Wednesday, August 3, 2011

30 hari memburu cinta

assalamu'alaikum wbt



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, kita sudah memasuki bulan yang penuh rahmat, penuh maghfirah, penuh barakah yang mana bulan yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan yang mana dijanjikan gandaan pahala sebanyak tujuh puluh kali ganda.Subhanallah.Bulan yang mana diwajibkan keatas setiap orang beriman untuk berpuasa sebagai mana umat yang terdahulu supaya kita bertaqwa seperti yang difirmankan oleh Allah dalam surah al-baqarah ayat 183.

Rasululah SAW juga ada berkata apabila tibanya bulan Ramadan, pintu syurga akan terbuka seluas-luasnya, pintu neraka akan tertutup serapat-rapatnya dan syaitan-syaitan akan dibelenggu. Syaitan yang “diberikan cuti” oleh Allah untuk tidak melemahkan nafsu anak-anak adam semasa berpuasa, tetapi sebenarnya mereka sudah pun melemahkan nafsu kita sebelas bulan selebihnya bagi orang-orang yang lalai.Jadi bulan Ramadan bulan yang hanya sekali syaitan diikat, harus kita persiapkan untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah sebagai persediaan untuk menghadapi bulan-bulan lain.

30 hari memburu cinta?memburu cinta Allah di bulan yang penuh barakah ini. Sebetulnya kita bukan sahaja memburu cinta Allah pada bulan Ramadan sahaja, tetapi pahala yang dijanjikan pada bulan ini membuatkan kita berusaha untuk memburu cinta Allah.Berpuasa, menjaga hawa nafsu, tadarus al-quran, solat-solat sunat, bangun tahajjud, dan tidak lupa memburu cinta Allah pada sepuluh malam terakhir, malam yang tidak ada pada sebelas bulan lain, malam yang lebih baik dari seribu bulan.Seperti yang termaktub dalam surah Al-Qadr ayat 1-5.

Sesungguhnya kami telah menurunkan al-quran ini pada malam lailatulqadar. Dan apa jalannya engkau mengetahui apa dia kebesaran malam lailatulqadar itu? Malam yang lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu, turun malaikat jibril dengan izin tuhan mereka, kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikutnya.Sejahteralah malam yang berkat itu hingga terbit fajar.

30 hari memburu cinta Allah?Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud“ Ramadan itu awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah (keampunan) dan akhirnya pembebasan daripada api neraka.” Jika kita tahu begitulah peningkatan dan perubahan yang disediakan oleh Allah, pasti 10 hari pertama bulan Ramadan dilakukan dengan sebaiknya, ditingkatkan lagi pada 10 Ramadan yang kedua apatah lagi 10 Ramadan terakhir. Tawaran yang tidak patut kita ragu-ragukan.

30 hari memburu cinta?Bagaimana puasa kita?Tahap mana puasa kita. Adakah peringkat pertama (sekadar menahan lapar dan dahaga), kedua (menahan lapar dan dahaga, juga tidak melakukan perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa ) atau ketiga (puasa golongan ulama’ solihin dan muqarrabiin- berpuasa bukan kerana pahala tetapi kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah )?

Ayuh sahabat-sahabat sekalian, kita bersama-sama memburu cinta Allah di bulan baik penuh barakah ini.Bulan yang tidak Allah jadikan untuk disia-siakan, tetapi bulan tarbiyah untuk manusia beroleh taqwa,bukan hanya sekadar berlapar dan dahaga.

Andai ini Ramadan terakhir untuk kita,kerana belum tentu kita akan hidup lagi pada Ramadan akan datang, adakah sanggup untuk kita berpuasa tanpa mendapat taqwa?layakkah kita untuk berhariraya? Layakkah kita untuk meraikan kemenangan berpuasa di bulan Ramadan?

Jangan kita sia-siakan 30 hari yang penuh barakah ini, kejarlah cinta Allah yang tidak merugikan sesiapa sahaja, bahkan mampu melahirkan cinta sesama manusia. Sempurna hablumminallah, maka akan tercetuslah hablumminannas yang seterusnya melahirkan insan yang itqan (cemerlang dalam profesion). Insya-allah.

Jadikan 30 hari memburu cinta ini sebagai persediaan untuk kita menghadapi 335 hari yang selebihnya , bukan hanya pada bulan Ramadan sahaja.



selamat memburu cinta ilahi. selamat berpuasa.^^




wassalam

2 comments:

Nadzipah said...

Jom sama2 memburu cinta Ilahi..

Ramadhan bulan yang diberkati
Bulan rahmat dan bulan utama
Bersama memburu cinta Ilahi
Moga amal kita semua diterima.

30 Hari Memburu Cinta..
Memburu Cinta Yang Paling Agung
Mari Menjadi Pemburu Cinta..
Pemburu Cinta Ilahi Yang Terulung.

p/s: jazakillah atas peringatan dan perkongsian^^

hasnisyakila said...

insya-allah sama2 kita ingat dan mengingatkan. hehehe.

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH