Wednesday, July 14, 2010

kehidupan dunia nikmat sementara

salam a'laik....


petikan daripada majalah SOLUSI edisi 21....semoga bermanfaat buat kita semua...INSYA-ALLAH....

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud :

"sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu adalah seperti air (hujan) yang KAMI turunkan dari langit, lalu tumbuh dengan suburnya tanam-tanaman bumi kerana air itu, dan antaranya ada yang dimakan oleh manusia dan binatang ternak.hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai pula perhiasannya (bumi yang indah dengan gunung-ganang dan lembah-lembahnya telah menghijau dengan tanam-tanamannya), dan pemiliknya mengira bahawa mereka pasti menguasainya (dapat menuai hasilnya),

tiba-tiba datanglah kepada azab KAMI pada waktu malam dan siang, lalu KAMI jadikan tanaman2 laksana tanam-tanaman yang sudah dituai (musnah sama sekali), seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin.
demikianlah KAMI menjelaskan tanda-tanda kekuasaan KAMI kepada orang yang berfikir."
(SURAH YUNUS 10 : 24 )

demikianlah ALLAH mengumpamakan kehidupan dunia yang tidak kekal ibarat musim menuai yang hampir tiba namun hancur musnah akibat bencana hinggakan seolah-olah tidak pernah tumbuh apa-apa semalam.itulah hakikat dunia....

tak semestinya kita sentiasa berada di atas....dalam sekelip mata sahaja keindahan dunia boleh lenyap dan berakhir...siapalah kita untuk menghalang segala bencana yang ALLAH jadikan untuk hamba-hamba-NYA sebagai peringatan kepada kita untuk terus berbuat kebaikan di atas muka bumi ini...

teringat movie kat STAR MOVIE hari tu "MALIBU SHARK ATTACK" cerita yang sudah lama tapi diulang tayangkan kembali...huhuhu....dalam sekelip mata sahaja tsunami melanda di MALIBU...habis semuanya musnah...gambaran yang dibuat seperti tsunami yang melanda pada tahun 2004 yang lalu....

tanpa tanda ALLAH menurunkan bala bencana untuk hamba-hamba-NYA supaya sentiasa beringat dan berwaspada akan segala perbuatan yang dilakukan....

kehidupan dunia yang memang sementara..kita tak tahu sampai bila kita duduk kat dunia ni....mungkin esok atau mungkin sesaat lagi kita akan diambil nyawa oleh PENCIPTA kita...satu persoalan yang sering timbul...cukup ke amalan-amalan kita selama ni...MASYA ALLAH....takutnya....

peringatan untuk sahabat-sahabat sekalian dan juga untuk diri sendiri segala jenis benda yang kita dapat kat dunia ni kecantikan,kepandaian,kekayaan dan segala macam lagi hanyalah permainan dunia sahaja...kita tak bawak semua tu "kat sana"....hanya amalan2 kita yang mementukan segala-galanya....

~APAKAH KITA MASIH MAHU MENGHARAPKAN NIKMAT SEMENTARA BERBANDING NIKMAT YANG KEKAL ABADI???~

Wallahua'lam....

wassalam...

No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH