Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang….Alhamdulillah bersyukur pada Allah yang telah mengurniakan segala nikmat ke atas hambaNya…sedar tak sedar kita dah masuk tahun baru hijrah dah..rasa cam kejap je…tup2 dah masuk 1431 hijrah…bila sebut hijrah mesti kita teringat kisah Nabi Muhammad SAW dan para sahabt yang berhijrah dari Mekah ke Madinah..
imbas kembali sejarah tersebut yang mana turunnya wahyu yang mengkehendaki hijrah dilakukan..bagaimana keadaan yang dihadapi oleh baginda Rasulullah dan Abu Bakar As Siddiq yang telah dipilih baginda untuk menemaninya berhijrah….macam2 yang berlaku sebelum mereka tiba di Madinah..
Kat bawah ni sebenarnya lirik lagu..hehehe…lagu ni dah lama dah..mase kecik2 dulu…budak2 yang nyanyi..tapi tak ingat la nama kumpulan tu…tak tau la sekarang ni ada lagi tak..huhu….
Ma’al hijrah menyingkap sejarah
Kisah perpindahan Nabi Muhammad
Dari Kota Mekah menuju ke Kota Madinah
Untuk menyelamatkan Islam dari ditindas
Ditengah malam rasul berjalan
Bersama Abu Bakar menjadi teman
Di dalam Gua Thur mereka bersembunyi
Musuh mencarinya tiada berjumpa
Tiba di Madinah disambut dengan meriah
Seluruh mukmin bersyukur dan gembira
Selamatlah Islam dari kekejaman
Terus berkembang membina sebuah empayar
Hijrah Rasul mari renungkan
Ambillah ia menjadi panduan
Agar hidup kita tidak dalam kesesatan
Dalam kita menuju ranjau kehidupan
Hijrah….perubahan yang sentiasa diinginkan oleh setiap insan yang berwawasan untuk mencapai sesuatu yang gemilang dan mencipta satu kejayaan yang gemilang…tuntutan yang memerlukan pengorbanan,kesabaran,ketabahan dan juga niat yang suci dan bersih…..niat ke arah kebaikan…niat membuat sesuatu yang lebih baik…yang dapat mendamaikan kehidupan di dunia dan akhirat…
contohilah kesabaran dan kesungguhan rasulullah dan para sahabat yang berhijrah dari mekah ke madinah untuk menyampaikan kalimah yang suci…yang telah membuat satu peralihan dalam kehidupan dari kejahilan kepada kebenaran…
perubahan yang berlaku dalam kehidupan dari kemunduran kepada kemajuan pon boleh dikatakan hijrah juga.…sebagai contoh Negara Malaysia sendiri lah..Perbandingan sebelum kemerdekaan dengan zaman sekarang…banyak perubahan kan????tapi kalau satu pihak je yang berusaha untuk ke arah kebaikan pon tak jadi jugak….permusuhan tu sudah semestinya dihindari dan bersatu padu mengeratkan kasih sayang untuk mencapai sesuatu perubahan..InsyaAllah..
10 sejarah bulan muharram….:-
"Imam Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
1. Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala
2. Diterima Taubat Nabi Adam A.S
3. Dicipta Adam A.S
4. Dimasukkan Adam A.S kedalam syurga
5. Dicipta Arasy, kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang
6. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s
7. Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud
8. Selamat Musa dan pengikutnya
9. Lemas Firaun
10. Dilahirkan Nabi Isa a.s
11. Diangkat Nabi Isa ke langit
12. Diangkat Nabi Idris ke langit
13. Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy
14. Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar
15. Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun
16. Nabi Yaakub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta
17. Dikeluarkan Nabu Yusuf dripada telaga buta
18. Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya
19. Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi
Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. berkata Rasulullah s.a.w ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah), Jawab baginda : semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari Asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu".(sahih Muslim) Dari Ibnu Abbas r.a katanya, : Penduduk Khaibar berpuasa pada hari Asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (sahih Muslim)...
Salam ma’al hijrah….wassalam….
.... Dunia ini satu persinggahan. Setiap yang ada akan diambil kembali apabila tiba waktunya ....
Friday, December 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blogger templates
About this blog
"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....
peringatan...~
sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH
sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH
sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH
sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH
No comments:
Post a Comment