assalamua'laikum wbt.....
nak update blog boleh.....?boleh...you are most welcome....~
ini adalah untuk memberi peluang kepada kedua-dua belah pancaindera yang sudah mengantuk....huhuhu...kalau boleh nak meneruskan study barang sedikit lagi malam ni..mudah-mudahan....
apa yang boleh buat kita rasa lebih motivasi pada waktu pagi.....aha...usually,early morning makes us feel sleepy.....betul kan????
so,that's was what i read via iluvislam.com.....here....memang betul,
waktu pagi sangat2 menimbulkan dugaan yang hebat.....bila dah rasa mengantuk ditambah pula dengan bisikan halus syaitan tu,memang dah takde apa dah la....yang
ada kelas pun sampai boleh ponteng.....
subuh pun boleh terbabas....
itulah realiti....dont' blame me ,please!
sebenarnya waktu pagi adalh nikmat buat kita...pagi juga lah yang menentukan kejayaan atau kegagalan dalam hidup kita...jadi,saya kongsikan apa yang saya baca dengan anda semua...semoga bermanfaat....buat diri sendiri juga...Insya-ALLAH...
1 ) Bersyukur, bersyukur, bersyukur
Bersyukurlah sebab kita masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2) Tekad Bermotivasi
Pasang niat dalam hati yang kita mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang kita dari bermotivasi sepanjang hari.
3) Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, kita menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
4)Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah
kalau kita dah kerja bila mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga kita dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat kita lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas bateri’ saja..
sebagai seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat kita mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, insya-ALLAH ada peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
5) Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup kita bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap Set target apa yang kita mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
sebagai seorang pelajar, set target berapa bab yang kita nak ulangkaji, berapa buah buku yang nak baca dalam minggu ni, berapa soalan nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
walau kita seorang seorang usahawan sekalipun, set target berapa jualan yang nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang nak dapat hasil dari bisnes kita. Set juga apa yang kita nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes.
jika kita seorang pekerja, set berapa tugas yang nak disiapkan dan set limit masa untuk menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
6)Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau.
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.
7) Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, kita akan jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda....
KITA mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.
kalau bukan diri kita sendiri yang buat sapa lagi kan?orang lain tak boleh mengubah kita melainkan diri kita sendiri....
bolehlah untuk cuba....tak lupa juga berdoa pada ALLAH agar dikuatkan hati kita,stabilkan emosi kita supaya dapat melalui hari2 yang mendatang dengan tenang...amin...
okey..itu saja...izinkan saya untuk sambung study...boleh!!!!silakan...hehehe...(^-*)
wallahua'lam...
wassalam...