Thursday, July 29, 2010

" MR M, silalah jangan ganggu saya"....

salam alaik....


sebut pasal "MR.M" ni...sebenarnya saya dah lama kenal...cuma tak heboh je..nanti jadi lain...hehehe.....kenal "MR.M" ni masa sekolah lagi dan stay sampai sekarang walaupun kadang2 saya jadi geram dengannya...sabar je la...huhuhu....

status "MR.M" masih lagi dirahsiakan....sabar ye....nanti anda tahu la siapa gerangannya....hehehe.....

"MR.M" ni sebenarnya macam chips more...kejap ada kejap takde...tapi biasanya memang sentiasa ada lah...cuma saya je "ignore" kan dia....tapi taklah selalu ignorekan dia...kadang-kadang je....memang perlu pun "MR.M" ni untuk certain masa je la...kalau selalu memang tak tau nak kata apa dah..penat layan "kerenah" nya....

tapi kebiasaannya "MR.M" kerap "berhubung" ngan saya masa weekend je...waktu lain kurang lah..mungkin sebab banyak kerja..."dia" paham...so,saya berjaya meng"ignore"kan dia....hehehe....bila weekend je,memang "dia" sentiasa ada...tak tau macam mana nak halang "beliau" dari menganggu saya terutamanya masa weekend....

sukar sebenarnya nak "berpisah" ngan "MR.M" ni...melainkan memang betul2 la...kalau buat betul2,confirm "MR.M" tak ganggu saya lagi....tapi macam mana ye??????pusing gue...tapi saya yakin,saya boleh "kalah" kannya....huhuhu....



**********************
*********************************
**************************************



********************
*********************************
****************************************


##############
############################
######################################


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^




sebenarnya "sayang" sikit je kat "MR.M"...tak leh sayang banyak2...nanti jadi lain....

okey....sekarang saya perkenalkan my "MR.M" yang sangat "memahami" saya....hahaha.....



"MR M.A.L.A.S......."

Yang sentiasada bersama-sama saya....mungkin juga bersama-sama anda...hehehe....




~jangan jadikan "MR.M" merobohkan segala impian kita.... mari kita lawan sama dia....

(^-*)

(^-*)

(^-*)


itu sahaja n3 yang tak tersangatlah mengarutnya...sekadar suka-suka..hehehe....


diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, ia berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
"daripada kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak berguna."
(diriwayatkan oleh Al-Tirmizi dan selainnya seperti ini)


wassalam...

Wednesday, July 28, 2010

debu-debu dosa...~

salam alaik....


istimewa buat semua....renung-renungkan..semoga bermanfaat buat kita semua walaupun hanyalah satu lirik lagu...INSYA-ALLAH...

~debu-debu dosa~

Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi

Artist: Hijjaz
Album: Damai


tak terkira betapa banyaknya dosa-dosa kita kepada ALLAH sama ada dalam sedar atau tidak.....ASTAGHFIRULLAH.....

Dalam kita sibuk mengejar kemewahan dunia,kita melupakan "makanan rohani" untuk bekalan kita kelak..yang sebenarnya hanyalah sebuah tipu daya yang sering membuat manusia menjadi lupa dan alpa....


"YA ALLAH....seringkali aku melupakanmu di waktu susahku...seringkali aku melupakan untuk mengucapkan syukur di waktu senangku...ampunilah segala dosa-dosaku sama ada dalam sedar ataupun tidak...hanya kepada Engkaulah aku meminta pertolongan....wahai tuhan yang maha pemurah lagi maha pengampun....perkenankan doa hamba-MU ini...amin..."


~FASTABIQUL KHOIRAT~





Wallahu a'lam....

wassalam....

Saturday, July 24, 2010

Masih kuingat (5) : Tok wan mana???

salam a'laik....


Dah hampir 11 bulan arwah ayah kembali ke rahmatullah….namun bagaikan semalam peristiwa tu berlaku..macam semalam je kami balik tengok arwah sakit..macam baru je kami tengok jasad arwah diangkat untuk dikebumikan…

Alhamdulillah kami semua (saya dan kakak2 serta abang2) sempat melihat wajah arwah ayah buat kali terakhir…begitu juga dengan cucu2 arwah ayah….

Memang tak dinafikan mereka semua tengok arwah tok wan diaorang terbujur kaku tanpa nyawa…ditutup kain hingga ke kepala..gaya macam tidur….dan juga mereka tengok arwah tok wan di kafankan….juga cium arwah tok wan diaorang…

Masa arwah ayah sakit kat hospital pun mereka semua sempat tengok even kena tahan dekat guard…mase tu H1N1 sangat popular menyebabkan kanak2 tidak dibenarkan untuk melawat…tapi kami bukanlah sekejam itu…bawak masuk jugak si kecil2 itu secara sorok2 tanpa pengetahuan guard…huhuhu…

kalau yang sudah besar panjang saya consider mereka mungkin tahu apa itu kematian….
Kita diciptakan dan kita dikembalikan kepada pencipta kita….

Tapi bagi yang kecik2 seperti Wahidah,Amir,Aisyah,Ismail(masa arwah ayah takde dulu,kanak2 ini dalam lingkungan 3 ke 4 tahun) dan si kecil yang lain…adakah mereka tahu apa itu kematian???

Seringkali persoalan ini ditujukan kepada si kecil2 ini..

“Ismail,tok wan mana?”
“Tok wan dah meninggal”…..
mase tu Ismail 4 tahun…paham ke dia ape tu “meninggal”..atau dia hanya dengar orang sebut dan ikut…

Dan si kecil ini

“Aisyah,tok wan mana?”
“tok wan kat kampong la”....
ape maksudnya hanya dia saja yang tahu…kampung tu kat rumah atau tempat lain…

Bila ditanya pada si kecil ini…

“Amir,tok wan mana?”
“tok wan pegi keje”…
salah satu jawapannya….dan....
”tok wan duduk rumah dia la”…
haaa..yang ni pun tak diketahui maksudnya yang sebenar….

Bila terdengar si kecil ini bertanya mamanya...

“mama,tok wan pergi macam nenek ye???”

Oh...mungkin si kecil ini tahu tapi mungkin juga tak faham apa itu kematian…

Seringkali soalan2 itu saya tanyakan buat anak2 kecil ini…..masa arwah takde mereka semua masih belum bersekolah….yang lain kecik2 lagi…kalau yang dah bersekolah dan keatas mereka dah faham….

mungkin ada sedikit pelik buat si kecil ini bila balik kampong,tok wan takde….tinggal tok ma je…mana tok wan yang selalu tunggu cucu2 dia balik rumah,yang sering bergurau senda,yang sering beli itu ini untuk cucu2nya…???

Mungkin semua itu terjawab bila mana mereka dah faham apa itu kematian…..mungkin masa tu dah terjawab tok wan dimana….

Namun semestinya tok wan pasti gembira melihat kalian membesar sekiranya panjang umur….juga gembira dengan kelahiran kalian dan dengan senang hati mendendangkan selawat ke telinga kecil kalian…

Semoga kalian tidak lupa untuk mensedekahkan AL-FATIHAH buat arwah tok wan kalian…ingatlah kembali detik2 kalian bersama arwah tok wan yang menggembirakan semua…tataplah gambar arwah tokwan yang menjadi pengubat rindu buat kita semua…

Sekiranya masa boleh diputarkan kembali,kalian seharusnya tahu bahawasanya arwah tokwan sangat2 sayang cucu2nyasangat merindui gelak tawa cucu2nya sewaktu dulu…seringkali menunggu kepulangan kalian semua….seringkali tidak pernah melupakan cucu-cucunya sewaktu hayatnya…

Hanya kenangan bersama arwah tokwan buat pengubat rindu kalian semua….kenangan yang tak mungkin kalian lupakan sampai bila-bila…tahun ni adalah tahun kedua kalian tidak dapat berpuasa dan berhari raya bersama tokwan….

Mungkin n3 ini tidak dibaca oleh anak2 saudaraku sekalian…tapi dibaca oleh ibubapa mereka…khas buat anak-anak saudaraku yang tercinta…hidup kita tak semua hingga ke akhir hayat…kita akan diambil oleh pencipta kita bila-bila masa sahaja….sudah tertulis dalam suratan nyawa arwah tokwan kalian diambil dahulu…semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman….amin…AL-FATIHAH!




sebetulnya diri kalian sendiri yang lebih mengetahui,lebih merasai kehilangan arwah tok wan kalian sebagai seorang cucu....

semoga kita semua akan terus berukhuwah hingga ke akhir hayat walaupun orang yang kita sayang telah pergi buat selama-lamanya....INSYA-ALLAH....

firman ALLAH dalam surah al-a'raf ayat 34 yang bermaksud :

"dan setiap umat mempunyai ajal.apabila ajalnya tiba ,mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatkan walaupun sesaat."


salam sayang dan rindu dari sukila...



wassalam.....

Friday, July 23, 2010

CTS 091 ukhuwah day....~





assalamualaikum wbt...


setelah dua minggu start sem baru dapat jugak kami berkumpul satu batch pagi tadi untuk "CTS 091 UKHUWAH DAY"......Walaupun dah sibuk dengan assignment dan tutorial serta komitmen yang lain....ALHAMDULILLAH...ALLAH beri kita peluang untuk terus berukhuwah walaupun kat kelas dah jumpa hari-hari kan...

tapi aktiviti sama-sama kat luar semestinya tak sama dengan jumpa dalam kelas...kalau kat kelas semua tunjuk muka "ketat" masa belajar...focus!!!!!...hehehe....

walaupun dah hampir 3 tahun kenal,start dari CENFOS PJ lagi sampai la sama2 masuk UIA KUANTAN sama2 satu kelas nak masuk 2 tahun dah...tapi rupa-rupanya banyak lagi yang kita tak tau pasal kawan kita even dah jumpa hari2 pun....

pagi tadi banyaklah jugak aktiviti sampai ke tengah hari....semuanya ber"motif"kan nak lebih mengenali antara satu sama lain...tarikh lahir bape hari bulan..asal mana...adik beradik bape orang...kelebihan...nasihat2....semua tu ade yang kita tak tahu...bagus gak gini...at least tau dia tu orang mana...hahaha....

harapnya aktiviti begini akan diadakan pada masa akan datang....barulah ukhuwah antara kita ni bertambah kukuh...INSYA-ALLAH....gembira-gembira gak study jangan lupa...semester ni dah makin mencabar,makin bertambah kesusahannya....

semoga kita semua dapat buat yang terbaik untuk semester ni...lupakan yang lama...kita tanamkan tekad dan azam untuk berusaha dengan gigih kali ni....tak lupa juga untuk memohon pertolongan ALLAH yang sentiasa mendengar setiap permintaan hamba-hamba-NYA....

lihat saja gambar2 dibawah yang menjadi saksi aktiviti pada hari ini..:-D



berkumpul sebelum gerak......




jalan -jalan....




sisters.....





masjid dalam pembinaa....eh tiba-tiba plak...hehehe...saja tunjuk.....


haaa....nampak tak makhluk kecik tu....cuba lihat betul2..apakah ia?????



sungguh...khusyuk.....~


rakyat kelantan di perantauan...hahahaha.....


senaman...baik untuk kesihatan.....
silalah rajin bersenam...hehehe....

ukhuwah fillah abadan abada.....


itu saja gambar yang bisa dikongsi bersama....

diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a ia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

"janganlah kalian saling mendengki,jangan saling menipu,membenci,membelakangi dan janganlah kalian menjual atas jualan sebahagian yang lain.
dan jadilah kalian hamba2 ALLAH yang bersaudara.
orang muslim adalah saudara terhadap muslim yang lain,.maka,jangan menzaliminya,jangan membiarkannya,jangan membohonginya dan jangan merendahkannya.
taqwa itu disini (seraya baginda menunjuk ke dadanya dan mengulanginya 3 kali).
cukuplah seseorang dikategorikan jahat apabila dia merendahkan saudaranya sesama islam.
seluruh orang islam atas islam itu haram darahnya,hartanya dan kehormatannya."


saya "sayang" CTS
sebab ia "cantik","handsome","pandai",sangat "mencabar" dan segala macam lagi....
sayang CTS sebab saya suka CTS....(*-^)


wassalam......

Wednesday, July 21, 2010

kemuliaan seorang ibu...~

assalamualaikum wbt...


hadis sahih yang diriwayatkan oleh BUKHARI DAN MUSLIM mengisahkan bahawa ada seorang lelaki bertanyakan RASUSLULLAH SAW....

"wahai Rasulullah...siapakah orang yang berhak aku hormati?"....
baginda menjawab..."ibumu.'
lelaki itu bertanya kembali..."kemudian?"
baginda menjawab lagi..."ibumu."
lelaki itu bertanya sekali lagi.."kemudian?"
jawab Rasulullah SAW..."ibumu."
lelaki itu terus bertanya..."kemudian siapa lagi?"
baginda menjawab.."bapamu."

SUBHANALLAH...tingginya darjat seorang ibu dari pandangan Rasulullah SAW...Kemuliaan yang ada pada seorang ibu menjadi keutamaan bagi baginda sehinggakan baginda meletakkan seorang ibu perlu dihormati selepas ALLAH dan RASULULLAH....

"syurga itu di bawah telapak kaki ibu"....ungkapan tu sering kita dengar..kalau dulu fikir macam mana syurga dok bawah telapak kaki?????pelikkan....tapi sebenarnya ungkapan yang menggambarkan mulianya seorang ibu di sisi agama....kasih sayang ibu membawa ke syurga....

sesuatu yang tak dapat kita nafikan...ibu yang mengandungkan kita,melahirkan kita,menatang kita bagai minyak yang penuh,beri didikan yang secukupya,,,beri perlindungan yang terbaik....masa kita sakit, siapa yang tak tidur risaukan kita...masa kita sedih,siapa yang tak selera makan fikirkan kita...

"""tapi kenapa ramai yang keluar dari perut ibu kemudiannya tidak memahami kasih sayang dan taggungjawab terhadap ibu..."""...Na'uzubillah...

kalau kita kembali menghayati kisah-kisah tauladan yang pernah diceritakan bagaimana balasan orang yang bersikap buruk terhadap ibunya...

bagaimana ALLAH turunkan balsan kepada Alqomah yang mementingkan isterinya berbanding ibunya sendiri walaupun beliau asalnya seorang pemuda yang rajin beribadah...lalu ALLAH jadikan Alqomah sukar untuk mengucapkan dua kalimah syahadah apabila ajalnya bertamu sehinggalah diampunkan oleh ibunya sendiri....

sebenarnya banyak lagi kisah -kisah tauladan yang boleh kita ambil iktibar....ingatkah anda pada "SI TANGGANG" anak derhaka yang disumpah ibunya menjadi batu gara-gara melupakan ibunya sendiri....

itu la sebenarnya dahsyatnya kata-kata seorang ibu....lebih tajam lagi dari sebilah pisau yang baru diasah...

Firman ALLAH...
"Janganlah kamu menyembah selain daripada ALLAH dan berbiat baiklah kepada kedua ibu bapamu." (surah Al-Baqarah:83)

ALLAH juga berfirman dalam surah An-Nahl ayat 78:
"ALLAH mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan dia memberikan kepadamu pendengaran,penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur."


ibu...adalah ratu hati kita.....

ma..adalah segala-galanya buat saya...yang tak pernah mengeluh...yang tak pernah merungut...yang sentiasa nak yang terbaik untuk anak-anaknya...segala jenis benda yang nak semua dapat...nak ini dapat nak itu dapat...bukan sebab anak bongsu ye...kalau yang ini dapat kakak2 pun akan dapat gak...best kan...hehehe....

Tapi jangan lah mintak nak kawin sekarang...confirm tak boleh…..(^-*)

semoga ALLAH melimpahkan rahmat, memberi kesihatan dan tubuh badan yang sihat kepada ibu kita untuk terus beribadah kepada ALLAH dan juga untuk menjalankan tugas sebagai seorang ibu dan isteri ...INSYA-ALLAH.....

katakan ya pada mereka yang sayang ibu mereka....~

ibu,
doanya adalah penawar
juga racun yang berbisa
ibarat tajamnya mata pisau
yang mampu melakar
masa depan yang gemilang
buat anak tercinta
jiga dapat menghancurkan
masa depan si anak derhaka

(dipetik dari "DAHSYATNYA DOA IBU" tulisan SYAMSUDDIN NOOR,PTS millenia sdn bhd)

wallahua'lam...

wassalam....





Saturday, July 17, 2010

mari berblogging...~

salam a'laik.....


sedar tak sedar dah hampir setahun saya menulis blog...ceewahhh...hehehe....kalau dulu kurang sikit bab2 blog walking ni....dan tak terfikir pun nak tulis blog.....hinggalah seoseorang tu bersuara...."kak ila tulis la blog...cerita pasal anak2 sedare kak ila..mesti best."
then,i replied..."uh malas eh ...kenape nak tulis blog."..nak cerita ape...huhuhu...

but then, i launched my blog "I CAN'T BE PERFECT" and the first reader was WAN NADZIPAH MAHARAH the person that asked me to do so a year ago...thank you sweetie...hehehe...
the other early readers were my sisters.....and now, i need to read their blog too...huhuhu....

kenapa "i can't be perfect"?????saya rasa ia sesuai untuk seorang saya yang masih lagi belajar untuk mencari sesuatu,untuk terus memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan sempurna....tidak ada yang sempurna melainkan ALLAH SWT....

Tukar nama blog????oh ,setakat ni tidak terfikir untuk tukar "i can't be perfect"...i love that words....sesuai dengan watak seorang insan kan????sempurna bukan dalam kamus hidup kita...kalau sempurna pun,akan ada kekurangan seseorang itu...semua tu adalah ciptaan ALLAH yang terbaik buat hamba-hamba-NYA...



KENAPA TULIS BLOG.....

ntah la..saya pun tak tau nak cakap ape...maybe it just like sharing something to the others....berkongsi apa yang saya baca,apa yang saya dengar dan apa yang saya alami...kita semua mengalami situasi yang berbeza bukan....

salah seorang junior sekolah dulu pernah tanya..."kenapa perlu menulis blog....lepas tu semua orang baca....ada yang tulis mengarut.."
i was stunned...speechless jap...saya cakap...."alah sesaje je...tapi tak semua blog mengarut tau....termasuk blog saya.."hehehe....

melulis memuaskan hati..wahhh...statement apakah ini...walaupun saya tahu bahasa yang saya guna untuk blog ni tak sebaku bahasa melayu....hehehe....sehinggakan one of sisters said "bila la kamu nak guna bahasa betul mase tulis blog."....well you know me...hahaha....tak nak blog saya skema...nak tulis kelantanese version nanti orang tak paham plak....huhuhu....

namun begitu sesetengah n3 saya mengundang sikit rasa terharu buat pembaca...itu yang saya dengar daripada kawan2 yang baca blog ni...tak salah...itu yang memang lahir dari hati saya...bila menulis mengenai orang yang tersayang yang sudah tiada lagi kat dunia ni,saya sendiri pun menitiskan air mata sambil tulis blog...

itu sahaja yang mampu saya luahkan...tapi tak tau la macam mana kalau mak saya pun baca n3 yang saya tulis..."masihku ingat"..sekarang ni masih di part 4...akan menyusul kemudian sambungannya..INSYA-ALLAH...mesti dia pun menitis air mata sebagaimana kakak2 dan abang2 saya...


DEAREST READERS' COMMENTS.....

ramai yang cakap blog ni "touching"...it might be yes or no....but,some of the readers says that my blog can make he or she cry....
my kakak said.."La, you made me cry in the middle of cc..."....tatkala membaca ruangan luahan hati saya kat sini

sepupu pulak cakap.."La,menitis air mata kat keyboard bace blog kamu.."
dan banyak lagi komen terutama dari pembaca setia blog saya iaitu kakak2 tercinta yang sering memberi kata-kata semangat kalau ada n3 saya yang menampakkan saya sedang "jiwa kacau"...huhuhu...



KOMEN SAYA....

terima kasih buat pembaca2 sekalian yang sudi singgah ke blog saya...saya tau blog ni bukan satu blog yang menarik...biasa-biasa sahaja...hanya satu luahan dan perkongsian penulis sahaja...I'm not good in explaining but i might good in writing...who knows.....

saya terima apa saja komen yang ditulis...bukan kah itu komen yang membina?????saya hanya menulis setakat kemampuan saya...
jika ada salah satu n3 yang mungkin menyakitkan hati bagi pembaca sekalian seribu kemaafan saya pohon...
yang baik itu datang dari ALLAH yang buruk itu adalah kelemahan saya sebagai insan yang tiada sempurnanya...

dan hari ni saya dapati ramai lagi kawan-kawan saya baru buat blog...especially to minor ICT's student...hehehe...syabas buat anda semua...keep it up!


BLOG WALKING....

satu benda yang saya buat bila 0n9 selain melayan facebook ialah blog walking....best kan baca blog orang ni...

saya suka baca ini .....blog atau perkongsian student JAD....penulisnya ada yang terdiri daripada kawan-kawan saya sendiri...banyak yang saya tahu dari blog ini....

blog USTAZ PAHROL...ayat2 yang mampu memberi kesan yang mendalam....bahasa yang mudah difahami dengan simbolik yang sesuai....

blog kelakar yang kalau baca tak habis-habis nak gelak...blog PENYUBIRU dan AZZAM SUPARDI....bolgger yang boleh buat pembaca-pembacanya tidak bosan...hehehe....

juga blog kawan-kawan saya....yang pantas dan tangkas dalam mengupdate blog...hihihi...


saya boleh tahu macam2 perkara yang saya tak pernah tahu...boleh memberi kesan pada hati tatkala membacanya....sebagai panduan.... sebagai motivasi... sebagai nasihat...sebagai pedoman....dan sebagai segala macam lagi....


okey lah...itu yang saya dapat setelah setahun menulis blog...setakat ni tak terfikir nak tutup blog ni...akan diteruskan selagi yang mampu...siapa pembaca tak kisah...yang saya tahu blog ini ada pengunjungnya walaupun tak ramai...

i've really appreciating all of you readers...sekali lagi saya mohon maaf jika ada tersalah tulis...
teruskan mengunjung blog ini...


~nobody is perfect except Allah Almighty...~




wallahua'lam...

wassalam....

Friday, July 16, 2010

travelog dakwah meniti hari esok...~

salam a'laik....


"TRAVELOG DAKWAH MENITI HARI ESOK" sebuah buku tulisan MUHD KAMIL IBRAHIM seorang pensyarah di UITM Johor....ALHAMDULILLAH berjaya jugak habiskan buku yang sangat bermannfaat buat semua...kalau diikutkan buku ni sudah lama tapi baru dibeli...

bila baca buku ni terdetik di hati saya "Masya-ALLAH,betapa ALLAH menyayangi hamba-hamba-NYA"...bukan senang seseorang itu mengalami satu perubahan yang drastik dalam hidup...seperti yang dialami sendiri oleh penulis buku ini PROF MUHD KAMIL...namun berkat doa beliau ALLAH mengabulkan juga doa hamba-NYA yang bertaubat....
SUBHANALLAH,WALHAMDULILLAH,WALLAHU AKBAR!

itulah hidayah ALLAH yang hanya untuk hamba-hamba-NYA yang terpilih sahaja....firman ALLAH ; "dan ALLAH menentukan sesiapa yang dikehendaki-NYA untuk diberi rahmatnya dan ALLAH mempunyai kurnia yang besar." (SURAH AL-BAQARAHJ:105)


"Buku ini ditulis dengan satu niat.mencari keredhaan ALLAH dan mengharapkan kasih-sayangnya supaya ia memberi manfaat kepada diri ,sanak saudara,kaum keluarga, sahabat,masyarakat dan seluruh manusia sejagat.

Persoalan-persoalan yang dikemukakan ialah isu-isu yang kelihatan kecil tetapi menghantui minda saya.saya tekun berdakwah kepada diri sendiri.saya berpendapat semua amalan yang pernah dilakukan di MAKKAH dan MADINAH perlu diteruskan sekiranya mahu selamat di sisi ALLAH.

Buku ini mencatatkan pengalaman itu.saya sesekali tidak berniat memberikan gambaran,mengaitkan kejayaan dan kebahagiaan hidup dengan menggunakan diri sendiri sebagai model terbaik.saya cuma mahu mencatatkan apa yang saya lalui dan berharap ia dapat dijadikan pertimbangan kepada mereka yang senasib dan sejahil saya.

Saya hulurkan buku ini buat tatapan mereka yang mahu mencari sedikit motivasi bagi menghidupkan perasaan cintakan ALLAH."

Prof.Dr.Muhd Kamil Ibrahim


betapa hebatnya percaturan ALLAH SWT....masih lagi memberi ruang buat hamba-NYA u ntuk bertaubat diatas segala yang dilakukan sepanjang hidup ini....seperti yang terkandung dalam buku ini,penulis begitu bersyukur kerana ALLAH mengabulkan doa-doa nya untuk terus berubah ke jalan ALLAH setelah bertahun-tahun lamanya terpesong dari jalan-NYA...

Yang pastinya perubahan yang berlaku memberi tamparan yang hebat buat penulis dengan lebih mengingati ALLAH dan merenung kembali apa yang dah dilakukan sepanjang hidup ini....ditambah pula beroleh ketenangan hidup dan lebih tenteram....
Subhanallah....Subhanallah.....Subhanallah.....

satu amalan yang yang seringkali penulis sebut adalah DOA...seperti yang kita tau,doa tu adalah senjata orang mukmin....berdoalah selagi boleh....ALLAH maha mendengar segala luahan kita,segala permintaan kita....maka tidak perlu kita malu untuk meminta daripada ALLAH....

ALLAH menyebut perkataan doa sekurang-kurangnya 40 kali dalam al-quran....
firman ALLAH:
"Dan tuhanmu berfirman, 'berdoalah kepada-KU nescaya akan ku perkenankan.sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina."(SURAH AL-MUKMIN:60)

SUBHANALLAH....tak terucap oleh kata-kata bila baca buku ni....memang patut sahabat-sahabat sekalian baca buku ni....


inilah buku yang dimaksudkan....selamat membaca!!

semoga ALLAH mengampunkan dosa-dosa kita....
ASTAGHFIRULLAH....SUBHANALLAH...ALLAHU AKBAR....

wallahua'lam...

wassalam

Thursday, July 15, 2010

cerita tahun dua,,~

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang....


ALHAMDULILLAH..dah seminggu melangkah ke alam SECOND YEAR STUDENT OF CTS....first year sudah tamat dengan jayanya....maha suci ALLAH yang maha memberi segala kejayaan yang kukecapi...maha suci ALLAH yang mempermudahkan urusan hamba-NYA ini...moga-moga tidak menjadi hamba yang "lupa daratan" kepada pencipta-NYA...Na'uzubillah...

hari isnin hari tu dah pun stat kelas.....walaupun sibuk2 dengan add and drop session,namun lecturer2 ku tetap bersemangt mengajar....oh ya...I’m finding that this semester a scary challenge….thus, I must put a lot of efforts into my study in this semester..InsyaAllah….

sem ni macam previuos semester jugak...credit hour 18.5...nampak cam sikit...tapi subjek yang diambil yang buat nampak banyak....huhuhu....core course semuanya mencabar bagi saya....begitu jugak dengan minor subject...

semester ni jugak banyak subjek yang dapat diajar oleh lecturer yang tak pernah mengajar kami sem ni seperti DR SAMSUN dan MDM RUSNI...namun begitu, jumpa lagi dengan DR PAH....hehehe....begitu jugak dengan USTAZ RAZAK....

okey....seminggu belajar,I've already got the assignments and also the tutorials..hehehe...don't be jealous....i love that sort of things...hehehe...benar bukan....sapa tak suka buat assignment mahupun tutorial...

dan setakat ni hari SELASA masih lagi start kelas petang..pukul 2pm you....hehehe...happy bangat...sem ni saya belajar MATHS METHODS dengan DR SAMSUN...best bukan?????hehehe.....

sebut pasal subjek minor ni saya jadi geram dengan seseorang "&*&**&&&"....cakapnye tak serupa bikin..buat saya jadi bingung jugak...tapi i have to respect "*****" since "*****" is the one that settle all about the schedule...huhuhu...sorry to say...hari ni buat saya jadik nak marah dengannya...sabar je la...
okey...cukup pasal ni....huhu...

yang pastinya seminggu kelas ni sudah terasa kepenatannya...baru "gear 1" bak kata ZAKIAH...hehehe....nanti masuk "top gear" tak tau nak kata la...huhuhu....hopefully everything will be okay....INSYA-ALLAH...

Seringkali bait-bait ayat ini keluar dari bibir.....semoga ALLAH memperkenankan...

”YA ALLAH,Kau permudahkanlah urusan hambaMu ini dalam menerima dan mengamalkan ilmuMu…tenangkanlah fikiranku dan lapangkanlah dadaku untuk menerima ilmuMu…beriku kekuatan untuk terus berusaha tanpa rasa jemu dan malas..wahai tuhanku,aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah,dan aku berlindung padaMu dari kelemahan dan kemalasan,dan aku berlindung kepadaMu dari sikap pengecut dan bakhil,dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang…YA ALLAH,kurniakan ku iman yang sempurna,hati yang khusyuk,ilmu yang berguna,keyakinan yang benar2 mantap…YA ALLAH,kurniakanku cara hidup yang jitu dan unggul,selamat dari mala petaka….kembangkanlah lembayung rahmatMu kapadaku,keluargaku dan sesiapa sahaja yang bersama2ku…wahai tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan doa hambanya…selawat dan restu ALLAH untuk junjungan kami Muhammad,nabi yang mulia kepada keluarga baginda dan para sahabat baginda”Amin…

Hopefully I’ll do my best 4 this sem…let bygones be bygones…starting a and also a new semesternew goal in order to have a good achievement in study…InsyaAllah…don’t let yourself down….work hard and then turn to HIM young lady….ALLAH always be with you ….pray a lot..Man Jadda Wa Jada..

"MY LIFE IS IN MY HANDS....NO MATTER WHERE I AM...NO MATTER WHAT WAS HAPPENED IN MY LIFE.....I CAN CHANGE MY LIFE....."
INSYA-ALLAH....

wallahua'lam...

wassalam....

Wednesday, July 14, 2010

kehidupan dunia nikmat sementara

salam a'laik....


petikan daripada majalah SOLUSI edisi 21....semoga bermanfaat buat kita semua...INSYA-ALLAH....

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud :

"sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu adalah seperti air (hujan) yang KAMI turunkan dari langit, lalu tumbuh dengan suburnya tanam-tanaman bumi kerana air itu, dan antaranya ada yang dimakan oleh manusia dan binatang ternak.hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai pula perhiasannya (bumi yang indah dengan gunung-ganang dan lembah-lembahnya telah menghijau dengan tanam-tanamannya), dan pemiliknya mengira bahawa mereka pasti menguasainya (dapat menuai hasilnya),

tiba-tiba datanglah kepada azab KAMI pada waktu malam dan siang, lalu KAMI jadikan tanaman2 laksana tanam-tanaman yang sudah dituai (musnah sama sekali), seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin.
demikianlah KAMI menjelaskan tanda-tanda kekuasaan KAMI kepada orang yang berfikir."
(SURAH YUNUS 10 : 24 )

demikianlah ALLAH mengumpamakan kehidupan dunia yang tidak kekal ibarat musim menuai yang hampir tiba namun hancur musnah akibat bencana hinggakan seolah-olah tidak pernah tumbuh apa-apa semalam.itulah hakikat dunia....

tak semestinya kita sentiasa berada di atas....dalam sekelip mata sahaja keindahan dunia boleh lenyap dan berakhir...siapalah kita untuk menghalang segala bencana yang ALLAH jadikan untuk hamba-hamba-NYA sebagai peringatan kepada kita untuk terus berbuat kebaikan di atas muka bumi ini...

teringat movie kat STAR MOVIE hari tu "MALIBU SHARK ATTACK" cerita yang sudah lama tapi diulang tayangkan kembali...huhuhu....dalam sekelip mata sahaja tsunami melanda di MALIBU...habis semuanya musnah...gambaran yang dibuat seperti tsunami yang melanda pada tahun 2004 yang lalu....

tanpa tanda ALLAH menurunkan bala bencana untuk hamba-hamba-NYA supaya sentiasa beringat dan berwaspada akan segala perbuatan yang dilakukan....

kehidupan dunia yang memang sementara..kita tak tahu sampai bila kita duduk kat dunia ni....mungkin esok atau mungkin sesaat lagi kita akan diambil nyawa oleh PENCIPTA kita...satu persoalan yang sering timbul...cukup ke amalan-amalan kita selama ni...MASYA ALLAH....takutnya....

peringatan untuk sahabat-sahabat sekalian dan juga untuk diri sendiri segala jenis benda yang kita dapat kat dunia ni kecantikan,kepandaian,kekayaan dan segala macam lagi hanyalah permainan dunia sahaja...kita tak bawak semua tu "kat sana"....hanya amalan2 kita yang mementukan segala-galanya....

~APAKAH KITA MASIH MAHU MENGHARAPKAN NIKMAT SEMENTARA BERBANDING NIKMAT YANG KEKAL ABADI???~

Wallahua'lam....

wassalam...

Sunday, July 11, 2010

CERIA CH 611 ~

salam a'laik...


"ceria....untuk kita aje"....annoying bukan????huhuhu....itu lah dia cartoon channel untuk budak2...ye ke?untuk mak bapak budak pon boleh gak...hehehe...

tapi yang pastinya ceria 611 memang digemari ramai..ape keistimewaannya pun saya tak tau...macam2 jenis kartoon ade...dari hagemaru,GBS,tom-tom bak,kapten boleh dan banyak lagi...wah cara saya bercerita macam suka tengok ceria je...hahaha...well!!!!

salah satu channel yang saya tengok even kelihatan annoying bila dah takde cite nak tengok...teruk bukan????tom-tom bak menarik perhatian saya..best kan???hehehe....

bila kanak-kanak ribena (anak2 sedare) pulang ke rumah,ceria 611 menjadi pilihan mereka...so,kami kena layan je la....tapi kadang2 saya yang meng"conquer" remote tv dan sembunyikan dari bebudak neh....aman la sikit kalo nak tengok hallmark...hehehe...sorry ya!!!

tapi situasi inilah yang membuatkan saya terpaksa menonton ceria 611:-

# bila kerumah kakak...so kena ikut rentak anak2 buah la...biasa la....saya kan MAK SU yang baik...hehehe...
# bila mereka bercuti di rumah (kat kampung)....bagi menunjukkan saya seorang aunty yang baik maka saya benarkan mereka menonton ceria.....tapi buat sementara sahaja....kerana mak sedare mereka pun nak menonton gak..hahaha...ceria vs hallmark atau channel lain..mana yang menang.....hehe...
# semasa nak memujuk mereka supaya diam dan tak bergaduh sesama mereka...bila buka je ceria semua senyap dan menonton dengan tenang...hehehe...ini membolehkan ibubapa mereka dapat melakukan kerja dengan tenang..begitu juga aunty mereka....hahaha...
# ini reason yang paling baik..bila mana takde cerita nak tengok semestinya ceria menjadi pilihan hati....huhuhu...

haish...banyak la plak merepek pasal ceria 611 ni....kalau dibuat undian rasanya ceria 611 yang juara....hehehe...

oh ya...malam ni final untuk world cup...tapi saya tak minat bola...sebabnya saya tak kenal mereka dan mereka tak kenal saya...hahaha...statement yang tak boleh blah..tapi begitu lah realitynya...
kamu dok berjaga malam untuk tonton bola lebih baik nya kamu tidor...kan???
saya berlaku adil buat semua pasukan..jadi saya tidak menyokong mana2 negara yang bertanding...hahaha...

ini cerita lain pulak....

petang tadi saya tiba di kuantan setelah bercuti seminggu...berhabis masa bersama ma,kakak dan juga saudara saya yang baru tiba dari Korea....beliau bawa pulang ole2 untuk saya...thanks ya..hehehe...

waktu hurey-hurey saya dah tamat...dah tak boleh tengok "imam muda" lagi....all the best untuk IMAM MUDA ARAN DAN NURI...hehehe...kamu berdua hebat!!!!
dah tak boleh nak tengok "ER" lagi...huhuhu...takley tengok dr carter dah...juga tak boleh tengok aksi kelakar charles shoughnessy dah...huhuhu..

okey cukup pasal TV...banyak sangat dah tengok cite..huhuhu...

oh ya....baru sahaja habis menonton KCB...terukkan???orang lain dah lama habis kita baru je habis...huhuhu....tapi watak khairul azzam sangat menarik minat penonton...hehehe...

yang pastinya usaha yang terbaik untuk semester baru ni...lupakan yang lain...hehehe...

oh ya lagi..handset saya gagal diselamatkan...huhuhu....so,sila lah kumpul duit untuk yang baru...hahaha....okey...

mengenai buku....akan cuba habiskan buku yang tak sempat baca tu...macam mana nak buat ye..asal keluar je mesti beli buku..."VIRUS" ape yang menjalar dalam tubuh ni saya tak tau la..huhuhu...gila beli buku tapi tak sempat baca...

eh33...dah jauh saya "mengembara"....ape kes dengan ceria 611 tadi....hehehe...tapi itulah rancangn kegemaran anak2 sedare saya...tak tengok ceria 611 boleh demam agaknya bebudak tu...huhuhu...yang dok menangis boleh senyap....hebat bukan???kengkadang bikin saya tension.....
alah,kamu pon join mereka jugak bukan???hehehe...

okey....setakat itu sahaja...sori kalau salah silap....

p/s:
doakan buat saya untuk semester baru ni...saya dah jadi budak tahun 2.....ALHAMDULILLAH!!!

wassalam....

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH