Kejap je masa berlalu. Hari ni dah 28 hb. Nak masuk bulan 2 dah. Nak masuk bulan Rabiul Awal dah. Bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Selawat ke atas rasul junjungan, sahabat dan keluarga baginda.
Kita hidup di dalam ramai. Kita tak hidup sorang2. Hidup dalam ramai tak seperti hidup keseorangan, hidup keseorangan tak seperti hidup dalam ramai. Konklusinya, kita memerlukan antara satu sama lain. Kalau ikut formula ni, konklusi ini memang betul. Hehehe.
Seorang n ramai. ( Seorang intersection dengan ramai). Hahaha.
Kenapa saya tulis "mari menjadi diri sendiri". Ye, hidup dalam ramai buat kita jadi lupa untuk menjadi diri sendiri. Kita rasa orang tu lebih sikit, kita jadi takut. Kita jadi down. Kita jadi tak bersemangat.
Terkesan dengan post ini.
TETAPI ... penah ke kita tnya HOW they succeed ? adakah mereka jaga solat ...tidak meniru dlm exam ..siapkan keja2 umah atas usaha sndiri ,tidak copy paste je ...jaga pertuturan ..tidak mengutuk org... jaga pergaulan dan lain2 lagi..adakah mereka sedemikian?? then pnah ke kita compare dgn diri kita ..n then pnah ke kita cuba rasa nk berubah (bukan jd pak turut or ikut je tanpa rasa nikmat) wlaupun sedikit demi sdikit ..penah x kwn2 ??
just nak igtkan ..orang yang rasa nikmat Allah n nmpk hidayah Allah ibarat " orang yg gagal exam tp tidak tinggalkan solat adalah 1000 kali lebih baik dari org yang pass exam tp tggal solat ''
well kawan2.. if aku pun ada wat something ..tegur2 la ea.. kalo aku degil tidak bermakna aku x amik pengajaran . cuma perlukan pengawalan minda yang teratur agar nmpk perubahan yang baik.
Betul kan. Kalau kita nampak orang lebih sikit, mungkin ada perasaan buruk kita terhadap orang tu.
Sepatutnya kita bangga menjadi diri sendiri. Kita bangga dengan pencapaian kita. Kita bangga dengan apa yang kita dah buat. Sepatutnya kita tanamkan tekad untuk terus berusaha, bukan dengan rasa down. Sepatutnya kita tanya orang tu apa yang dia buat sampai dia jadi begitu. Kita ambil dan kita praktikkan dalam diri kita. Mudah kan?
Sekali kita cuba, Insya-Allah kita nak buat lagi, kalau benda tu betul2 memberi perubahan pada diri kita. Indah kan menjadi diri sendiri. Kita tahu mana kelemahan kita, kita tahu mana kelebihan kita. Kita tahu part mana yang kita kena ubah. dan kita tahu segala-galanya kerana itu adalh diri kita, bukan orang lain.
Kita adalah diri kita. Perubahan kita bukan ditentukan oleh orang lain. Tetapi perubahan kita ditentukan oleh diri kita sendiri. Orang berusaha, bukan kita yang dapat hasilnya. Kita nak. Kita lah yang kena buat. Mudah saja prinsipnya.
Menjadi diri sendiri, "meneroka" ke dalam diri mana kelemahan kita, kita cungkil mana kehebatan kita. Dan buat yang terbaik untuk diri kita. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Allah pun ada sebut, "Allah tak akan mengubah sesutu kaum itu melainkan mereka sendiri yang melakukan perubahan"
akhir kata, MARI MENJADI DIRI SENDIRI.. Ia jauh lebih indah daripada menjadi diri orang lain!
wallahua'lam....
wassalam...