dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...buat renungan kita semua...semoga bermanfaat..InsyaAllah..
Hati diibaratkan sebagai "raja" dalam diri seseorang,yang mana ia akan membuat keputusan dan mengeluarkan perintah untuk dipatuhi oleh “rakyat2nya”,iaitu anggota badan kita.
sabda Rasulullah bermaksud “jika hati baik,maka baiklah seluruh anggota badan dan begitulah sebaliknya.
Rasulullah bersabda lagi, yang bermaksud,
”dalam tubuh anak adam ada seketul daging.apabila baik daging itu,maka baiklah seluruh anggota badan.sebaliknya apabila dagin itu jahat,maka jahatlah seluruh anggota badan.ketahuilah bahawa daging itu adalah sekeping hati(hadis riwayat al-bukhari no.52)
Disebabkan ada raja dalam hati kita,maka wujudlah juga “bendahara” dan “penjahat”…..”raja” mesti mendapat nasihat dari bendaharnya iaitu akal manusia.akal yang memberi input untuk hati membuat keputusan.jika baik akalnya maka baiklah nasihat akal kepada hati dan sebaliknya..bak kata pepatah “fikir itu pelita hati”.
Selain itu,dalam diri manusia juga ada nafsu atau “penjahat”,yang merupakan musuh dalam diri yang mampu menguasai hati dan akal.tetapi nafsu memang penting dalam hidup kita..kalau takde nafsu camane nak makan,nak solat,nak stadi dan sebagainya.yang menjadi cabarannya ialah bagaimana nak mendidik,melatih dan menguruskan hati kita dengan baik.jika kita mampu memelihara nafsu dan akal kita sudah semestinya hati juga mampu menjalankan tugas yang boleh mendapat keredhaan Allah…Insyaallah..
Untuk mengubah akal,hati dan nafsu kita sebagai khalifah yang dijadikan Allah sebaik2 kejadian mestilah melalui akal yang dilatih untuk tahu,hati yang dilatih untuk mahu dan nafsu yang dilatih untuk mampu..
sumber dari majalah SOLUSI edisi 15....
wassalam...
.... Dunia ini satu persinggahan. Setiap yang ada akan diambil kembali apabila tiba waktunya ....
Wednesday, February 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blogger templates
About this blog
"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....
peringatan...~
sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH
sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH
sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH
sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH
No comments:
Post a Comment