Saturday, December 31, 2011

Tawakkal si ibu Musa a.s

salam 'alaik


Sebut saja tawakkal, semua orang dah tahu atau mungkin faham macam mana konsep tawakkal itu. Mendengar santapan rohani bersama-sama akhawat di masjid pagi tadi menimbulkan semangat saya untuk belajar. ALLAH.

Konsep tawakkal yang diketengahkan begitu masuk sekali. Diselitkan juga, tawakkal dan usaha. Tanpa usaha macam mana nak bertawakkal.

Ye, bagaimana tawakkalnya seorang ibu kepada seorang Nabi, Nabi Musa a.s.

Mari kita sama2 mengambil pelajaran dengan kisah Nabi Musa yang mana boleh kita lihat konsep tawakkal itu.

Sama2 buka surah Al-Qasas, ayat 7 hingga 13. Baca dan hayati ye ;)

Kalau kita takut kena culik kita akan sembunyi dalam rumah, apa yang akan kita buat kalau kita diminta untuk keluar rumah? Begitu juga lah yang dikisahkan ibu Musa yang masa tu tengah mengandungkan nabi Musa. Masa tu Firaun mengatakan sesiapa dapat anak lelaki akan dibunuh. Maka takutlah bonda nabi Musa kerana dia sendiri sedang mengandungkan anak lelaki. Sehinggalah nabi Musa lahir tak ada sesiapa pun yang tahu.

Di saat takut akan Firaun tahu dia mempunyai anak lelaki, ALLAH memerintahkan supaya nabi Musa dihanyutkan di Sungai Nil. sungai yang dalam dan air yang laju. Seperti yang disebutkan dalam ayat yang ke-7. ALLAH perintahkan supaya ibu Musa menyusui Musa dan kemudian hanyutkan Musa di Sungai Nil. Dan ALLAH janjikan akan mengembalikan Musa sebagai seorang Rasul.

Kalau anda, nak lepaskan anak dalam sungai, dalam sebuah kotak, apakah anda sanggup? ALLAH, ibu Musa sangat hebat. Dia menurut segala perintah ALLAH, hanyutkan Musa ke sungai dalam sebuah kotak. Perancangan ALLAH itu hebat. Kotak tersebut sampai ke mana? Sampai ke kawsan istana Firaun dan ternampak oleh Asiah, isteri Firaun. Dan diambil menjadi anak angkat Firaun. SUBHANALLAH.

Macam mana persaan ibu Musa tadi. Of course la tak tenang, tapi janji ALLAH membuatkan ibu Musa terus bergantung harap pada ALLAH, meyakini setiap apa yang diperintahkan ALLAH. Dalam ayat ke -10 dinyatakan perasaan ibu Musa yang kalau boleh nak jerit dan bagitau semua orang bahwasanya dalam kotak tu ada anak dia yang bernama Musa. Tetapi ibu Musa tetap bergantung harap pada ALLAH, dan teguh hatinya.

Bersambung ke ayat yang ke-11, ibu Musa meminta saudaranya mengikut Musa. Naluri seorang ibu. Walau dah besar mana pun anak tu akan tetap ada perasaan risau tu kan? Ye, saya memang belum lagi seorang ibu. Tapi kebenaranNya di situ.

Dan ibu nya Musa diuji lagi, saat anakandanya berada di sisi Asiah, nabi musa tak boleh menyusu dengan sesiapa pun melainkan bondanya sendri yang datang dan menawarkan diri untuk menyusui bayi tersebut. (ayat 12).

“maka kami kembalikan Musa kepada ibunya, agar senang hatinya dan tidak bersedih hati, dan agar dia mengetahui janji ALLAH itu adalah benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.” (ayat 13)

SUBHANALLAH, ALLAHU AKBAR!


Begitu sekali tawakkal seorang ibu kepada ALLAH setelah menjalankan perintah yang disuruh. Perintah yang begitu berat utuk dituruti, namum kebergantungannya kepada ALLAH yang sangat teguh membuatkan ibunda nya Musa sanggup melakukan itu dan percaya bawasa janji ALLAH itu adalah benar.

Maka sesuailah degan musim exam nya sekarang. Nak bertawakkal, kena berusaha.kalau ibu nabi Musa tak ikut perintah ALLAH untuk hanyutkan nabi Musa, macam mana dia nak tahu janji ALLAH itu benar. Sama jugalah siatuasi kita sekarang, kalau tak study, usaha sungguh2, mana nak tahu setakat mana hasil usaha kita daripada-NYA. Yang bagi keputusan itu ALLAH, perantaranya adalah kita jawab exam dan pemarkahan.

ALLAH sentiasa bersama kita. Bergantunglah pada DIA kerana hanya DIA yang mampu mengurniakan apa sahaja untuk kita. Kepandaian, kehebatan, kecerdikan, kefahaman itu adalah milik DIA yang mutlak, sekelip mata sahaja boleh ditarik balik. Na’uzubillah.

Jadi kalau sapa2 yang rasa dia hebat(sampai saya kadang2 rasa annoying dengan beliau), ingat ALLAH LAGI HEBAT. Tak hebat mana pun awak tu!


jadi dikesemptan ini, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf daripada semua atas segala kesalahan yang pernah mengguris hati mana-mana pihak. manusia itu ALLAH jadikan manusia dengan sifat tergesa-gesa. kalau tak jaga betul2, alamat dia akan ada yang tak baik disebut di mulut.

dan juga selamat menempuh peperiksaan untuk semua warga UIAM Kuantan Campus, terutama buah sahabat2 CTS 091/092. tak lupa juga akhawat ikhwah di UIAM Gombak.

do the best, leave the rest to HIM. may ALLAH showers His blessing upon all of you.
best of luck !!!!

doakan kejayaan kami.
datang dengan harapan
pulang dengan kejayaan.
allahumma ameen!



nota 1 : exam saya start 8hb di mana orang lain habis exam 7hb. tapi saya masih tak start2. apa tanda nya tu? ;(


nota 2 : baby baru nama apa ye ? *sambil gosok2 dagu*. hahaha

nota 3 : selamat tahun baru 2012. semoga lebih baik dari semalam. ;)


tadi borak teefon dengan kakak, dan tiba2 muncul suara anak kecil sebut "lori panjang', keta, dll". sangkanya Yaya, trus saya tanya mana baby. dan rupa-rupanya si kecil itu Harith. patutlah dok sebut lori, keta. hehehe.

maaf sayang, Sukila langsung tak perasan tu suara Harith ;(




sesungguhnya semua urusan tidak dapat diraih, kecuali dengan rasa tawakkal kepada ALLAH dan memohon pertolongan kepada-NYA




wallahua'lam

Friday, December 30, 2011

hello world!

salam 'alaik





29.12.2011
10 a.m



assalamu'alaikum my new little niece,
welcome to this beautiful, awesome world,
welcome to our big family members.


ye, ni anak sedare yang ke 38.
ALHAMDULILLAH, bertambah khalifah ALLAH.

mabruk untuk abang dan kakak ipar saya.
mabruk juga untuk new kakak, (kakak Yaya)
yeay, Yaya dah jadi kakak.
kakak cumel!

unexpected baby 0f 2011,
she is expected to be born on January 2012.
(the same month with the daddy)
she's can't wait to see mama, papa and kakak.
not too forget uncles, unties, Tok Ma too... ^^

SUBHANALLAH,
kita merancang ALLAH juga merancang, tetapi hanya ALLAH sebaik-baik perancang.




yeay, baby baru juara bertahan mengalahkan Abang Harith (25 December)
nanti celebrate sama-sama ye =)




to my little niece, welcome again.
may ALLAH showers HIS blessing upon you always,
till i meet you,
i wish to hug and kiss you (^_*)



sekian.....

Thursday, December 22, 2011

it's December

salam 'alaik





December sudah menghadapi pertengahan. 2011 bakal melabuhkan tirainya seperti mana semester pertama saya juga bakal melabuhkan tirainya. dan cuti saya bakal menjelma tahun depan. aduh lamanya! tapi sebelum tu, fokuslah kepada study mu kalau itu membahagiakan hatimu. ;D

n3 ni untuk mereka yang hari lahirnya di bulan December. walaupun di pengakhiran tahun tapi ia bermakna bukan? daripada 29 February yang tibanya 4 tahun 1. maknanya mereka lahir dalam "musim bah" bak kata orang Klate. hehehe.

untuk kamu bertiga happy belated birthday. Sukila dah wish hari tu kan? heee~ eh





Ayah Su mensibukkan diri di sini :P









ni anak sedare yang no-2. 2 tahun muda daripada saya. yang no-1 adalah sama umur dengan Maksu dia. hee~





and for Christmas boy ; happy becoming birthday for you little man! missing your voice. nak dengar Harith bilang2. hehehe.
harith bila nak tambah geng?hehehe


semoga kalian dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. menjadi anak yang soleh dan solehah untuk ibu ayahmu.
panjang umur kita jumpa ye. i don't say this often, but i love all of you for the sake of ALLAH.





p/s:

tak sabar rasanya ingin berpulang ke rumah. lama dah tak balik. kebal tak?

pulang untuk mengecas kembali semangat2 saya yang dah hilang dibawa awan komulusnimbus. hehehe.

pulang kembali dengan membawa semangat untuk menghadapi final exam pertama di tahun 3 ini. INSYA-ALLAH =)


p/s/s:

hari ni result PMR. 3 daripada anak sedara saya amik PMR tahun ni. teringat masa amik result kat sekolah dulu. saya pergi dengan kakak, masa tu arwah ayah ada kerja.


dan sorang anak sedare saya dapat result sejibik macam Mak Su dia dulu. 8A - 1. hehehe. mesti mak saya dok terbayang2 saya menangis dulu2 tu. hahaha. ;D
mana tak frust, kelas 3 Aisyah dulu ,majority dapat penuh.

tapi takpe, berdasarkan pengalaman saya, result PMR tak bawa kita ke mana2. lihat saja kwan2 dulu PMR straight A's tapi bila masuk f4, f5 ada masalah. bukan sedikit tapi ramai.

rezeki ALLAH ada di mana-mana sahaja. DIA berhak menentukan apa sahaja untuk kita. usah gundah usah gulana, terus berusaha untuk mencapai kejayaan.


"setiap kesusahan ada kesenangan."






to kak Nadiah: -

ini keluarga besar saya (siblings, ipar duai dan anak2 saudara). ^^ boleh lawan dengan keluarga suami akak tak ?^^










sekian......

Wednesday, December 21, 2011

merenung titisan hujan;bukti sebuah penciptaan

assalamu'laikum wbt




"winter Malaysia" mangambil tempat di hujung tahun ini. Alhamdulillah, hujan rahmat daripada DIA untuk hamba-hamba-NYA di muka bumi ini.

kedatangan hujan yang tak ada sesiapa pun dapat menduga bila dan berapa lama melainkan ALLAH yang maha mengetahui setiap penciptaan.

kalau kita perhatikan titisan hujan, pandang atas, dongakkan kepala betul2, nampak tak dari mana titisan ini bermula? tak terfikir di akal kita.
Subhanallah, hebatkan?
ALLAHU AKBAR!



"Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa kabar gembira, mendahului kedatangan rahmatNYA(hujan), sehingga
apabila angin membawa awan mendung, Kami halau ke satu daerah yang tandus, lalu kami turunkan hujan kedaerah itu.
Kemudian kami tumbuhkan dengan hujan itu pelbagai macam buah-buahan.Seperti itu kami bangkitkan orang yang telah
mati, mudah-mudah kamu mengambil pelajaran"
(surah Al-A`raf ayat 57)


dan tiba2 titisan itu berhenti, turun kembali, berhenti, turun dan seterusnya. tidak kah kita fikir ada sesuatu yang menjadikannya sedemikian.

merenung titisan hujan; salah satu cara kita nak melihat kebesaran ALLAH yang tak mampu dibuat oleh makhluk lain. tanda-tanda kebesaran ALLAH yang hanya bernilai untuk orang yang berakal. berakal yang macam mana tu?

seperti yang difirmankan oleh ALLAH dalam Surah Ali-'Imran ayat 191 iaitu orang yang mengingati ALLAH sambil berdiri, duduk atau berbaring sambil fikir tentang ciptaan langit dan bumi.
sambil mengatakan yang tidak ALLAH jadikannya sia-sia.

itulah kekuasaan, kehebatan ALLAH yang tiada tandingan. hebat mana pun orang tu di muka bumi, jangan bongkak, ingat ALLAH lagi hebat! tak ada siapa pun boleh lawan kehebatan ALLAH.


Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorangpun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorang pun yang sanggup melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
(Fathir: 2)




Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(Luqman: 34)





merenung titisan hujan,
sebagai bukti sebuah penciptaan,
sebagai bukti satu kebesaran,
tuhan yang menciptakan semua kejadian.

kebesaran ALLAH tiada tandingan,
buat hamba-NYA yang sentiasa berfikir,
penciptaan langit dan bumi bukan gurauan,
sebagai nikmat buat yang bersyukur.

merenung titisan hujan ciptaan-MU,
subhanallah tersemat di hati,
YA ALLAH, indahnya ciptaan-MU,
untuk sekalian makhluk di bumi.





nota:
semester kali ni study week di tengah2 "winter Malaysia".

tatkala hujan lebat,
tidur menjadi nikmat,
nasib baik kelas dah tamat,
tapi study tak tamat-tamat, ;D

doakan kejayaan saya ^_*



~jom merenung titisan hujan =)

Monday, December 19, 2011

suara azan

assalamu'laikum wbt





Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu Akbar

masjid baru UIA Kuantan hampir siap. dan hari ni majlis penyerahan masjid kepada pihak UIA.
mendengar saja azan dilaungkan, ALLAH sukanya. hanya ALLAH je yang tahu. sebelum azan kedengaran ayat2 AL-Qur'an berkumandang, saya jadi teringat masa sekolah dulu. ALLAH, indahnya ;)



subhanallah!


luaran sahaja seakan-akan masjid terapung di Terengganu. Subhanallah, cantik. kalau waktu malam lagi cantik dengan cahaya lampu.
tak ada siapa yang tengok masjid cantik tak jatuh hati kan?


solat jemaah pertama di masjid baru UIA KUANTAN.


masuk sahaja ke bahagian dalam hati kecil saya memuji, Subhanallah, cantiknya, tenangnya. teringat kembali suasana bulatan gembira saya di Masjid UIA Gombak, tenang, rasa suasana usrah tu.



fikiran jadi terbayang-bayang saya akan berbulatan gembira di masjid UIA Kuantan. tak sabarnya. INSYA-ALLAH, dengan izin-NYA ;)
akan datang mungkin Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT) di masjid. ameen! (^_*)





masjid indah luas terbentang,
ukirannya cantik memukau pandangan,
ayuh sahabat jangan lepaskan peluang,
bersama-sama kita mengimarahkan.



nota : program bersama adik-adik di tadika Akas Ilmu berjaya dilaksanakan.
eh, kenapa anak2 tadika?sabar, ada masa saya update. INSYA-ALLAH ;)

Thursday, December 15, 2011

AKMAL 2011

assalamu'alaikum wbt






**** "adegan" di bawah banyak menggambarkan kehebatan, awesome, dahsyat, great, amazing dll. minta untuk tidak merasa pelik kerana kalau saudara-saudari di tempat saya semasa program berlangsung , anda memang rasa seperti yang disebut****


ALHAMDULILLAH, Akademi Kepimpinan Mahasiswa Al-Fateh(AKMAL) 2011 successfully ended. Subhanallah, it was a great moment. Awesome! It amazed me a lot.(mohon maaf, hari baru dapat update. programnya 3-4hb hari tu)

Sepanjang video dipertontonkan diselusuri explanation daripada Ustaz Syaari, dalam hati tak henti Subahallah, Allahu Akbar, Masya Allah. kenapa?

kerana Sultan Muhammad Al-Fateh adalah seorang pemimpin yang benar2 seorang pemimpin. pemimpin yang mengotakan apa yang dikatakan, bukan hanya cakap kosong. seorang pemimpin yang bekerja bersama-sama rakyat.

dan yang paling saya mengagumi Sultan Muhammad adalah, beliau adalah hamba ALLAH yang tidak pernah sekalipun meninggalkan solat tahajjud, solat lima waktu dan solat2 sunat yang lain setalah akil baligh. ALLAHU AKBAR! kerdilnya rasa diri.

Hebat sultan Muhammad Al-Fateh. Kebijaksanaan, keberanian, ketaqwaan, keimanan yang tinggi kepada ALLAH, semangat juang yang kental. Yang saya kira tak mungkin ada pada semua pemimpin pada hari ini. Jika anda imbas kembali sejarah bagaimana sultan Muhammad merampas Constantinople. Memang sangat2 tak expectation. Seorang pemuda yang hebat. ALLAH, hebat!

Baginda yang dilatih menjadi Sultan Uthmaniyyah pada umur 12 tahun. Kalau kita lihat sekarang kanak2 umur 12 tahun apa yang mereka boleh buat. Dan yang paling hebat baginda Berjaya menawan kota Constantinople pada usia 21 tahun ,yang mana sebuah kota yang dikelilingi menara kawalan 60m dan 400 batalion 24 jam. ALLAH. Seumur saya ini pun memang tak mampu untuk itu. Memang hebat.

Setelah 12 kali percubaan untuk meruntuhkan benteng untuk masuk ke Constantinople yang kesemuanya menemui kegagalan, namun sultan Muhammad Berjaya menawan Constantinople pada percubaan yang ke-13 dengan hanya 53 hari pada 29 May 1453. ALLAH, saya terkedu. Memang hebat.

Maka benarlah hadis yang diucapkan oleh Rasulullah SAW semasa Perang Khandak:

“Constantinople akan hanya dibuka oleh pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, dan tenteranya yang sebaik-baik tentera.”

Akhirnya setelah 800 tahun ,hadis itu menemui kebenaran.

ALLAH, ALLAH, ALLAH.

Kalau kita lihat macam mana strategy yang disusun oleh Sultan Muhammad, anda akan rasa begitu awesome. Strategy yang tak mungkin orang boleh fikir. Bagaimana baginda menukarkan daratan menjadi lautan dengan memindahkan 70 kapal dalam masa 1 malam. ALLAH. Hebat222!


berbalik kepada AKMAL 2011, ia diadakan pada 3-4 December 2011 baru2 ini bersempena CAMPRO 2011. di"handle" penuh oleh Ustaz Syaari yang merupakan perunding motivasi di Ibrah Paradigm and Consultancy.




Slot pertama tidak sempat saya hadiri kerana perlu attend briefing Industrial Training. Ruginya. Saya masuk bermula slot kedua yang memang awesome. “Mengembara” ke Constantinople." Video 3D yang mampu membuat seseorang menjadi teruja. ALLAH. Melihat video bagaimana sultan Muhammad Berjaya menawan Constantinople dan strategy yang disusunnya. Masya-Allah, memang terhebat!

Slot ketiga pada hari pertama iaitu kawad kaki. Hehe. Oh ya, kami dilatih macam tentera la lebih kurang. Batalion2 yang menghadiri akademi Al-Fateh. Bergerak dalam kumpulan, buat logo, motto berdasarkan 7 sifat Al-Fateh ; be positive, be proactive, clear vision, synergy, out of the box, integrity, tawakkal.


semacam ada saya je. cecari cecari. hahaha :D


Satu slot kami pada hari pertama, menolak kereta. Simbolik nak tahu macam mana susahnya mereka menolak kapal yang beratnya bertan-tan itu. We did well. Ustaz expected us doing in 15 minutes, but we finished in 2 minutes lebih2. Subhanallah. Team work makes job easily. Itu baru sedikit.

cuba kita bayangkan bagaimana sultan Muhammad yang telah menukarkan daratan menjadi lautan hanyan untuk memindahkan 70 kapal dalam masa satu malam. ALLAH. 21hb April hingga ke 22hb April. sAya dah semakin jatuh hati dengan bulan APRIL. ;) tak lupa juga bulan May.

Kapal-kapal ini diluncurkan diatas batang-batang kayu yang telah dilumur dengan darah dan lemak haiwan. Ia dilakukan pada waktu malam, dan ketika angin bertiup kencang. Ini memudahkan lagi proses-proses pemindahan kapal melalui daratan.

Malam tu jugak kami adakan aktiviti yang begini: setiap orang pusing ke belakang, dan dikepilkan penyepit baju yang berbeza warna. Tanpa mengeluarkan suara bergerak mengikut warna penyepit baju. Kami dibolehkan membuat tiga kali percubaan.

Rekod sekarang dipegang oleh adik2 di khalifah school dalam masa 43 saat. Dan kami? Percubaan pertama memang mengecewakan. Tapi kami bangkit, berusaha dengan percubaan ke-3 selama 44 saat. ALLAHU AKBAR.

Itu lah dia, simboliknya. Kalau kita focus apa yang kita nak, we’ll get it. What you give you get back.



andalah Al-Fateh di Malaysia;))


Oh ya, lagu tema untuk setiap slot. Hamba-Mu, lagu tema imam muda. ALLAH, memang bersemangat.^^

Aktiviti yang lain pada hari kedua. Kami diminta membuat bangunan yang tinggi dan kukuh daripada duit kertas yang dikumpul oleh ahli2 kumpulan. Dan pic akan kacau bangunan tu sampai roboh. Untuk mengelakkan dirobohkaan oleh “pengganas” itu, kami usaha sedaya upaya untuk melindungi bangunan tersebut. ALLAH, baru tahu betapa susahnya.



Dan begitu jugalah umat Islam di Negara yang sedang bergolak sekarang, tak akan pernah nak merasa aman. Hidup yang sentiasa dalam ketakutan dan berwaspada. Cuba kita banding dengan kehidupan kita di Malaysia yang jauh berbeza daripada mereka semua. ALHAMDULILLAH. Jadi setakat mana usaha kita untuk membantu mereka di Palestine dan negara2 Islam yang lain.

Dan video terakhir yang ditayangkan sebelum penutup, video pergolakan pre- world war 3. ALLAH, nak menitis air mata tengok. Jahatnya yahudi laknatullah. Yang tidak punya perasaan belas kasihan untuk mereka yang tidak bersalah. Pembunuhan demi pembunuhan insan2 yang tidak berdosa, merampas hak milik sesaiap sahaja.

Dan semoga ALLAH memberi kejayaan untuk Palestine, Turki dan negara2 Islam yang lain yang terus mempertahan hak mereka. Dan yakinlah Islam akan mencapai kejayaan. ALLAHU AKBAR!


Utusan tuhan bersabda,

Benarkan, suatu ketika,

Derapan kudakan tiba,

Bebaskan kota di roma,

Tentera fateh pun datang, hadis nabi kuatkan iman,

Layar kapal rentas lautan, tanduk emas dibantu tuhan,

Tujuh puluh kapal pun tiba, Byzantium gegak gempita,

Dua ratus tentera tiba, mimpi buruk sudah pun tiba,

Lapan ratus tahun penantian, Konstantin akhir ditawan,

Panji islam dikibar Hasan**, tubuh syahid jiwa terkorban,

Itulah si anak muda, beraksi mengeggar dunia,

Itulah sebaik raja, itulah sebaik tentera,


(nak dengar lagu ni boleh Google di halaman you tube)


** Hasan mati syahid semasa nak pacakkan panji islam di kemuncak konstantinople. beliau diserang 5 anak panah.

Abu Ayyub Al-Ansari juga salah seorang yang mati syahid semasa penawanan kota konstantinople. tiada apa yang dipinta melainkan disemadikan di bawah benteng kota konstatinople dengan harapan beliau dapat mendengar derapan kaki kuda yang ditunggangi sultan muhammad. ALLAH!


Rasulullah SAW dan sultan Muhammad Al-Fateh:


Visionary: vision untuk menang.

Informative:bertindak mencari maklumat yang tepat. Sultan Muhammad sendiri yang turun ke Constantinople dan cari maklumat. Begitu juga Rasulullah SAW, yang bertidak berdasarkan maklumat yang tepat.

Qudwah: Rasulullah SAW sendiri yang menggali parit masa Perang Khandak. Begitu juga dengan sultan Muhammad yang turut bekerja bersama2 rakyat2nya. Mereka lah yang dikatakan “the man who walk the talk.”

Baginda pernah bersama-sama dengan rakyat dan tentera Baginda untuk membina benteng Rumeli Hissari.

Out of the box: staretgy yang di luar dugaan. Cuba kita kaitkan daratan dan kapal. Sangat tidak masuk akal kan? Tetapi tidak untuk sultan Muhammad yang berajaya dengan strateginya mengubah daratan menjadi lautan.

semasa peristiwa Hijrah. kalau kita fikir kenapa baginda Rasulullah SAW keluar ikut pintu belakang dan menggantikan Ali Bin Abi Talib di tempat tidur baginda. pada masa tu musuh sedang mengepung pintu depan rumah baginda. hebatkan Rasulullah SAW punya perancangan.;)

itulah yang diilhamkan oleh ALLAH untuk mereka berdua yang sehingga kini menjadi sebutan. Subhanallah!

Muda: memerintah dalam usia yang muda.




kalau anda yang membaca kisah sultan muhammad boleh terpikat dengan kehebatan beliau, apatah lagi kalau anda mendengar apa yang dibicarakan oleh ustaz Syaari di Akademi Al-Fateh. mengembara bersama ke Constantinople melalui video 3D yang memang me"real"kan keadaan.

jadi saranan saya , joinlah Akademi Al-Fateh jika diberi peluang dan kekuatan. pengalaman yang tak akan anda lupakan. tak rugi walaupun bayar. seriously, you'll learn a lot of things, that's people can't even know some of them^^


sesuatu yang mampu mengajar kita untuk menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam dan sebelum-sebelumnya.



bersama ini saya sertakan kenangan AKMAL 2011 yang tak akan saya lupakan. ;)
gambar saya dengan ustaz bersama buku beliau tak tau dalam kamera sapa hari tu.;(




cumel pulak nama Muhammad Al-Fateh kan? hehehe


p/s: selamat berpulang "Al-Fateh Korea". hehehe. see you soon^^


semoga bermanfaat.

allahumma ameen!





wallhua'lam

Wednesday, December 14, 2011

love letters # 3

"ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu
melainkan mereka sendiri yang mengubahnya."

(13;11)



kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

ALLAH dah state dengan dengan ayat yang begitu terus terang, "tak bersembunyi", cun, cumel, impressive, awesome, amazing dll, kalau kamu tak ubah, kamu tak akan dapat ubah diri kamu.

ye , betul, nak jadi kaya macam mana pun, kalau tak kerja, mana nak dapat duit. tak akan mungkin jatuh daripada langit.
begitu juga, nak anugerah dekan macam mana pun, kalau dok tidur bangun macam mana nak score.

telur dan tepung tak mungkin bersalut kalau tak ada tangan yang mengubah kedudukannya. begitulah simboliknya.
sama lah juga, kalau mug kesayangan Mazlan tidak dilanggar oleh Rozaid, tak mungkin pecah , bukan?

diri kita tak akan berubah kalau bukan kita sendiri yang mengubahnya. ibubapa, kakak, abang, saudara2 tak akan dapat mengubah diri kita kalau kita sendiri yang tak ubah.

ayuh sahabat-sahabat sekalian, sama2 tadabbur ayat di atas, tepuk dada tanya iman, sejauh mana aku ubah diri aku setakat ni.

hero tak akan terjadi kalau tidak dimulakan dengan zero.

semoga ALLAH memberkati usaha2 kita. Allahumma Ameen!


p/s: doakan saya untuk quiz Vector Analysis esok hari.;)

p/s/s: have you made the decision yet???????

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH