Thursday, April 29, 2010

berubahlah wahai diri..~

assalamualaikum wbt...


“Keputusan kamu kali ni agak teruk.Jadi kena work hard untuk peperiksaan sebenar."Kata seorang guru kepada pelajarnya.
Pelajar:”InsyaAllah.Saya akan cuba yang terbaik.”
Cikgu:”Tahniah.Kamu dapat keputusan yang cemerlang.Semoga terus berjaya pada masa akan datang.”
Pelajar:”Terima kasih cikgu atas segala nasihat dan tunjuk ajar cikgu.”


Cuba kita semua bayangkan….tanpa kemahuan untuk berubah,boleh ke diri kita untuk berubah….sememangnya sangat susah untuk seseorang merubah diri…buat benda baru yang sebelum ni kita tak pernah buat..atau mungkin menggandakan usaha kita ke arah yang lebih baik…yang mana memerlukan satu sifat sabar yang tinggi….susahnya untuk melakukan perubahan…

Kalau kita renung kembali situasi di atas…seorang pelajar yang ada kesedaran untuk berubah….daripada keputusan yang teruk dia berusaha dan hasilnya adalah keputusan yang cemerlang…sudah tentu dia menggandakan usaha ke arah itu..dengan dorongan ibu bapa dan juga guru…dan juga tawakkal kepada ALLAH…

Firman ALLAH:
“dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.”(Surah An-Najm:39)

Kalaulah situasi begini yang berlaku….”ah,mak ayah aku orang kaya…so,kalau aku tak lulus periksa pon tak ape,mereka boleh tanggung.biarlah cikgu nak kata apa pon.enjoy lagi best.”
Boleh ke pelajar tu dapat keputusan yang cemerlang kalau dalam hati tu sedikit pon tak ada rasa nak berubah…

Itu dalam soal pelajaran…bagaimana pula dalm kita beribadah kepada ALLAH…takkan lah nak buat amalan wajib je sampai akhir hayat kita…tak ada ke rasa nak berubah ke arah kebaikan…bukan secara paksaan tapi secara rela hati dengan niat untuk mendapat redha dari ALLAH…
orang lain boleh guide kita ke arah kebaikan,tetapi diri kita sendirilah yang menentukan…kalau berbakul-bakul nasihat tapi diri sendiri tak buat tak jalan juga..

Sekeras-keras hati Saidina Umar Al-Khattab beliau boleh berubah menjadi golongan yang taat kepada ALLAH dan seorang yang rapat dengan Rasulullah SAW…cuba imbas kembali kisah Saidina Umar sebeluM memeluk Islam…salah seorang yang kuat menentang Islam….membunuh anak perempuan hidup-hidup…begitukah dikatakan bapa penyayang?
namun secebis keinsafan di hati Umar mampu melembutkan hatinya yang keras dengan memeluk agama Islam dan beribadah kepada ALLAH…Aasya-Allah…hebatnya percaturan ALLAH kepada hamba-Nya….

ALLAH suka hamba-Nya berubah ke arah kebaikan…bukan kah kita juga nak cium bau syurga?nak ke kita terus hidup dalam keadaan yang sentiasa ke arah keburukan tanpa melakukan perubahan dalam hidup…

Firman ALLAH:
“nescaya aALLAH memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu.dan barang siapa mentaati ALLAH dan rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzaab:71)

Malu untuk berubah:

kenapa mesti malu untuk berubah?mungkin akan ada rasa pelik pada pandangan orang lain….

"eh,sebelum ni aku tak pernah Nampak dia berjemaah di masjid,tapi sekarang 5 waktu berjemaah kat masjid…."
Eh,sejak bila dia pakai tudung labuh…sebelum ni tak pon.”

Memang ada yang berfikiran begitu..tapi sebenarnya hati kita yang berubah,bukan mereka…jangan hiraukan mereka-mereka yang rancak berkata-kata mengapa kita berubah…bukan kehendak hati mereka,tetapi ALLAH telah bukakan hati kita untuk berubah menjadi yang lebih baik..

Kenapa mesti berubah?sedangkan pantai pun berubah,inikan pula manusia yang ALLAH kurniakan akal fikiran dan juga emosi…imbas kisah Rasulullah dan para sahabat dahulu,solat malam tak pernah mereka tinggal…walaupun masa berperang…

tak kan lah tak ada sedikit pun terdetik dihati kita…”umur aku dah meningkat..tapi cukupkah amalan aku selama ni…amalan sunat yang tak seberapa…mana lagi nak tambah…."
mati tak menunggu kita…

Susahkan untuk kita melakukan sesuatu yang baru….biasakan diri kita untuk mencuba..walaupun sedikit tatapi jika berterusan akan menjadi sesuatu yang tidak asing lagi bagi kita…
”isnin dan khamis aku nak puasa sunat lah…”,”mulai hari ni tak nak tidor lepas subuh….””solat sunat sebelum solat fardhu…”,”malam nanti nak bangun qiyam la..”

Semua tu memang agak sukar untuk dimulakan…tapi bila dah start kita rasa sayang nak tinggal…biarpun ia hanyalah amalan-amalan sunat….amalan2 sunat tu lah yang akan "top up” amalan2 wajib yang kita lakukan…

Firman ALLAH:
“barang siapa yang mengerjakan amal yang soleh maka pahalanya untuk dirinya sendiri dan barang siapa yang berbuat jahat maka dosanya atas dirinya sendiri.dan sekali-kali tidaklah tuhanmu menganiaya hamba-hamba-Nya.”(Surah Fushilat:46)

Buat diri sendiri dan juga sahabat-sahabat sekalian…memang saya akui susah untuk berubah….kalau dah berubah sikit ada pula halangannya…susah pulak nak beristiqamah…hanya insan yang betul2 menginginkan perubahan dalam dirinya sahaja yang mampu bertahan disamping memohon doa kepada ALLAH agar dikuatkan iman dan dimudahkan dalam segenap perkara…

Semoga hati-hati kita mendapat petunjuk untuk melakukan perubahan dalam diri…dan semoga ALLAH merahmati dan menerima setiap perbuatan baik yang kita lakukan…InsyaAllah..

ALLAH berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 148.”dan berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan.”

ALLAH juga berfirman dalam Surah Al-Isra’ ayat 7.”jika kamu berbuat baik bererti kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat,maka kejahatan itu bagi dirimu sendiri.”

semoga bermanfaat buat semua...yang baik itu datang dari ALLAH dan yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri sebagai seorang hamba yang lemah....

~Judge ourselves before we will be judged and weigh ourselves before we will be weighed~

Wallahu A'lamu Bissowab..

wassalam


Wednesday, April 28, 2010

ceritera di gombak ; part 2~

assalamualaikum wbt....

sedikit coretan liku-liku hidup di UIA Gombak untuk disambung.....have a nice reading...

Saya dah tak sesat pegi kelas…hehee..sudah expert…tak perlu kecoh2 lagi…sehari dua ni maju sket..dah jalan2 sekitar…cari café je..tu pon tak sampai separuh lagi travel…suku pun tak sampai…cukuplah dah boleh ke kelas…

Orang kata UIA Gombak best…nampak cam university life…memang la..nama dah university…empat hari kat sini…saya boleh kata…nak balik KUANTAN lah…tak best….huhu….makanan agak mahal…huhu…sengkek la dok kat sini dua bulan..tu belum tentu nak jalan2 lagi….rindu nak makan nasi ayam lot 4…

Orang kata UIA Gombak ramai orang….bagi saya sama je ngan kat Kuantan…sama sunyi je ngan KULIYYAH OF SCIENCE…maybe ni shortsem…ramai yang tak amik kut…mungkin…kalau ikut UIA Kuantan lagi besar..tapi kos kat UIA Gombak lagi banyak…so,student lagi ramai kat Gombak…

Tapi saya sangat merasakan bahawa yang UIA KUANTAN sangat berbeza ngan UIA GOMBAK walaupun sama2 UIA…hehehe….

masuk main entrance Nampak tangga besar dan bangunan tersergam indah tertulis International Islamic University Malaysia….tak dapat saya nafikan memang bangga…kat Kuantan tak Nampak sangat..sebab banyak under construction sekarang ni..Nampak semua bumbung bangunan kaler biru dah cam…oh UIA Gombak nih…

kelas pon ok je….best gak lecturer kat sini..semalam first class INTERNATIONAL BUSINESS…subjek yang agak menarik…masuk2 tu dah tersenarai assignment yang kena buat…hoho…tapi takpe…nampak sket sibuk..kalo tak confirm dok blog walking malam2….tak pon menelaah muka buku…

sama lah gak ngan HUMAN RESOURCES MANAGEMENT subject…assignment untuk yang ni pon banyak…nama dah business admin…so kena banyak membaca la…mudah-mudahan saya diberi kekuatan oleh-Nya..InsyaALLAH….sekarang ni buku2 masih tak ade…tengah nak photocopy…tengok2 slide je la….

Ok la….setakat ni je untuk n3 kali ni…

~To be continued…~

p/s: esok saya ada quiz aka minor test IB..doakan saya dapat jawab dengan jayanya…InsyaAllah….
Dan esok nak balik kampong….bersama Harith dan papamamanya berserta Kak Rah….semoga kami selamat sampai…InsyaAllah..

Wassalam…

Tuesday, April 27, 2010

UNTUK Hasni Ayu..~

in the name of Allah the most gracious most merciful....

a very special n3 for my beloved sister....happy 23rd birthday....may Allah bless you always...



Sometimes we fight

Sometimes we said harsh words

Sometimes we loath each other

And sometimes we despite one another

But still we have our own good time

We are friends, but

Sometimes we are not when the anger is blown




No matter what we are sisters

We share the books

We share the jokes

We share the laughs

We share the wonderful mom

We have had the best dad

We share the greatest sisters and brothers

We share the hilarious nephews and nieces

We are sisters

You are the flowers blooming on the hillsides

You are the laughter floating through the halls

You will be a great in your own style

You have passion

And you have strength

I hope all the good wishes soon will be yours

Happy birthday and

I love you

ALWAYS…


p/s: jangan marah...i love that words....

wassalam....

Monday, April 26, 2010

~ceritera di gombak...~

salam 'alaik...

Alhamdulillah dah selamat register kat UIA Gombak….semalam register mahallah..masuk Mahallah Safiyyah…so,sapa2 nak jumpa sila ke mahallah safiyyah i……ssememangnya saya tak pernah sampai UIA Gombak ni…pergi dulu pon ngan bus…pihak UIA handle..So no wonder la…

Dan semalam Kak Ain yang hantar..ada bersama Harith dan mamanya serta Kak Rah…before tu kami bawak Harith jalan2 kat Giant Gombak..hehee..buat ubat rindu kat papanya…hoho..sian Harith kena tinggal kat papa...Harith dah masuk UIA…diusia 4 bulan…hebatkan???


~kau sentiasa di hatiku~...:-D

Pastu nak dijadikan cerita,semua tak pernah masuk Gombak…masa sampai Tanya la en guard tu kat mana Mahallah Safiyyah…tapi tak sempat tangkap ape yang dia sebut..last skali pusing dua kali roundabout dan keluar balik..haha…rupa2nya senang je…kena pusing satu UIA barulah boleh sampai Mahallah Safiyyah…

Lepas maghrib diaorang pon balik..tinggallah daku bersendirian…ceewah..Hehee…alah bukan tak biasa kena tinggal.….saya kan budak bagos…eh,puji la plak…sori,masuk bakul angkat sendiri….hoho…bilik yang duduk ni plak wifi excellent..alamatnya habislah budak ni…bila masa nak study kalo ada internet…kesian kat saya…bilik kat Kuantan internet tak dapat…

Hari ni first class kat Department of Economic and Management Science….oh lupa…buat pengetahuan semua,saya buat shortsem di Gombak sebabnya amik minor in Business Administration…so majority lecturer di Gombak…kalau tak mereka kena datang Kuantan masa weekend…oh no...weekendku tak boleh diganggu…

Hari ni kelas kol 2…so pagi tu enjoy lah..apa nak buat..dah nasib…hehe…punyalah susah nak cari seminar room kat department econs…dah la semuanya ,kami berempat (Kak Hawa,Jiji,Rami dan saya) alien yang datang dari mana ntah…tak tau mana2…jalan je…ikut kaki bergerak…cari tangga tak jumpa….cari lif,lif rosak plak…dua orang mangsa pertanyaan kami…last skali ikut akak tu…jumpa gak seminar room aka class kitaorang sepanjang shortsem ni..syukur…

Sem ni takde kelass pagi…hooorreeyyy…sangatt2 suka…jumaat pon takde kelas…so,weekend boleh blah la…tapi kena ingat assignment dah ada…so you must go now young lady….

Semoga saya diberi kekuatan untuk menempuh sem ni…mudah-mudahan ALLAH mempermudah urusan hamba-Nya ini….InsyaAllah….

~we cant direct the wind but we can adjust our sail~

p/s: rasa cam nak balik je...huhu...
ada lagi..to be continued…

wassalam...


Friday, April 23, 2010

Lemma, theorem, isomorphism……~

Assalamualaikum wbt....

Apakah benda alah itu…hehehe..yang pastinya saya suka semua yang tersebut di atas…
Semua tu adalah term2 dalam mathematics yang dah blaja selama ni….sangat menarik…ye ke…pening ada la…huhu…

Kat sekolah dulu memang kalah ngan maths…tak terer sangat maths ni..tapi better la dari subjek Biologi tu…tabik hormat sapa yang amik biologi ni…hehee…akan tetapi,kat sekolah dulu sangat meminati subjek Kimia…kenapa????rahsia….hoho…maths ala kadar je la…minat jugak…

Bila masuk CFS IIUM saya jadik fanatic pada Fizik…maths pon sama tapi bukan Kimia…tak tau la kenapa cinta beralih arah…yang penting bukan subjek membaca la…punyalah excited blaja Fizik…Kimia semakin dilupakan…huhu…tapi bila time lab, Chem. Lab lagi menarik dari Physics Lab…

2 tahun kat CFS IIUM kepala penuh ngan bahan2 maths..ehee..kuingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari…kuingatkan UIA sediakan kos Physics,rupa-rupanya maths yang ada….memang nak amik Physics pon,tapi maths yang menggantikan…tapi takpe,dua2 saya suka…dua2 dihatiku….

Semester 1 under Mathematical Science ni cuak gak…boleh ke bawak maths ni…nak dijadikan cerita mentality orang kita orang melayu…”amik kos ape”….”mathematic”…”oh,jadik cikgu eh”….dah bosan saya dengar ungkapan tu….belajar maths tak semestinya jadi cikgu..Be open minded…tahulah cikgu tu tak sehebat kerja lain….jangan ingat orang amik math je jadik cikgu….

teringat Prof Torla bagitau mase first class ngan beliau Calculus 1…Prof lukis graf dan semestinya Mathematic yang berada paling bawah…kenapa???semua benda dalam dunia ni memerlukan nombor…tak kira la doctor ke,jurutera ke ape2 je la…bila ada nombor semestinya ada tambah,tolak darab dan bahagi…bila ada semua tu…tak ke kita panggil Mathematic…bukan UNGS,bukan bm dan macam2 lagi la….

Lihat,betapa pentingnya mathematic kan….?asasnya pengiraan tetapi cara penggunaan je lain….bila imbas kembali tokoh2 islam dahulu,kebanyakan mereka hebat dalam mathematic dan pengiraan…terutamanya Al-Khawarizmi,Al-Hytham,Ar-Razi dan ramai lagi….boleh guna khidmat en Google ye…

Bagi saya,maths adalah satu subjek yang sangat menarik dan mencabar…2+2=4…kenapa jadi begitu…tak jadi 12 ke 14 ke…ha,camane nak proof ni…hanya orang2 tertentu sahaja yang tau,,hehe…maths ni buat kita banyak berfikir…orang kata belajar matematik ni cepat tua…means rambut cepat luruh…sebab banyak berfikir,,ye ke???tak leh nak kata la tu…kuasa Allah…

Tengok lecturer yang mengajar, hebatnya mereka…saya amat mengagumi Dr Jesni…sem lepas dia ajar Calculus 2 dan Algebra,the killer subject…dia kata Algebra subjek yang susah nak dapat A…sapa yang dapat A dia kata ”I don’t care”…dia masuk class tanpa bawak buku…notes kat white board ikut kaluar mulut je…tapi lecture beliau sangat best…saya suka..

Sebetulnya Dr Jesni memang genius math…dan kalo tengok dia punya soalan exam…fuh,memang buat orang takut la…soalan bapak susah…yang basic2 in is not his taste…quiz on the spot tanpa inform…rasa nak buat dia buat la….huhu…memang seram la kalo masuk kelas Dr Jesni…tapi beliau baik je…kalau tanya dia explain je…ada je dia tanya soalan tak boleh jawab…buat tak tau je la..hhee..

Ape yang budak2 math fikir orang lain tak terfikir…hoho..itu lah kata Dr Jesni..maths is everything for me…seronok jugak belajar maths ni…tekan kalkulator je hari2…tapi maths ni kena buat banyak exercise..sma macam subjek lain juga..Itu yang buat kita lagi faham....

itu je kot nak share kenapa saya suka maths...tapi tak la sepenuhnya bagitau...sememangnya subjek menghafal makes me sick...oh noo...tapi saya mencuba sedaya upaya...tapi itulah reality orang fikir,amik math jadik cikgu la tu...huh..malas nak fikir..lantak la orang nak kata apa pon..yang penting saya happy dan ceria..

~love numbers,enjoy counting,conquer maths..~

wassalam...

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH