Saturday, November 28, 2009

a happy ending...~

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…

Akhirnya dapat tengok jugak ending Nur Kasih…sangat2 puas hati….dan persoalan terjawab jugak mengenai para pelakonnya..apa akan jadi ngan Nur???apa akan jadi ngan Adam…dah settle da…ehheee…malam tu punya lah excited nak tengok Nur Kasih..sampai berebut ngan anak2 buah…diaorang sibuk nak tgk Ceria….layan kartun je budak2 ni…saya siap bagitau awal2 lagi…”malam ni booking tv 3 ye…Sukila nak tengok Nur Kasih..yang lain tak akan dilayan.”nasib baik tak mengamuk budak2 ni….thanks…hihi….

Bila kita tengok balik kan,banyak pulak pengajaran dari cite tu kan…tak pernah lagi saya rasa begitu excited nak tengok ending cite tu..rasanya sebelum2 ni tak la macam ni…masa tngok cite tu pnuh kat depan tv…rupa2 nya ramai gak peminatnya….ingat saya sorang je…seronok plak..ramai2 tengok tv...

Satu part yang saya suka tengok macam mana hubungan seorang anak dengan ibubapanya…tengok macam mana Aidil menghormati ibubapanya…dan bagaimana layanannya selepas kematian ayahnya…memang sepatutnya seorang ibu mendapat layanan yang baik daripada anak2nya…betapa besarnya jasa seorang ibu pada anaknya…seperti dalam hadis seorang sahabat bertanya Rasulullah,,
”wahai Rasulullah siapakah yang patut aku lebih hormati???ibumu…kemudian?...sahabat bertanya lagi…ibumu…kata Rasulullah…kemudian?bertanya lagi sahabat…ibumu…Kata Rasulullah...kemudian?…ayahmu..”
nak bagitau kat sini bukanlah tak perlu hormati ayah kita kan…tapi Allah mengangkat darjat seorang ibu…dua-dua patut kita hormat kan???dalam Al-Quran pon ada sebut jangan kita sebut walaupun satu perkataan "eh" pada kedua ibubapa kita...sudah semestinya kita mesti menghormati kedua ibubapa kita…Ma Ridhollahu Illa Fii Ridho Il Waalidaini..(tiada redho Allah tanpa redho ibu bapa)….So,hormati dan sayangilah ibibapa kita...dan tak lupa juga... ”Aljannatul Aqdamil Ummahati(syurga itu dibawah telapak kaki ibu)…

SETIAP manusia tidak sunyi daripada melakukan kesilapan, kecuali kalangan nabi dan rasul. Tetapi sebaik-baik manusia ialah mereka yang bertaubat, dengan menyesali atas kesilapannya dan tidak mengulanginya lagi.cam dalam cite tu..kita lihat watak Adam yang mana agak jauh tersasar dari yang sebenarnya…tapi akhirnya timbul penyesalan di hati untuk terus bertaubat dan kembali ke jalan yang benar…Taubat adalah satu keistimewaan bagi umat Islam dan ia seharusnya dimanfaatkan dengan penuh keikhlasan, bukannya disalah guna dengan alasan untuk melakukan seberapa banyak dosa.

"Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Ia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (al-Muzammil:20)

Taubat bermaksud kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat tertentu. Antara syaratnya ialah:
• Meninggalkan maksiat atau perkara dosa yang dilakukan.
• Menyesal atas segala perkara dosa yang dilakukan.
• Berazam tidak akan mengulanginya lagi.
• Mengembalikan hak makhluk yang dizalimi.
• Mengerjakan ibadat fardu yang ditinggalkan selama melakukan dosa.

Orang yang bertaubat sudah tentu mendapat beberapa kelebihan, berbanding mereka yang belum bertaubat. Antara kelebihan itu ialah:
• Dekat diri kepada Allah.
• Takwanya semakin meningkat.
• Mendapat kemuliaan dan anugerah Allah di dalam kehidupan dunia dan akhirat.
• Membersihkan kekotoran di dalam hati.
• Menenangkan jiwa yang resah kerana dosa.
• Menghapuskan tipu daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia dengan melakukan perkara dosa.
• Dapat mengekalkan hubungan yang baik sesama manusia.

semoga apa yang kita saksikan mendapat pengajaran untuk kehidupan kita seharian...yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadn...insyaallah....semua perkara ada hikmah disebalik kejadiannya...hanya kita yang mampu menilainya...
wassalam...

Tuesday, November 24, 2009

Nabi Ismail Sebagai Qurban

Bismillahirrohmanirrohim....apa khabar sahabat2 sekalian...kejap je kan masa berlalu...dah nak raya haji dah...Alhamdulillah dipanjangkan umur...dan kali ni saya post kan n3 yang ada kaitan dengan raya haji atau pon ada orang panggil raya korban...sebagaimana yang kita tahu kalau sebut pasal korban ni mesti kita teringat kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail yang diperintahkan oleh Allah untuk disembelih...sama2 kita hayati kisah dibawah..InsyaAllah...

Setelah berminggu-minggu berada dalam perjalanan jauh yang memenatkan tibalah pada akhirnya Nabi Ibrahim bersama Ismail dan ibunya di Makkah kota suci dimana Kaabah didirikan dan menjadi pujaan manusia dari seluruh dunia. di tempat di mana Masjidil Haram sekarang berada, berhentilah unta Nabi Ibrahim mengakhiri perjalanannya dan disitulah ia meninggalkan Hajar bersama puteranya dengan hanya dibekali dengan serantang bekal makanan dan minuman sedangkan keadaan sekitarnya tiada tumbuh-tumbuhan, tiada air mengalir, yang terlihat hanyalah batu dan pasir kering . Alangkah sedih dan cemasnya Hajar ketika akan ditinggalkan oleh Ibrahim seorang diri bersama dengan anaknya yang masih kecil di tempat yang sunyi senyap dari segala-galanya kecuali batu gunung dan pasir. Ia seraya merintih dan menangis, memegang kuat-kuat baju Nabi Ibrahim memohon belas kasihnya, janganlah ia ditinggalkan seorang diri di tempat yang kosong itu, tiada seorang manusia, tiada seekor binatang, tiada pohon dan tidak terlihat pula air mengalir, sedangkan ia masih menanggung beban mengasuh anak yang kecil yang masih menyusu. Nabi Ibrahim mendengar keluh kesah Hajar merasa tidak tergamak meninggalkannya seorang diri di tempat itu bersama puteranya yang sangat disayangi akan tetapi ia sedar bahawa apa yang dilakukan nya itu adalah kehendak Allah s.w.t. yang tentu mengandungi hikmat yang masih terselubung baginya dan ia sedar pula bahawa Allah akan melindungi Ismail dan ibunya dalam tempat pengasingan itu dan segala kesukaran dan penderitaan.

Nabi Ibrahim dari masa ke semasa pergi ke Makkah untuk mengunjungi dan menjenguk Ismail di tempat pengasingannya bagi menghilangkan rasa rindu hatinya kepada puteranya yang ia sayangi serta menenangkan hatinya yang selalu rungsing bila mengenangkan keadaan puteranya bersama ibunya yang ditinggalkan di tempat yang tandus, jauh dari masyarakat kota dan pengaulan umum.

Sewaktu Nabi Ismail mencapai usia remajanya Nabi Ibrahim a.s. mendapat mimpi bahawa ia harus menyembelih Ismail puteranya. Dan mimpi seorang nabi adalah salah satu dari cara-cara turunnya wahyu Allah , maka perintah yang diterimanya dalam mimpi itu harus dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim. Ia duduk sejurus termenung memikirkan ujian yang maha berat yang ia hadapi. Sebagai seorang ayah yang dikurniai seorang putera yang sejak puluhan tahun diharap-harapkan dan didambakan ,seorang putera yang telah mencapai usia di mana jasa-jasanya sudah dapat dimanfaatkan oleh si ayah , seorang putera yang diharapkan menjadi pewarisnya dan penyampung kelangsungan keturunannya, tiba-tiba harus dijadikan qurban dan harus direnggut nyawa oelh tangan si ayah sendiri.

Namun ia sebagai seorang Nabi, pesuruh Allah dan pembawa agama yang seharusnya menjadi contoh dan teladan bagi para pengikutnya dalam bertaat kepada Allah ,menjalankan segala perintah-Nya dan menempatkan cintanya kepada Allah di atas cintanya kepada anak, isteri, harta benda dan lain-lain. Ia harus melaksanakan perintah Allah yang diwahyukan melalui mimpinya, apa pun yang akan terjadi sebagai akibat pelaksanaan perintah itu.

Sungguh amat berat ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim, namun sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:" Allah lebih mengetahui di mana dan kepada siapa Dia mengamanatkan risalahnya." Nabi Ibrahim tidak membuang masa lagi, berazam {niat} tetap akan menyembelih Nabi Ismail puteranya sebagai qurban sesuai dengan perintah Allah yang telah diterimanya.Dan berangkatlah serta merta Nabi Ibrahim menuju ke Makkah untuk menemui dan menyampaikan kepada puteranya apa yang Allah perintahkan.

Nabi Ismail sebagai anak yang soleh yang sgt taat kepada Allah dan bakti kepada orang tuanya, ketika diberitahu oleh ayahnya maksud kedatangannya kali ini tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang berkata kepada ayahnya:" Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu , agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar menringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku berikanlah kepadanya pakaian ku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya."Kemudian dipeluknyalah Ismail dan dicium pipinya oleh Nabi Ibrahim seraya berkata:" Bahagialah aku mempunyai seorang putera yang taat kepada Allah, bakti kepada orang tua yang dengan ikhlas hati menyerahkan dirinya untuk melaksanakan perintah Allah."

Saat penyembelihan yang mengerikan telah tiba. Diikatlah kedua tangan dan kaki Ismail, dibaringkanlah ia di atas lantai, lalu diambillah parang tajam yang sudah tersedia dan sambil memegang parang di tangannya, kedua mata nabi Ibrahim yang tergenang air berpindah memandang dari wajah puteranya ke parang yang mengilap di tangannya, seakan-akan pada masa itu hati beliau menjadi tempat pertarungan antara perasaan seorang ayah di satu pihak dan kewajiban seorang rasul di satu pihak yang lain. Pada akhirnya dengan memejamkan matanya, parang diletakkan pada leher Nabi Ismail dan penyembelihan di lakukan . Akan tetapi apa daya, parang yang sudah demikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Nabi Ismail dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan.

Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yang menegaskan bahwa perintah pergorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sampai sejauh mana cinta dan taat mereka kepada Allah. Ternyata keduanya telah lulus dalam ujian yang sangat berat itu. Nabi Ibrahim telah menunjukkan kesetiaan yang tulus dengan pergorbanan puteranya. untuk berbakti melaksanakan perintah Allah sedangkan Nabi Ismail tidak sedikit pun ragu atau bimbang dalam memperagakan kebaktiannya kepada Allah dan kepada orang tuanya dengan menyerahkan jiwa raganya untuk dikorbankan, sampai-sampai terjadi seketika merasa bahwa parang itu tidak lut memotong lehernya, berkatalah ia kepada ayahnya:" Wahai ayahku! Rupa-rupanya engkau tidak sampai hati memotong leherku karena melihat wajahku, cubalah telangkupkan aku dan laksanakanlah tugasmu tanpa melihat wajahku."Akan tetapi parang itu tetap tidak berdaya mengeluarkan setitik darah pun dari daging Ismail walau ia telah ditelangkupkan dan dicuba memotong lehernya dari belakang.

Dalam keadaan bingung dan sedih hati, karena gagal dalam usahanya menyembelih puteranya, datanglah kepada Nabi Ibrahim wahyu Allah dengan firmannya:" Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah Kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikkan ."Kemudian sebagai tebusan ganti nyawa Ismail telah diselamatkan itu, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih seekor kambing yang telah tersedia di sampingnya dan segera dipotong leher kambing itu oleh beliau dengan parang yang tumpul di leher puteranya Ismail itu. Dan inilah asal permulaan sunnah berqurban yang dilakukan oleh umat Islam pada tiap hari raya Aidiladha di seluruh pelosok dunia...

Banyak lagikan kisah2 nabi boleh kita jadikan panduan untuk kehidupan seharian...nabi2 Allah yang begitu taat akan perintah Allah yang mana tak mampu untuk dilakukan oleh manusia...Wallahu A'lamu Bissowab...~

Saturday, November 21, 2009

ukhuwwah...~

assalamualaikum wbt....buat pembaca2 sekalian...petikan di bawah ni diambil dari-"Sistem Masyarakat Islam dalam Al Qur'an & Sunnah"
(Malaamihu Al Mujtama' Al Muslim Alladzi Nasyuduh)
oleh Dr. Yusuf Qardhawi
Cetakan Pertama Januari 1997...semoga bermanfaat buat kita semua..InsyaAllah...

TA'AWUN, TANAASUR DAN TARAAHUM

Ta'awun (saling tolong menolong), tanaashur (saling mendukung) dan
taraahum (saling berkasih sayang) adalah merupakan buah dari
ukhuwah.apalah ertinya berukhuwah jika kita tidak membantu
saudara kita ketika memerlukan dan menolongnya ketika dia ditimpa oleh
cubaan, serta belas kasihan kepadanya ketika lemah.

Rasulullah SAW telah menggambarkan tujuan saling tolong menolong dan
keterikatan antara kaum Muslimin dalam bermasyarakat antara
satu dengan lain dengan gambaran yang mantap. Sebagaimana dalam
sabdanya:

"Mukmin yang satu dengan yang lainnya bagaikan sebuah bangunan yang
saling memperkuat antara sebahagian dengan sebahagian yang lainnya.
(Rasulullah SAW sambil memasukkan jari-jari tangan ke sela jari jari
lainnya) (HR. Muttafaqun 'alaih)

Satu batu merah tentu saja lemah, meskipun terlihat kuat. Dan seribu
batu bata yang berserakan (tidak teratur), tidak mampu berbuat apa-
apa yang tidak berbentuk bangunan. Akan terbentuk bangunan yang
kuat manakala batu bata itu disusun dengan teratur dalam susunan
yang rapi dan kukuh sesuai dengan aturan yang berlaku. Ketika itulah
akan terbentuk dari batu-batu tersebut dinding yang kukuh dan dari
dinding-dinding itu akan terbentuk rumah yang kuat pula, yang
tidak mudah dirobohkan oleh tangan-tangan yang merosak.

Rasulullah SAW dalam hadis lainnya juga menggambarkan keterikatan
masyarakat Islam antara yang satu dengan yang lainnya dalam bentuk
cinta dan kasih sayang sebagai berikut:

"Perumpamaan orang-orang mukmin dalam (menjalin) cinta dan kasih
sayang diantara mereka bagaikan tubuh yang satu, apabila ada anggota
(tubuh) yang merasa sakit, maka seluruh anggota yang lainnya merasa
demam dan tidak bisa tidur."
(HR. Muslim)

Anggota tubuh yang satu dengan yang lainnya saling memerlukan dan
tidak biasa terpisah serta tidak akan biasa hidup bersendirisn.
Maka tidak mungkin terpisah antara alat pernafasan dengan alat
pencernaan, atau keduanya dengan tekanan darah. Masing-masing saling
menyempurnakan satu dengan yang lainnya. Maka dengan kerjasama antara
bahagian tubuh dan saling membantu, seluruhnya akan hidup dan akan
terus berkembang dan boleh berperanan aktif.

Rasulullah SAW juga bersabda:

"Orang-orang Muslim itu darahnya saling membekalkan, yang lemah di
antara mereka akan berusaha membebaskan tanggungannya dan yang kuat
di antara mereka berusaha menyelamatkan yang lemah, mereka adalah
satu tangan (kekuatan) untuk menghadapi pihak-pihak selain mereka
(musuh-musuh mereka), yang kuat membantu yang lemah dan yang cepat
menolong yang lambat." (HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Rasulullah SAW juga memasukkan unsur (pemahaman) baru dalam menolong
Muslim terhadap Muslim lainnya, iaitu dengan sabdanya:

"Tolonglah saudaramu, baik yang berbuat zalim mahupun yang
dizhalimi," Nabi ditanya, "Kalau yang dizhalimi kami boleh menolong,
bagaimana dengan orang yang menzhalimi wahai Rasulullah? Nabi SAW
bersabda, "kamu pegang kedua tangannya atau kamu cegah dia dan
kezhaliman, itulah cara kita menolongnya." (HR. Bukhari)

Al Qur'an Al Karim mewajibkan saling menolong dan memerintahkannya
dengan syarat dalam hal kebaikan dan ketaqwaan. Ia mengharamkan dan
melarang saling menolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan, Allah
SWT berfirman:

"Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan
taqwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan
pelanggaran." (Al Maidaah: 2)

Al Qur'an juga memerintahkan agar orang-orang yang beriman antara
sebahagian dengan sebahagian lainnya saling berwalat (mendukung), itulah
salah satu keadaan keimanan, sebagaimana dalam firman Allah SWT:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian
mereka menjadi penolong bagi sebagian yang lain. Mereka menyuruh
(mengerjakan) yang ma'ruf mencegah dari yang munkar." (At-Taubah: 71)

Ini sebagai kebalikan dari sifat-sifat orang munafik yang juga
berbuat demikian, sebagaimana firman Allah SWT:

"Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan, sebahagian dengan
sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh berbuat yang mungkar
dan melarang berbuat yang ma'ruf." (At Taubah: 67)

Sebagaimana dilakukan juga oleh para sahabat, Allah SWT berfirman
tentang mereka sebagai berikut:

"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama
dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih
sayang sesama mereka."
(Al Fath: 29)

Maksud dari ayat di atas adalah agar yang kuat itu membantu yang
lemah, yang kaya mengulurkan tangan kepada yang miskin. Hendaknya
seorang yang alim mengajari yang bodoh, yang tua mengasihi yang
muda, begitu pun yang muda menghormati yang tua, dan hendaknya yang
bodoh itu mengetahui kewajibannya terhadap yang alim, dan hendaknya
seluruh kaum Muslimin berada dalan satu shaf untuk menghadapi
tantangan dan konspirasi (persekongkolan) musuh baik dalam
keadaan perang mahupun dalam keadaan damai. Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya
dalam keadaan berbaris (bershaf-shaf), seakan-akan mereka bagaikan
bangunan yang tersusun kokoh."(As-Shaf: 4)

p/s:
to kak long....hopefully our ukhuwwah always been blessed by Him even we are not in da same place....all the things that i've done to all of you are the only way to express my appreciation.....that i never forget all of you...i'm trying to strengthen our ukhuwwah forever....InsyaAllah...uhibbukum fillah...

to all my siblings,and relatives....Uhibbukum Fillahi Abadan Abada...Jazakallahu Khairan Kathira...

Thursday, November 19, 2009

BAGAIMANA KITA MEMBALAS JASA IBU

salam ukhuwwah buat semua.....renungan buat kita semua...lets have a look...InsyaAllah..


Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita
Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam

Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan
berzat untuk kita
Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai

Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon
Kita membalas budinya dengan menconteng dinding dirumah

Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari

Raya
Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam
lopak

Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah
Kita membalas budinya dengan menjerit , " SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH"

Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen,
membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dll
Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih,
setiap kali Ibu menghantar kita

Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak
Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin
tingkap rumah jiran kita

Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak
terlalu banyak menonton TV
Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu
keluar dari rumah

Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang
kurang sopan
Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE"

Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat
dan baru balik bekerja sehari suntuk
Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di
dalam bilik

Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis
gembira
Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut
malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan

Apabila kita berumur 19 tahun Ibu membelanjakan wang yang banyak
untuk menhantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih
sayang- sampai ke hostel kita
Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm
takut malu dilihat kawan-kawan

Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin-
kita ada boyfriend/girlfriend ke?
Kita membalas budi Ibu dengan berkata--- " Ibu ni kepohlah!!"

Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita
Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya tak mahu jadi macam
ibu!!"

Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan
tinggal dirumah sendiri- Ibu membelikan baju untuk kita memulakan
kerja baru
Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu
tidak cantik kerana Ibu yang belikan
Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga- Ibu menangis
gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita
Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometre jauh dari Ibu

Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menalipon dan memberi nasihat
tentang penjagaan bayi- anak kita
Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain
Ibu..!!!!"

Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan majlis
kenduri di kampung
Kita membalas budi Ibu, dengan berkata- " saya sibuk!!!!"

Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan
dan kasih sayang
Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan
membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan
terpaksa balik segera

Dan kemudian , pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah
kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.


MashaAllah....banyaknye kesalahan kita pada ibu kan....walaupon kita tak perasan ape yang kita buat...hormati dan jaga perasaan ibu anda....saya sayang ibu saya...katakan ya pada diri anda masing2...( ^-^)...
Ingat--- selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu--- dan
jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.

~renung-reningkan...~

Wednesday, November 18, 2009

berakhir sudah sem 1 2009/2010..~

Alhamdulillah,ptg tadi last paper....Calculus 1...open book exam...penat kami bawak buku ala2 kamus tu masuk exam hall...soalan pon boleh tahan lah...nama dah open book exam...overall,boleh la jawab....even tak tau btol salah...semoga dapat markah yang memberangsangkan...InsyaAllah...last exam calculus tadi,maka berakhirlah sudah sem satu CTS first year students....Syukur...

kami last exam hari ni,tapi SPM candidates kat luar sane tu baru stat exam hari ni...terbalik plak..sabo la ye adik2...go through all da subjects..kami dah merase dulu..ehehee...takpe,after SPM cuti puas2...so,just want to wish god luck to my dearest niece Mirah and not too forget my cousins Angah(Alyaa Farhah) and Ema...all da best people...work hard and turn to Him...

Kejap je rase...pejam celik,pejam celik,exam...then habis exam...dan sekarang dah cuti sem 1 before melangkah ke sem 2.....tapi cuti kejap je la...huhu...takpe lah...janji cuti..eheh...tak saba nak balik umah neh...nak qada' tengok tv....haha....hbo,hallmark,hitz.tv are waiting for me now....i will come for you tomorrow...ohooo.....

macam2 dah rase sem ni....first time rase menjadi seorang undergraduate student....macam mane lecturer ajar,discuss ngan kawan2,presentation dan macam2 lagi lah...seronok ade,sedih ade,tension pon ade...tapi kadang2 lah...sebenarnya tak suke tension2 ni...i'm trying to avoid it....dan yang paling best skali boleh knal lebih rapat ngan kawan2 satu programme..walaupon dah kenal kat PJ dulu,tapi rase2nya kat sini lagi rapat...dengan macm2 aktiviti yang dirancang oleh batch keader kami...

sem ni jugak banyak kejadian yang dah berlaku dalm hidup saye...sedih,gembira semua ada...pemergian arwah we(ayah) tercinta ke rahmatullah pada 21 ogos yang lalu...mase tu saye baru nak stat mid term exam...satu pengalaman yang paling sedih dalm hidup...first time kehilangan orang tersayang....semoga allah mencucuri roh arwah..ameen...sem ni gak saye banyak skip kelas ats sebab2 tertentu..dari arwah sakit sampai beliau meninggal..every week saye balik...tapi Alhamdulillah dapat gak catch up balik ape yang miss mase lecture...

dan mase sem ni jugak la saye join usrah CTS bersama akak senior dan beberape sahabat2 yang lain...ade jugak mase untuk melupakan seketika urusan dunia untuk mengahadiri usrah sebagai santapan rohani...mase ni la kita nak mencari dan belajar...mase muda bukan untuk disia2 kan..kita tak tahu ajal kita bila...orang muda tak semestinya mati lambat kan???mase untuk kita berubah dan merenung kembali ape dah kita lakukan sepanjang hidup di bumi allah ini....

semoga ape yang berlaku sem ni menjadi pedoman dan kenangan untuk diri ini...dan juga untuk memperbaiki ape yang lemah kerana tak semua manusia sempurna keadaannya...masa untuk berubah dari yang baik kepada yang lebih baik disamping untuk mendapat keredhaan allah...semua itu kita perlu terokai bukannya datang dengan semudah2 nya...

wallahua'lamu bissowab...illalliqak...

Thursday, November 12, 2009

hilangnya sumber kekuatan...~

salam ukhuwwah buat semua....hope all of you always be blessed by Him with Iman and Islam for good....syukur tadi lepas lagi satu paper..and one more left for next week...InsyaAllah...dah tiga bulan pemergian arwah we(ayah) tercinta...sedikit sebanyak ada perasaan rindu dan teringat kat arwah...last week,bile buka fb kawan satu kelas f5 dulu,baru dapat tahu yang dia pon baru kehilangan arwah abah tercinta...Al-Fatihah buat arwah..sori aini,saya baru tahu...banyak2 bersabar....kita mengalami situasi yang sama yang memerlukan kekuatan dan kesabaran untuk terus melangkah ke hadapan...mudah-mudahan diberkati dan dilindungi oleh Nya...

bila teringat kembali detik2 kehidupan lepas arwah tak de,rasa sedih pulak.....rase macam satu kehilangan tempat bergantung....sekarang ni nasib baik ada kak ayu teman ma kat rumah...ada gak teman...kalau tak sunyi sgt2...kak ain plak tak dapat transfer balik kelantan....kena try lagi lah..kalau ade ape2 kak ayu lah yang buat cam bayar bil,beli barang....ma memang tak keluar...kalau keluar pon pg umah anak2 je...

hari tu kak ayu pergi pp beli barang rumah dan die mesej saye cakap keluar bli brang...tanpa dipaksa2 menalir gak air mata ni setelah sekian lame tahan...maybe sibuk ngan stadi....sedih sangat2....tak tau nak express camne...kalau dulu ade orang yang buat benda2 tu..just bagutau nak beli ape je...tapi sekarang semuanya dah berubah...tapi nak wat camne kan...sabar je lah....

saye pon kalau balik umah mase cuti susah takde orang nak amik dan hantar..kena bagtau kat kakak or abang lah...ade dok menetap kat kelantan...dekat ngan rumah...boleh balik hari2..kalau mase cuti tak la sunyi sgt kat umah...ramai yang balik...bila tkde orang kat umah tu sunyi sgt2...saye sendiri pon masih tak berani nak dok sorang2 kat umah tu...sebesr2 umah tu cam takde orang je...kat bahagian ats pon naik kadang je...banyak lepak kat bawah la...

sekarang ni pon asal nak balik u je mesti nangis...tak tau lah kenape...sedih nak tinggal umah kut...tapi dulu ok je...maybe baru lagi....takes time recover it....huhu...kalau boleh nak dok umah je...tapi apakan daya...misi menuntut ilmu ni lagi penting...amanah yang mesti ditunaikan....biar orang yang memberi amanah tak dapat tengok pon...perjalanan saye masih jauh....degree pon baru nak habis sem satu...4 tahun lagi..insyaallah...

semoga diri ini diberi kekuatan,kesabaran dan keyakinan untuk terus berjuang di bumi Allah ini...sesungguhnya tiada tempat berlari dari taqdir yang telah ditentukan...satu2 nya jalan adalah dengan beriman kepada taqdir tuhan kerana taqdir pasti berlaku walau apa jua keadaan pon....Qadha' Allah pasti berlaku baik kepada yang menolak atau menerimanya...

Tuesday, November 10, 2009

Wasiat Imam Hasan al-Banna

assalamualaikum wbt...sama2 lah kita renungkan wasiat imam hasan al-banna ni...article ni amik kat internet....let's have a look...

Wahai kawanku,segera tunaikan solat pada awal waktu,ketika mendengarazan,usahakan semampu terdaya(utk bersembahyang). Ini membuktikan kesungguhan anda. Disitu ada sumber kejayaan,pertolongan dan taufiq.perhatikan, byk perintah ayat al-Quran dimulakan dgn menyebut solat di awalnya.Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat walaupun di medan perang dan pada saat genting serta cemas.

Wahai kawanku,bacalah al-Quran dan perhatikan mesejnya. Selalu berzikir dan cari ilmu,walaupun sedikit. Kurangkan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran sumber asli lautan ilmu,sumber hidayah kpd anda dan saya.Bacalah al- Quran kelak ia akan memberi syafaat.Sentiasalah membaca,menghafal dan cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir.Disini ada ketenteraman,ada kedamaian dan ada kesalaman.Jadilah hamba yang sejahtera.

Wahai kawanku,dorongkan diri anda menguasai bahasa al-Quran.Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda sudah lama bermulaiaitu sejak anda solat setiap hari.Sebut dulu walaupun tak paham.Antara malapetaka pertama menimpa umat kita adalah kecuaian menguasai bahasa agamanya.Juga mengutamakan bahasa pasar. Ayuh! Apa tunggu lagi! Bukalah ruang walaupun seminit.

Wahai kawanku,usah bertarung idea tanpa adab. Berdebat jika ada berbuahkan kebaikan. Awasi pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan. Syaitan namanya.
Wahai kawanku, senyum selalu tetapi beserdehana lah dalam ketawa.Rasulullah saw paling banyak senyum. Beliau ketawa kena pada tempatnya,tetapi berpada-pada sahaja.

Wahai kawan,Plato berharap pementasan hiburan tidak bermutu dan terlalu banyak ketawa bodoh hanya disaksikan golongan abdi dan orang upahan asing. Aristotle berpendapat belia ditegah menyaksikan hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan supaya tidak menular keburukan dalam diri.

Wahai kawanku, seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius hilanglah kesungguhan. Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorg penyair: "Rehatkan jiwamu yang sibuk dengan berfikir,ubatinya dengan bergurau,tetapi kalau mengubatinya dengan bergurau,mestilah dalam batas seperti kau masukkan garam dalam gulai".

Wahai kawanku, kawal nada suaramu setakat diperlukan pendengar di depanmu. Jangan berlebihan sehingga kata-kata kita menyakit hati orang lain. Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai. Surah al-Isra' memberi tips kepada kita: "Jangan keraskan suaramu dalam solat tetapi jangan pula merendahkannya. Cari jalan tengah diantara keduanya."

Wahai kawanku,usah umpat-mengumpat. Usah merendahkan pertubuhan lain. Bercakap jika ada unsur kebajikan. Ayuh! Hindarilah mengumpat.Tidak sekali mencabuli jemaah yang lain.Perkataan kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging? Pasti anda suka. Tetapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang mati? Sesekali tidak. Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubat la jika anda mengumpat,tetapi mesti minta ampun terhadap orang yang umpatanmu bersama. Boleh mengumpat apabila ada tujuan syarie, iaitu untuk menuntut keadilan apabila dizalimi,untuk menghapuskan kemungkaran,untuk memberi amaran kepada Muslim mengenai kejahatan, dan untuk mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

Wahai kawanku,luaskan interaksi mu dengan umat manusia, sekalipun mereka tidak diminta berbuat demekian. Salam kasih sayang adalah untuk semua. Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkan salam perkenalan. Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa,lapisan dan darjat datang berkunjung. Bersama-sama mereka menjunjung obor suci tidak mengenali tetapi tidak sepi.

Wahai kawanku,maksimumkan faedah waktu anda dan tolong orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkan masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual.

~semoga segala nasihat2 tersebut boleh dopraktikkan dalam kehidupan harian kita..InsyaAllah....~

Monday, November 9, 2009

rase cam nak give up je...~

Assalamualaikum wbt.....syukur kpd Allah kol 5.30 ptg td tamat lagi satu paper Computer in Science...lega je bile keluar exam hall..bukan lega ape...sejuk sangat....medicine exam hall sejuk sgt2.....orang kate sebab dkat bilik mayat..ye ke..??dah la tak pakai sweater...huhu...

tapi exam petang tadi rase cam nak give up da...tak mampu dah rase...soalan susah...tak boleh jawab sangat pon tadi..main hantam je...sedey sangat2....huhu...tak tau la tu...harap2 lulus je...insyaallah...bile fikir je rase dah tak de mood nak stadi...macam tak yakin je....kenape ye???nak kate tak stadi,dah stadi...tapi mungkin tak cukup lagi lah tu....mungkin juga ade hikmah disebaliknya...

kadang2 saye rase dah tak mampu nak go on ngan programme ni...bila tgk orang lain dapat markah tinggi2 a bit envy to them....kenape saye tak dapat camtu...rase rendah je mase tu...segan..malu...

Ya Allah...jauhnye fikir....macam tak bersyukur pulak...Na'uzubillah....mohon jauhkan dari golongan yang tak bersyukur atas segala rahmat Allah....beriku kekuatan dan kesabaran untuk menempuh segala dugaan Mu Ya Allah...permudahkanlah urusan hambaMu ini dalam menimba ilmu dan mengamalkannya ke jalan yang benar...Amin...

setiap tangisan akn berhujung dengan senyuman,ketakutan akan berakhir dengan rasa aman,dan kegelisahan akan sirna oleh kedamaian.kobaran api tidak mampu membakar tubuh Nabi Ibrahim as.dan itu,kerana pertolongan ilahi membuka jendela yang mengalirkan.....

janganlah terasa terhimpit sejengkal pun,kerana setiap keadaan pasti berubah.dan sebaik2 ibadah asalah menanti kemudahan dengan sabar.dan Allah mungkin akan menciptakan sesuatu yang baru setelah itu semua,tetapi sesungguhnya setelah kesulitan itu tetap akan muncul kemudahan....

~go forward hasni syakila...~dont ever look back...semua tu hanya dunia semata2....

Saturday, November 7, 2009

hikmah berwudu'..~

salam buat semua pembaca....kali nak sentuh pasal wudhuk...Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri....macam wudhuk la....walaupon nampak cam benda kecik je,tapi hikmahnya besar...kalau nak solat mesti wudhuk....nak bace quran pon....pendek kate nak buat ibadah ni sume kena wudhuk dulu...so,banyak lah hikmah wudhuk ni...seperti yang dibawah..:~

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu"
Penjelasan : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah, lagu2 berunsur maksiat ..

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah. Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?. Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?.Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu.renung2kan dan selamat beramal....wallahua'lamu bissowab...keep reading...~

exam oh exam...~

assalamualaikum.....alhamdulillah....dah lepas tiga paper hari ni...lega jap...3 hari 3 malam tungkus lumus stadi...takde gap langsung...straight 3 hari...huhu.....ada lagi 3 papers sedang menunggu....malam ade sikit mase nak post new n3....hehee...tinggal buku jap...nanti sambung balik ye...

sebut pasal exam ni wat orang takut ye...tapi kalau dah ready takde pape nye....yang bermasalahnye bagi orang yang stadi last minute...cam saye la...:-)....petang tadi last ngan MGT1050K....agak susah lah...especially yang case study tu....huhu...sedey plak...mcq ngan true false pon boley tahan susahnye....dah la saye ni tak berapa minat sgt subjek ni....subjek membace la katakan...tambah2 lagi sal business and management plak...oho....

semalam plak number theory...bagi orang yang minat berteori lah...ehehee...NT pon boleh tahan gak...ade yang boleh jawab....ade yang pening,ade yang confused...ade yang tak terfikir pon nak kire cam tu...lepas exam baru terfikir...biasalah..lumrah exam...dan 1st day exam ari tu plak UNGS 2030....worldview pny topic...pon subjek memaca...exam hari tu kluar esei je...penat tulis.....tapi ade soalan yang confused..tak tau nak elaborate camane isi dia....huhu...tapi layan je lah..tulis ape yang tahu....

next monday plak computer science....bab2 comp la plak...tak minat gak...huhu...kena stadi gune laptop lah...baru nampak sket....kalau tak wat2 paham lah....

moga2 exam kali mendapat markah yang memberangsangkan....sebab sem ni saye rase berat sangat..macam2 dah jadi...dengan skip lecture nye...hal family lagi...kita hanya beruasaha je...yang lebihnya tawakkal pada Allah...moga2 Allah membantu hambaNya yang lemah ini...insyaAllah...

Thursday, November 5, 2009

BEBERAPA KISAH LUCU BERIKTIBAR YANG PERLU KITA FIKIRKAN

Ambillah sebagai pengajaran.........terkadang kita lupa diri kita
sebenarnya...apa yang kita nampak ialah keburukan orang lain...

Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila
dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke
supermarket.

Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya
waktu itu untuk satu cerita komedi.

Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid,
tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton
wayang di panggung.

Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk
dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa
mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan

Lucu ya, betapa seruan dan teriakan yang
perpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi
kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam
solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan
panjang.

Lucu ya, susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja,
tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100
halaman pun habis dilahap.

Lucu ya, orang-orang berebut paling depan untuk
menonton bola atau konsert, dan berebut cari saf
paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh
cepat keluar.

Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu
sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan
di agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner
atau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.

Lucu ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,
tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.

Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di
e-mail layang di internet, tapi kita sering mempertikaikan apa yang
dikatakan Al-Quran.

Lucu ya, semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus
beriman,berpikir,berbicara ataupun melakukan apa-apa.

Lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan
surat berantai lewat email, tapi bila mengirim yang
berkaitan dengan ibadah sering mesti berpikir dua-kali.

LUCU TAK?

Tepuk dada...tanyalah hati & iman masing2...

"Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang
mu'min bahwa sesungguhnya bagi mereka kurnia yang
besar dari Allah." (QS 33:47)

wassalam...illalliqak....

Tuesday, November 3, 2009

i'd come for you...~

lets have a look to this song....

Just One more moment, that's all that's needed.
Like wounded soldiers in need of healing.
Time to be honest, this time I'm pleading
Please don't dwell on it, cause I didn't mean it

I cant believe I said I'd lay our love on the ground
But it doesn't matter cause I've made it up forgive me now
Everyday I spend away my souls inside out
Gotta be someway that I can make it up to you now, somehow.

By now you know that I'd come for you
No one but you, yes I'd come for you
But only if you told me to
And I'd fight for you
I'd lie, it's true
Give my life for you
You know I'd always come for you

I was blindfolded, but now I'm seeing
My mind was closing, now I'm believing
I finally know just what it means to let someone in
To see the side of me that no one does or ever will
So if your ever lost and find yourself all alone
I'd search forever just to bring you home,
Here and now this I vow

By now you know that I'd come for you
No one but you, yes I'd come for you
But only if you told me to
And I'd fight for you
I'd lie, it's true
Give my life for you
You know I'd always come for you
You know I'd always come for you

No matter what gets in my way
As long as there's still life in me
No matter what, remember you know I'll always come for you

Yes I'd come for you, no one but you,
Yes I'd come for you
But only if you told me to

And I'd fight for you
I'd lie, it's true
Give my life for you
You know I'd always come for you

No matter what gets in my way
As long as there's still life in me
No matter what, remember you know I'll always come for you
I'd crawl across this world for you
Do anything you want me to
No matter what, remember you know I'll always come for you
You know I'll always come for ...

i love this song....hihi....by nickelback....kalau tengok die pny video lagi best...kalau nak tengok blh tgk kat you tube ye....
lagu ni ade message yang begitu tersentuh....seorang bapa yang sanggup menyelamatkan anaknya dari kejahatan seorang lelaki...walaupun for the first time,his daughter is not respects him much....but he still protect his beloved daughter from that dangerous...oho...what a good daddy....

so,hormatilah ayah kita selagi umurnya masih panjang....mane ada ayah yang tak sayang anak kan???nonsense la kalau ayah tak sayang anak die....walaupun hadis mengatakan ayah adalah orang yang ketiga disebut selapas ibu untuk kita hormati....tapi tak kan lah kita tak hormat langsung ayah kita...hadis tu hanya nak sebut betapa besarnya pengorbanan seorang ibu....pengorbanan seorang ayah pon tidak kurang hebatnya....kalau tak ada seorang insan bernama ayah masakn ada seorang insan bernama anak kan????

renung2kan....wallahua'lamu bissowab...

A surprise gift…..~

Assalamualaikum wbt…..ade gak mase sket nak update blog hari ni…..tambah2 stadi week ni…rase cam tak ready lagi nak exam ni…huhu…moga2 diberi kekuatan oleh-Nya…InsyaAllah….Nak cepat2 balik rumah je….is missing my home….the place where the love is always been enough for me…ehehehe….

Semalam saya bli baju nak dihadiahkan kepada seseorang….sape ye…????tak payah bagitau la....mane tau kot2 si penerima akan bace blog ni...:=)...dan petang tadi saye dah pos ke alamat nye….penat pusing satu bandar nak cari post office...hopefully the present still in a good condition mase sampai tu….dan penerimanye pon tak terkejut lah….actually,tuan pny diri tak tau pon…surprise la katakan……saje je….nak buat havoc sket…..

Fikir pny fikir nak kasi ape….akhirnye bli lah baju….mintak2 padan ngan si pemakainye….bestkan kalau kita dapat something dari orang lain….rase dihargai…..rase diingati….terharu pulk…..eheheh….tapi ape perasaan si pemberi kalau si penerima tak ucap terima kasih…apatah lagi nak hargainya….keciknye hati..tapi takpe la…

ade gak rase cam pemberian saye ni tak dihargai oleh penerima je…..tapi cpt2 saye buangkan perasaan tu….niatnye hanyalah untuk merapatkan lagi ukhuwah yang telah terjalin...biarlah si penerima tak nak pon....mungkin orang tu lagi happy kan????I hope so…..kire ada gak peringatan dari orang yang mengingati orang yang sentiasa diingati…harap2 vice versa lah kepada penerimanya…eheheh….

dalam buku "Jangan Bersedih,Setelah Kesulitan ada Kemudahan" tulisan Dr 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni,dalam satu bahagian tu....Aristotle ade menyebut,"manusia ideal ialah manusia yang gembira dengan pekerjaan yang dilakukan demi kepentingan orang lain."..harap2 begitulah...dan ade juga disebut tangan diats lebih baik dari tangan dibawah....seelok2 nya kita hargailah tangan yang diatas....wallahua'lam...

hopefully,benda tadi sampai dengan selamat....dan selamt mencuba kepada si penerimanya....secial n3 for the receiver...i hope so...( ^-^ )....

Sunday, November 1, 2009

EXAM....PEPERIKSAAN...AL-IMTIHAAN...~

Alhamdulillah hari ni 1st day for final exam sem1 2009/2010…..start ngan exam Fardhu Ain dan Halaqah tadi….jawab 20 qs in half and hour….tapi bace satu buku…hihi…saye pny programme (CTS) start exam 5 hingga 18 November ni….Fardhu Ain dan Halaqah tadi adalah kami pny co-curricullar yang mesti wajib diambil sampai year three….InsyaAllah….

Kejap je rase dah nak habis sem 1….pergi kelas siang,malam,mase main2,borak2….tgk2 dah nak final….takutnye….huhu.....banyak lagi tak revise neh….. rase cam nak cepat2 je habis exam ni…nak enjoy…hehee….dekat2 nak exam ni lagi malas nak stadi…Ya Allah…kuatkan semangatku…ingat orang yang tersayang…tenangkanlah fikiranku dan lapangkanlah dadaku untuk mudah menerima ilmuMu…berikanlah ku kecukupan mase nak stadi semua Ya Allah…terima kasih Ya Allah kau telah permudahkan urusanku…..

Ni la schedule for final exam 09/10….

5th NOV 2009 UNGS 2030K ( WORLDVIEW)
6th NOV 2009 NUMBER THEORY
7th NOV 2009 MANAGEMENT STUDIES
9th NOV 2009 COMPUTER SCIENCE
12nd NOV 2009 ANALYTIC GEOMETRY
18th NOV 2009 CALCULUS 1

First and third day sume kena bace…masuk dari awal sampai akhir…..huhu….yang lain just press the calculator…semoga dapat jawab yang terbaik untuk final ni….dan dapat result yang memberangsangkan….InsyaAllah…

Kepada semua kawan2 di IIUM Kuantan campus especially CTS students first year 2009/2010….good luck for your final exam…all da best….work hard and turn to Him….sori kalau ade salah silap….panjang umur kita jumpa lagi sem 2…mudah mudahan…not too forget to all my lecturers, Prof Dr Torla,Dr Jesni,Dr Pah,Bro Salihi,Bro Yusuf,Ustaz Abdul Razak,Ustaz Mohd Shafien,and Madam Linda….a big thank you to all of you….pray for my success….harap2 next sem dapat belajar prof,dr dan ustaz2 semua….


FAILURE

*Failure doesn't mean - You are a failure,
It means - You have not succeeded.
*Failure doesn't mean - You accomplished nothing,
It means - You have learned something.
*Failure doesn't mean - That you have been a fool,
It means - You had a lot of faith(keyakinan/kepercayaan).
*Failure doesn't mean - You've been disgraced(memalukan).,
It means - You were willing to try.
*Failure doesn't mean - You don't have it.,
It means - You have to do something in a different way.
*Failure doesn't mean - You are inferior(rendah darjat).
It means -You are not perfect.
*Failure doesn't mean - You've wasted your life.,
It means - You have a reason to start afresh.
*Failure doesn't mean - You should give up.,
It means - You must try harder.
*Failure doesn't mean -You'll never make it.,
It means - It will take a little longer.
*Failure doesn't mean - God has abandoned (meninggalkan) you.,
It means - God has a better way for you.

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH