Sunday, June 27, 2010

finally, MAHER ZAIN was found...~

salam a'laik...


finally, i found my "brother" MAHER ZAIN...HA HA HA....perasan bagai nak rak...tak la...sebenarnya CD MAHER ZAIN yang saya dok tercari-cari tu akhirnya dah terbeli...hihihi....suka bangat...ALHAMDULILLAH...ade gak CD MAHER ZAIN setelah sekian lama mencarinya...
baru lah puas hati nak dengar lagu2 beliau...

adakah saya terlalu excited ngan CD MAHER ZAIN neh...rasa macam tak..hehehe...ala,bukan setakat CD beliau je,CD HIJJAZ DAN IN TEAM pun saya excited gak nak beli....(*-^)
janji nasyeed...

tapi hajat saya nak membeli CD MAROON 5,DAUGHTRY dan segala bagai lagi masih tak kesampaian...entah bila la...huhuhu.....
namun begitu, CD2 lagu melayu KECUALI NASYEED langsung tidak menarik perhatian saya...jangan marah!!!!!

ok la...itu sahaja...i'm happy NOW!!!!HE HE HE....

wassalam...

Tuesday, June 22, 2010

finding maher zain..~

salam alaik...


MAHER ZAIN...tau tak????...HE HE HE....Kalau sapa yang tak tau tu teramatlah rugi....best!!!!.....apa yang best....Google lah sendirik....hihihi...

alkisahnya nak mencari CD MAHER ZAIN ni memang susah....pegi sini takde,pegi sana takde...ISH ISH ISH...susah bangat....huhuhu....credit to inteam records kerana berjaya mengeluarkan CD MAHER ZAIN....(^-*)....

hari tu masuk kedai CD...si pencari ni bertanya lah kat tuan punya kedai...

si pencari:CD MAHER ZAIN ade????
si penjaga kedai: ape???
si pencari: MAHER ZAIN....
si penjaga kedai: blurr...sape tu....PENYANYI INDON KE????
si pencari: cessssss...(dalam hati)...tak la...penyanyi nasyeed la...

sampai hati dia cakap you an Indonesian guy....pity 4 you..GELAK kan dia...cakap MAHER ZAIN orang indon...HA HA HA HA HA HA HA....eh eh eh,lebih 2 pulak...sori la akak ye...hehehe...

pergi kedai yang satu lagi...HABIS STOK plak...huhuhu...ade ke dia bagi poster....
"saya taknak poster bang,nak yang ori punya"...hahaha....

walau apa pun nak cari gak CD MAHER ZAIN sampai dapat...tunjuk sket excited anda....hahaha....
mesti ade punya cuma tak tau bila je...

don't you worry MAHER ZAIN, I'll find you...HAHAHA...ayat tak ley blah....


MAHER ZAIN saya...eh tak....saya minat dia even dia tak kenal I...HAHAHA....

ok la....nanti jumpa CD MAHER ZAIN saya bagtau na...hehehe...

wassalam...

Sunday, June 20, 2010

masihku ingat: (4) : dedikasi buat ayah

assalamualaikum wbt...


dedikasi buat AYAH...~

AYAH,
Bagaikan baru semalam kau mengalunkan azan dan iqamah ke telingaku..
Bagaikan baru semalam kau mengajarkan aku menyebut nama ALLAH dan rasul-rasulnya…
Bagaikan baru semalam kau menepuk bahuku memberi kata-kata semangat..
Bagaikan baru semalam kau menegur akan kesalahanku….
Teguran yang membuatkan aku lebih berwaspada kelak…

AYAH,
terasa bagaikan semalam kau mengusap rambutku..
terasa bagaikan semalam kau mengucup dahiku…
terasa bagaikan semalam aku memelukmu erat…
terasa bagaikan semalam aku mencium tanganmu…
terasa bagaikan semalam semua itu berlaku...
alangkah indah waktu itu....

AYAH,
Terasa bagaikan semalam aku melihat wajah lesumu...
Yang mengundang resah buat semua...
Bagaikan terdengar suaramu menahan sakit..
Bagaikan terdengar suaramu meminta seteguk air…
Bagaikan terdengar batukan kecilmu…
Bagaikan terdengar suaramu berbicara…
Yang membuatkan aku merasai kau masih bersamaku…

AYAH,
Seakan tidak percaya kau sudah tiada lagi
Seakan tidak percaya kau sudah meninggalkan kami…
Terasa bagaikan semalam aku melihat wajahmu
Diselimuti kain dengan jasad tanpa nyawa…
Terasa bagaikan semalam aku melihat jasadmu diangkat….
Diangkat untuk dikafankan…
Diangkat untuk dikebumikan….
Terasa bagaikan semalam aku mengalami semua itu..

AYAH,
Terasa bagaikan engkau masih bersamaku…
Menemaniku setiap waktu dan setiap ketika….
Terasa bagaikan engkau masih berada di sisiku
Memberi kata-kata semangat untuk kuterus melangkah ke hadapan…
Namun itu hanyalah perasaan kecilku yang sentiasa merinduimu..
Pada segenap waktu dan ketika…

AYAH,
Doaku tidak pernah padam untukmu..
Bacaan ayat-ayat suci quran tidak pernah terhenti buatmu
Itu sahaja yang mampu aku lakukan sebagai seorang anak..
Sebagai seorang insan yang ditinggalkan…
Untuk bekalan tambahan buatmu disana..
Semoga kau tenang disana…
Semoga kau ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman…

AYAH,
Sesungguhnya aku sentiasa merinduimu….
Seringkali aku mengalirkan air mata tatkala menatap gambar-gambarmu….
Teringat kembali detik-detik kita bersama sepanjang hayatmu….
Semua itu tidak akan pernah terpadam dibenak fikiranku…
Hanya itu yang mampu aku lakukan sebagai membendung perasaan rindu terhadapmu
WAHAI AYAH…


~istimewa buat pengunjung-pengunjung blog ini terutamanya buat abang-abang dan kakak-kakak tercinta...~

tak lupa juga untuk mengucapkan HAPPY FATHER'S DAY buat abang-abang, abang-abang ipar dan juga buat insan-insan yang bakal atau sudah bergelar seorang AYAH...Sesungguhnya "YOU ARE A DAD,YOU ARE A HERO."

Sabda Rasulullah SAW..:“Setiap kalian adalah pemimpin dan tiap kalian akan ditanya atau dimintai tanggung jawab tentang apa yg dipimpinnya.”

wallahua'lam...

wassalam....

Friday, June 18, 2010

Nasib si telefon merah…~

salam....


Hari tu masa hari keluarga berlakulah satu insiden ke atas sebuah telefon merah yang ntah milk siapanya..HEHEHE….the owner was so excited to take a bath at the sea, forgotten her phone in her pocket…wahahah..Pity 4 the owner…she made absolutely a great havoc at that time...pity 4 the red phone too….

The red “gadget” was still new for her…the owner was so frustrated…HUHUHU….ape boleh buat..benda dah jadi…tu la…careless….hukhuk….

The red phone is still not getting any “treatment” yet…she does not know which “hospital” wants to refer….hahaha….Insya-Allah the phone will “get well” soon….hehehe…that’s her wishes….

PRESENTING the red "device"...(^-*)...~














google saja...yang ori sume takda...hilang bersama telefon...huhuhu...the owner sedang bersedih....:-((

ok...tu saja...

wassalam....

kisah Habil dan Qabil..~

salam a'laik....

masihkan anda semua ingat kisah HABIL DAN QABIL?kalau ada yang ingat Alhamdulillah,semoga ia menjadi pengajaran buat kita....bagi yang ingat2 lupa,marilah kita sama2 merenung kembali kiosah 2 orang putera NABI ADAM A.S ini....INSYA-ALLAH....

sebenarnya Habil dan Qabil ni bukan kembar...Qabil adalah abang kepada Habil...kedua-dua mereka dilahirkan dengan pasangan kembar masing2...Qabil bersama kembarnya Iqlima dan Habil bersama kembarnya Lubuda...
membesarlah kempat-empat mereka dengan kasih sayang Adam dan Hawa...
Qabil mahir dalam bidang pertanian manakala Habil mahir dalam bidang penternakan...

apabila perintah ALLAH kepada Nabi Adam supaya mengahwinkan anak2 lelakinya dengan puteri2nya, ditentang oleh Qabil yang tidak mahu mengahwini kembar Habil, Lubuda dengan alasan Lubuda tidak secantik adiknya,Iqlima....sangat demand kan Qabil!

uNtuk mengelakkan perpecahan itu terus berlaku,Nabi Adam A.S pun menyuruh Habil membawa peliharaannya dan Qabil pula membawa sekarung gandum untuk diletakkan di atas bukit.Kemudian dengan disaksikan oleh seluruh anggota keluarga Adam yang menanti dengan hati berdebar apa yang akan terjadi di atas bukit di mana kedua korban itu diletakkan, terlihat api besar yang turun dari langit menyambar kambing binatang korban Habil yang seketika itu musnah ternakan oleh api sedang karung gandum kepunyaan Qabil tidak tersentuh sedikit pun oleh api dan tetap tinggal utuh.

jadi,dengan demikian keluarlah Habil sebagai pemenang dalam pertaruhan itu karena korban kambing telah diterima oleh Allah sehingga dialah yang mendapat keutamaan untuk memilih siapakah di antara kedua gadis saudaranya itu yang akan dipersandingkan menjadi isterinya. Qabil kesal dan marah dengan niat nak membunuh Habil apabila ketiadaan ayahnya kelak..Masya-ALLAH,sampai begitu sekali...

selepas Nabi Adam AS meninggalkan rumah,pergi lah Qabil menghadap saudaranya Habil untuk membalas dendam..namun,
Habil berkata:"Adakah aku berdosa kerana Allah telah menerima korbanku dan menolak korbanmu?Tidakkah engkau telah bersetuju cara penyelesaian yang diusulkan oleh ayah sebagaimana telah kita laksanakan?Janganlah tergesa-gesa wahai saudaraku, mempertaruhkan hawa nafsu dan ajakan syaitan! Kawallah perasaanmu dan fikirlah masak- masak akan akibat perbuatanmu kelak!
Ketahuilah bahawa Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang bertakwa yang menyerahkan dengan tulus ikhlas dari hati yang suci dan niat yang murni.Adakah mungkin sesekali bahawa korban yang engkau serahkan itu engkau pilihkannya dari gandummu yang telah rosak dan busuk dan engkau berikan secara terpaksa bertentangan dengan kehendak hatimu, sehingga ditolak oleh Allah, berlainan dengan kambing yang aku serahkan sebagai korban yang sengaja aku pilihkan dari perternakanku yang paling sihat dan kucintai dan ku serahkannya dengan tulus ikhlas disertai permohonan diterimanya oleh Allah.

Renungkanlah, wahai saudaraku kata-kataku ini dan buangkanlah niat jahatmu yang telah dibisikkan kepadamu oleh Iblis itu, musuh yang telah menyebabkan turunnya ayah dan ibu dari syurga dan ketahuilah bahawa jika engkau tetap berkeras kepala hendak membunuhku, tidaklah akan aku angkat tanganku untuk membalasmu kerana aku takut kepada Allah dan tidak akan melakukan sesuatu yang tidak diredhainya.Aku hanya berserah diri kepada-Nya dan kepada apa yang akan ditakdirkan bagi diriku."

namun kata2 itu ibarat mencurahkan air ke daun keladi buat Qabil...dia tidak menghiraukan kata2 Habil ditambah pula dengan hasutan iblis laknatullah yang berterusan...sehinggakan iblis menjelma dengan seekor burung yang dipukul kepalanya sampai mati..begitulah juga cara Qabil membunuh Habil..jatuhlah Habil sebagai korban keganasan saudara kandungnya sendiri dan sebagai korban pembunuhan pertama dalam sejarah manusia

Qabil pulak gelisah apa yang perlu dilakukan memandangkan mayat Habil semakin busuk..
Kebingungan dan kesedihan Qabil tidak berlangsung lama kerana ditolong oleh suatu contoh yang diberikan oleh Tuhan kepadanya sebagaimana ia harus menguburkan jenazah saudaranya itu.Allah s.w.t. Yang Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana, tidak rela melihat mayat hamba-Nya yang soleh dan tidak berdosa itu tersia-sia demikian rupa, maka dipertunjukkanlah kepada Qabil, bagaimana seekor burung gagak menggali tanah dengan kaki dan paruhnya, lalu menyodokkan gagak lain yang sudah mati dalam pertarungan, ke dalam lubang yang telah digalinya, dan menutupi kembali dengan tanah. Melihat contoh dan pengajaran yang diberikan oleh burung gagak itu, termenunglah Qabil sejenak lalu berkata pada dirinya sendiri:"Alangkah bodohnya aku, tidakkah aku dapat berbuat seperti burung gagak itu dan mengikuti caranya menguburkan mayat saudaraku ini?"

setelah Nabi Adam A.S pulang,beliau dapat mengesyaki apa yang telah terjadi kepda puteranya yang soleh,bertaqwa dan berbakti kepda orang tuanya..Pada akhirnya terbukti bahawa Habil telah mati dibunuh oleh Qabil sewaktu peninggalannya.Ia sangat sesal di atas perbuatan Qabil yang kejam dan ganas itu di mana rasa persaudaraan, ikatan darah dan hubungan keluarga diketepikan sekadar untuk memenuhi hawa nafsu dan bisikan yang menyesatkan.

Menghadapi musibah itu, Nabi Adam hanya berpasrah kepada Allah menerimanya sebagai takdir dan kehendak-Nya seraya mohon dikurniai kesabaran dan keteguhan iman baginya dan kesedaran bertaubat dan beristighfar bagi puteranya Qabil.

oh ya...kawan-kawan boleh rujuk kisah Habil dan Qabil ni dalam surah "Al- Maaidah" ayat 27 sehingga ayat 32 .

moral of the story:-

1 ) Bahawasanya Allah s.w.t. hanya menerima korban dari seseorang yang menyerahkannya dengan tulus dan ikhlas, tidak dicampuri dengan sifat riyak, takabur atau ingin dipuji.Barang atau binatang yang dikorbankan harus yang masih baik dan sempurna dan dikeluarkannya dari harta dan penghasilan yang halal.Jika korban itu berupa binatang sembelihan, harus yang sihat, tidak mengandungi penyakit atau pun cacat, dan jika berupa bahan makanan harus yang masih segar dan belum rosak atau busuk.

2) penyelesaian jenazah manusia yang terbaik adalah dengan cara penguburan sebagaimana telah diajarkan oleh Allah kepada Qabil.itulah cara paling sesuai dengan martabat manusia sebagai makhluk yang dimuliakan dan diberi kelebihan oleh Allah di atas makhluk-makhluk lainnya, menurut firman Allah dalam surah "Al-Isra" ayat 70 yang bererti ; "Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam.Kami angkut mereka di daratan dan di lautan.Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan."


Wallahua'lam...
semoga bermanfaat buat kita semua...salah silap antara saudara takkan lah sampai bawak ke kes membunuh kan?....Na'uzubillah...kita cuba selesaikan dengan cara yang terbaik yang mana mampu memuaskan hati semua pihak....

wassalam...

Wednesday, June 16, 2010

Ceritera di Gombak; finale ~

assalamualaikum wbt....


Alhamdulillah, exam sudah tamat petang tadi…SERONOK! Rasa macam keawang-awangan dah neh…saya sedang terbang tinggi....HE HE HE…..
oh ya, dua bulan kat GOMBAK, apa yang boleh disimpulkan…

penat saya "menggoreng" di CAC FOYER 3,tempat bakal saya grad nanti...INSYA-ALLAH...tapi macam tak cukup rasa...hahaha....walau apa pun...I've done my best...oh ALLAH,please help me and accept my prayer....

Kesimpulannya hidup di KUANTAN lagi best la...”BARU ADE LIFE”…bak kate EMA…HAHAHA….nanti akan ade n3 rumusan pasal ni…tunggu ye…

babai SAFIYYAH...nanti saya tumpang "rumah" kamu lagi tahun depan...HIK hik HIK....

nota kecil yang ditinggalkan untuk saya seusai mereka pergi..terharunye...tq...(^-*)

======DAN=======

Minggu depan start “VILLAGE OF KNOWLEDGE 2010” bertempat di CTS building…tak sbar plak nak pegi….RINDU kat kawan2….ececece….ye ke????Eh of course lah…dia ni tak pernah cakap sebarangan….sudah...dia sudah perasan…

memang pun...saya rindu suasana ni...


melayan bowling...walaupun tak seterer SHALIN...hahaha.....tapi cukuplah sekadar tak pecah lane...kahkahakah....





dan juga pekena "CHEESY WEDGES" seround...HIHIHI...

di atas adalah benda wajib yang kami buat kalau keluar.....hehe....itu tak termasuk proses mebeli air mineral...

rindu tempat ni jugak....oho...~


====ALAMAK,jauh dah melencong...sorry....go on=====

layan gambar kat GOMBAK plak ye....



bergambar sakan lepas exam tadi..:-D




Bye bye GOMBAK….nanti kalo saya rajin next year saya datang jumpa kamu lagi ye….HAHAHA….Nampak gaya macam nak rasa cuti lama…nak tv walking kat rumah….hamboih…jauhnye angan2…HEHEHE….

tq to DR SUHAIMI and MADAM SAZLINA...both of you are wonderful..i love your lectures...hope to see both of you again....

itu sahaja...ceritera di GOMBAK berakhir di disini...akan disambung ceritera di tempat asal plak..hehehe....

~semoga ALLAH mempermudahkan urusan hamba-NYA ini...INSYA-ALLAH....~

wassalam....

Sunday, June 13, 2010

apa yang saya jawab..~

assalamualaikum wbt....


hari ni first day exam.....start dengan INTERNATIONAL BUSINESS...so,how was it????
ntah la....saya rasa cam tak yakin je....HUHUHU....macam mana nak score untuk sem ni...habis je exam tadi,terfikir "apa yang aku jawab tadi"???aneh bukan?????

saya rasa da buat yang terbaik...even ada yang dapat mesej dari saya mengatakan takde mood nak study...tapi akhirnya mood untuk study datang...oyeehhh...bila terfikir exam tadi,jadi takut plak...macam mana neh???HUHUHU....

saya jadi tak yakin dengan diri sendiri....kenapa jadi macam ni....

**ALLAH nak suruh saya buat yang terbaik masa akan datang...**
**mungkin saya ada tersengaja buat sesuatu yang menimbulkan kemarahan orang lain...who knows??but,Nauzubillah....**
**mungkin saya tak cukup preparation sangat...**
**adakah saya sangat main2 sem ni????**
**tapi saya yakin bonda sudah mendoakan yang terbaik buat saya....**
**dan saya yakin ALLAH akan membantu hamba-NYA....**
**saya yakin "setiap kesusahan ada kesenangan"**

saya akan cuba buat yang terbaik lagi masa akan datang..lumrah hidup sekejap kita diatas sekejap kita dibawah...so,buat pembaca yang terbaca,tersinggah,tersengaja singgah ke blog ni,dokan saya....sila lontarkan kata2 semangat anda buat saya....HUHUHU...

semoga saya diberi kekuatan,ketabahan dan kesabaran...ada satu paper lagi this WEDNESDAY....

wassalam....

Rejab 1431H..~

Salam a'laik...


sedar tak sedar kita dah nak masuk bulan REJAB...Alhamdulillah...dan Insya-Allah esok dah masuk 1 REJAB 1431H....Lagi 2 bulan kita bertemu kembali RAMADHAN KARIM....mudha-mudahan..

jadi di sini ingin saya kongsikan bersama anda semua apa kelebihan bulan REJAB ni...seperti yang kita tahu bulan REJAB ni adalah BULAN ALLAH...maka banyaklah kelebihannya...

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu, maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

~fadilat bulan REJAB...~

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."

Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."

Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"

Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."

demikianlah keistimewaan bulan REJAB yakni bulan ALLAH buat hamba-hamba-NYA yang sentiasa inginkan kebaikan....

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

semoga kehadiran bulan REJAB ni membantu kita untuk menambahkan ibadah kepada ALLAH untuk masa kini dan juga masa2 akan datang...INSYA-ALLAH...marilah kita sama2 berusaha ke arah kebaikan disamping untuk mendapat keredhaan ALLAH...

~SESUNGGUH NYA KEJAYAAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT BERGANTUNG SEJAUH MANA KITA DAPAT MENTAATI PERINTAH ALLAH S.W.T DAN MENGIKUT JEJAK LANGKAH YANG DITUNJUKI OLEH BAGINDA RASUL S.A.W. ~

Wallahu a'lam...

wassalam...

Thursday, June 10, 2010

ceritera di gombak; part 7 ~

salam a'laik...~

today is THURSDAY....and today is my last lecture day for this semester...Alhamdulillah,praise be to ALLAH....

i got my carry mark just now for INTERNATIONAL BUSINESS...well,not half bad...huhu...one more thing, i must put a lot of efforts for my final exam...

and...i need to complete my last assignment for this semester that will be submitted tomorrow...huhu....caiyok!!!!...80% done by me....HEHEH...Insya-Allah,by tonight,everything will be settled..

I'll have my first final exam paper this SUNDAY and continue on this WEDNESDAY...so,what's are your feeling right now????HOHO...absolutely nothing in my mind because my mood is still in assignment mood..HUHU...

last but not least, do pray for me...may ALLAH gives me strength to study and answer the questions with ease...INSYA-ALLAH...









miss KUANTAN A LOT...
rindu BUS SEKOLAH KUNING...HAHAHHA....


wassalam...

Tuesday, June 8, 2010

family day 2010: gambar2~

anak2 dara ma...
posing maut mak ngah dan ayah su..~

hahaa..lari2..

anak2 sedare...cucu2 tok wan yang kedua..yang sulungnya malu nak amik gambar..sukila yang malu ke anak sedare yang mali,sebab kami sama umur..hoho...
selepas acara sukaneka...purple sume..imani yang kecik tu pu ada baju...
orang kuat kita...heh..~
cake 4 the kids....

kontroversi kah ini...hehhheeh....
nak balik dah..jumpa lagi...


posing dari diri saya ..hehe...


kami adik beradik


buleh hadiah..oyeeheh..~




















urusetia..~


itu sahaja buat kali ini.....banyak sangat..ponat den..hhehe


wassalam.

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH