Assalamualaikum wbt.....
petang tadi saya menghadiri Halaqah 2 sem 2 2009/2010...perjumpaan kali kedua....Alhamdulillah kami boleh berkumpul walaupun masing2 sibuk dengan jadual seharian....dan petang tadi juga i've finished my UNGS paper at 6 pm...terus ke cf sister untuk halaqah jam 7....
dan sebelum mengakhiri halaqah tadi seorang sahabat saya menceritakan bagaimana detik2 rumahnya dijilat api pada 31 januari yang lepas....masa dengar dia bercerita,Ya Allah sedihnya..hampir mengalir air mata saya....Begitu hebat ujian yang dialami oleh mereka sekeluarga....satu benda yang begitu berharga akhirnya hilang dalam sekelip mata sahaja...Masyaallah..kuasa Allah....namun Alhamdulillah,mereka sekeluarga selamat...
Namun saya kira sahabat saya ni begitu kuat orangnya....semasa kejadian beliau sudah pon berada di uia untuk selepas pulang bercuti....dan pada hari kejadian,beliau mendapat panggilan dari kakaknya yang mengkhabarkanb berita ngeri itu....namun sempat juga beliau pulang walaupon hanya satu jam berada di samping keluarga tercinta dengan perasaan sedih...semoga mereka sekeluarga tabah menghadapi dugaan hidup...ujian Allah hanya kepada hambaNya yang benar2 sabar dan tabah...sudah tentu besar pahalanya di akhirat kelak..Insyaalah...
Bila dengar je cerita beliau,teringat kembali bagaimana kami sekeluarga semasa arwah ayahanda terlantar di hospital sehinggalah pada hari kemattian arwah....semasa di hospital,secara jujur saya katakan memang tak boleh tengok arwah dalam keadaan yang sangat2 lemah.....automatik keluar air mata dan menagis teresak2...bukan saya je malh kesemua kami adik-beradik termasuk bonda tercinta...tak lupa juga adik kesayangan arwah.....
dan teringat kembali bagaimana sayunya kami pada permulaan ramadhan yang berkat...bila sampai je kat rumah pada hari tersebut air mata ni memang tak henti2 mengalir sehinggalah semasa pengebumian arwah..tarikh tersebut sememangnya akan diingati sampai bila2....pertama kali kehilangan orang tersayang....
jadi bila kita lihat ujian Allah boleh datang dalam pelbagai rupa...tidak hanya kematian malah ada yang diuji dengan kemiskinan hidup,kekurangan sumber makanan dan lain2 lagi....sudah semestinya ada hikmah disebalik ujian yang Allah timpakan ke atas diri kita...mungkin sebelum ni ada sesuatu yang membuatkan Allah murka terhadap kita,maka diturunkan ujian untuk hambaNya supaya lebih sedar dan insaf...
kita sebagai hamba yang diciptaka dengan sebaik2 kejadian seharusnya tabah dan redha dalam menempuh ujian Allah yang membolehkan kita lebih dekat denganNya...renung kembali apa yang dah kita buat dan bermuhasabah untuk kebaikan kita...jangan sesekali kita tidak redha dengan ujian Allah..terimalah dengan hati yang ikhlas...Allah tahu apa yang kita tidak tahu....
Wallahua'lamu Bissowab..wassalam...
.... Dunia ini satu persinggahan. Setiap yang ada akan diambil kembali apabila tiba waktunya ....
Wednesday, February 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blogger templates
About this blog
"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....
peringatan...~
sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH
sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH
sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH
sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH
No comments:
Post a Comment