Saturday, February 13, 2010

tawakkal vs putus asa...

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...

tawakkal:-
berserah diri kepada Allah dalam melaksanakan sesuatu perancangan bersandarkan kepada kekuatannya dalam menjayakan sesuatu pekerjaan.firman Allah:-

"dan ingatlah sesiapa yang berserah diri kepada Allah,maka Allah cukupkan baginya untuk menolong dan menyelamatkannya..(Surah Al-Thalaq:3)

seorang lelaki yang hendak meninggalkan untanya tanpa ditambat datang kpada Rasulullah saw dan bertanya..."Ya Rasulullah,adakah unta tu perlu ditambat dahulu dan bertawakkal atau lepaskan saja dan bertawakkal"?Rasulullah saw menjawab "tambatlah terlebih dahulu dan kemuduan bertawakkal ".(Riwayat Al-Tirmizi)

kesan positif tawakkal:-

  • bebaskan manusia dari perasaan takut gagal.
  • mendorong seseorang untuk melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan.
  • sebagai sumber kekuatan manusia.
  • membentuk sifat optomis(fikir yang baik2 je) dalam diri manusia.
  • melahir sifat redha.


putus asa:-
hilang harapan yang membolehkan seseorang tu menghentikan sesuatu perbuatan..firman Allah:

"..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat dan Pertolongan Allah.sesungguhnya tidak berputus asa darpada rahmat Allah dan pertolongan Allah melainkan kaum kafir.."(Surah Yusuf:87)

3 perkara yang menghalang kejayaan seseorang iaitu jahil,sakit dan putus asa...semua tu ada penawarnya....kalau seseorang tu jahil tentu ubatnya kenalah menuntut ilmu..dan kalau sakit semestinya kita jumpa doktor.... putus asa pula hanya boleh dirawat oleh individu yang merasai sendiri dengan melawan unSur negatif dan kuatkan semangat serta tawakkal kepdA Allah..

jangan terlalu fikirkan kesusahan yang berpanjangan yang boleh menyebabkan kita putus asa...bila asyik fikir susah je,kita macam tak yakin yang Allah boleh bantu kita...kita seharusnya sentiasa mengIngati yang Allah mampu melakukan segala-galanya...jadi kita sebagai hamba tidak layak untuk rasa putus asa atas apa jua ketetapan allah kerana allah mengetahui dan maha adil dalam setiap perancangannya..

renung-renungkan...Wallahu A'lamu Bissowab...

dipetik dari SOLUSI edisi 16...

wassalam..

No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH