~6 bulan telah berlalu..~
assalamualaikum wbt...
Hari ni genap 6 bulan arwah ayahanda tercinta kembali ke rahmatullah...Al-Fatihah….begitu cepat masa berlalu…namun saat2 tu memang tak akan kami lupa sampai bila2….bila balik bercuti kat rumah,tak pernah kami lupa untuk menziarahi pusara ayahanda…bacakan Yaasin…sedekahkan Fatihah…terkenangkan wajah arwah dan juga kenangan kami bersama beliau…
Tapi nak cite kat sini sket...kawasan tanah perkuburan tu tak terjaga sangat...memang tak dapat dinafikan,selepas kematian arwah baru saya kerap ke tanah perkuburan...sebelum ni pon pergi ziarah kubur mak2 sedare je...tu pon jarang2...
honestly,memang tak terjaga...rumput agak panjang....nak je saya taip proposal dan hantar ke ketua kampong ke,ketua pemuda ke...tapi apakan daya...bila tengok tanah perkuburan islam di luar negara,tenang je...bersih,kemas...mereka buat kawasan pwrkuburan seperti taman...ok tu je pasal tak puas hati...
Alhamdulillah,kami dapat mengharungi hidup dengan baik setakat ini walaupon arwah tiada di sisi….tapi agak jauh berbeza la dari dulu…sebesar2 rumah tu dirasakan macam tiada penghuni….keluar rumah bila perlu je…sunyi dan sepi…semuanya sudah bertumpu di bahagian bawah….kat atas tu naik waktu siang je…waktu malam lepak kat bawah….kalau dulu waktu arwah ada kami selalu bertumpu kat bahagian atas….
Bila renung balik,memang banyak bezanya……cuba bayangkan duduk kat rumah tanpa seorang lelaki…sebagai pelindung buat kaum hawa…rasa macam takut dan tak yakin je….tulah yang mak dan kakak saya rasa…semoga Allah melindungi kedua2nya dari bala bencana dan perkara2 yang buruk…InsyaAllah…tapi bila musim cuti sekolah takla sunyi sangat…Full house again...
Sekarang ni kalau nak pegi mane2 pon senang sikit..My sister is manage to drive at least to pp….good for you sis..Ehhee….masih lagi menjadi peneman setia bonda….may Allah gives you strength and patience to face you life….I wish you all things wonderful…you can make wonderful thing happens…InsyaAllah….
Allah did not promise that life would be easy for us, but He did promise that he will be by our side, in every step we take as long as we are in His path, seeking and hoping to gain His mercy and love…jangan putus harapan dengan Allah…Innallaha Ma’ana…we owe you big,SIS…thank you…
Jiran2 pun banyak membantu…..tanya khabar dan tolong mane2 yang patut…tapi yang “rapat” dengan kami tak pulak buat gitu..takpe…its fine…..bukan nak hidup bergantung ngan orang lain sepenuh masa pon….perkara yang tak suka saya sebut..lebih elok tak guna perkataan “benci”…
jangan jadikan kematian ni untuk mengambil kesempatan ke atas kami…fikir dulu…yang datang ke rumah merapu perkara ntah hape2 dekat mak tu saya tak boleh terima…jangan sebut lagi keperitan arwah yang diperguna dan dikhianati oleh sahabtnya sendiri…enough!!!!!It’s very upset…Allah knows everything…
Setakat ni masih ceria hidup kami…ada la sedih sikit2 time teringat sangat2 kat arwah….tapi takkan lah kita nak sedih for the whole of our life…its impossible…sometimes, we should open our eyes and stare in the dark…think a bit…what was happened to us and what is going to happen next….do something better that gives benefit for the rest of our lifes….worry and sad make us sick and tired…
Semoga diberi kekuatan dan kesabaran oleh Allah untuk meneruskan hidup ini….kami bahagia dengan cara kami….
last but not least..i just want to say that i miss my dad damn much...may Allah bless him...
wassalam..
No comments:
Post a Comment