Friday, June 18, 2010

kisah Habil dan Qabil..~

salam a'laik....

masihkan anda semua ingat kisah HABIL DAN QABIL?kalau ada yang ingat Alhamdulillah,semoga ia menjadi pengajaran buat kita....bagi yang ingat2 lupa,marilah kita sama2 merenung kembali kiosah 2 orang putera NABI ADAM A.S ini....INSYA-ALLAH....

sebenarnya Habil dan Qabil ni bukan kembar...Qabil adalah abang kepada Habil...kedua-dua mereka dilahirkan dengan pasangan kembar masing2...Qabil bersama kembarnya Iqlima dan Habil bersama kembarnya Lubuda...
membesarlah kempat-empat mereka dengan kasih sayang Adam dan Hawa...
Qabil mahir dalam bidang pertanian manakala Habil mahir dalam bidang penternakan...

apabila perintah ALLAH kepada Nabi Adam supaya mengahwinkan anak2 lelakinya dengan puteri2nya, ditentang oleh Qabil yang tidak mahu mengahwini kembar Habil, Lubuda dengan alasan Lubuda tidak secantik adiknya,Iqlima....sangat demand kan Qabil!

uNtuk mengelakkan perpecahan itu terus berlaku,Nabi Adam A.S pun menyuruh Habil membawa peliharaannya dan Qabil pula membawa sekarung gandum untuk diletakkan di atas bukit.Kemudian dengan disaksikan oleh seluruh anggota keluarga Adam yang menanti dengan hati berdebar apa yang akan terjadi di atas bukit di mana kedua korban itu diletakkan, terlihat api besar yang turun dari langit menyambar kambing binatang korban Habil yang seketika itu musnah ternakan oleh api sedang karung gandum kepunyaan Qabil tidak tersentuh sedikit pun oleh api dan tetap tinggal utuh.

jadi,dengan demikian keluarlah Habil sebagai pemenang dalam pertaruhan itu karena korban kambing telah diterima oleh Allah sehingga dialah yang mendapat keutamaan untuk memilih siapakah di antara kedua gadis saudaranya itu yang akan dipersandingkan menjadi isterinya. Qabil kesal dan marah dengan niat nak membunuh Habil apabila ketiadaan ayahnya kelak..Masya-ALLAH,sampai begitu sekali...

selepas Nabi Adam AS meninggalkan rumah,pergi lah Qabil menghadap saudaranya Habil untuk membalas dendam..namun,
Habil berkata:"Adakah aku berdosa kerana Allah telah menerima korbanku dan menolak korbanmu?Tidakkah engkau telah bersetuju cara penyelesaian yang diusulkan oleh ayah sebagaimana telah kita laksanakan?Janganlah tergesa-gesa wahai saudaraku, mempertaruhkan hawa nafsu dan ajakan syaitan! Kawallah perasaanmu dan fikirlah masak- masak akan akibat perbuatanmu kelak!
Ketahuilah bahawa Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang bertakwa yang menyerahkan dengan tulus ikhlas dari hati yang suci dan niat yang murni.Adakah mungkin sesekali bahawa korban yang engkau serahkan itu engkau pilihkannya dari gandummu yang telah rosak dan busuk dan engkau berikan secara terpaksa bertentangan dengan kehendak hatimu, sehingga ditolak oleh Allah, berlainan dengan kambing yang aku serahkan sebagai korban yang sengaja aku pilihkan dari perternakanku yang paling sihat dan kucintai dan ku serahkannya dengan tulus ikhlas disertai permohonan diterimanya oleh Allah.

Renungkanlah, wahai saudaraku kata-kataku ini dan buangkanlah niat jahatmu yang telah dibisikkan kepadamu oleh Iblis itu, musuh yang telah menyebabkan turunnya ayah dan ibu dari syurga dan ketahuilah bahawa jika engkau tetap berkeras kepala hendak membunuhku, tidaklah akan aku angkat tanganku untuk membalasmu kerana aku takut kepada Allah dan tidak akan melakukan sesuatu yang tidak diredhainya.Aku hanya berserah diri kepada-Nya dan kepada apa yang akan ditakdirkan bagi diriku."

namun kata2 itu ibarat mencurahkan air ke daun keladi buat Qabil...dia tidak menghiraukan kata2 Habil ditambah pula dengan hasutan iblis laknatullah yang berterusan...sehinggakan iblis menjelma dengan seekor burung yang dipukul kepalanya sampai mati..begitulah juga cara Qabil membunuh Habil..jatuhlah Habil sebagai korban keganasan saudara kandungnya sendiri dan sebagai korban pembunuhan pertama dalam sejarah manusia

Qabil pulak gelisah apa yang perlu dilakukan memandangkan mayat Habil semakin busuk..
Kebingungan dan kesedihan Qabil tidak berlangsung lama kerana ditolong oleh suatu contoh yang diberikan oleh Tuhan kepadanya sebagaimana ia harus menguburkan jenazah saudaranya itu.Allah s.w.t. Yang Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana, tidak rela melihat mayat hamba-Nya yang soleh dan tidak berdosa itu tersia-sia demikian rupa, maka dipertunjukkanlah kepada Qabil, bagaimana seekor burung gagak menggali tanah dengan kaki dan paruhnya, lalu menyodokkan gagak lain yang sudah mati dalam pertarungan, ke dalam lubang yang telah digalinya, dan menutupi kembali dengan tanah. Melihat contoh dan pengajaran yang diberikan oleh burung gagak itu, termenunglah Qabil sejenak lalu berkata pada dirinya sendiri:"Alangkah bodohnya aku, tidakkah aku dapat berbuat seperti burung gagak itu dan mengikuti caranya menguburkan mayat saudaraku ini?"

setelah Nabi Adam A.S pulang,beliau dapat mengesyaki apa yang telah terjadi kepda puteranya yang soleh,bertaqwa dan berbakti kepda orang tuanya..Pada akhirnya terbukti bahawa Habil telah mati dibunuh oleh Qabil sewaktu peninggalannya.Ia sangat sesal di atas perbuatan Qabil yang kejam dan ganas itu di mana rasa persaudaraan, ikatan darah dan hubungan keluarga diketepikan sekadar untuk memenuhi hawa nafsu dan bisikan yang menyesatkan.

Menghadapi musibah itu, Nabi Adam hanya berpasrah kepada Allah menerimanya sebagai takdir dan kehendak-Nya seraya mohon dikurniai kesabaran dan keteguhan iman baginya dan kesedaran bertaubat dan beristighfar bagi puteranya Qabil.

oh ya...kawan-kawan boleh rujuk kisah Habil dan Qabil ni dalam surah "Al- Maaidah" ayat 27 sehingga ayat 32 .

moral of the story:-

1 ) Bahawasanya Allah s.w.t. hanya menerima korban dari seseorang yang menyerahkannya dengan tulus dan ikhlas, tidak dicampuri dengan sifat riyak, takabur atau ingin dipuji.Barang atau binatang yang dikorbankan harus yang masih baik dan sempurna dan dikeluarkannya dari harta dan penghasilan yang halal.Jika korban itu berupa binatang sembelihan, harus yang sihat, tidak mengandungi penyakit atau pun cacat, dan jika berupa bahan makanan harus yang masih segar dan belum rosak atau busuk.

2) penyelesaian jenazah manusia yang terbaik adalah dengan cara penguburan sebagaimana telah diajarkan oleh Allah kepada Qabil.itulah cara paling sesuai dengan martabat manusia sebagai makhluk yang dimuliakan dan diberi kelebihan oleh Allah di atas makhluk-makhluk lainnya, menurut firman Allah dalam surah "Al-Isra" ayat 70 yang bererti ; "Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam.Kami angkut mereka di daratan dan di lautan.Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan."


Wallahua'lam...
semoga bermanfaat buat kita semua...salah silap antara saudara takkan lah sampai bawak ke kes membunuh kan?....Na'uzubillah...kita cuba selesaikan dengan cara yang terbaik yang mana mampu memuaskan hati semua pihak....

wassalam...

No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH