Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…
Akhirnya dapat tengok jugak ending Nur Kasih…sangat2 puas hati….dan persoalan terjawab jugak mengenai para pelakonnya..apa akan jadi ngan Nur???apa akan jadi ngan Adam…dah settle da…ehheee…malam tu punya lah excited nak tengok Nur Kasih..sampai berebut ngan anak2 buah…diaorang sibuk nak tgk Ceria….layan kartun je budak2 ni…saya siap bagitau awal2 lagi…”malam ni booking tv 3 ye…Sukila nak tengok Nur Kasih..yang lain tak akan dilayan.”nasib baik tak mengamuk budak2 ni….thanks…hihi….
Bila kita tengok balik kan,banyak pulak pengajaran dari cite tu kan…tak pernah lagi saya rasa begitu excited nak tengok ending cite tu..rasanya sebelum2 ni tak la macam ni…masa tngok cite tu pnuh kat depan tv…rupa2 nya ramai gak peminatnya….ingat saya sorang je…seronok plak..ramai2 tengok tv...
Satu part yang saya suka tengok macam mana hubungan seorang anak dengan ibubapanya…tengok macam mana Aidil menghormati ibubapanya…dan bagaimana layanannya selepas kematian ayahnya…memang sepatutnya seorang ibu mendapat layanan yang baik daripada anak2nya…betapa besarnya jasa seorang ibu pada anaknya…seperti dalam hadis seorang sahabat bertanya Rasulullah,,
”wahai Rasulullah siapakah yang patut aku lebih hormati???ibumu…kemudian?...sahabat bertanya lagi…ibumu…kata Rasulullah…kemudian?bertanya lagi sahabat…ibumu…Kata Rasulullah...kemudian?…ayahmu..”
nak bagitau kat sini bukanlah tak perlu hormati ayah kita kan…tapi Allah mengangkat darjat seorang ibu…dua-dua patut kita hormat kan???dalam Al-Quran pon ada sebut jangan kita sebut walaupun satu perkataan "eh" pada kedua ibubapa kita...sudah semestinya kita mesti menghormati kedua ibubapa kita…Ma Ridhollahu Illa Fii Ridho Il Waalidaini..(tiada redho Allah tanpa redho ibu bapa)….So,hormati dan sayangilah ibibapa kita...dan tak lupa juga... ”Aljannatul Aqdamil Ummahati(syurga itu dibawah telapak kaki ibu)…
SETIAP manusia tidak sunyi daripada melakukan kesilapan, kecuali kalangan nabi dan rasul. Tetapi sebaik-baik manusia ialah mereka yang bertaubat, dengan menyesali atas kesilapannya dan tidak mengulanginya lagi.cam dalam cite tu..kita lihat watak Adam yang mana agak jauh tersasar dari yang sebenarnya…tapi akhirnya timbul penyesalan di hati untuk terus bertaubat dan kembali ke jalan yang benar…Taubat adalah satu keistimewaan bagi umat Islam dan ia seharusnya dimanfaatkan dengan penuh keikhlasan, bukannya disalah guna dengan alasan untuk melakukan seberapa banyak dosa.
"Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Ia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (al-Muzammil:20)
Taubat bermaksud kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat tertentu. Antara syaratnya ialah:
• Meninggalkan maksiat atau perkara dosa yang dilakukan.
• Menyesal atas segala perkara dosa yang dilakukan.
• Berazam tidak akan mengulanginya lagi.
• Mengembalikan hak makhluk yang dizalimi.
• Mengerjakan ibadat fardu yang ditinggalkan selama melakukan dosa.
Orang yang bertaubat sudah tentu mendapat beberapa kelebihan, berbanding mereka yang belum bertaubat. Antara kelebihan itu ialah:
• Dekat diri kepada Allah.
• Takwanya semakin meningkat.
• Mendapat kemuliaan dan anugerah Allah di dalam kehidupan dunia dan akhirat.
• Membersihkan kekotoran di dalam hati.
• Menenangkan jiwa yang resah kerana dosa.
• Menghapuskan tipu daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia dengan melakukan perkara dosa.
• Dapat mengekalkan hubungan yang baik sesama manusia.
semoga apa yang kita saksikan mendapat pengajaran untuk kehidupan kita seharian...yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadn...insyaallah....semua perkara ada hikmah disebalik kejadiannya...hanya kita yang mampu menilainya...
wassalam...
.... Dunia ini satu persinggahan. Setiap yang ada akan diambil kembali apabila tiba waktunya ....
Saturday, November 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blogger templates
About this blog
"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....
peringatan...~
sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH
sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH
sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH
sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH
No comments:
Post a Comment