salam ukhuwwah buat semua.....renungan buat kita semua...lets have a look...InsyaAllah..
Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita
Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam
Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan
berzat untuk kita
Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai
Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon
Kita membalas budinya dengan menconteng dinding dirumah
Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari
Raya
Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam
lopak
Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah
Kita membalas budinya dengan menjerit , " SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH"
Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen,
membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dll
Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih,
setiap kali Ibu menghantar kita
Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak
Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin
tingkap rumah jiran kita
Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak
terlalu banyak menonton TV
Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu
keluar dari rumah
Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang
kurang sopan
Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE"
Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat
dan baru balik bekerja sehari suntuk
Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di
dalam bilik
Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis
gembira
Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut
malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan
Apabila kita berumur 19 tahun Ibu membelanjakan wang yang banyak
untuk menhantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih
sayang- sampai ke hostel kita
Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm
takut malu dilihat kawan-kawan
Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin-
kita ada boyfriend/girlfriend ke?
Kita membalas budi Ibu dengan berkata--- " Ibu ni kepohlah!!"
Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita
Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya tak mahu jadi macam
ibu!!"
Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan
tinggal dirumah sendiri- Ibu membelikan baju untuk kita memulakan
kerja baru
Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu
tidak cantik kerana Ibu yang belikan
Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga- Ibu menangis
gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita
Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometre jauh dari Ibu
Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menalipon dan memberi nasihat
tentang penjagaan bayi- anak kita
Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain
Ibu..!!!!"
Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan majlis
kenduri di kampung
Kita membalas budi Ibu, dengan berkata- " saya sibuk!!!!"
Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan
dan kasih sayang
Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan
membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan
terpaksa balik segera
Dan kemudian , pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah
kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.
MashaAllah....banyaknye kesalahan kita pada ibu kan....walaupon kita tak perasan ape yang kita buat...hormati dan jaga perasaan ibu anda....saya sayang ibu saya...katakan ya pada diri anda masing2...( ^-^)...
Ingat--- selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu--- dan
jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.
~renung-reningkan...~
.... Dunia ini satu persinggahan. Setiap yang ada akan diambil kembali apabila tiba waktunya ....
Thursday, November 19, 2009
BAGAIMANA KITA MEMBALAS JASA IBU
Labels:family,diary,tazkirah,santai,
Pengajaran,
pengisian,
TAZKIRAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blogger templates
About this blog
"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....
peringatan...~
sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH
sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH
sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH
sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH
1 comment:
dalam nya maksud,aduh,sedih bila terkenang masa tak patuh kat mak...nak share ye kat facebook.
terima kasih byk2,semoga dpt mberi perubahan kpd msrkt wpun sedikit
Post a Comment