Monday, September 5, 2011

ceritera berangkai

salam 'alaik



Pemberitahun: n3 ini sedikit panjang daripada kebiasaan disebabkan pengumpulan n3 yang terdahulu . Kepada sesiapa yang berminat sila teruskan pembacaan. Have a nice reading.

tapi saya tahu awak tunggu n3 ni kan. hehehe. ^_&



Botol susu

Alhamdulillah, dua hari sebelum lebaran menjelma, rumah saya dipenuhi dengan abang2 dan kakak yang pulang untuk berbuka puasa kat rumah dan juga yang turn mereka beraya di Kelantan. Cakap pasal gembira, of course I’m very happy. We haven’t spent our time together since June.

Kepulangan anak2 kecil memberi ruang untuk bibir menguntumkan senyuman. Hehehe. Keletah mereka mampu membuatkan saya gelak besar. Bila tiba masa lapar, semestinya mereka meminta susu. Hehehe. Dan kebetulan pada malam tu, tiga orang botol susunya sama kaler, jenis dan saiz. Mereka ialah Maisarah, Harith dan Wahidah aka Kak Cik.

Bila Maisarah Nampak botol kuning, dia pun ambik even botol tu yang H0arith atau Kak Cik. Begitu juga bila Harith tak sabar nak menyusu terus dia ambil botol kuning sepupunya itu. Sama kaler. Sampai saya pun “ eh, mana satu ni.” Hehehe. Nasib baik rasa susu sama he semuanya. Eh, ye ke? ngee!



nampak tak botol susu kuning itu. hee!


Dan satu lagi, bila sorang minta susu, maka yang lain pun mulalah merengek pada ibu masing2 minta susu jugak. Cumel la awak2 semua ni. Malam tu jugak, Harith tengah minum susu, maka Ridhwan pun meminta umminya buat susu, begitu juga Maisarah dan Kak Cik. Eh, tak lupa juga Aziz yang minta susu, tapi abah dia lupa bwak balik botol. Dan botol spare Maisarah jadi mangsa. Hehehe. Maka semuanya “gotong royong” minum susu, manakala abang2 dan kakak2 mereka sedang enak menonton tv.



Shaun the sheep make us laugh

Salah satu makanan ruji yang mak saya buat masa raya adalah tapai pulut. Have you ever heard? Dua malam before raya, kami semua dok bungkus tapai pulut sambil menonton. Menonton apa ye? Bukan movie raya yang sudah menghiasi kaca tv tetapi menonton “ Shaun the sheep”. Hehehe.

Shaun the sheep adalah cerita kartun tanpa suara di Disney channel. Macam pingu la. Kartun bergerak tapi tanpa suara. Shaun is the smallest sheep that has a brilliant mind. Hehehe. He has a lot of ideas compared to the other sheep and also the dog, as sheep’s guard. Tapi kadang2 idea Shaun ni mengarut, dan itu yang melucukan. Hahaha.

To be honest, the cartoon is very cute and funny. I’m suggesting you guys to watch Shaun the sheep instead of ultra-man yang ntah hape2 tu. Hahaha. Confirm anda semua gelak sakan. Sampai abang saya yang dah beranak pinak tu gelak sakan malam tu. Shaun, I like you so much. I love your style very much. Hahaha. Jom kita kawan.

Yes, I’ll miss Shaun the sheep, the cutest sheep that I’ve ever seen. ^^



Ini cerita Kak Cik

Balik je rumah Tok Ma, mama Kak Cik kata baju kurung kak cik tukang jahit lupa nak jahit. Tapi Kak Cik rilek je. Buat tak tau je dia. Hehehe. Yang penting t-shirt dan jeans ade. ^^

Maka Tokma dia pun memulakan proses untuk memotong baju dan jahit sbelum mereka balik ke rumah tok satu lagi. To be informed Kak Cik ni seorang pemalu, dengar suara dia bila dia tengah cakap ngan sepupu2 dia je, bila saya mencelah je terus dia senyap. Huhuhu. Payah nak dengar dia bersuara. Sebab tu bila dia tengah cakap, saya dengar je. Hehehe.

Nak suruh dia datang nak ukur baju punyalah susah, sampai nangis2 lagi. Apalah Kak Cik ni. Bukan sakit pon. Hehehe. Dan mak su nya jadi mangsa untuk jahit baju kecilnya. Tapi dapatlah upah daripada ayah Kak Cik aka abang saya. Hehehe.

“nak berapa upah ni?”

“nak wi (bagi) ke? tak payah la. Tapi bukan sekali ngan duit raya dih? Kalu sekali tokse, nak esok.” hehehe

“dok. Duit raya esok.”

“bereh.”

“ayah, Sukila nak rm…..” tiba2 si kecil ni mencelah. Dan ayah dia pun bagi. Hahaha. Bagus kakak ni.^^



1 Syawal 1432H

Alhamdulillah, 1 Syawal menjelma lagi dan kita diberi peluang untuk meraikan hari kemenangan ini bersempena jihad kita melawan hawa nafsu sepanjang sebulan Ramadan. Semoga hari kemenangan ini memberi seribu makna kepada kita semua, dan semoga Ramadan yang telah berlalu memberi inspirasi kepada kita untuk meneruskan amalan2 di bulan Ramadan untuk 11 bulan berikutnya.

Alhamdulillah, rumah saya masih meriah dengan kepulangan abang2 dan kakak2 walaupun tak semuanya balik raya kat rumah. Tahun ni merupakan tahun ke-3 saya beraya tanpa arwah ayahanda tercinta. Our theme for this year is yellow, to be specified Bright yellow. For those who are celebrating raya in Kelantan must wear yellow. Hehehe.

For the menu, we had special nasi dagang and pulut panggang. And not too forget we had special homemade chocolate cake baked by me. Hehehe. Ade orang tu nak rasa, so kena balik dulu la. :P

To be informed, I still got my part. Hehehe. Duit raya^^.

Tanpa melengahkan masa saya siarkan gambar untuk tatapan semua^^


My homemade choc cake.^_^











wira2 kami^_^


daddies on that day^^














see





2 Syawal 1432H

Seperti tahun2 yang lepas, destinasi kami pada raya ke-2 adalah ke Pasir Puteh dan sterusnya ke Jerteh, mengunjungi ibu saudara yakni salah satu adik arwah ayah. Takde yang menarik untuk dikongsikan. Hehehe. Hanya bersilaturahim. Dan duit raya untuk anak2 kecil.






Malam tu abang yang sulung baru sampai. Dan kami adakan family meeting, bincangkan pasal family kami. Mengenai urusan2 arwah ayah jika ada yang belum selesai. Semestinya nama saya juga termasuk sebagai salah satu adik yang masih belajar dari segi masalh kewangan dan pelajaran.

Ouch, rasa nak menangis je. Pesanan abang yang sulung “jangan lupa, kila masih belajar, tanya2 kabar dia.”



3 Syawal 1432H

Berkunjung ke Machang, rumah kakak dan abang. Pertama kali menjejakkan kaki ke rumah baru kakak. Besar jugak. Hehehe. Pergi dulu masa tengah buat, so tak Nampak the real one. Pekena special mee kari di rumah mak ngah (kakak), ibu saudara kegemaran anak2 kecil. Hari tu jugak anak sedare jatuh motor, terkoyak kulit kepala. Nasib baik tak teruk setakat kena jahit je.

Dan juga pekena yong tau fu special dari kakak ipar.best la boleh kakak ipar pandai masak. Hehehe. Baru je semalam beliau buat roti john, semua orang puas hati. ^^








depan rumah baru^^

raya ke-3


imani^^










Dari Machang terus ke Kota Bharu.bersilaturahim ke rumah sepupu2.

Gambar kat KB takde, dalam kamera abang. Punyalah Tanya sebab nak transfer. Tapi tuan punya lupa letak kat mana. Ish2. Macam2 la. Hohoho.

Cerita pasal jalan jem, tak payah cerita la. Memang teruk. Sapu kat roti pun tak jalan. Hahaha. Ramai jugak rupanya rakyat Kelantan di perantaun, dan tak lupa ramai jugak yang kahwin nagn orang Kelantan ye. Ngee!



4 Syawal 1432H

Duduk kat rumah berehat je. Hari2 jalan penat tu. Anak2 sedare kat rumah pun dok sibuk nak mandi sungai. So, berkonvoi la diaorang ke sungai nak main air. Yang jadi masalahnya, payah nak balik. Sampai anak saudara yang kat JB tu merengek-rengek dengan mama dan abahnya suruh postpone balik. Tak puas lagi duduk rumah tokma , sambil tu sepupu2 ramai lagi. Lagi la seronoks.

Saya laaaagi suka kalau mereka semua balik lagi lambat. Hehehe.



----- end of n3------



dan hari ni, rumah kembali kosong. sunyi teramat sangat. rindu pulak suasana hari tu. huhu.

itu sahaja laporan Syawal untuk tahun ini. masih belum terlambatkan. hehehe.


p/s; cuti saya sudah hampir ke penghujung. bila fikir nak masuk sem baru next week, tiba2 rasa sesak. cuti lama sangat, otak dah berkarat, saya jadi takut. huhuhu. arahan bonda 4.0 next sem. tapi saya rasa surrender awal2 la. hehehe. DL boleh janji lagi. insya-allah.

semoga Allah mempermudah urusan. doakan saya ye sahabat2.

takut nak jumpa Dr. Samsun. hahaha. tapi bila fikir nak jumpa kawan2 terus tak sabar.^^

rindu mereka semua. (^_*)




wassalam

2 comments:

Nadzipah said...

whoa~tema tahun ni kuning diraja you! ceria...seceria mentari pagi..cewah! *^^*

nanti saya balik, saya nak tempah chocholate cake tu! the very the special one la..hah ha!

anak kelate memang ramai. orang yang kawin ngan orang kelate pun ramai jugak..hoho..

how i missed the tapai pulut and pulut panggang, ketupat too~

kat sini ketupat nasi, tak berapa nak masyuk la..

hasnisyakila said...

hehehe....
kena blaja buat la..mana tau nak buat...hehehe...


and how i missed shaun the sheep...
hahaha

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH