Assalamualaikum wbt...sedikit kisah Ahlul Bait Rasulullah SAW...siapakah agak2 anda ahlul bait Rasulullah SAW...Kalau nak tahu boleh la sambung baca...
Sewaktu Rasulullah SAW sedang berbaring di atas kain di kediaman baginda,Fatimah masuk membawa makanan(khazorah-daging yang dipotong kecil2 dan dimasak dengan air dan garam)..baginda terus meminta Fatimah memamggil suaminya,Ali dan 2 anak lelakinya,Hasan dan Husain untuk makan bersama…haa,masa tu lah Jibril turun menyampaikan wahyu
“..sesungguhnya allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu,wahai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih2nya.”(al-ahzab:33)
Lepas tu,tau tak apa yang Rasulullah lakukan ke ats puteri baginda?Rasulullah mengangkat kain yang baginda duduk tadi untuk menutupi tubuh Fatimah,Ali,Hasan dan Husain dan mengangkat tangan untuk berdoa”Ya Allah,mereka inilah ahlul bait dan keluarga terdekatku.hilangkan dari mereka dosa dan bersihkan mereka sebersih2nya.”
Begitu sayangnya rasulullah terhadap puteri baginda itu..Fatimah adalah orang yang cara berbicara nya paling menyerupai Rasulullah…cara Fatimah berjalan mengingatkan orang2 kepada Rasulullah..Fatimah digelar “ibu dari ayahnya sendiri “…Rasulullah memang dah niat nak jodohkan Fatimah dengan Ali tanpa pengetahuan orang lain..Umar dan Abu Bakar pernah datang meminang puteri baginda…baginda menjawab “Fatimah sudah dilamar”…dan berkahwinlah dua insan kesayangan Rasulullah ni..Ali menjual unta miliknya sebagai persediaan kewangan..
Selepas perkahwinan Ali dan Fatimah,Rasulullah membacakan beberapa ayat al-quran sambil mengaduk2 air dengan tangan…beliau memanggil Ali dan memercikkan air ke dada dan kedua tangan Ali serta Fatimah juga..dan baginda berkata “demi Allah,aku bahagia melihat engkau menikah dengan sebaik2nya keluarga yang ku miliki.”
Disebabkan sayangnya Rasulullah kepda puterinya,baginda meminta Fatimah tinggal berdekatan dengan beliau..selepas bersolat di masjid Rasulullah selalunya ke rumah Fatimah dahulu,barulah ke rumah isteri2 baginda.Ali pernah bertanya Rasulullah “siapakah yang lebih engkau cintai…rasulullah menjawab “Fatimah lebih kucintai tetapi engkau lebih berharga”…jelaslah kedua2nya mendapat tempat di hati Rasulullah….
Rasa2 anda semua apakah hadiah Rasulullah sempena perkahwinan puteri baginda?bukan emas bukan permata ya….hanya sehelai selimut yang pendek sampai tak cukup untuk kedua2nya…tapi kalau tengok zaman sekarang memang tak de dah kan…itulah Rasulullah yang bersederhana dalam kehidupannya..
Dalam bahagia ada la jugak gaduh2 kecil kan?begitu juga Fatimah dan Ali…semasa Fatimah dan Ali bertengkar,Rasulullah dengar lalu terus ke rumah mereka dengan wajah sedih…baginda masuk dan berbaring…Fatimah datang berbaring disisi baginda dan Ali berbaring di sisi yang lain..Rasulullah menasihati mereka…lepas tu baginda keluar dengan wajah yang ceria..kerana “aku telah mendamaikan dua orang yang paling kucintai.”
Semasa kelahiran anak sulung Fatimah dan Ali,baginda menamakan cucunya Hasan..Rasulullah memang sayang sangat2 dekat Hasan…semasa baginda menggendong Hasan diats pundaknya,seorang sahabat menegur “wahai ank kecil,betapa mulia orang yang engkau naiki.”rasulullah menjawab “betapa mulia orang yang menaikiku.”untuk pengetahuan semua,tiga orang inilah(Fatimah,Ali dan Hasan) ahlul bait Rasulullah masa tu,diminta oleh baginda untuk umat islam mencintai mereka…”cintai allah atas nikmat yang telah dianugerahkan nya kepada kamu.cintailah aku kerana cinta kamu kepada allah.dan cintailah keluargaku demi cinta kamu kepdaku…
Kelahiran Husain menambahkan lagi kasih sayang baginda terhadap cucu2nya..Rasulullah berkata “dua ank ini adalah cucuku,anak dari puteriku.ya allah,aku sungguh mencintai dua cucuku ini.maka cintailah keduanya dan cintailah orang yang mencintai keduanya..”sayangnya baginda pada Hasan dan Husain sehingga…semasa baginda solat,Hasan selalu mengahampiri baginda.beliau merentang kedua belah kaki agar Hasan dapat lalu..kalau Hasan naik ke atas baginda semasa sujud,beliau akn biarkan hasan turun dahulu barulah bangun dari sujud…bukan itu je kawan2…semasa Rasulullah sedang berkhutbh,Hasan dan Husain datang dengan berjalan dan berceloteh…baginda terus turun dari mimbar dan mendukung kedu2 cucunya…cuba kita bayangkan kejadian seperti tu berlaku pada zaman sekarang…saya pun tak terfikir apa yang akan jadi..semua orang marah kut…
Kalau dibaca dari ats sememang rasulullah begitu mengasihi Fatimah…tapi cinta baginda kepda Fatimah ,Hasan dan Husain tidak mengurangi cinta baginda pada puteri2 yang lain…hati yang luas akan menampung cinta yang besar..cinta Rasulullah ni tidak hanya kepada anak,isteri dan keluarga beliua je….kita sebgai kaum mukminn juga mendapat cinta dari Rasulullah…Alhamdulillah… selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad,nabi yang mulia kepada keluarga baginda dan para sahabat baginda.”
wassalam…
.... Dunia ini satu persinggahan. Setiap yang ada akan diambil kembali apabila tiba waktunya ....
Sunday, December 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blogger templates
About this blog
"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....
peringatan...~
sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH
sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH
sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH
sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH
No comments:
Post a Comment