Sunday, February 28, 2010

Dia ibuku…~

Salam sayang buat bonda tercinta wan hasnah wan abas….betapa besarnya pengorbananmu dalam mendidik dan mengasuh kami dari kecil sehingga lah kepada umur kami sekarang…Alhamdulillah….

betapa kuatnya sabarmu dalam melayan kerenah anak-anakmu sehingga kami betul2 menyelami apa itu erti kehidupan…betapa tingginya harapanmu untuk melihat anak-anakmu berjaya di di dalam bidang masing..semoga kami tidak menghampakan harapanmu wahai ibu…

Sesungguhnya tidak mampu bagi kami untuk membalas segala jasa dan pengorbananmu terhadap kami….kau sanggup berkorban apa sahaja untuk anak-anakmu wahai ibu….ampunkan segala kesalahan kami seandainya pernah mengguris hatimu….harapan kami semoga kau sentiasa berada di bawah rahmat dan keredhaan Allah..InsyaAllah..

Buat renungan semua;

“allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui apa pun dan dia memberikan kepadamu pendengaran,penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur”
(surah an-nahl:78)

“kami perintahkan kepada manusia supaya mereka berbuat baik kepadA kedua ibubapanya.ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya juga dengan susah payah…kemudian,ibu menyusui anaknya hingga usia 30 bulan”
(surah al-ahqaf:15)



When You Look Me in the Eye
If the heart is always searching,
Can you ever find a home?
I've been looking for that someone,
I can't make it on my own.
Dreams can't take the place of loving you,
There's gotta be a million reasons why it's true.

When you look me in the eyes,
And tell me that you love me.
Everything's alright,
When you're right here by my side.
When you look me in the eyes,
I catch a glimpse of heaven.
I find my paradise,
When you look me in the eyes.


How long will I be waiting?
To be with you again?
Gonna tell you that I love you,
In the best way that I can.
I can't take a day without you here,
You're the light that makes my darkness disappear.

Every day, I start to realize,
I can reach my tomorrow,
I can hold my head high,
And it's all because you're by my side.

When you look me in the eyes,
And tell me that you love me.
Everything's alright,
When you're right here by my side.
When you look me in the eyes,
I catch a glimpse of heaven.
I find my paradise,

When you look me in the eyes
When you look me in the eyes.
When you look me in the eyes,
And tell me that you love me.
Everything's alright,


Walaupun arwah we telah pergi buat selama-lamanya,namun kami semua masih ada untuk membahagiakan hatimu,ma….semoga hidup kita semua diberkati Allah..Amin..

Loves:
Anak-anakmu tersayang….written by your one and the only one younger daughter …

wassalam...

Saturday, February 27, 2010

one day trip..~

Salam ‘Alayk….Alhamdulillah selamat pergi dan sampai kat UIA..semalam pergi trip under IRIS(Islamic Renaissance Festival) ke Kuala Terengganu…nak tengok Taman Tamadun Islam(TTI)…asyik lalu je tapi tak singgah pon..huhu…dan semalam dah masuk…tengok ape yang ada kat TTI dan solat di masjid Kristal…

Dari UIA kami bertolak jam 7.30 pagi….pc,Amin kita bagi taklimat sket…that was conducted in English version because of 4 foreigners joined the trip..kalau tak pakai bahasa yang kami paham je…hhee….dari Kuantan ke K.Terengganu ni agak2 dalam 3 jam lebih…atas masalh teknikal kami sampai dalm jam 12 lebih…masa tu Taman Monumen kat TTI dah tutp…after solat Jumaat baru buka balik…so,tunggu lepas solat Jumaat la..

Semua participant trip dari Kuliyyah Ff Sciences…sume pompuan except adalah 4 orang golongan Adam yang willing nak join trip ni….Kimi and Amin(programme coordinator) aka budak CTS…2 orang lagi (Hafiz and Akasyah),acc senior kitaorang…budak bio…tapi tak tau Biotek or Biomedik…2 je yang kenal…yang lain tak brape nak kenal…hehe…yang mane 4 of them memang hantu kamera…so bolehlah join kami yang 10 orang ni…

Nak tau saya hantu kamera ke tak,yang tu kena tny my sisters and brothers…they know better..heehe…honestly masjid Kristal ni lawa….rekaan yang unik..tabik lah pada sapa yang sumbang idea tok projek ni..wlaupun kecik tapi rekaannya memang lawa….lepas solat dan lunch barulah masuk taman monument..


bahagian luar masjid kristal....cantik kan???

untuk pengetahuan,taman monument ni adalah taman yang dalamnya dibina replica msjid ataupun sebanyak 21 buah monument islam yang hebat dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan islam sbagai sebuah agama yang global lagi sofistifikated…
MasyaAllah hebatnya golongan2 Islam terdahulu..yang mana masjid ni tempat mereka menimba ilmu dan bermusyawarah…betapa pentingnya masjid pada mereka…

Malayssia,Indon,Thai,Brunei,India,Pakistan,Palestin,Iraq,Iran,Afghanistan,Saudi Arabia, Syria,Egypt,Turkey,Tunisia,Spain,Uzbekistan,Niger,Russia and last but not least China....21 countries in one hour....it's was amazing...congratulation to all teh participants...haha...memang la...dalam satu taman..hehe..

jalan tengah2 panas..memang la...dah la empunya diri ni dah "putih",bertambah "putih" la jawabnye...hahhah..takpe yang penting puas hati...


geng 10...haha...


cantikkan monument ni...


nampak cam real tak....hehee...


muka penat...huhu..panas plak tu...


kecik nye...boleh kuar tak ni wa????




rupa2nya kimi and bro akasyah ni gila gambar gak...hihi...~


gambar before bertolak balik...

itu je serba sedikit trip kali ni..hehhe...memang penat...tambah2 musim panas ni...nice trip friends...tq to programme coordinator,Amin yang rancang trip ni serta programme manager,bro Akasyah...tq jugak buat kawan2 ku...lain kali kita pegi tempat lain plak ye...

wassalam..

Friday, February 26, 2010

The Messenger Of Allah

Assalamualaikum wbt....salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam tak kra dimana anda berada....Alhamdulillah kita bertuah kerana dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad SAW...kelahiran baginda yang begitu sebagai manusia agung yakni menjadi pesuruh Allah Ta'ala...

jadi kita pun sebagai umat nabi Muhammad SAW hendaklah sentiasa berselawat kepada baginda terutamanya pada bulan kelahiran baginda ni,Rabiul Awal..sesungguhnya Allah suka pada manusia yang berselawat kepada pesuruhNya...disaat kematian baginda pun masih lagi memikirkan pasal umatnya...kita pula bagaimana?????

Muhammad Al Mustafa...

Your face is bright like the shining moon
Lighting up darkness of the night
We are here we think of you
Oh Muhammad Rasulullah

The coming of you makes the brightest day
Shining through along the way
You bring the love of al isla
You are the symbol of unity

You bring the light to the entire world
You bring the hope into human life

You lead us to the way of truth
Oh Muhammad
Oh Muhammad Rasulullah

Well my friends the time has come
To have some peace and serenity
From the love of Rasulullah
Oh Muhammmad Rasulullah

mari lah kita sama-sama berselawat ke atas baginda rasulullah SAW..Insyaallah...

wassalam...

Sunday, February 21, 2010

luahan 2...~

~6 bulan telah berlalu..~

assalamualaikum wbt...

Hari ni genap 6 bulan arwah ayahanda tercinta kembali ke rahmatullah...Al-Fatihah….begitu cepat masa berlalu…namun saat2 tu memang tak akan kami lupa sampai bila2….bila balik bercuti kat rumah,tak pernah kami lupa untuk menziarahi pusara ayahanda…bacakan Yaasin…sedekahkan Fatihah…terkenangkan wajah arwah dan juga kenangan kami bersama beliau…

Tapi nak cite kat sini sket...kawasan tanah perkuburan tu tak terjaga sangat...memang tak dapat dinafikan,selepas kematian arwah baru saya kerap ke tanah perkuburan...sebelum ni pon pergi ziarah kubur mak2 sedare je...tu pon jarang2...

honestly,memang tak terjaga...rumput agak panjang....nak je saya taip proposal dan hantar ke ketua kampong ke,ketua pemuda ke...tapi apakan daya...bila tengok tanah perkuburan islam di luar negara,tenang je...bersih,kemas...mereka buat kawasan pwrkuburan seperti taman...ok tu je pasal tak puas hati...

Alhamdulillah,kami dapat mengharungi hidup dengan baik setakat ini walaupon arwah tiada di sisi….tapi agak jauh berbeza la dari dulu…sebesar2 rumah tu dirasakan macam tiada penghuni….keluar rumah bila perlu je…sunyi dan sepi…semuanya sudah bertumpu di bahagian bawah….kat atas tu naik waktu siang je…waktu malam lepak kat bawah….kalau dulu waktu arwah ada kami selalu bertumpu kat bahagian atas….

Bila renung balik,memang banyak bezanya……cuba bayangkan duduk kat rumah tanpa seorang lelaki…sebagai pelindung buat kaum hawa…rasa macam takut dan tak yakin je….tulah yang mak dan kakak saya rasa…semoga Allah melindungi kedua2nya dari bala bencana dan perkara2 yang buruk…InsyaAllah…tapi bila musim cuti sekolah takla sunyi sangat…Full house again...

Sekarang ni kalau nak pegi mane2 pon senang sikit..My sister is manage to drive at least to pp….good for you sis..Ehhee….masih lagi menjadi peneman setia bonda….may Allah gives you strength and patience to face you life….I wish you all things wonderful…you can make wonderful thing happens…InsyaAllah….

Allah did not promise that life would be easy for us, but He did promise that he will be by our side, in every step we take as long as we are in His path, seeking and hoping to gain His mercy and love…jangan putus harapan dengan Allah…Innallaha Ma’ana…we owe you big,SIS…thank you…

Jiran2 pun banyak membantu…..tanya khabar dan tolong mane2 yang patut…tapi yang “rapat” dengan kami tak pulak buat gitu..takpe…its fine…..bukan nak hidup bergantung ngan orang lain sepenuh masa pon….perkara yang tak suka saya sebut..lebih elok tak guna perkataan “benci”

jangan jadikan kematian ni untuk mengambil kesempatan ke atas kami…fikir dulu…yang datang ke rumah merapu perkara ntah hape2 dekat mak tu saya tak boleh terima…jangan sebut lagi keperitan arwah yang diperguna dan dikhianati oleh sahabtnya sendiri…enough!!!!!It’s very upset…Allah knows everything…

Setakat ni masih ceria hidup kami…ada la sedih sikit2 time teringat sangat2 kat arwah….tapi takkan lah kita nak sedih for the whole of our life…its impossible…sometimes, we should open our eyes and stare in the dark…think a bit…what was happened to us and what is going to happen next….do something better that gives benefit for the rest of our lifes….worry and sad make us sick and tired…

Semoga diberi kekuatan dan kesabaran oleh Allah untuk meneruskan hidup ini….kami bahagia dengan cara kami….

last but not least..i just want to say that i miss my dad damn much...may Allah bless him...

wassalam..

Saturday, February 20, 2010

Saya dan buku…

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Semalam lepas balik Daurah kat surau Kuliyyah of Pharmacy “tersinggah “ kat tempat jual buku ilmiah….ape lagi..lepak jap…..konon2 nak tengok je….tapi biasalah…last2 beli gak satu buku..ehhee..dah janji ngan kakak tak nak bli buku sampai bulan 6 ni…tapi beli gak..sori sis..haha…

Sebenarnya kami ni suka beli n baca buku..pantang keluar,book shop jadi first destination kami..berjam2 dalam tu pon takpe….puas hati…hari tu kami (saya n Kak Ayu) baru je beli English novel karya Lauren Weisberger….tiga buah sekaligus…actually buku2 tu dalam satu kotak yang ada gambar kasut…hihi…sengkek jap..haha… sebab tu la kami janji taknak beli buku sampai bulan 6 ni…ape punya janji da….mane boleh tahan tengok buku tapi tak nak beli..huhu..

sepatutnya hari tu kami nak beli buku Cecelia Ahern,juga dalam box,tapi takde….Justin Hitchcock membuatkan saya nak bli buku Cecelia Ahern lagi….uhuu…

Tapi kan bulan tiga ni ade International Book Fair kat PWTC…oho...I must go there…so,memang dah terang2 la tak leh tunggu bulan 6 baru nak beli buku…kena save money la…nak g book fair ni…tak pon mintak mak topup kan…ehehe….kalau nak tahu,last year pny book fair ,we went there almost for every weekend…dan tiap2 kali pergi tu,bukan 1 je beli,,,,lebih banyak dari satu…rahsia la bape..nanti anda semua terkejut plak…dan bila kami kira balik bpe byak dah duit habis,terkejut besar gak la..tapi tak pe,asal puas hati…


some of my books...ade lagi kat umah....dan yang kawan2 pinjam...~

Saya suka jenis buku2 ilmiah ,islamic history dan English novel…tapi yang English tu bli time ade budget lebey je…hehe…biasa la English novels ni mahal2….kadang2 tu tak tengok budget pon,rase best beli je buku2 english ni..tak kisah la mahal pon….

salah satu gerai yang memang suka pegi kalau g book fair ialah PTS Publication..buku2 ilmiah banyak kat situ….tulisan Abdul Latip Talib yang banyak menulis mengenai serikandi2 islam paling saya suka….boleh dikatakn semua buku beliau saya ade…kira banyak la buku PTS yang dah kami beli…englisn novel plak,saya dah beli Buku Cecelia Ahern,Tony Parsons,Lydia Teh,Judith Mcnought,dan beberape siri Little Black Dress…

Kalau novel2 cinta ni saya kurang baca….tapi eng novel blh plak bace??????Eng novel lagi la jiwang than malay,kan????Except buku Hlovate..buku beliau saya baca la…hehe…paling suka 5 tahun 5 bulan dan Tunas….ulang banyak kali pon takpe..

Saya akn teruskan bli buku2 ilmiah ni…insyaallah..disamping my eng novel…hehe..seimbang la…beli buku ni tak rugikan….sebab buku tak buruk..kita boleh baca sampai bila2…sebab buku gak saya sedih ngan seseorang…huhu..So,sape2 yang nak pinjam buku boleh la pegi bilik or datang je rumah saya…ahha..Promote la plak…takpe promote mari membaca..


i'm reading the devil wears prada n dahsyatnye doa ibu now..~


membaca jambatan ilmu...ayuh....jom kita membaca...(^-^)

wassalam...

Thursday, February 18, 2010

MENGAPA SUKA SANGAT BERSANGKA-SANGKA ?

Assalamualaikum wbt...

Manusia hari ini suka sangat bersangka-sangka
Ada sangkaan baik.... ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang ‘relax’ disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk-nunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
Orang menegur disangka membebel
Orang membebel disangka mulut murai...

Mana tahu.... yang diam itu kerana berzikir kepada Allah, mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah, mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa, mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya, mana tahu yang ceria itu kerana cergas, manalah tahu yang menegur itu benar-baner ikhlas, manalah tahu yang membebel itu sedang menasihatinya. Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti memusnahkan kayu dimakan api...satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang kita boleh buat, semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya...

Wallahu a'lamu bissowab..

illalliqok..

Tuesday, February 16, 2010

“Empty house” again…

Assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah selamat sampai kat uia…bertolak dari rumah tadi dalam jam 10.30….dan hari ni rumah kembali sunyi…tinggal mak dan kakak je….sedih pulak…huhu….tok ma Harith menitis air mata melepaskan cucunya setelah semiggu kat umah tok ma…..begitu juga kami semua….rase cam tak nak balik je…tapi apakan daya ,esok ade class,kakak dan abang pon dah keje esok…InsyaAllah,ade cuti kami balik pulak..dan full house again…

Balik hari tu agak seronok even 3 hari je kat umah…tapi amt berpuas hati…dapat jumpa semua yang balik especially lil Harith yang dah semggu balik teman tok ma nye…Harith dah besar…. dia baik je…nangis bila perlu,time lapar dan nak tido je la.…bila balik umah ramai la sepupu2 harith nak riba…biasa la kami penggemar kanak2…

Petang tu mase baru sampai kat umah,kami dukunjungi sepupu2 dari Teregganu yakni anak sedare pada arwah ayah…penuh umah mase tu..seronok plak..dapat jumpa ramai2…terima kasih kerana sudi berkunjung ke rumah…hubungan persaudaraan mesti la diteruskan even org2 tua dah takde kan..so anak2 ni la yang terus menyambung tali silaturrahim yang sedia terjalin…InsyaAllah...

Dan malam tu celebrate birthday abu Harith,Azalea dan Iman…Mak Ngah Harith yang beli kek…pastu makan ramai2 kat bawah….bestnye time tu…yang paling best time amik gambar le…semua gila kamera,apa boleh buat..layan je la…mase tu dapur masih lagi dalam proses pembaikan,so kami makan aci guna pggn kertas je,tak payah basuh..jimat tenaga…hehhe…Alea cumel ngan skirt pink nye dengan riben skali…cute sgt2…

Malam tu gak sempat lagi kami jln2 kat wcy….tapi punya la ramai orang..biasalah cuti sekolah..so ramai la yg amik peluang nak membeli belah kat Kelantan ni….nyesal plak ikut malam tu….ok la asal boleh pekena roti bakar…kami sampai kat umah mase tu kol 2.30 pagi..trus lena..panat g ukur wcy…haha…

Esoknya pegi berjalan jumpa nenek kat Jerteh…sian dia nak balik umah…tapi tak boleh bawak balik mase tu umah ade masalah air…susah sket…nanti bila dah selesai boleh la bawak balik umah…pastu pegi tengok anak Kak Tikah ex-housemate Kak Ain…Muhammad Afiq Aiman….cumel sangat Afiq ni..macam mama dia….dan malam tu buat tahlil kat masjid…

Kejap je mase..tup2 dah nak balik dah…huhu…kat umah pon dah takde orang…full house just only a few days and then back to the basic….baru2 ni rase homesick….mudah-mudhan di beri kekuatan oleh Allah untuk lebih sabar dan tabah…La Tahzan Innallah Ma’ana…

Seronok dapat jumpa semua…mudah-mudahan ukhuwwah kita berkekalan sehingga ke akhir hayat…Insyaallah…panjang umur kita jumpa lagi…

wassalam...

Saturday, February 13, 2010

tawakkal vs putus asa...

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...

tawakkal:-
berserah diri kepada Allah dalam melaksanakan sesuatu perancangan bersandarkan kepada kekuatannya dalam menjayakan sesuatu pekerjaan.firman Allah:-

"dan ingatlah sesiapa yang berserah diri kepada Allah,maka Allah cukupkan baginya untuk menolong dan menyelamatkannya..(Surah Al-Thalaq:3)

seorang lelaki yang hendak meninggalkan untanya tanpa ditambat datang kpada Rasulullah saw dan bertanya..."Ya Rasulullah,adakah unta tu perlu ditambat dahulu dan bertawakkal atau lepaskan saja dan bertawakkal"?Rasulullah saw menjawab "tambatlah terlebih dahulu dan kemuduan bertawakkal ".(Riwayat Al-Tirmizi)

kesan positif tawakkal:-

  • bebaskan manusia dari perasaan takut gagal.
  • mendorong seseorang untuk melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan.
  • sebagai sumber kekuatan manusia.
  • membentuk sifat optomis(fikir yang baik2 je) dalam diri manusia.
  • melahir sifat redha.


putus asa:-
hilang harapan yang membolehkan seseorang tu menghentikan sesuatu perbuatan..firman Allah:

"..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat dan Pertolongan Allah.sesungguhnya tidak berputus asa darpada rahmat Allah dan pertolongan Allah melainkan kaum kafir.."(Surah Yusuf:87)

3 perkara yang menghalang kejayaan seseorang iaitu jahil,sakit dan putus asa...semua tu ada penawarnya....kalau seseorang tu jahil tentu ubatnya kenalah menuntut ilmu..dan kalau sakit semestinya kita jumpa doktor.... putus asa pula hanya boleh dirawat oleh individu yang merasai sendiri dengan melawan unSur negatif dan kuatkan semangat serta tawakkal kepdA Allah..

jangan terlalu fikirkan kesusahan yang berpanjangan yang boleh menyebabkan kita putus asa...bila asyik fikir susah je,kita macam tak yakin yang Allah boleh bantu kita...kita seharusnya sentiasa mengIngati yang Allah mampu melakukan segala-galanya...jadi kita sebagai hamba tidak layak untuk rasa putus asa atas apa jua ketetapan allah kerana allah mengetahui dan maha adil dalam setiap perancangannya..

renung-renungkan...Wallahu A'lamu Bissowab...

dipetik dari SOLUSI edisi 16...

wassalam..

thanks for the memories..~

Salam A'laik...a very early n3....i do not feel very sleepy at this time....so,i'm trying to put a new n3 today....huhu....the story that i love most "Thanks for The Memories" by Cecelia Ahern,a very popular author...

how come a man and a woman fall in love even they did not know each other...its quite possible....however,how Justin Hitchcock knows everything about Joyce and vice versa...actually,they never met each other...its only came after Joyce got blood that was donated by Justin, a person that never do that thing during his life….its look rubbish,right...a bunch of people do that,but they never fall in love..oho...betol ke??

now,i'm still looking for a person that match with the Justin’s characters…who are they????hehehe..….Patrick Damsay???….Mr Sheffeild(dalam The Nanny)???and then,my sister said Mr Sheffield "pon boleh la"...hahaha....i like him...a good single father but sometimes looks funny...huhu....patut la miss Fine dok berkenan...ye tak Kak Ayu...hihi...Mr Sheffield and Justin Hitchcock....sangat sesuai saya rase,,,

okies...that's all about my book...hopefully all of you want read that book too....read,read and read...its a wonderful love story..."membuatkan saya teringat2 watak Mr Sheffiled dalam The Nanny"....

from Justin Hitchcock and Joyce:-

"open your eyes and stare in the dark"
"its nice to be important but its important to be nice"....

~see u again mr Justin Hitchcock and Joyce~

wassalam...

Friday, February 12, 2010

Saya dan mereka…

assalamualaikum wbt....


Dah nak masuk tiga tahun selepas alam sekolah menengah..ehehe…rindu kat skolah dulu….rindu nak jumpa kawan2 lame yang baik lagi sempoi,junior merangkap adik2 dormku yang wacky cheeky,tak lupa juga cikgu2 yang terlalu baik,macho2 dan cun2…especially yang jadi cikgu kelasku dulu mase 5 Hajar….sebab beliau lah saya minat Chemistry…hahaha….tima kasih guruku…


Bila teringat balik kenangan dulu yang pahit,manis tawar yang segala jenis rasa tu rindunya nak kembali balik ke masa tu…kenangan dok kat hostel 5 tahun…..kenangan makan nasi kawah…kenangan outing same2….excited nak balik umah same2….memang best…sapa yang pernah dok hostel dia tahulah camane nikmatnya dok hostel ni…even homesick mse mula2…tapi saya tak bawak beg dan balik dok kat rumah plak ye..harap maklum…


Mase form 1 memang la diakui jadi budak skema tahap tak ingat..biase la baru lepas sekolah rendah….culture budak “berjurus” tu ada lagi…pergi prep awal…selalu pergi rollcall….tak pernah ponteng solat subuh kat musolla…boleh dikatakan semua perfect la…dok plak 1 Balqis….dan orang pertama yang saya mula2 kenal ialah Nor Hasni (Hasni) dan Aziah (Jiah)…kami rapat mase form 1…


Bila masuk form 2, jadi classmate dan dormate ngan Fauziah (kanda aku)…hehe….sejak tu kami agak rapat….first time kenal Gee…memang best….hidup jadi riang gumbira….selalu ajak balik umah….kawan2 2 Fatimah dulu best2 sume….bila dah ramai kenal kawan lain plak jadinya…hehe….pernah gak wat kerja2 “jahat”…tapi tak la sampai kena cekup….haha….biase2 je…


Dan mase form 3 pon masih satu kelas ngan Gee…di sinilah bermulanya status sebagai “dinda” dan “kandA”….seperti yang diceritakan dalam blognya…tapi memang betul pon,Gee tua 5 bulan dari saya..Ehehe…Gee yang merangkap deskmateku mase 3 Aisyah….pernah kami berdua kena lari mase klas Cikgu Hulaimi gara2 salah jawab soalan..huhu…dan terjumpa Ustaz Fadhil mase tengah dok lompat2…..kantoi plak..huhu…dan beliau juga adik dorm kak “ceked”,"senior"ku ..jadi form 3 ni rasa lagi rapat ngan kawan2 satu form…sebabnya bila ada aktiviti untuk student form 3 semua wajib….so,kami selalulah jumpa….


Form 4 pon jadi kenangan yang manis….masuk klas 4 Fatimah…dan camane ntah terlantik jadi ketua kelas yang tak begitu bertauliah…jadi orang kuat Cikgu Che Aini…mase ni dah tak satu kelas ngan Gee….dia masuk 4 “Khadijah”…tapi selalu je pergi dorm B2-1…dorm ketiga saya sepanjang di SMSPP(f1,f3 n f4)…dah jadi tempat nombor dua die je kat situ..ehehe….first time satu bilik ngan Shasha…orang yang kuingat senior mase form1 dulu2…ahha….matured sangat mukanya….dan juga Berd (Siti Norhidayah) yang merangkap bkk yang bertauliah…best gak….tambah2 ada plak Mc Yan ,orang yang sempoi dan klakar…bila mase je takde air,pagi2 lagi kami p mandi kat sekolah..huhu…


Dan tahun terakhir di SMSPP….5 hajar memang the best in the world…satu kelas balik ngan Gee….dengan ckgu Nadzeri as a class teacher dibantu oleh Shasha dan Dhiya…ketua dan penolong klas yang bertanggungjawab…satu bilik lagi ngan Shasha…..kami sme2 jadi ketua…tapi saya jadi ketua dorm la…hehhe…dengan adik2 dorm yang agak nakal…especially Syaza and the geng…tak lupa juga Wana dan Kimah dormmate ku di B1-2….sebelah dorm prefect tu..huhu…


bila dah jadi senior ni lainlah sikit…jadi contoh untuk adik2..hehe…kat musolla pon duduk saf paling depan…masuk je waktu Sejarah,memang mata ni rasa berat..asyik tdor je…tensen cikgu Epul…Ustaz Shidki yang best…pernah dapat gelaran "kak long" dari beliau..sebab highest PAI…hihi…masa paling seronok blajar masa Kimia….cikgunya kelakar tak terkata…lawak habis sampai tak ingat dunia..dan mase EST yang buat kami boring..huhh….


teringat ka Ruby yang suke menyanyi dalam kelas especially waktu prep..orang lain senyap dok study,tibe2 dengar suara merdu dia..haha….bila masa study kitaorang study….bila mase borak kitaorang borak,sampai bising clas lebih2 lagi time prep nak habis….ketua clas pon join skali…tapi mase HEM wat checking sume diam…kalau tak memang kena prep kat dataran ilmu la jawabnye….ingat balik camane “hebatnya” budak2 5 Hajar study tak termasuk saya kut…..caya lah…diaorang memang terer…


Bila ingat balik saat2 tu rasa cam best je..bila lah nak jumpa budak2 ni…masing2 dah sibuk..study jauh nun di sana…tapi kat facebook kami masih lagi keep in touch…..konon2 imbas kembali kenangan kat sekolah dulu…ade rasa nak gi sekolah,tapi malu lah plak..huhu...


~ukhuwwah fillahi abadan abada~

illalliqok...


Thursday, February 11, 2010

Azimat Ibunda

in the name of Allah the most gracious the most merciful....the song that i like most since last week...actually it was the old song from nasyeed group ,FAR EAST that i really haven't heard all songs from that group except in-team and hijjaz..now,i realized that their songs are nice,especially this one...oho...the song that can make you cry....

langit kirmizi menghantar dirimu
menuju jln pulang
hari-hari indah bersamamu
bertabur di tanah kenangan

wajah berona simpati kau tatapi
buatkali t'akhir
sedih & sayu dari kamar atma
mengundang air mata

Hanya rindu & doa buatmu
semoga kau tenang dan bahagia
agar syurga menjadi milikmu
bukan hanya di telapak kakimu

menumpang di segenap ruang yg ada di lubuk p'kasihan
begitu indah setiap detik di dlm rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu

setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam

di tirai malam aku bersandarkan
pada dinding kepiluan
bersenandungkan merdu suara alam
terlena di rajutan rindu

tiada yg terindah di dunia
dapat mengganti hilangmu
pilihan yg terbaik takkan dapat mengisi relung hatimu

thanks a lot to my beloved mother....i love u sooo much.....may Allah bless you all time...InsyaAllah..

Sunday, February 7, 2010

Rasulullah SAW dengan Pengemis Buta

assalamualaikum wbt....kisah baginda Muhammad (SAW) bersama seorang pengemis buta...let's read together...InsyaAllah...

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi
buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap
orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan
dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu
pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian
mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya".

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW
mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa
berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan
makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan
pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya
itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan
hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi
orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada
pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat
Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah
anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan
merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,
"Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?".

Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang
ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun
yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".
"Apakah Itu?", tanya Abubakar RA.
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung
pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis
Yahudi buta yang ada di sana", kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abu bakar RA pergi ke pasar dengan
membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu.
Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan
makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai
menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik,
"Siapakah kamu?". Abubakar RA menjawab, "Aku orang
yang biasa (mendatangi engkau)."
"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku",
bantah si pengemis buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini
memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang
yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi
terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut
setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu
melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia
menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku
memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku
adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia
itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar
penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata,
"Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya,
memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun,
ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia
begitu mulia.... "

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di
hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu
menjadi muslim.

jadi,kat sini kita boleh lihat bagaimana akhlak terpuji rasulullah (SAW) terhadap ornag yang mengutuk baginda sendiri...kalau kita camane???adakah kita meneladani
kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah
setidaknya niat untuk meneladani beliau? Beliau
adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq dan juga qudwah hasanah...

Sebarkanlah riwayat ini kepada seramai orang apabila
kamu mencintai Rasulullah...semoga akhlaq Rasulullah menjadi contoh kepada kita untuk terus melakukan amalan2 yang mulia....InsyaAllah..

wassalam...

Friday, February 5, 2010

RENUNG DAN REDHALAH

salam 'Alaik....sama2 kita merenung dan redha dengan ketentuan Allah....setiap yang Allah jadikan ada hikmah disebaliknya....InsyaAlahh...


ADAKAH AKU SUDAH DIKIRA BERIMAN ?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah

beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2

yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan

sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta. -Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi

pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui

sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

-Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah

org2 yg paling tinggi darj! atnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran

ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran

dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran

kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah

(dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu

kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat

200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan

sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada

orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan

memberikan syurga utk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku

bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129


ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus

asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12


Ya Allah,bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan kepada rasulMu serta beramal dengan kitabMu..Amin...



Wednesday, February 3, 2010

Hati~

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...buat renungan kita semua...semoga bermanfaat..InsyaAllah..

Hati diibaratkan sebagai "raja" dalam diri seseorang,yang mana ia akan membuat keputusan dan mengeluarkan perintah untuk dipatuhi oleh “rakyat2nya”,iaitu anggota badan kita.
sabda Rasulullah bermaksud “jika hati baik,maka baiklah seluruh anggota badan dan begitulah sebaliknya.

Rasulullah bersabda lagi, yang bermaksud,
”dalam tubuh anak adam ada seketul daging.apabila baik daging itu,maka baiklah seluruh anggota badan.sebaliknya apabila dagin itu jahat,maka jahatlah seluruh anggota badan.ketahuilah bahawa daging itu adalah sekeping hati(hadis riwayat al-bukhari no.52)


Disebabkan ada raja dalam hati kita,maka wujudlah juga “bendahara” dan “penjahat”…..”raja” mesti mendapat nasihat dari bendaharnya iaitu akal manusia.akal yang memberi input untuk hati membuat keputusan.jika baik akalnya maka baiklah nasihat akal kepada hati dan sebaliknya..bak kata pepatah “fikir itu pelita hati”.

Selain itu,dalam diri manusia juga ada nafsu atau “penjahat”,yang merupakan musuh dalam diri yang mampu menguasai hati dan akal.tetapi nafsu memang penting dalam hidup kita..kalau takde nafsu camane nak makan,nak solat,nak stadi dan sebagainya.yang menjadi cabarannya ialah bagaimana nak mendidik,melatih dan menguruskan hati kita dengan baik.jika kita mampu memelihara nafsu dan akal kita sudah semestinya hati juga mampu menjalankan tugas yang boleh mendapat keredhaan Allah…Insyaallah..

Untuk mengubah akal,hati dan nafsu kita sebagai khalifah yang dijadikan Allah sebaik2 kejadian mestilah melalui akal yang dilatih untuk tahu,hati yang dilatih untuk mahu dan nafsu yang dilatih untuk mampu..

sumber dari majalah SOLUSI edisi 15....

wassalam...

ujian Allah pelbagai rupa....~

Assalamualaikum wbt.....

petang tadi saya menghadiri Halaqah 2 sem 2 2009/2010...perjumpaan kali kedua....Alhamdulillah kami boleh berkumpul walaupun masing2 sibuk dengan jadual seharian....dan petang tadi juga i've finished my UNGS paper at 6 pm...terus ke cf sister untuk halaqah jam 7....

dan sebelum mengakhiri halaqah tadi seorang sahabat saya menceritakan bagaimana detik2 rumahnya dijilat api pada 31 januari yang lepas....masa dengar dia bercerita,Ya Allah sedihnya..hampir mengalir air mata saya....Begitu hebat ujian yang dialami oleh mereka sekeluarga....satu benda yang begitu berharga akhirnya hilang dalam sekelip mata sahaja...Masyaallah..kuasa Allah....namun Alhamdulillah,mereka sekeluarga selamat...

Namun saya kira sahabat saya ni begitu kuat orangnya....semasa kejadian beliau sudah pon berada di uia untuk selepas pulang bercuti....dan pada hari kejadian,beliau mendapat panggilan dari kakaknya yang mengkhabarkanb berita ngeri itu....namun sempat juga beliau pulang walaupon hanya satu jam berada di samping keluarga tercinta dengan perasaan sedih...semoga mereka sekeluarga tabah menghadapi dugaan hidup...ujian Allah hanya kepada hambaNya yang benar2 sabar dan tabah...sudah tentu besar pahalanya di akhirat kelak..Insyaalah...

Bila dengar je cerita beliau,teringat kembali bagaimana kami sekeluarga semasa arwah ayahanda terlantar di hospital sehinggalah pada hari kemattian arwah....semasa di hospital,secara jujur saya katakan memang tak boleh tengok arwah dalam keadaan yang sangat2 lemah.....automatik keluar air mata dan menagis teresak2...bukan saya je malh kesemua kami adik-beradik termasuk bonda tercinta...tak lupa juga adik kesayangan arwah.....

dan teringat kembali bagaimana sayunya kami pada permulaan ramadhan yang berkat...bila sampai je kat rumah pada hari tersebut air mata ni memang tak henti2 mengalir sehinggalah semasa pengebumian arwah..tarikh tersebut sememangnya akan diingati sampai bila2....pertama kali kehilangan orang tersayang....

jadi bila kita lihat ujian Allah boleh datang dalam pelbagai rupa...tidak hanya kematian malah ada yang diuji dengan kemiskinan hidup,kekurangan sumber makanan dan lain2 lagi....sudah semestinya ada hikmah disebalik ujian yang Allah timpakan ke atas diri kita...mungkin sebelum ni ada sesuatu yang membuatkan Allah murka terhadap kita,maka diturunkan ujian untuk hambaNya supaya lebih sedar dan insaf...

kita sebagai hamba yang diciptaka dengan sebaik2 kejadian seharusnya tabah dan redha dalam menempuh ujian Allah yang membolehkan kita lebih dekat denganNya...renung kembali apa yang dah kita buat dan bermuhasabah untuk kebaikan kita...jangan sesekali kita tidak redha dengan ujian Allah..terimalah dengan hati yang ikhlas...Allah tahu apa yang kita tidak tahu....

Wallahua'lamu Bissowab..wassalam...

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH