Salam alaik...buat renungan sahabat2 sekalian...InsyaAllah..
Bismillah...
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang telah dikutuk
oleh Allah..
katakanla wahai Muhammad,(tuhanku)ialah ALLAH yang maha Esa.ALLAH yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.ia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.(Surah Al-Ikhlas:1-4)
Bacalah ayat ini sebelum anda lakukan apa sahaja kerana dengan bacaan
ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita
dan juga di sekeliling kita.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat
kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,
seorang yang jarang bersolat akan sukar tersebut. Tetapi bagi mereka
yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat
akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa
dua-tiga minit? tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.
Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk
mengkhatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali
mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu
apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas
tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa
Saiyidina Ali betul. Ini kerana Rasulullah SAW pernah berkata bahawa
membaca surah Al-Ikhlas ganjarannya sama dengan membaca 10 jus
kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak
tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus
Al-Quran.
semoga bermanfaat buat kita semua...InsyaAllah...illaliqak..~
.... Dunia ini satu persinggahan. Setiap yang ada akan diambil kembali apabila tiba waktunya ....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blogger templates
About this blog
"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....
peringatan...~
sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH
sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH
sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH
sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH
No comments:
Post a Comment