang lain (Qiamulailil, solat hajat dsb)

3. Kurangkan waktu tidur dan perbanyakkan membaca Al-Quran(Korbankan tdo,ape salahnya kan??ehhe...untuk diri sendiri ni..)

3. Perhatilah dan tepatilah setiap janji anda

4. Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin

6. Hindarilah tempat maksiat dan janganlah menganjurkannya

7. Berpakaian secara sederhana

8. Banyakkan melakukan aktiviti sukan untuk kesihatan jasmani

9. Perbanyakkan membaca buku-buku Ilmiah (agama,sains,politik dsb)

10. Pelajarilah pelbagai ilmu yang memanfaatkan

11. Pelajari bahasa arab untuk mempermudahkan kita mendalami dan menghayati pembacaan Al-Quran

12. Sentiasa menghisap (mengingati dan menginsafi) segala amalan perbuatan dan dosa yang telah kita lakukan

13. Sentiasa mensyukuri dengan apa yang kita terima dengan mengucapkan kalimah "Alhamdulillah" sebagai amalan harian

14. Ikutilah setiap perkembangan umat Islam diseluruh pelusuk dunia dan senantiasa mendoakan akan kesejahteraan mereka

15. Jadikan amalan berdoa dan berzikir kepada Allah sebagai perkara rutin dan harian tak kira waktu kerana sesungguhnya Allah amat suka pada hambaNya yang tidak lekang bibirnya untuk menyebut namaNya dan meminta kerahmatanNya .



Semoga kita dapat mendekatkan diri kita kepada Allah dengan amalan ini, insya-Allah.
seseorang itu tidak dapat berubah melainkan dirinya sendiri yang mengubahkannya..."while this door is closing,another door is openig...its our job to go find that door"...mungkin pintu yang tertutup tadi bukan yang terbaik untuk kita...then go to the other door that gives benefit to you...

close your eyes and stare in the dark....(bak kata Joyce and Justin Hitchcock from Cecelia Ahern's book)....
p/s:blh try baca ye...so sweet.....

wassalam.

Friday, December 18, 2009

Ahlan wasahlan ya muharram 1431h….

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang….Alhamdulillah bersyukur pada Allah yang telah mengurniakan segala nikmat ke atas hambaNya…sedar tak sedar kita dah masuk tahun baru hijrah dah..rasa cam kejap je…tup2 dah masuk 1431 hijrah…bila sebut hijrah mesti kita teringat kisah Nabi Muhammad SAW dan para sahabt yang berhijrah dari Mekah ke Madinah..
imbas kembali sejarah tersebut yang mana turunnya wahyu yang mengkehendaki hijrah dilakukan..bagaimana keadaan yang dihadapi oleh baginda Rasulullah dan Abu Bakar As Siddiq yang telah dipilih baginda untuk menemaninya berhijrah….macam2 yang berlaku sebelum mereka tiba di Madinah..

Kat bawah ni sebenarnya lirik lagu..hehehe…lagu ni dah lama dah..mase kecik2 dulu…budak2 yang nyanyi..tapi tak ingat la nama kumpulan tu…tak tau la sekarang ni ada lagi tak..huhu….

Ma’al hijrah menyingkap sejarah
Kisah perpindahan Nabi Muhammad
Dari Kota Mekah menuju ke Kota Madinah
Untuk menyelamatkan Islam dari ditindas

Ditengah malam rasul berjalan
Bersama Abu Bakar menjadi teman
Di dalam Gua Thur mereka bersembunyi
Musuh mencarinya tiada berjumpa

Tiba di Madinah disambut dengan meriah
Seluruh mukmin bersyukur dan gembira
Selamatlah Islam dari kekejaman
Terus berkembang membina sebuah empayar

Hijrah Rasul mari renungkan
Ambillah ia menjadi panduan
Agar hidup kita tidak dalam kesesatan
Dalam kita menuju ranjau kehidupan

Hijrah….perubahan yang sentiasa diinginkan oleh setiap insan yang berwawasan untuk mencapai sesuatu yang gemilang dan mencipta satu kejayaan yang gemilang…tuntutan yang memerlukan pengorbanan,kesabaran,ketabahan dan juga niat yang suci dan bersih…..niat ke arah kebaikan…niat membuat sesuatu yang lebih baik…yang dapat mendamaikan kehidupan di dunia dan akhirat…

contohilah kesabaran dan kesungguhan rasulullah dan para sahabat yang berhijrah dari mekah ke madinah untuk menyampaikan kalimah yang suci…yang telah membuat satu peralihan dalam kehidupan dari kejahilan kepada kebenaran…

perubahan yang berlaku dalam kehidupan dari kemunduran kepada kemajuan pon boleh dikatakan hijrah juga.…sebagai contoh Negara Malaysia sendiri lah..Perbandingan sebelum kemerdekaan dengan zaman sekarang…banyak perubahan kan????tapi kalau satu pihak je yang berusaha untuk ke arah kebaikan pon tak jadi jugak….permusuhan tu sudah semestinya dihindari dan bersatu padu mengeratkan kasih sayang untuk mencapai sesuatu perubahan..InsyaAllah..

10 sejarah bulan muharram….:-
"Imam Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

1. Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala
2. Diterima Taubat Nabi Adam A.S
3. Dicipta Adam A.S
4. Dimasukkan Adam A.S kedalam syurga
5. Dicipta Arasy, kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang
6. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s
7. Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud
8. Selamat Musa dan pengikutnya
9. Lemas Firaun
10. Dilahirkan Nabi Isa a.s
11. Diangkat Nabi Isa ke langit
12. Diangkat Nabi Idris ke langit
13. Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy
14. Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar
15. Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun
16. Nabi Yaakub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta
17. Dikeluarkan Nabu Yusuf dripada telaga buta
18. Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya
19. Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi


Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. berkata Rasulullah s.a.w ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah), Jawab baginda : semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari Asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu".(sahih Muslim) Dari Ibnu Abbas r.a katanya, : Penduduk Khaibar berpuasa pada hari Asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (sahih Muslim)...

Salam ma’al hijrah….wassalam….

Wednesday, December 16, 2009

Dari sahabat untuk sahabat..

Salam a’laik…..post ni dituju buat saudari Wan Sufiah…Kak Kufi ni classmate saya masa kat UIA Kuantan,tapi sekarang dia dah berpindah ke UIA Gombak..tukar kos(IRK)…sempatlah satu sem kat Kuantan ni…kenal masa kat CENFOS PJ lagi tapi tak la rapat sangat..masa tu tak banyak satu kelas ngan Kak Sufi..bila mai Kuantan ni satu kelas plak…dan selalu studi sama2…tak lupa juga buat Kak Silah dan Kak Zahid yang kini berada di bumi Mesir…

~KAU SAHABAT KAU TEMAN~

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini mengenangkan kenangan kita di sini
Walaupun sementara waktu kita bersama di bumi IIUM Kuantan
Bersama belajar dan diajar
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
CTS gathering dan gotong royong day
kenangan terakhir kita bersama
Kausahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kita berpisah
Disaat kau masih diperlukan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Ya Allah kuatkan lah sahabatku dalam menempuh hari2nya
Berinya ketabahan dan kesabaran
Sahabatku akan kuteruskan perjuangan di sini
Walau ku tahu kau tiada disisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh dijasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Semoga kau sentiasa dirahmati Allah
Diberi kesabaran untuk menimba ilmu Allah
Setangkai doa sentisa untukmu
Kausahabatku kau teman sejati
Semoga persahabatan kita terus berkekalan...
InsyaAllah..

Dan semalam Sue bagi benda yang Kak Sufi suruh bagi kat saya..Kak Sufi bagi baju kurung..tima kasih banyak2 kakakku…semoga Allah sentiasa merahmati mu.."tangan yang memberi lebih baik dari menerima"…semoga kita sama2 berusaha dan buat yang terbaik dalam bidang masing2….InsyaAllah…good luck and all the best…

p/s:free2 datang la sini….lawat cts..hehe…

wassalam.....

Sunday, December 13, 2009

Ahlul bait (keluarga Rasulullah)

Assalamualaikum wbt...sedikit kisah Ahlul Bait Rasulullah SAW...siapakah agak2 anda ahlul bait Rasulullah SAW...Kalau nak tahu boleh la sambung baca...

Sewaktu Rasulullah SAW sedang berbaring di atas kain di kediaman baginda,Fatimah masuk membawa makanan(khazorah-daging yang dipotong kecil2 dan dimasak dengan air dan garam)..baginda terus meminta Fatimah memamggil suaminya,Ali dan 2 anak lelakinya,Hasan dan Husain untuk makan bersama…haa,masa tu lah Jibril turun menyampaikan wahyu
“..sesungguhnya allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu,wahai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih2nya.”(al-ahzab:33)
Lepas tu,tau tak apa yang Rasulullah lakukan ke ats puteri baginda?Rasulullah mengangkat kain yang baginda duduk tadi untuk menutupi tubuh Fatimah,Ali,Hasan dan Husain dan mengangkat tangan untuk berdoa”Ya Allah,mereka inilah ahlul bait dan keluarga terdekatku.hilangkan dari mereka dosa dan bersihkan mereka sebersih2nya.”
Begitu sayangnya rasulullah terhadap puteri baginda itu..Fatimah adalah orang yang cara berbicara nya paling menyerupai Rasulullah…cara Fatimah berjalan mengingatkan orang2 kepada Rasulullah..Fatimah digelar “ibu dari ayahnya sendiri “…Rasulullah memang dah niat nak jodohkan Fatimah dengan Ali tanpa pengetahuan orang lain..Umar dan Abu Bakar pernah datang meminang puteri baginda…baginda menjawab “Fatimah sudah dilamar”…dan berkahwinlah dua insan kesayangan Rasulullah ni..Ali menjual unta miliknya sebagai persediaan kewangan..

Selepas perkahwinan Ali dan Fatimah,Rasulullah membacakan beberapa ayat al-quran sambil mengaduk2 air dengan tangan…beliau memanggil Ali dan memercikkan air ke dada dan kedua tangan Ali serta Fatimah juga..dan baginda berkata “demi Allah,aku bahagia melihat engkau menikah dengan sebaik2nya keluarga yang ku miliki.”

Disebabkan sayangnya Rasulullah kepda puterinya,baginda meminta Fatimah tinggal berdekatan dengan beliau..selepas bersolat di masjid Rasulullah selalunya ke rumah Fatimah dahulu,barulah ke rumah isteri2 baginda.Ali pernah bertanya Rasulullah “siapakah yang lebih engkau cintai…rasulullah menjawab “Fatimah lebih kucintai tetapi engkau lebih berharga”…jelaslah kedua2nya mendapat tempat di hati Rasulullah….

Rasa2 anda semua apakah hadiah Rasulullah sempena perkahwinan puteri baginda?bukan emas bukan permata ya….hanya sehelai selimut yang pendek sampai tak cukup untuk kedua2nya…tapi kalau tengok zaman sekarang memang tak de dah kan…itulah Rasulullah yang bersederhana dalam kehidupannya..

Dalam bahagia ada la jugak gaduh2 kecil kan?begitu juga Fatimah dan Ali…semasa Fatimah dan Ali bertengkar,Rasulullah dengar lalu terus ke rumah mereka dengan wajah sedih…baginda masuk dan berbaring…Fatimah datang berbaring disisi baginda dan Ali berbaring di sisi yang lain..Rasulullah menasihati mereka…lepas tu baginda keluar dengan wajah yang ceria..kerana “aku telah mendamaikan dua orang yang paling kucintai.”

Semasa kelahiran anak sulung Fatimah dan Ali,baginda menamakan cucunya Hasan..Rasulullah memang sayang sangat2 dekat Hasan…semasa baginda menggendong Hasan diats pundaknya,seorang sahabat menegur “wahai ank kecil,betapa mulia orang yang engkau naiki.”rasulullah menjawab “betapa mulia orang yang menaikiku.”untuk pengetahuan semua,tiga orang inilah(Fatimah,Ali dan Hasan) ahlul bait Rasulullah masa tu,diminta oleh baginda untuk umat islam mencintai mereka…”cintai allah atas nikmat yang telah dianugerahkan nya kepada kamu.cintailah aku kerana cinta kamu kepada allah.dan cintailah keluargaku demi cinta kamu kepdaku…

Kelahiran Husain menambahkan lagi kasih sayang baginda terhadap cucu2nya..Rasulullah berkata “dua ank ini adalah cucuku,anak dari puteriku.ya allah,aku sungguh mencintai dua cucuku ini.maka cintailah keduanya dan cintailah orang yang mencintai keduanya..”sayangnya baginda pada Hasan dan Husain sehingga…semasa baginda solat,Hasan selalu mengahampiri baginda.beliau merentang kedua belah kaki agar Hasan dapat lalu..kalau Hasan naik ke atas baginda semasa sujud,beliau akn biarkan hasan turun dahulu barulah bangun dari sujud…bukan itu je kawan2…semasa Rasulullah sedang berkhutbh,Hasan dan Husain datang dengan berjalan dan berceloteh…baginda terus turun dari mimbar dan mendukung kedu2 cucunya…cuba kita bayangkan kejadian seperti tu berlaku pada zaman sekarang…saya pun tak terfikir apa yang akan jadi..semua orang marah kut…

Kalau dibaca dari ats sememang rasulullah begitu mengasihi Fatimah…tapi cinta baginda kepda Fatimah ,Hasan dan Husain tidak mengurangi cinta baginda pada puteri2 yang lain…hati yang luas akan menampung cinta yang besar..cinta Rasulullah ni tidak hanya kepada anak,isteri dan keluarga beliua je….kita sebgai kaum mukminn juga mendapat cinta dari Rasulullah…Alhamdulillah… selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad,nabi yang mulia kepada keluarga baginda dan para sahabat baginda.”

wassalam…

Wednesday, December 9, 2009

Sem baru semangat baru.

Bismillahirrohmanirrohim....
Alhamdulillah kerana diberi kekuatan dan nikmat kesihatan,islam dan iman untuk meneruskan hidup ini...third day of my second semester…syukur,I’m able to come here after spending my time at home with my beloved mum and sisters and also my little nephews and niece,amir, naim dan maisarah…oho….I miss them so much.....

semalam call rumah…tanya khabar..rindu la..biasala.mula2 masuk sem baru.…then amir spoke to his mak su…”sukila,kenapa tinggal amir”..?Oh nooo…unexpected question…speechless…I was stunned…sorry amir….I hang the phone as tears welled in my eyes… (Tambah2 homesick lagi mase tu)…

I’m taking 6 subject for this semester...just like the previous semester….3 subjects from General Core Course (Linear Algebra,Algebra and Calculus 2),1 subject from Kuliyyah Required Courses (Islam and Science) and the rest are University Required Courses (Bahasa Melayu for Science Students and Islam,Knowledge and Civilization)…ouch…I’m finding my new semester a scary challenge….thus, I must put a lot of efforts into my study in this semester..InsyaAllah….

Sem ni pon masih lagi belajar ngan Prof Dr Torla,Dr Jesni and Ustaz Razak...jumpa lagi lecturerku...ehhee..dan ada sorang lagi my new lecturer..Dr Ibrahim Shogar from Sudane who's teaching me Islam and Science...prof torla dan dr jesni awal2 lagi pesan...calculus and linear algebra are a bit difficult subject for this sem...huhu...

”YA ALLAH,Kau permudahkanlah urusan hambaMu ini dalam menerima dan mengamalkan ilmuMu…tenangkanlah fikiranku dan lapangkanlah dadaku untuk menerima ilmuMu…beriku kekuatan untuk terus berusaha tanpa rasa jemu dan malas..wahai tuhanku,aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah,dan aku berlindung padaMu dari kelemahan dan kemalasan,dan aku berlindung kepadaMu dari sikap pengecut dan bakhil,dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang…YA ALLAH,kurniakan ku iman yang sempurna,hati yang khusyuk,ilmu yang berguna,keyakinan yang benar2 mantap…YA ALLAH,kurniakanku cara hidup yang jitu dan unggul,selamat dari mala petaka….kembangkanlah lembayung rahmatMu kapadaku,keluargaku dan sesiapa sahaja yang bersama2ku…wahai tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan doa hambanya…selawat dan restu ALLAH untuk junjungan kami Muhammad,nabi yang mulia kepada keluarga baginda dan para sahabat baginda”Amin…

Hopefully I’ll do my best 4 this sem…let bygones be bygones…starting a new semester and also a new goal in order to have a good achievement in study…InsyaAllah…don’t let yourself down….work hard and then turn to HIM young lady….ALLAH always be with you ….pray for my success..Man Jadda Wa Jada..

Nice sharing to all of you...Lets have a look...~

~STUDY~

Solat merupakan tiang agama. Solat juga merupakan paksi kejayaan dan teras kehidupan. Manakala study atau menuntut ilmu merupakan senjata kita untuk berhadapan dengan masyarakat yang lebih kompleks dan dunia pendidikan. tetapi, kaedah study yang bagaimanakah penentu kejayaan diri, pengukur kematangan dan nilai intelek seseorang?

Jika diterjemah dan ditafsirkan 'study' mengandungi makna yang tersirat iaitu solat, tawakkal, usaha, doa dan yakin. Jika lima perkara ini sempurna dan syumul, maka Insya-Allah kejayaan berada di genggaman. Berikut merupakan beberapa teknik pembelajaran cemerlang. semoga ianya berguna dan dapat sama sama kita amalkan agar generasi yang bakal menerajui kepimpinan islam akan lahir kelak.... Insya-Allah.


1. Niat (kerana allah swt)

2. Berwuduk - sebelum memulakan study sebagai benteng daripada anasir luar sebagai pendinding, mudah memberi tumpuan

3. Kebersihan diri - mandi menjamin keselesaan

4. Tempat study - meja menghadap kiblat

5. Tertib - belajar berbudayakan peperiksaan 1/2 jam pertama sahaja ilmu akan masuk belajar dengan disipliN, tiada makan dan minum

6. Toma'ninah - berhenti seketika (10 minit)
- hilangkan stress dan mengantuk
- dengan cara mengambil angin dan melihat angin

7. Berjamaah - muslimah mesti ramai
- muslimin mesti sedikit
- tempat tertutup

8. Berdoa - selalu berdoa & tambah usaha untuk subjek tidak diminati
- teruskan usaha untuk subjek yang diminati


~Wassalam~

Monday, December 7, 2009

FADHILAT AL-IKHLAS

Salam alaik...buat renungan sahabat2 sekalian...InsyaAllah..


Bismillah...

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang telah dikutuk
oleh Allah..

katakanla wahai Muhammad,(tuhanku)ialah ALLAH yang maha Esa.ALLAH yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.ia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.(Surah Al-Ikhlas:1-4)

Bacalah ayat ini sebelum anda lakukan apa sahaja kerana dengan bacaan
ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita
dan juga di sekeliling kita.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat
kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,
seorang yang jarang bersolat akan sukar tersebut. Tetapi bagi mereka
yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat
akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa
dua-tiga minit? tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.
Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk
mengkhatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali
mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu
apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas
tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa
Saiyidina Ali betul. Ini kerana Rasulullah SAW pernah berkata bahawa
membaca surah Al-Ikhlas ganjarannya sama dengan membaca 10 jus
kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak
tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus
Al-Quran.

semoga bermanfaat buat kita semua...InsyaAllah...illaliqak..~

Sunday, December 6, 2009

terlambat post..~~

Aidiladha 2009...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...n3 ni sebenarnya agak lambat dipostkan...tapi tak pe la kan...hari ni baru ada masa nak post...

Pertama kali Aidiladha kami tanpa arwah we (ayah)…rase janggal sket..walaupon raye haji ni tak semeriah raye puase..tapi kat rumah ni meriah je…asal semua ade…tahun ni lain sket lah….biase arwah ni bagi duit raye kat anak cucu biar raye haji pon…suka la budak2 ni tok wan diaorang bagi duit raye…ade la gak duit raye…hihi…

Satu perkara yang saye suke ape yang arwah buat masa raye haji….kebiasaannya beliau akan tempah satu atau 2 bahagian daripada haiwan korban(lembu) untuk makan dan sedekah pada sesiapa yang memerlukan…. semua tu bukan beliau yang buat,tapi kami yang kena buat…arwah sedia duit dan tolong tempah je….yang lain beliau akan ajar kami camane nak niat dan bayar…tiap2 tahun orang yang lain2 dapat..saye dah pernah buat last year…seronok plak…kite je muda belia..yang lain sume pak cik dan makcik je…hehe..

Arwah we bagi duit harga satu bahagian dan beliau ajar saye camane nak buat proses pembayaran ngan tuan punya lembu tu…..mase nak buat tu cam tak yakin je…tapi bila dah tau cara rasa cam nak buat lagi je…mase mula2 arwah bagai tau….”tahun ni korban bagi kat Laa…”rasa cam taknak je…tapi buat juga la nak tau camana cara dia…sampai marah2 lagi arwah masa tu…dan saya pon apalagi leleh la….

Dan pergi la tempat sembelih tu…masa tu tak stat lagi…tengah tunggu orang…semua tak kenal…kebetulan tempat tu jauh sket..kat kampong sebelah…bukan tempat sendiri….pastu masa nak start tu ingat la balik apa yang diajar oleh we….pegang tali lembu sambil niat dan lakukan proses pembayaran ngan tuan punya lembu….hehee…nasib baik tak kena kejar lembu…lepas siap bayar,saya punya part dah siap…abg ja plak tunggu nak lapah daging dan bawa balik rumah…

Tahun ni kak ain dan kak ayu punya turn….saya dok rumah je mase raye haji tu….dapat la juga merasa….ehee….tak semua abang2 dan kakak2 balik maser aye tu…ada yang sampai petang..


aidiladha 2009....ni je yang ada pada pagi raya...yang lain beraya kat umah mentua..petang baru sampai umah...

tengah sibuk2 amik gambar,abe long sampai...join kami sekali la...hehhee...


Abe Long(Mohd Firdaus) ni anak kepada sepupu...kecik2 dulu selalu je main same2...main masak2,kejar2...haha...sekarang ni dah besar....rase nye abe long baca kut n3 ni...(jangan marah ye abe long)...sesaje je...dah nak fly pon next year..all the best bro...

setakt itu sahaja untuk kali ini...cewah cam tulis surat plak..ehhe...illalliqak..wassalam..

Friday, December 4, 2009

macam-macam ragam..~

salam 'alaik...

kat rumah...
masa tengok tv...

"ibu,amir nak milo"...
pecah suara muhammad amir mintak milo ngan ibu dia...lapar la kut..tak pn nak tido..hhehee...
bangunlah ummu amir(ibu amir) pegi wat milo...

dan..bukan tu je...

"nak siku ibu"...
"yang sukila punya tak nak?"saya tanya dia...
"tak nak lah...nak yang ibu punya"...

tu la dia wan muhammad amir...umur baru 3 tahun setengah...cakapnya banyak..walaupun ada sikit2 pelat...pantang mintak milo mesti nak siku ibu..orang lain punya tak nak...tak sama kut...kalau tido pon mesti kena pegang siku kalau dia sedar...dok umah tok wan dia memang suka naik tangga...lompat2...juga suka tengk astro ceria...kalau dia dah tengok ceria memamg tak leh tukar lain dah...

kalau tanya...

"mir,tok wan mane?"
"tok wan pegi kerja lah"...

tu je yang dia tahu...amir2...

satu lagi...

"mir,i love u"...
dia jawab...."i bitu"...haha...maksudnya i love u to...pelat sangat...


ni lah dia wan muhammad amir...sangat2 suka dengan alia...kalau alia ada memang dia tak pegang orang lain da...biasalah alia kan cun.ehhee...

ngan adik dia pon kadang buat tak tau je...kalau bli mainan ke semua dia yang punya...yang adik pon jadi amir yang punya..kalau yang dia punya orang lain tak leh sentuh pon...even ibu dan ayahnya...sangat2 suka dengan lori,kereta korek dan seangkatan dengannya...kalau boleh nak buat koleksi...hihi....

kalau adik amir plak,naim tak banyak ragam...cuma selalu je kena buli dek abangnya..huhu..tapi naim cool je..hari tu dia demam..tangah2 malam nangis sekuat2 hati...semua orang bangun...risau kami..dah la tak de orang lelaki...tapi nasib baik kejap je...syukur...



wan muhammad naim...copy and paste of abu amir...(his father)...hihi...kadang2 kuat merajuk...kalau merajuk semua benda yang bagi kat dia,semua dia baling...marah la katakan...kalah orang tua..haha..naim2..

dan sorang lagi...
anak dara kak ti...


ni lah wan nur maisarah nabilah...ahaa..nabilah tu saya yang tambah..hihi..tapi ummu maisarah (mama maisarah)panggil dia sarah je...arwah tok wan dia dulu suh panggil nabilah...maisarah ni tak boleh orang lain pegang..asyik nangis je..kecuali mama dan abahnya lah..

tu lah sedikit sebanyak ragam amir,naim dan maisarah...dua minggu bersama antum sekalian...memang menyeronokkan....wassalam..

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH